Salah satu tempat menarik yang wajib anda kunjungi ketika bercuti di Cameron Highland adalah Avant Chocolate Cafe. Terletak di Kampung Raja Cameron Highland, Avant Chocolate Cafe ini berdekatan dengan Green View Avant yang menyajikan pemandangan ladang strawbery dan kehijauan daun yang sangat indah.
Avant Chocolate Cafe dan Strawberry Moment Dessert adalah di tempat yang sama berdekatan.
Selain menikmati pemandangan, makan-makan di Avant Chocolate Cafe, anda juga boleh membeli belah pelbagai jenis coklat, pes minuman serta banyak lagi produk berasaskan lavender serta makanan yang terkenal di Cameron Highland di sini.
Terdapat juga pameran serta taman rekreasi untuk anak-anak. Selesai atau sambil makan di Avant Chocolate Cafe ini, bersebelahannya anak-anak boleh bereakreasi di sini.
Di Avant Chocolate Cafe, inilah masa untuk anda mengisi perut. Pelbagai makanan desset yang berkonsepkan coklat dan strawberry boleh anda nikmati di sini. Antaranya adalah kek, aiskrim, strudel, smoothie, minuman buah yang segar dan juga makanan berat.
Menu makanan seperti aneka kek, nasi, chicken chop, sandwich dan lain-lain lagi turut di sediakan disini untuk mengenyangkan perut. Memang best singgah di sini terutamanya jika anda peminat dessert atau makanan manis.
Lihat menu aiskrim pun sudah rambang mata, apatah lagi jika lihat menu kek yang pelbagai jenis di sini. Semuanya segar dan sedap sangat. Anda boleh makan disini atau bungkus bawa pulang.
Harga makanan di sini adalah Premium. Bagi makanan dessert seperti kek, ia lebih mahal dari Secret Recipe. Memang berbaloi sangat sebab kualitinya sangat segar dan sedap. Wajib rasanya dessert seperti aiskrim atau kek sekiranya anda ke sini.
Satu slice kek anggaran harganya adalah dalam RM10 sehingga RM13. Sekali sekala, apa salahnya sedapkan tekak dengan dessert premium dari Avant Chocolate dan Strawberry Cafe.
Sebelum pulang, jangan lupa beli buah tangan seperti air cordial, teh-teh, coklat, buah-buahan kering seperti strawberry atau avocado yang terdapat di sini. Ini merupakan peluang anda untuk membeli hadiah untuk dibawa pulang.
Jangan lupa juga bergambar di sini, bukan selalu nak menikmati kenangan makan-makan dan shopping di sini!
Jom baca juga Samurai Yakiniku Steamboat Halal Bangi.
Alamat: F609, Jalan, Kampung Raja, 39010 Simpang Pulai, Pahang
Waktu Operasi: Setiap Hari, 9 pagi sehingga 6:30 petang
No Telefon: 05-4981982