Hari minggu memang memenatkan. Tidak kira anda masih belajar atau sedang bekerja, jam 8 pagi hingga 5 petang pada setiap hari minggu memang waktu yang genting dan sibuk.

Ada kalanya anda sampai terlupa untuk berehat dan makan kerana tekanan kerja dan belajar yang banyak. Anda pasti tercari-cari tempat mana yang boleh membantu anda untuk merehatkan minda daripada kesibukan bekerja dan belajar, bukan? Haaa, kami tahu apa tempat makan apa yang anda patut terjah!

Denali & Pinnacles

Imej via Instagram

Denali & Pinnacles Cafe merupakan kafe ‘rooftop’ yang mula beroperasi di Seksyen 3, Bangi sekitar tahun 2016. Kafe yang mempunyai interior yang bertemakan Bohemian ini memang agak popular di kalangan orang Bangi.

Terletak di kawasan yang strategik, waktu operasi yang memang sesuai untuk pelajar dan pekerja iaitu dari jam 5 petang hingga 2 pagi, dekorasi kedai yang lain daripada lain dan semestinya menu yang pelbagai, memang tidak hairanlah Denali & Pinnacles Cafe ini sentiasa menjadi sebutan ramai!

Menu yang Sedap dan Berbagai

Pembuka Selera Denali & Pinnacles

Imej via Instagram

Menu yang disediakan di sini memang berbagai. Dari pembuka selera, pasta, menu utama, pencuci mulut dan burger, kami berani jamin anda pasti rambang mata! Antara pembuka selera yang disediakan di sini termasuklah Salted Squid Togarashi dan Onion Rings, yang juga merupakan pembuka selera yang terbaik di sini.

Jangan terkejut, harganya juga sangat berpatutan iaitu RM5 untuk portion yang agak besar! Yang penting, rasanya juga sangat sedap. Dicicah pula dengan sos cili dan sos mustard yang pekat, fuhhh pasti rasa macam nak lagi dan lagi!

Pasta yang Bukan Biasa-Biasa

Pasta @ Denali & Pinnacles

Imej via Instagram

Ada penggemar pasta di sini? Kami ada berita gembira buat anda! Denali & Pinnacles juga ada menyediakan pasta yang sedap dan banyak dari segi kuantitinya! Antara pasta yang disediakan termasuklah Creamy Garlic Basil Linguine, pasta yang berkrim namun tidak pula memuakkan tekak.

Seterusnya ialah pasta Spicy Provencal Linguine, sejenis pasta aglio olio yang memang sesuai untuk penggemar makanan pedas. Akhir sekali ialah pasta yang paling istimewa di sini iaitu Spicy Sriracha Linguine, yang merupakan pasta yang pedas dan berkrim. Dihidangkan bersama kupang dan udang yang banyak, anda pasti akan berpuas hati!

Menu Utama yang Tinggi Kualiti dan Kuantiti

Peruvian Chicken

Imej via Instagram

Tenderloin Beef Skewers

Imej via Instagram

Menu utama di Deli & Pinnacles juga sangat menarik! Antaranya ialah Peruvian Chicken yang dihidangkan bersama sos jalapeno di atasnya, kentang goreng, nasi dan grilled vegetables, sememangnya enak dan mengenyangkan! Selain itu, anda juga boleh mencuba Tenderloin Beef Skewers.

Namanya sahaja sudah menarik, hidangannya apatah lagi! Dihidangkan bersama jagung bakar, sos ‘honey pumpkin’ dan kentang lenyek, kami pasti anda akan jatuh cinta dengan hidangan ini. Hidangan lain juga ada dihidangkan, seperti hidangan Western iaitu Cod’s Fish and Chips dan hidangan Morocco iaitu Ras el Hanout Grilled Lamb Shortloin. Menariknya!

Strawberry Triffle

Imej via Foursquare

Burger Denali & Pinnacles

Imej via Foursquare

Pencuci mulut juga turut disediakan di sini! Antaranya ialah brownies, pavlova dan yang menjadi kegemaran ramai termasuklah Mascerated Strawberry Triffle. Dalam gambar sahaja nampak menarik, inikan pula bila dirasai!

Selain itu, bagi penggemar burger, anda pasti akan seronok bila melihat burger yang dihidangkan di sini! Dihidangkan bersama kentang goreng, daging burger yang berjus dan tebal, sos yang memang ‘kaw’, siapa sahaja tak ketagih?

Denali & Pinnacles

Imej via Twitter

Denali & Pinnacles

Imej via Twitter

Bertemakan konsep interior Bohemian, dekorasi kafe Denali & Pinnacles sememangnya cantik dan unik! Sambil menikmati makanan yang enak, minuman yang menyegarkan tekak dan menghirup udara yang segar, anda juga boleh mengambil gambar di setiap penjuru kafe ini. Anda juga boleh menonton filem di skrin besar di sini!

Wah, memang banyak daya tarikan di Denali & Pinnacles ini, bukan? Haaa apa lagi, cepat-cepatlah serbu!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.