Kalau dah penat membeli belah di Nilai, bolehlah mencari tempat makan dahulu. Perut pun mesti dah terasa lapar apabila dah puas berjalan sekitar Nilai mencari barangan yang diidamkan.

Kali ni jom makan masakan dari masyarakat Negeri Sembilan pula. Jika tidak tahu hendak makan di mana, cubalah singgah di Gulai Omak Den, Nilai.

Kedai makan ini tidak jauh dari pekan Nilai lama dan terletak di Kampung Jijan Hilir. Untuk memudahkan anda mencarinya, gunakan perkhidmatan waze lebih mudah serta menjimatkan  masa.

Kedai makan ini kelihatan seperti sebuah rumah kampong dan kelihatan susun atur yang begitu ringkas. Ia sememangnya seperti sebuah warung yang terletak di sebuah perkampungan.

Namun, biarpun kelihatan ringkas namun kedai makan ini menjadi pilihan para pengunjung.

Gulai Omak Den

Imej via facebook

Gulai Lemak Cili Api Pedas Berapi

Kedai ini menyediakan pelbagai hidangan dari masyarakat Negeri Sembilan dan yang menjadi hidangan utama di sini sudah tentulah gulai lemak cili api. Anda boleh memilih samada untuk memesan set makanan atau ala carte sahaja.

Antara set makanan yang terdapat di sini adalah gulai lemak cili api daging salai, gulai ayam kampong, gulai ikan keli salai, sambal sotong, udang kicap, ayam kampong goreng dan banyak lagi.

Untuk set makanan, ia akan disajikan bersama ulam – ulaman, sambal belacan serta ikan masin yang pastinya akan membuatkan selera anda semakin bertambah.

Pelbagai menu masakan kampong yang lain turut disajikan seperti keli goreng cili api, gulai telur itik, asam pedas ikan kembong, daging masak kicap, pucuk paku goreng, sambal gesek, gulai betik, gulai nangka, gulai pisang, pucuk ubi tempoyak, siput sedut, gulai nenas ikan masin dan banyak lagi yang sememangnya membuatkan anda pening untuk membuat pilihan.

Gulai Omak Den

Imej via facebook

Pelbagai Pemanis Mulut Yang Lazat

Kedai ini memberikan air minuman percuma untuk air kosong serta air sirap. Setelah kenyang menikmati hidangan makan tengahari, anda boleh mencuba pelbagai jenis pemanis mulut yang disediakan.

Pemanis mulut yang disediakan adalah pengat ubi, pengat pisang, pengat keledek, puteri mandi dan juga tapai yang sememangnya sering menjadi pilihan para pelanggan.

Kuih cucur badak pula akan dihidangkan panas – panas buat para pelanggan. Rasanya tak cukup satu, pasti tambah lagi.

Nasi serta lauk pauk akan dihidangkan didalam pinggan yang begitu epic di mana pinggan mangkuk zaman datuk dan nenek kita digunakan semula sebagai daya penarik di sini.

Ia membuatkan anda merasakan seperti berada di zaman dahulu kala. Menarik bukan ?

Kualiti setiap makanan yang disediakan sangat dijaga serta dititikberatkan oleh pemilik restoran ini iaitu Encik Othman Daud yang sememangnya berasal dari Negeri Sembilan.

Oleh sebab itu, setiap hidangan akan dimasak di rumahnya demi menjaga kebersihan serta kualiti makanan yang disediakan. Ia menjadikan restoran ini sentiasa bersih dan kemas biarpun ketika itu pengunjung agak ramai.

Gulai Omak Den

Imej via facebook

Restoran ini turut menyediakan sarapan pagi mulai jam 8.00 pagi setiap hari. Antara menu sarapan di sini adalah nasi lemak, mee goreng serta pelbagai jenis kuih – muih.

Ia dibuka 6 hari seminggu dan tutup pada hari Jumaat. Dibuka seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 6.00 petang.

Alamat : Kampung Felda Lbj, 71350 Labu, Negeri Sembilan

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.