Pasti ada yang tercari lokasi untuk makan Chee Cheong Fun yang sedap dan Halal di Kuala Lumpur dan Selangor. Kami senaraikan 10 lokasi yang boleh anda merasai keenakan Chee Chong Fun di ibu kota ini.

Nama lain menu ini adalah Rice Noodle Roll atau Steamed Rice Roll. Jika ada yang tidak pernah mencubanya, bentuknya seperti kuay teow yang digulung. Menu ini dimakan bersama kuah kicap.

Merupakan makanan cina yang popular terutama di Ipoh, ramai yang mula menggemari menu ini. Namun apa yang menjadi kerisauan ramai terutama golongan Muslim semestinya status halal terhadap kedai tersebut.

Oleh itu, kami senaraikan 10 lokasi chee cheong fun halal buat anda yang berada di Kl dan Selangor. Mana tahu ada yang berdekatan dengan rumah anda.

Steamfun

Imej via [ Steamfun ]

Steamfun merupakan salah satu restoran halal yang menyajikan makanan Cina. Antara yang terbaik di sini dan menjadi kesukaan ramai semestinya cheong fun. Makanan ini menjadi ‘signature dish’ di sini.

Pelbagai jenis cheong fun yang boleh dipilih. Salah satunya adalah set cheong fun bersama serunding ayam atau chicken floss yang digandingkan bersama salad dan bawang goreng.  Cicah pula bersama kicap istimewa dan chili oil, pasti lebih mantap.

Lokasi: Spectrum Shopping Mall, Ground Floor, CW-3, Cafe Walk, Jalan Wawasan 4/7, Bandar Baru Ampang, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-9.00 pm)

Homst @ TTDI

Imej via [ Homst ]

Homst juga antara kedai makan bertemakan masakan Cina terkemuka di Kuala Lumpur. Selain di KL, banyak cawangan lain di Selangor termasuklah Kajang, Bangi, Shah Alam dan Damansara.

Di Homst, terdapat dua jenis cheong fun iaitu Prawn Chee Cheong Fun dan Curry Chee Cheong Fun. Curry Chee Cheong Fun merupakan menu unik dan sedap, jarang didapati di restoran Cina Muslim yang lain.

Selain cheong fun, menu utama yang menjadi kegemaran ramai adalah Asam Steam Fish, Wantan Mee, Smoked Duck & Smoked Duck Mee dan Butterprawn & Deep Fried Squid.

Lokasi: No. 34 & 36, Persiaran Zaaba, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Isnin-Khamis (11.00 am-10.30 pm) | Jumaat (3.00 pm-11.00 pm) | Sabtu & Ahad (11.30 am-11.00 pm)

Tsuka Bangsar

Imej via [ Tsuka ]

Buat mereka yang suka restoran yang Instagrammable, anda boleh datang ke Tsuka yang mempunyai dekorasi ala-ala baba nyonya. Setiap sudut menarik dan cantik.

Chee Cheong Fun di sini memang sedap. Kuahnya menggunakan resepi rahsia yang terdiri daripada rempah khas dan sos, pasti membuatkan anda termimpi-mimpi. Tak tahu nak sarapan, makan tengahhari atau mengopi di mana? Datang saja ke Tsuka pasti tidak menyesal!

Selain chee cheong fun, terdapat pelbagai menu tempatan yang lain seperti nasi dagang, soto, nasi kerabu dan nasi lemak. Aneka pasta dan makanan barat yang lain juga ada.

Lokasi: 14, Jalan Telawi 5, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa-Ahad (7.30 am-9.00 pm)

The Dim Sum Place

Imej via [ The Dim Sum Place ]

Selain Desa Pandan, satu lagi cawangan The Dim Sum Place terdapat di TTDI. Datang saja ke cawangan berdekatan anda untuk merasai pelbagai jenis masakan Cina yang sedap dan halal.

Jika ada yang tak tahu, Dim Sum Place sering dipenuhi pengunjung terutama pada waktu tengah hari. Rancang perjalanan anda sebaiknya agar anda tidak melepaskan peluang merasai keenakan menu di sini.

Di sini lebih banyak pilihan Vermicelli Roll termasuklah BBQ Duck Meat Filling, Roasted Duck Cha Siew, Spring Onion and Shrimp dan Mushroom.  Banyak lagi menu lain yang menjadi ‘signature dish’ di The Dim Sum Place seperti Fried Beehoon, Molten Salted Egg bersama roti kastard, Marmite Chicken dan Steam BBQ Duck Meat Bun.

Lokasi: G11, G Village, Desa Pandan, 556100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Selasa-Ahad (12.00 pm-10.00 pm)

Lim Fried Chicken

Imej via [ Lim Fried Chicken ]

Lim Fried Chicken juga mempunyai status halal terhadap restorannya. Ada beberapa cawangan lain di sekitar Selangor termasuklah Shah Alam dan Puchong.

Chee Cheong Fun di sini tidak kurang hebatnya. Pilihan pertama adalah dihidangkan bersama Sweet Sause dan peha ayam goreng yang rangup. Pilihan kedua pula dihidangkan bersama kuah kari dan peha ayam goreng yang rangup. Kombinasi kedua menu ini memang ngam!

Antara menu lain yang sedap adalah kari kambing, sambal sotong, Drumstick Rice yang dihidangkan bersama telur dan sayur serta banyak lagi menu lain yang mengenyangkan.

Lokasi: 46, Jalan SS 2/24, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Selasa-Ahad  (10.30 am-9.00 pm)

Dolly Dim Sum

Imej via [ Dolly Dim Sum ]

Di Dolly Dim Sum, terdapat empat jenis cheong fun yang boleh anda cuba. Prawn Cheong Fun, Scallop Cheong Fun, BBQ Chicken Cheong Fun mahupun Crispy Shrimp Cheong Fun dihidangkan bersama ‘belacan’.

Antara menu lain yang perlu anda cuba adalah Siew Mai, Har Gao, Egg Custard Bun dan Cantonese Fried Noodle. Minuman pula, apa kata anda memesan Lemongrass dan Pomegranate-infused Jasmine Ice Tea yang menyegarkan.

Pilih sahaja cawangan Dolly Dim Sum berdekatan anda. Tak kira di Avenue K, Setia City Mall, IOI City Mall mahupun enam lagi cawangan lain, semuanya menghidangkan menu sama yang enak.

Lokasi: LG2.28 Lower Ground Two Sunway Pyramid Shopping Mall No. 3 Jalan PJS11/15 Bandar Sunway 47500 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am-10.00 pm)

LeTen@Citta Mall

Imej via [ ParaThai @ LeTen ]

Turut dikenali sebagai ParaThai, walaupun sajian utama adalah makanan Thai namun ada juga beberapa menu makanan Cina. Siew Mai, Steam Beancurd Roll, BBQ Roasted Chicken Bun bahkan Steamed Rice Roll ada ditawarkan dengan enak. Di sini, cheong fun menggunakan resepi ala-ala Hong Kong di mana menggunakan ayam BBQ sebagai intinya.

Alang-alang berada di sini, apa kata anda cuba menu terlaris iaitu Fire Pot Tom Yum Soup, Stir-fried Chicken with Hot Basil Leaves, Sizzling Thai Style BBQ Imported Australian Beef dan Deep Fried Seabass yang pasti membuatkan anda kekenyangan.

Lokasi: Lot G-17, Citta Mall, 1, Jalan PJU 1a/48, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am-10.00 pm)

N.A Chinese Muslim Food

Warga Selangor pasti mengetahui lokasi kedai makan dengan menu Cina Muslim yang lejen dan terkenal di negeri ini. Ia merupakan salah satu port kegemaran ramai orang dan berada di medan selera berhampiran UITM Shah Alam.

Selain chee cheong fun, menu yang menjadi kegemaran ramai untuk sarapan di sini adalah Dry Chili Pan Mee, Tau Foo Fah panas, Wantan Mee dan Dim Sum. Roti kukus dan roti bakar juga sedap.

Lokasi: Seksyen 2, Shah Alam

Waktu operasi: Sabtu-Khamis (8.00 am-1.00 pm)

3A Yong Tau Foo & Cheong Fun

Terletak di Petaling Jaya, kedai halal ini terkenal dengan kesedapan yong tau foo dan cheong fun yang tiada tandingan. Harga yang ditawarkan memang berbaloi dengan kuantiti dan rasa menunya.

Cheong yang tidak tebal dan lembut dicicah pula bersama sos yang manis dan mengancam pasti menaikkan selera pengunjung. Antara menu lain yang enak adalah bihun goreng, Honey Chicken dan sebagainya.

Lokasi: 12, Jln 19/3, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Selasa-Khamis (12.00 pm-9.00 pm) | Jumaat-Ahad (11.00 am-9.00 pm)

Tepen Yong Tau Foo

Imej via [ Tepen Yong Tau Foo ]

Tepen Yong Tau Foo merupakan menu yang terkenal di Taiping. Tak perlu datang jauh-jauh ke Taiping untuk merasainya, cukup ke Bukit Antarabangsa, Ampang, Setapak atau Bangi yang merupakan cawangan dari kedai tersebut.

Terdapat tiga jenis yong tau foo yang dapat memuaskan citarasa anda iaitu Yong Tau Foo Rebus Original, Yong Tau Foo Sup Sur dan Yong Tau Foo Krup Krap. Walaupun menu utama adalah yong tau foo, namun ada juga chee cheong fun yang sedap. Selain itu, ada juga sotong kangkung Segar yang pasti membuatkan ramai berselera.

Lokasi: Dagang Avenue Food Court, Ampang

Waktu operasi: Setiap hari (4.00 pm-11.00 pm)

Dah jumpa port chee cheong fun yang bakal melunaskan craving anda? Apa tunggu lagi, jom ajak keluarga mahupun kawan-kawan untuk makan bersama anda.

Buat peminat cheong fun Muslim, jangan risau kerana semua restoran di atas Muslim friendly dan halal. Bukan sekadar viral, rasanya pasti tidak akan menghampakan.

Nak tahu lebih banyak tempat makan menarik di Selangor dan KL? Jom food hunting di tempat-tempat ini:

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.