Mencari destinasi buffet ramadhan di Terengganu? Jangan pening kepala, kami akan kongsikan beberapa tempat menarik boleh anda cuba.

Jangan risau, singgah sahaja di salah satu destinasi buffet sekitar Terengganu yang bakal kami senaraikan ini. Senarai ini berbagai dan semestinya adalah yang terkini, untuk tahun 2025. Teruskan membaca!

Nama TempatAlamatHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-kanak (RM)Info
Kuala Terengganu Drawbridge20000 Kuala Terengganu, Terengganu80.0050.00Terengganu Drawbridge
Tanjong Vista Hotel132-D, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu78.0050.00Hotel Tanjong Vista
Hotel YT Midtown Kuala TerengganuNO.30, JALAN TOK LAM, 20100 KUALA TERENGGANU, Kuala Terengganu, Malaysia58.0045.00Hotel YT Midtown Kuala Terengganu
Duyong Marina & ResortPulau Duyong, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu85.0045.00Duyong Marina & Resort
The Grand Puteri HotelJalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu75.0045.00The Grand Puteri Hotel
The Qamar PakaLot 473, Kampung Cacar, 23100 Paka, Terengganu98.0058.00The Qamar Paka
Sumai Hotel Apartment4479, Jalan Persinggahan, Kampung Ladang Tok Pelam, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu79.0039.00Sumai Hotel Apartment
Paya Bunga Hotel TerengganuJalan Tengku Embong Fatimah, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu88.0048.00Paya Bunga Hotel Terengganu
Rumbia Resort VillaLot 3573 Paka, 23100 Dungun, Terengganu88.0055.00Rumbia Resort Villa Paka Terengganu
Raia Hotel & Convention CentreJalan Lapangan Terbang, Kampung Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu68.0058.00Raia Hotel & Convention Centre
Hotel PermaiJalan Sultan Mahmud, Kampung Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu80.0040.00Permai Hotel Kuala Terengganu
Coffee Garden UTC Kuala TerengganuLot PK03, Kompleks Paya Bunga Square (UTC, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu99.90+Coffee Garden Terengganu

Buffet Ramadhan Terengganu 2025

Terengganu Drawbridge

Buffet Ramadan Terengganu Drawbridge pada tahun ini menawarkan harga yang cukup berbaloi. Harga tempahan ialah RM80 untuk dewasa, RM65 untuk warga emas dan RM50 untuk kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun. Anda boleh berbuka di Bilik Lantai Kaca sambil melihat pemandangan sekitar Kuala Terengganu.

Bertemakan Persona D’Muara, pakej buffet disini diadakan bermula 5 Mac sehingga 28 Mac 2025. Kemudahan seperti parkir, tandas dan surau disediakan dengan selesa.

Alamat: Jalan Persinggahan, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Tanjong Vista Hotel

Satu lagi lokasi buffet Ramadan di Terengganu yang berbaloi ialah Tanjong Vista Hotel. Hotel ini menawarkan harga promosi buffet RM65 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak dan warga emas, terhad hingga 8 Mac sahaja. Buffet yang bermula dari 9 Mac hingga 30 Mac 2025 ini menyediakan buffet Ramadan berkonsepkan Sajian Warisan Desa dengan lebih 100 menu.

Klik pautan ini untuk membuat tempahan.

Alamat: 132-D, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kampung Tanjung Kapur, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu

Hotel YT Midtown Kuala Terengganu

Hotel YT Midtown Kuala Terengganu juga mengadakan pakej buffet Ramadan dengan beberapa pilihan pakej yang sangat berpatutan lebih-lebih lagi sekiranya anda ingin berbuka secara berkumpulan. Buat tempahan melalui talian 09-622 3088, 019-840 7544 atau 016-681 3500.

Alamat: NO.30, JALAN TOK LAM, 20100 KUALA TERENGGANU, Kuala Terengganu, Malaysia

Duyong Marina & Resort

Duyong Marina & Resort menyediakan buffet berbuka puasa yang berkonsepkan Fiesta Ria pada tahun ini. Lebih 80 menu menanti anda dan antara yang menarik semestinya Itik Salai Masak Lemak Beelimbing Buluh, Lamb Marrow Briyani, Kambing Golek dan Seafood Kava.

Jika berkesempatan, dapatkan harga istimewa untuk dewasa iaitu RM75, warga emas RM65 manakala untuk kanak-kanak, harganya ialah RM 40. Harga ini terhad dan akan tamat pada 1 Mac 2025. Untuk maklumat atau tempahan, hubungi 09-627 7734.

Alamat: Pulau Duyong, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Grand Puteri Hotel

Citarasa Kampung merupakan tema untuk buffet Ramadan yang diadakan oleh Grand Puteri Hotel. Sudah pasti aneka sajian tradisi atau masakan kampung menjadi menu utama. Harga tempahan ialah RM75 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak.

Pakej ini diadakan dari 2 Mac hingga 30 Mac 2025. Hubungi 017-229 8555 atau 011-3911 7604 untuk maklumat lanjut atau tempahan.

Alamat: Jalan Masjid Abidin, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

The Qamar Paka

Jika anda berada sekitar Paka, lekaslah tempah buffet Ramadan yang ditawarkan oleh The Qamar Paka. Menyediakan sajian tempatan bertemakan Citarasa Klasik, harga untuk dewasa ialah RM98 dan RM58 pula untuk kanak-kanak, OKU dan warga emas. Jom berbuka puasa di sini antara 5 Mac hingga 27 Mac 2025.

Alamat: Lot 473, Kampung Cacar, 23100 Paka, Terengganu

Sumai Hotel Apartment

Buffet berbuka puasa yang diadakan di Sumai Hotel Apartment menawarkan harga permulaan serendah RM63 sahaja yang terhad sehingga 25 Februari 2025, untuk 500 yang terawal. Pelbagai menu ditawarkan yang terdiri daripada menu tradisi dan makanan barat. Dengar cerita, ada banyak gerai yang akan memasak secara lansung, segar dan menu masih panas.

Banyak kemudahan disediakan termasuk surau, tandas, parkir yang luas dan percuma. Dewan juga selesa, berpendingin hawa dan cantik ala-ala taman bunga.

Alamat: 4479, Jalan Persinggahan, Kampung Ladang Tok Pelam, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Paya Bunga Hotel Terengganu

Yang menarik tentang buffet Ramadhan yang disediakan di Paya Bunga Hotel ini, pelbagai jenis makanan terhidang untuk dinikmati saat berbuka puasa dan menu ini akan bertukar setiap hari. Layari Facebook Paya Bunga Hotel Terengganu untuk melihat menu harian. Konsep buffet Ramadan Terengganu bagi hotel ini adalah Maidah Al-Barakah, Selera Tradisi.

Untuk dewasa, harganya ialah RM88 dan untuk kanak-kanak, harganya ialah RM48. Mereka turut menawarkan harga promosi untuk 100 tempahan terawal iaitu RM73 untuk dewasa. Antara kelebihan berbuka di sini adalah pengunjung berpeluang menikmati pemandangan 360 darjah Kuala Terengganu, parkir mudah, surau dan terawih berjemaah serta kawalan keselamatan.

Alamat: Jalan Tengku Embong Fatimah, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Rumbia Resort Villa

Rumbia Resort Villa yang terletak di Paka ini juga merupakan antara destinasi buffet Ramadan Terengganu yang menarik dan berbaloi. Untuk dewasa, harga adalah RM88 manakala kanak-kanak dan warga emas RM55 sahaja.

Bertemakan Nostlagia D’Rumbia, terdapat lebih 13 gerai yang tersedia dengan pelbagai jenis juadah sedap di sini. Apa yang lebih unik, mereka membawakan konsep ala-ala bazaar, lebih meriah dan unik. Antara keistimewaan berbuka di sini, anda boleh solat di ruangan yang selesa dan bergambar di ruangan photobooth.

Alamat: 23100 Paka, Terengganu

Raia Hotel Convention Centre

Bermula dari 12 Mac hingga 9 April 2024, Raia Hotel & Convention Centre menyediakan buffet berbuka puasa dengan tema Selera Ganu Kite. Harga dewasa ialah RM68 dan RM58 untuk kanak-kanak dan warga emas. Jom buat tempahan sekarang di pautan ini!

Alamat: Jalan Lapangan Terbang, Kampung Telaga Batin, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Hotel Permai

Hotel Permai merupakan antara lokasi buffet Ramadan di Terengganu yang menarik. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga promosi serendah RM60 terhad hingga 5 Mac ini. Anda akan disajikan dengan lebih 150 menu istimewa. Memang berbaloi dengan pelbagai pilihan menu!

Alamat: Jalan Sultan Mahmud, Kampung Batu Buruk, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

Coffee Garden Terengganu

Satu lagi lokasi buffet Ramadan di Kuala Terengganu ialah Coffee Garden yang terletak di UTC Kuala Terengganu.  Nostalgia Masakan Bonda – Berbuka Ala Kampung merupakan konsep hidangan yang disajikan.

Alamat: Lot PK03, Kompleks Paya Bunga Square (UTC, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu

Kesimpulan

Ada destinasi buffet yang berjaya menarik minat anda? Jangan lepaskan peluang ini, terus membuat tempahan. Jika anda menempah pada tarikh yang lebih awal, berkemungkinan anda akan mendapat harga promosi yang jauh lebih murah dan semestinya berbaloi, jadi rebutlah peluang keemasan ini.

Yang penting, tempah awal juga untuk mengelakkan tiada tempat sebelum berbuka. Lebih-lebih lagi jika pergi beramai-ramai. Selamat berbuka!

Mencari lokasi buffet berbuka puasa di negeri lain? Klik sahaja pada pautan di bawah.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.