Mencari restoran shell out di Port Dickson?

Port Dickson merupakan salah satu daerah di Negeri Sembilan yang terkenal dengan pantai yang cantik. Selain itu, tempat makan di sini juga ada berbagai dan ini termasuklah dengan restoran shell out.

Ingin menikmati shell out di Port Dickson yang bukan sahaja enak, malah segar? Restoran Az Cruise Shell Out Port Dickson ada menyajikan menu shell out yang disukai ramai. Agak-agak bagaimanakah rupanya? Teruskan membaca!

Shell Out Yang Lazat dan Berbaloi

Kebanyakan restoran shell out menyajikan beberapa jenis makanan laut sahaja, itu pun dalam kuantiti yang sedikit. Namun harga masih mencekik darah. Pasti hal ini akan menjengkelkan pengunjung.

Isu sebegini tidak akan anda hadapi jika anda singgah menikmati shell out di Restoran AZ Cruise Shell Out ini. Restoran ini sememangnya dipuji ramai kerana shell out di sini bukan sahaja sedap, malah berbaloi.

Mereka menyajikan 5-6 jenis makanan laut untuk satu hidangan. Makanan laut yang disajikan bukan sahaja berbagai, malah segar dan bersaiz besar. Sebaik sahaja dihidangkan di meja, aromanya pasti akan memikat hati anda.

shell out port dickson
shell out port dickson
Imej via Facebook

Dalam satu hidangan untuk seorang, anda dapat menikmati nasi, ketam, udang, sotong, kepang, kepah, brokoli, bunga kobis, jagung & kubis merah. Jumlah makanan lauk yang disajikan juga banyak, memang puas hati.

Bukan itu sahaja, pelengkap selera hidangan ini semestinya ialah kuanya. Kuah yang secukup rasa membuatkan hidangannya berganda lazat. Harganya juga RM 25/pax, sangat berpatutan.

Servis Cemerlang, Kebersihan Restoran Terjaga

Sebelum singgah menjamu selera di mana-mana restoran, kami yakin anda pasti menitikberatkan dua aspek ini – kebersihan dan servis restoran. Kedua-dua aspek ini sememangnya sangat penting dalam menentukan kualiti sesebuah restoran.

Jika anda baca ulasan di Internet, ramai pelanggan memuji servis restoran yang cemerlang. Hidangan shell out bukan mudah untuk disiapkan dalam waktu yang pantas, namun berbeza dengan restoran AZ Cruise Shell Out ini.

Kebersihan restoran ini juga turut dipuji. Biasanya sesetengah restoran makanan laut ada bau hanyir, namun tidak di sini. Ini jelas membuktikan yang makanan laut mereka memang segar.

Banyak Lagi

shell out port dickson
Imej via Facebook

Ingin menikmati hidangan selain shell out? Pesan sahaja puyuh goreng bawang. Ianya disajikan bersama sambal yang pedas namun sedap dan sayur timun dan lobak yang dihiris nipis.

Imej via Facebook

Selain itu, anda juga boleh pesan hidangan lain seperti Sotong Ring. Ianya merupakan salah satu hidangan shell out, tapi boleh dipesan secara berasingan. Rangup dan bersaiz besar, rugi jika tak pesan lebih!

Kesimpulan

Sudah mula terliur kerana membayangkan keenakkan shell out di Restoran AZ Cruise Shell Out? Usah berlengah-lengah lagi, singgah sahaja di restoran ini jika anda berkunjung ke Port Dickson.

Berikut kami sertakan alamat dan waktu operasi restoran. Kami ingin nasihakan anda agar singgah pada waktu yang bersesuaian, takut nanti terlepas peluang nak menikmati shell out yang lazat di sini!

Alamat: PD Water Front, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, 5 – 11 pm

Mencari lebih banyak tempat makan menarik di Port Dickson? Klik sahaja pada pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Selamat menjamu selera!

Tempat Makan Best di Port Dickson

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.