Pernah terdengar tentang restoran Chortiez?

chortiez

Imej via Foursquare

Orang Kangar kalau tak pernah dengar tentang restoran Chortiez & Co, anda memang rugi! Chortiez & Co merupakan antara steakhouse yang ‘laku keras’ di Perlis, terutamanya di Kangar sendiri.

Mula beroperasi pada tahun 2016, restoran Chortiez & Co ini boleh dikatakan agak popular juga di sini. Wah, apa yang menarik di restoran Chortiez & Co ini ya? Teruskan membaca!

Chicken Chop, Dihidangkan bersama Sos ‘Homemade’

Chicken Chop Chortiez

Imej via Foursquare

Hidangan utama di restoran Chortiez & Co ini semuanya berasaskan lauk yang dipanggang. Antara menu yang dihidangkan termasuklah Chicken Chop.

Ianya dihidangkan bersama dua jenis sos yang pekat iaitu sos Black Pepper Honey dan sos Mushroom Cheese. Grilled Chicken Breast juga turut dihidangkan di sini, isi ayam panggang yang berjus, memang enak!

Lamb Chop Chortiez

Imej via Foursquare

Lamb Chop yang Lembut dan Mengenyangkan

Hidangan yang agak popular di sini semestinya Lamb Chop! Lamb Chop di sini bukan biasa-biasa.

Daging kambing yang tebal dan segar, dihidangkan bersama sos buatan sendiri yang mempunyai ramuan istimewanya yang tersendiri, tidak hairanlah Lamb Chop di restoran Chortiez & Co ini menjadi kegilaan ramai!

Burger Tengkolok

Imej via Foursquare

Burger Tengkolok, Paling Unik di Chortiez

Anda pernah terdengar tentang Burger Tengkolok? Namanya unik, bukan? Sebut sahaja Burger Tengkolok, hanya ada satu restoran yang menyediakan Burger Tengkolok ini dan restoran itu semestinya restoran Chortiez & Co.

Yang membuatkan Tengkolok Beef Cheese Burger atau lebih dikenali dengan Burger Tengkolok ini istimewa ialah cara pembuatan dagingnya yang unik.

Kalau anda nak tahu, daging burger ini ialah buatan sendiri dan bukan diproses! Keju mozzarella yang ditambah dalam burger ini sebenarnya disumbat ke dalam daging kisar itu dahulu dan kemudiannya baru dipanggang dagingnya.

Spaghetti Chortiez

Imej via Foursquare

Banyak Lagi

Pasta juga turut disediakan di sini! Yang pasti, pasta di restoran Chortiez & Co ini luar biasa sedapnya. Antara pasta yang dihidangkan termasuklah Spaghetti Bolognese with Parmesan Cheese, sedap dan tidak muak.

Bagi penggemar makanan laut, menu ini pasti mengujakan buat anda! Spaghetti Seafood Marinara dan Fetuccini Marinara juga ada disediakan di sini, dihidangkan bersama udang dan kupang. Sedapnya!

Nasi Goreng Ayam Chortiez

Imej via Instagram

Nasi Goreng Lamb Chop Chortiez

Imej via Instagram

Hidangan di restoran ini memang kebanyakannya berasaskan makanan Barat, tapi sebagai negara yang terkenal dengan kehadiran nasi dalam makanan kita, semestinya di sini juga ada menyediakan nasi!

Antara hidangan yang disediakan ialah Nasi Goreng Lamb Chop, Nasi Goreng Ayam, dan Nasi Goreng Meatball. Lebih mengenyangkan dan lebih puas hati juga, bak kata pepatah gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

Andai kami senaraikan satu persatu menu yang sedap di restoran Chortiez & Co, pasti tidak akan habis ceritanya! Restoran Chortiez & Co ini bertempat di Taman Sena Indah, Kangar Perlis dan beroperasi setiap hari pada jam 5 petang hingga 2 pagi. Anda nak tahu satu perkara yang menarik tentang restoran Chortiez & Co?

flea market chortiez

Imej via Facebook

Restoran ini juga ada sesi ‘busking’. Jadi semasa menghayati keenakan Burger Tengkolok, anda juga boleh bersantai sambil mendengar lagu yang buskers di sini nyanyikan! Di hadapan restoran ini juga terdapat pasar lambak tau! Haa, mengujakan, bukan?

Bagi sesiapa yang bercadang untuk berkunjung ke Perlis atau bagi yang menetap di Kangar, cepat-cepatlah serbu restoran Chortiez & Co ya!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.