Teringin nak makan masakan tempatan tapi mahukan vibe elegan dan nostalgik. Cafe Lagenda menyajikan kepada anda makanan melayu dan western fusion dengan sentuhan Oriental.

Untuk pengetahuan anda, jarang untuk kita temukan masakan tempatan di kafe terutamanya di Pulau Pinang. Cafe Lagenda yang bertempat di Georgetown Penang inilah tempatnya. 

cafe lagenda penang
Imej via [cafeculture]

Ruangan kafe sederhana dan agak santai. Ia dihiasi dengan dekorasi dalaman dan gambar-gambar di dinding yang menaikkan rasa premium. Di samping menikmati makanannya yang lazat, mata juga turut dijamu dengan pemandangan yang tidak bosan melihatnya.

Antara ciri khas unik Cafe Lagenda adalah salah satu sebab penubuhannya untuk memperingati lagenda seniman negara iaitu P. Ramlee. Oleh sebab itu, anda akan melihat gambar-gambar kenangan Allahyarham P. Ramlee sebagai latar belakang kafe ini.

Jika anda perasan nama-nama untuk sebahagian menu juga dinamakan sempena karya beliau. Sebagai contoh, Nacos Ali Baba. Menarik bukan!

cafe lagenda penang
Imej via [google]

Menu Menarik Di Cafe Lagenda

Pelbagai hidangan yang ditawarkan di Cafe Lagenda, namun antara hidangan yang best seller di sini menurut mereka adalah Sotong Ala Panggilan Pulau, Counter Hall Beef Burger dan Kelaman Chicken.

Set Nasi Cafe Lagenda adalah yang paling menarik secara visual. Setiap Set Nasi di Cafe Lagenda Penang ini dihidangkan dengan kotak kayu berbentuk bot Congkak.

cafe lagenda penang
Imej via [google]

Bagi juadah pembuka yang terkenal di sini pula adalah Taukua Sumbat, Lagenda Cafe Chicken Satay, Saloma Vege Soup, Fried & Fritters, Deep Fried Mozarella dan sebagainya.

Selain itu, makanan tempatan yang menjadi pilihan ramai di Cafe Lagenda Penang ini juga antaranya adalah Penang Mee Kuah, Nasi Goreng Bujang Lapok, Ayam Masak Semerah Padi, Pak Belalang Beef Rendang dan macam-macam variasi hidangan lagi.

cafe lagenda penang
Imej via [google]

Menu Lain Di Cafe Lagenda

Jika anda tidak mahu makan masakan melayu, terdapat western fusion disediakan di Cafe Lagenda. Antara juadahnya adalah Spaghetti Aiyo Gazambo, Salmon Teriyaki, Beef & Roasted Pumpkin Lasagna, Baked Chicken Rouled dan lain-lain lagi. Ciri khas mereka adalah gabungan makanan barat dan asia.

cafe lagenda
Imej via [google]

Tidak dilupakan juga pencuci mulut di sini yang wajib anda cuba adalah seperti Banana Split, Panacota Serimuka, Lagenda Crepe, Banana Bakar dan macam-macam lagi. Banana Bakar paling diminati ramai. Pisang dikaramelkan dengan gula merah dan ditaburi dengan kelapa kering, dihias dengan satu sudu ais krim vanila. Sangat menggiurkan.

cafe lagenda georgetown
Imej via [google]

Jom datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan bagi menikmati hidangan melayu dan barat bernuansakan oriental sambil mengimbau kenangan seniman terulung Tan Sri P. Ramlee.

Cafe Lagenda Penang ini juga ada menyediakan servis tempahan untuk majlis kecilan, hari jadi, ulang tahun dan sebagainya.

Lokasi: 2, Lebuh Carnarvon, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

Waktu Operasi: 12 pm – 10 pm . Tutup pada hari Rabu.

No Telefon: 04-251 9300

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.