Mencari tempat berbuka puasa buffet Ramadhan Putrajaya 2023 yang terkini?
Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti untuk yang hadir ke Putrajaya? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda tuju untuk berbuka puasa bersama keluarga atau sahabat handai?
Kami ada senarai buffet Ramadhan Putrajaya Bangi 2023 terkini yang boleh anda tempah untuk sesi berbuka puasa sempena bulan Ramadhan. Teruskan membaca!
Nama Tempat | Alamat | Harga Dewasa (RM) | Harga Kanak-kanak (RM) | Info |
Kelab Tasik Putrajaya | Kelab Tasik Putrajaya, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya | 95.00 | 45.00 | Kelab Tasik Putrajaya |
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) | International Convention Centre, Jalan P5, Presint 5, 62000 Putrajaya | 98.00 | 49.00 | Putrajaya International Convention Centre (PICC) |
The Everly Hotel Putrajaya | 1, Jalan Alamanda 2, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya | 128.00 | The Everly Hotel Putrajaya | |
Marriott Putrajaya | IOI Resort City, 62502 Sepang, Wilayah Persekutuan Putrajaya | 198.00 | 99.00 | Putrajaya Marriott Hotel |
Zenith Putrajaya | Jalan P2a, Presint 2, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya | 158.00 | 90.00 | Zenith Putrajaya |
Le Meridien Putrajaya | Lebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya | 188.00 | 94.00 | Le Meridien Putrajaya |
Dorsett Putrajaya | Precinct 3, 62000 Putrajaya | 139.00 | 88.00 | Dorsett Putrajaya |
Park In by Radisson Putrajaya | Jalan Universiti, Taman Unipark Suria, 43000 Kajang, Selangor | 98.00 | 68.00 | Park In by Radisson Putrajaya |
De.Wan 1958 by Chef Wan @ Bangi | Bangi Resort Hotel Off Persiaran Bandar, Bangi Golf Club, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor | 178.00 | 82.00 | De.Wan by Chef Wan |
The Laguna Restaurant | 62000, 63000 Cyberjaya, Selangor | 129.00 | 25.00 | The Laguna Restaurant |
BaraOmbak Marina Putrajaya | Boraombak Marina Putrajaya, No.1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya | 79.50 | 45.50 | BaraOmbak Marina Putrajaya |
MZ Catering Bangi | MZ Garden Hall, Bangi | 66.00 | 30.00 | MZ Catering |
Di Kelab Tasik Putrajaya, mereka ada menawarkan pakej buffet Ramadhan bertemakan Santapan Selera Warisan yang cukup berbaloi. Hidangan yang disajikan berasaskan sajian tempatan. Dapatkan harga promosi serendah RM 80 dengan pembelian pakej sebelum 12 Mac 2023.
Pelbagai lauk-pauk disajikan dengan menu utama Kambing Bakar dan Patin Masak Tempoyak. Dengan setiap 10 pembelian pakej akan mendapat 1 pakej buffet percuma.
Alamat: Kelab Tasik Putrajaya, Jalan P8, Presint 8, 62250 Putrajaya
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menyediakan menu kambing golek sebagai sajian utamanya untuk buffet Ramadhan edisi Cita Rasa Klasik. Harga yang ditawarkan ialah RM 69 untuk dewasa dan RM 30 untuk kanak-kanak bagi pembelian awal.
Bukan sahaja sekadar menjamu selera, malah pengunjung dapat menikmati persembahan daripada artis iaitu Rosma.
Alamat: Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
The Everly Hotel Putrajaya juga merupakan antara lokasi buffet Ramadhan di Putrajaya yang menarik. Mereka menawarkan harga pakej sekadar RM 128 untuk buffet ini. Persembahan anyaman ketupat antara aktiviti menarik ditawarkan oleh hotel ini.
Persembahan juga turut ada semasa buffet ini berlangsung. Untuk tempahan awal sehingga 16 Mac 2023, anda akan mendapat tawaran harga RM 108 untuk dewasa. Untuk tempahan, hubungi mereka di talian 011 16220460.
Alamat: 1, Jalan Alamanda 2, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Nikmati bulan Ramadan yang mulia dengan hidangan buffet di Restoran Zest Lifestyle Hotel Marriott Putrajaya. Lebih 100 hidangan tradisional Melayu dan Asia Tenggara akan dihidangkan termasuk hidangan istimewa iaitu Lauk Kawah yang dihidangkan bersama nasi yang harum aromanya.
Harga early bird untuk dewasa ialah RM 148 untuk dewasa dan RM 74 untuk kanak-kanak yang sah sehingga 23 Mac 2023. Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi 03-8949 8888.
Alamat: IOI Resort City, 62502 Sepang, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Rebutlah harga eksklusif “𝐄𝐀𝐑𝐋𝐘 𝐁𝐈𝐑𝐃” pada harga hanya RM128 untuk dewasa dan RM 68 untuk kanak-kanak sehingga 26 Mac 2023 yang ditawarkan oleh Zenith Hotel sempena buffet Ramadhan mereka.
Mereka mempunyai pelbagai hidangan istimewa seperti sup gear box, udang galah masak lemak petai dan beef ribs udang minang. Untuk tempahan atau maklumat lanjut, sila hubungi +603 8893 9993 atau e-mel di [email protected].
Alamat: Jalan P2a, Presint 2, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Le Meridien Putrajaya juga merupakan antara lokasi buffet Ramadhan di Putrajaya yang menarik. Harga yang ditawarkan ialah RM 188 untuk dewasa dan RM 98 untuk kanak-kanak.
Bagi yang membuat tempahan sehingga 23 Mac 2023, anda akan ditawarkan dengan harga buffet RM 138 untuk dewasa dan RM 74 untuk kanak-kanak. Tempah di sini atau hubungi mereka untuk maklumat lanjut di +603 8689 6888 atau WhatsApp +6012 407 3101.
Alamat: Lebuh IRC IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Selangor
Dorsett Putrajaya turut menawarkan buffet berbuka puasa mulai 25 Mac hingga 20 April 2023. Harga dewasa ialah RM 139 dan untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun dan warga emas berusia 60 tahun ke atas, harganya ialah RM 88.
Dapatkan harga tempahan awal pada RM 100 mulai 1 Mac namun baucer ini terhad 3000 sahaja. Untuk tempahan atau makluman lanjut, hubungi Dorsett Putrajaya di talian 016-6680265 atau 03-88928388.
Alamat: Precinct 3, 62000 Putrajaya
Park Inn by Radisson Putrajaya menawarkan harga RM 98 untuk dewasa dan RM 68 untuk kanak-kanak untuk buffet Ramadhan mereka yang berlangsung pada 23 Mac hingga 21 April 2023 ini. Di sini, kemudahan surau disediakan dan terdapat lebih dari 100 hidangan boleh didapati.
Untuk tempahan awal, anda akan mendapat tawaran beli 10 percuma 1. Untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi mereka di 0389111999 atau emel ke [email protected].
Alamat: Jalan Universiti, Taman Unipark Suria, 43000 Kajang, Selangor
Menyemarakkan semangat Ramadan, De.Wan 1958 by Chef Wan akan menggembirakan pengunjung dengan hidangan istimewa serantau yang mewah untuk berbuka puasa, dari 26 Mac hingga 20 April 2023. Harga buffet untuk dewasa ialah RM 178, untuk kanak-kanak (4-10 tahun) ialah RM 82 dan untuk warga emas (60 tahun ke atas) ialah RM 115.
Untuk tempahan awal sehingga 25 Mac 2023, harga RM 145 (dewasa), RM 115 (warga emas) dan RM 68 ( kanak-kanak) akan ditawarkan kepada anda. Layari laman web www.dewan.space untuk makluman lanjut.
Alamat: Off, Persiaran Bandar, Bangi Golf Club, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
The Laguna Restaurant ada menyediakan buffet Ramadhan untuk tahun ini. Harga tempahan untuk dewasa ialah RM 125 dan RM 25 untuk kanak-kanak berusia 6 hingga 10 tahun. Anda akan disajikan dengan hidangan selera barat dan Asia yang berbagai.
Harga tempahan awal ialah serendah RM 79.00 untuk dewasa sah sehingga 24 Mac 2023. Boleh hubungi mereka melalui aplikasi WhatsApp untuk membuat tempahan atau mengajukan pertanyaan di talian 016-2620124.
Alamat: 3, Jalan Gereja, City Centre, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
BaraOmbak Marina Putrajaya menyediakan buffet berbuka puasa yang sangat berbaloi. Jika anda menempah atas talian, harganya ialah RM 79.50 untuk dewasa, RM 45.90 untuk kanak-kanak (berumur 4 tahun ke atas) dan RM 59.50 warga emas (65 tahun ke atas). Ada lebih dari 80 jenis makanan pelbagai selera yang disajikan sempena buffet ini.
Untuk harga walk in pula ialah RM 85.55 untuk dewasa dan RM 69.50 untuk kanak-kanak dan RM 55.50 untuk warga emas. Bagi membuat tempahan, hubungi mereka melalui WhatsApp pada nombor 0166089806, 0187785725, 0172670069, 0102141825 atau 0189452177.
Alamat: Boraombak Marina Putrajaya, No.1, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
MZ Catering menyediakan pakej buffet Ramadhan bermula 25 Mac hingga 19 April 2023. Selain di Bangi, terdapat dua lagi cawangan iaitu di Kajang. Harga pakej serendah RM 66 untuk dewasa manakala RM 30 untuk kanak-kanak.
Lokasi: MZ Garden Hall, Bangi
Jangan lupa kongsikan artikel buffet Ramadhan Putrajaya Bangi ini kepada rakan-rakan anda yang mungkin masih tidak menemukan destinasi buffet yang berpatutan harganya. Selamat berpuasa!
*Senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untk memberi info yang relavan dan terkini tentang tempat buffet Ramadhan di Putrajaya dan Bangi.