Teringin nak makan dessert tetapi mana ada yang murah! Harga pasaran dessert seperti kek dan minuman kopi macam makan makanan western harganya. Khas untuk mereka yang tinggal di Ipoh, kedai Kek dan Kopi yang boleh anda kunjungi adalah HH Kek Dan Kopi.
HH Kek dan Kopi menyediakan dessert yang premium tetapi murah. Tengok sahaja makanan yang disediakan, pasti teringin untuk menikmatinya. HH Kek dan Kopi Ipoh ini menyediakan pelbagai jenis kek dan menu dessert menarik.
Terletak di Medan Lapangan Suria Ipoh, HH Kek dan Kopi ini membolehkan anda beli bungkus ataupun makan terus di kedai. Jika ingin bersantai-santai, anda boleh makan di sini. Ia adalah sebuah kafe kek dan kopi.
Keadaan ruang di sini tidak terlalu luas, tetapi tempat duduk makan-makan jika anda ingin makan di sini memang disediakan. Datang bersama keluarga atau kawan-kawan memang menyeronokkan.
Pelbagai pilihan menu utama iaitu kek dan kopi boleh dinikmati di sini. Tornado kek, Kek Coklat Moist dan kek Batek adalah antara menu popular di sini.
Antara menu dessert yang boleh anda dapatkan di HH Kek dan Kopi adalah kek, coklat, kopi, pistachio spread, cookies, biscoff, buko, puding, brownies, pavlova, pancake dan banyak lagi. Dessert premium yang viral seperti peach strudel dan cha bang ang juga boleh anda dapatkan di sini.
Memang sedap Peach Strudel HH Kek dan Kopi Ipoh ini. Rasanya seperti cheesy buah dan crispy. Tambahan pula, anda dapat menikmati minuman kegemaran ramai seperti Latte, Mocha, Chocolate, Americano, Macchiato dan banyak lagi. Bagi peminat kopi, anda wajib cuba minuman kopi di sini.
Paling tak sangka adalah harganya. Ia adalah seperti harga B40 tetapi makanannya sangat premium dan sedap.
HH kek dan Kopi Ipoh ini juga menyediakan makanan pengganti kepada pasta iaitu Savoury Croffle. Ianya seperti waffle tetapi boleh juga ditukar dengan croissant. Inti pilihannya adalah tuna, seafood dan juga pepperoni beef.
Selain itu, anda boleh merasai kejucup, donut susu dan banyak lagi makanan dessert di HH Kek dan Kopi Ipoh ini.
Sekiranya ingin membuat tempahan online, HH Kek dan Kopi akan uruskan untuk anda. Jika ada jamuan atau tempahan yang banyak, beritahu sahaja kepada mereka. HH Kek dan Kopi Ipoh berkonsepkan kafe atau kedai kek ini sangat santai dan menarik untuk peminat dessert kunjungi.
Jom baca juga tempat menarik di Sampan Steamboat Setapak, BBQ Lamb Kemensah dan Maulana Cafe.
Lokasi: 30, Jalan Lapangan Suria, Medan Lapangan Suria, 31350 Ipoh, Perak
Waktu Operasi: 1 petang – 7 malam
No Telefon: 011-5859588