Agak – agaknya apalah yang dijual di sini kan ? Abang Black Corner ini terletak di Kepong, Selangor.

Ayam Diperap Rempah Tradisional

Jika anda tiba di Abang Black Corner ini, akan kelihatan barisan ayam yang dipanggang di tempat yang dikhaskan.

Apa yang istimewanya ayam ini diperap bersama pelbagai rempah ratus tradisional ramuan asli yang terdiri daripada ketumbar, jintan manis, lada hitam, serai, lengkuas, halia dan kunyit hidup yang dikisar halus seterusnya menjadi perapan utama Ayam Golek Baling, hidangan istimewa warung Abang Black Corner.

Ayam Golek

Imej via facebook

Ayam golek ini akan diperap sekurang – kurangnya selama dua jam bagi memastikan rempah ratus yang diperap bersama ayam menyerap dan bersatu ke dalam isi ayam tersebut.

Bagi menjamin kesegaran serta kualiti rempah yang dihasilkan, ia akan diadun sebanyak dua kali sehari dan ini akan menghasilkan aroma yang begitu memikat tatkala Ayam Golek Baling ini siap untuk dihidangkan kepada pelanggan.

Pelopor Ayam Golek Baling

Shaharin Ahmad, ingin menjadi pelopor Ayam Baling di Kepong dan membawa jenama ini ke ibu kota memandangkan ia merupakan antara makanan popular di Baling, Kedah.

Setiap hari Shaharin Ahmad, iaitu pemilik warung Abang Black Corner ini akan menyediakan antara 100 hingga 150 ekor ayam golek buat para pelanggan yang datang.

Ayam Golek Sedap

Imej via facebook

Bermula dengan hanya menjual ayam golek di tepi jalan sekitar Jinjang, pemilik warung ini nekad untuk mengembangkan perniagaannya, maka terhasil lah warung Abang Black Corner di Kepong ini.

Kegilaan Ramai

Ayam golek ini ternyata menjadi kegilaan ramai kerana ramuan rempah ratusnya yang begitu berbeza.

Sebab itulah, permintaan pelanggan tidak putus – putus, dan kerana itu juga pemilik warung ini memulakan perniagaan seawal jam 8.00 pagi bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Ia dimakan oleh para pelanggan sewaktu sarapan, makan tengahari, minum petang dan juga makan lewat malam.

Tidak hairanlah jika warung ini sentiasa memanggang barisan ayam yang diperap setiap masa kerana permintaannya yang tinggi.

Menu Baru

Menu baru turut diperkenalkan di warung ini kerana permintaan para pelanggan yang semakin bertambah serta menginginkan menu lain boleh dijadikan hidangan bersama ayam golek tersebut.

Antaranya adalah nasi ayam bajet yang ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan dan sesuai dengan bajet untuk pelajar dan juga pekerja yang kurang mampu.

Terdapat juga nasi ayam penyet sebagai pilihan lain bagi yang menjamu selera di sini.

Ayam Penyet

Imej via facebook

Ayam Golek Baling ini dipanggang menggunakan arang selama 45 minit menghasilkan aroma yang begitu asli menggamit ramai pelanggan untuk mendapatkannya.

Tekstur ayam yang dipanggang bersama rempah ratus membuatkan ia dimasak sempurna serta menghasilkan rasa yang begitu mengagumkan.

Hidangan ayam ini enak dimakan bersama sos cili Thai yang dihasilkan sendiri oleh Shaharin sebagai penambah perisa hidangan.

Beroperasi 24 Jam Sehari

Setiap hari, warung ini akan beroperasi selama 24 jam bagi memenuhi permintaan pelanggannya.

Shaharin juga mula memperkenalkan hidangan set makan tengahari seperti ayam golek, gulai kawah umbut pisang, ikan masin goreng, ulam – ulaman bersama sambal belacan bagi menarik lebih ramai pelanggan menjamu selera di sini.

Harga Yang Berpatutan

Harga bagi separuh ayam adalah sebanyak RM 10.00 manakala bagi seekor ayam pula adalah sebanyak RM 20.00 sahaja.

Jadi, jangan ragu – ragu untuk mendapatkan ayam golek yang sedap, murah dan panas – panas lagi di sini.

Alamat : Jalan Metro Perdana Timur 1, Taman Usahawan Kepong, 52100 Kuala Lumpur

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.