Tak sangka wujud restoran selesa yang mesra keluarga begini di Kampung Temiang Seremban, Negeri Sembilan. Hayyan Huda Opah’s Kitchen adalah sebuah restoran yang menyajikan pelbagai jenis hidangan lauk pilihan ramai.

Imej via [facebook]

Masakan kampung serta suasana restoran ini membuatkan ia menjadi pilihan ramai pelanggan pada waktu makan tengahari. Menu makanan di sini adalah berkonsepkan nasi putih dan lauk pauk.

Khas untuk mereka yang sukakan citarasa melayu dan kampung, anda akan menikmati hidangan yang sedap dan suasana tenang makan di sini.

Restoran Berkonsep Kampung Dan Semulajadi

Imej via [facebook]

Suasana restoran ini dikelilingi oleh daun-daun hijau di luar membuatkan udara lebih segar dan tenang. Tempat ini juga kemas dan bersih. Untuk masuk ke restoran Hayyan Huda Opah’s Kitchen, anda perlu meninggalkan kasut diluar. 

Imej via [facebook]

Menu Makanan Di Hayyan Huda Opah’s Kitchen 

Imej via [facebook]

Hayyan Huda Opah’s Kitchen bukan sekadar menyediakan makanan berat seperti nasi dan lauk pauk, malah anda juga boleh menikmati pencuci mulut seperti kek dan pelbagai jenis kuih muih. 

Menu masakan kampung Negeri Sembilan yang disediakan adalah seperti masak lemak negeri sembilan, kari ikan jenahak, daging salai masak lemak, sambal petai udang, keli berlada, ulam ulaman, asam pedas dan banyak lagi.

Imej via [facebook]
Imej via [facebook]

Minuman yang disediakan juga tidak kurang hebatnya, sangat menyelerakan tekak. Antaranya adalah jus buah-buahan seperti jus kedondong, jus apple laici, jus nenas dan lain-lain lagi. Pelbagai jenis teh juga boleh anda cuba seperti teh strawberi, teh apple, teh markisa dan banyak lagi. 

Jangan lupa rasai pencuci mulut, kalau tak rasa memang rugi. Antaranya adalah buah-buahan, Churros, aiskrim Nutella Pisang, aiskrim Malaysia dan lain-lain lagi. 

Imej via [tripadvisor]

Set Promosi Yang Lebih Jimat

Restoran Hayyan Huda Opah’s Kitchen juga menawarkan set promosi yang sangat jimat iaitu Combo lauk pauk untuk sekumpulan makan.  Anda boleh memilih Set Combo untuk mendapatkan pelbagai jenis lauk pauk beserta air untuk hidangan lebih dari seorang makan. 

Imej via [diva]

Tips Berkunjung Ke Hayyan Huda Opah’s Kitchen

Keseronokan berkunjung ke restoran ini adalah anda dapat merasai suasana makan di tempat yang semulajadi kerana restoran ini dikelilingi oleh suasana hijau seperti taman, kebun atau kampung. 

Anda perlu datang awal ke sini supaya dapat parking yang lebih selesa. Secara keseluruhan, tiada masalah dari segi mendapatkan parking lot kerana kawasan di sini agak luas.

Imej via [facebook]

Restoran Hayyan Huda Opah’s Kitchen juga menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan yang berada di kawasan terdekat. Mudahnya, dapatlah makan walaupun tempah online!

Lokasi :  44, Jalan Bukit Temiang 1, Taman Bukit Temiang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

Waktu Operasi:  11 Pagi sehingga 10 malam

No Telefon :  019-6682452

Jom baca juga Abang Strawberry Cameron Highland dan Restoran Sampan Seafood Shellout.

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.