Bagi yang menetap atau berada di Perak pada bulan Ramadhan ini, sudahkah anda jumpa destinasi buffet yang terbaik untuk sesi berbuka puasa?

Jika belum, kami ada senarai 20 destinasi buffet Ramadhan sekitar Perak tahun 2025 untuk sesi iftar anda. Yang pasti, harga yang ditawarkan memang berpatutan. Teruskan membaca!

impiana hotel ipoh
Imej via Facebook

Di sini kami kongsikan senarai buffet Ramadhan 2025 Perak yang boleh anda terjah sekitar Perak:

Buffet Ramadhan Perak 2025

Nama TempatAlamatHarga Dewasa (RM)Harga Kanak-kanak (RM)Info
Hotel Seri Malaysia IpohJalan Sturrock, 31350 Ipoh, Perak65.0050.00Hotel Seri Malaysia Ipoh
Travelodge IpohJalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak79.0064.00Travelodge Ipoh
Kinta Riverfront Hotel & SuitesJalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Perak128.0068.00Kinta Riverfront Hotel & Suites
Symphony Suites HotelBusiness Park, 41, Jln Lapangan Symphony, Pusat Kesihatan Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak80.0035.00Symphony Suites Hotel
The Haven All Suite ResortJalan Haven, 31150 Ipoh, Perak118.00+85.00++60 5 540 0000
Impiana Hotel Ipoh18, Jln Sultan Nazrin Shah, 30250 Ipoh, Perak119.00+79.00+Impiana Hotel Ipoh
Weil Hotel Ipoh292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak148.00108.00WEIL Hotel
MU HotelLevel R, 18, Jalan Chung On Siew, Taman Jubilee, 30250 Ipoh, Perak75.00 – 95.0048.00MU Hotel
Royal Perak Golf ClubJalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak68.0055.00Royal Perak Golf Club
Miker SignatureLot F6, Bazaar Ipoh, Jln Sultan Nazrin Shah, Medan Gopeng, 31350 Ipoh, Perak49.0030.00Miker Signature
Hotel Taiping Perdana Lorong Koperasi 1, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak77.0055.00Hotel Taiping Perdana
Hotel Seri Malaysia TaipingJln Sultan Mansor, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak55.0046.00Hotel Seri Malaysia Taiping
Hotel Grand Baron34000 Taiping, Perak68.0058.00Hotel Grand Baron
Novotel Taiping1, Jalan Tupai, 34000 Taiping, Perak95.0075.00Novotel Taiping
Hotel Casuarina Meru No. 1-C, Jalan Meru Casuarina, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak88.0058.00Casuarina Meru
Bukit Merah Laketown ResortJalan Bukit Merah, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak75.0045.00Bukit Merah Laketown Resort
The Orient Star Resort LumutLot 203 @, 366, Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak78.00+48.00+The Orient Star Resort Lumut
Casuarina Kuala KangsarJalan Bukit Kerajaan, 33000 Kuala Kangsar, Perak75.0052.00Casuarina Kuala Kangsar
Sayong Resort Kuala Kangsar Persisiran Sayong, 33000 Kuala Kangsar, Perak45.0030.00Sayong Resort Kuala Kangsar
Galasa Caldwell No 3, Jalan Caldwell, &, Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak78.0055.00Galasa Caldwell

Hotel Seri Malaysia Ipoh

Hotel Seri Malaysia mempunyai pelbagai cawangan dan salah satunya terletak di Ipoh. Untuk bufet Ramadan, harga yang ditawarkan ialah RM65 untuk dewasa, RM50 untuk kanak-kanak berusia 5-12 tahun dan RM55 untuk warga emas. Harga untuk tempahan awal turut ditawarkan dan ianya serendah RM55. Dapatkannya sekarang sebelum 3 Mac 2025!

Seperti biasa, pengunjung akan disajikan dengan menu utama dan istimewa iaitu Sup Kambing Rencahan. Bufet Ramadan di sini bermula 4 Mac sehingga 29 Mac 2025.

Alamat: Jalan Sturrock, 31350 Ipoh, Perak

Travelodge Ipoh

Bufet Ramadan yang disediakan di Travelodge Ipoh ini memang berbaloi. Harga untuk dewasa sekadar RM79 manakala harga untuk kanak-kanak dan warga emas ialah RM64. Ianya berlangsung bermula 7 Mac hingga 27 Mac 2025.

Hidangan melebihi 100 jenis masakan ala kampung dan masakan barat ada disajikan untuk buffet kali ini. Jika berkesempatan, dapatkan harga promosi iaitu RM72 untuk dewasa manakala RM58 untuk kanak-kanak dan warga emas sebelum 6 Mac ini!

Alamat: Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak

Kinta Riverfront Hotel & Suites

Kinta Riverfront Hotel & Suites turut menawarkan bufet Ramadan bermula dari 3 Mac hingga hujung Ramadan 2025. Untuk dapatkan harga early bird yang lebih jimat, lakukan tempahan segera dengan potongan 50% pada 3 dan 4 Mac ini!

Dengan tema 𝐈𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐒𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐝𝐢 𝐒𝐭𝐮𝐝𝐢𝐨 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐩𝐚𝐬, banyak menu menanti anda. Sebarang pertanyaan atau maklumat, scan sahaja kod qr atau hubungi 012-626 5423.

Alamat: Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh, Perak

Symphony Suites Hotel

Ini juga merupakan pilihan terbaik untuk berbuka bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Harga promosi ditawarkan serendah RM65 sahaja jika anda mendapatkannya sebelum 22 Februari 2025. Dengan setiap pembelian 5 baucar anda akan mendapat 1 baucar percuma.

Bertemakan Citarasa Warisan, bufet ini diadakan bermula 1 Mac hingga 29 Mac 2025. Antara menu istimewa yang luar biasa adalah Sup Tulang Merah, Daging Bakar Harimau Menangis dan semestinya Kambing Golek.

Alamat: Business Park, 41, Jln Lapangan Symphony, Pusat Kesihatan Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak

The Haven All Suite Resort

Hotel bertaraf 5 bintang ini turut menyediakan pakej bufet Ramadan yang bermula 3 Mac sehingga 29 Mac 2025. Berkonsepkan Sajian Istimewa Bulan Ramadan, menu utama yang menjadi tumpuan setiap tahun disini semestinya Sup Gearbox.

Paling best, anda dapat berbuka dengan suasana yang luar biasa iaitu menghadap tasik yang cantik. Mesti ada yang menantikan harga promosi. Pengunjung berpeluang mendapat diskaun sebanyak 15% dengan pembelian awal, 14 hari sebelum tarikh yang dipilih untuk berbuka!

Alamat: Jalan Haven, 31150 Ipoh, Perak

Impiana Hotel Ipoh

Impiana Hotel yang terletak di Ipoh ini ada menyediakan buffet Ramadan bermula dari 3 Mac hingga 29 Mac 2025. Harga buffet untuk dewasa adalah serendah RM119, warga emas serendah RM99 manakala kanak-kanak serendah RM79. Banyak promosi menarik dengan harga berpatutan untuk pakej buffet Ramadan kali ini.

No tel: 010-356 5515 | 05-255 5555

Alamat: 18, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 30250 Ipoh, Perak

WEIL Hotel Ipoh

Bermula 3 Mac hingga 30 Mac 2025, TIFFIN Restaurant membawakan pakej iftar bertemakan Cita Rasa Antara Benua dengan pelbagai klasik dan antarabangsa.

Jika anda mahu datang beramai-ramai, apa kata anda membuat tempahan awal sebelum 15 Mac 2025 untuk mendapat 2 baucar percuma untuk setiap pembelian 10 baucar buffet. Kemudahan surau disediakan di sini.

Alamat: 292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak

MU Hotel

Mahu berbuka puasa dengan menikmati aneka jenis sajian tradisional? Jom berbuka dengan Cahaya Ramadan bersama MU Hotel. Buffet berbuka puasa ini bermula 11 Mac sehingga 29 Mac 2025 pada setiap Selasa hingga Sabtu sahaja.

Lebih 50 jenis menu dengan 11 stall disediakan buat pengunjung. Antara menu menarik adalah Sup Kambing atau Ayam, Kari Ayam Nyonya Kapitan, Nasi Briyani Kambing dan MU Kambing Golek Bakar. Hubungi 016-4762610 untuk sebarang tempahan.

Alamat: 18, Jalan Chung On Siew, Taman Jubilee, 30250 Ipoh, Perak

Royal Perak Golf Club

Pakej bufet Royal Perak Golf Club pula diadakan bermula 4 Mac sehingga 29 Mac 2025. Harga lebih murah jika anda adalah ahli kelab ini iaitu serendah RM78 sahaja. Jika anda membuat tempahan dari 1 Febuari hingga 3 Mac 2025, anda boleh menikmati harga yang lebih berbaloi iaitu RM65.

Kemudahan surau dan pengangkutan shuttle disediakan.

Alamat: Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak

Miker Signature

Mencari bufet Ramadan di Ipoh? Anda boleh ke restoran terkenal di Ipoh iaitu Miker Signature kerana harga yang ditawarkan memang mampu milik iaitu serendah RM49 untuk dewasa, RM45 untuk warga emas dan RM30 untuk kanak-kanak.

Dengan tema Kerinduan Desa, sajian yang ditawarkan semesti menu-menu tradisi. Bufet ini diadakan bermula 3 Mac sehingga 29 Mac 2025. Antara kemudahan yang disediakan termasuklah surau, parkir yang luas, lift dan eskalator serta ruang makan yang berpendingin hawa.

Alamat: Lot F6, Bazaar Ipoh, Jln Sultan Nazrin Shah, Medan Gopeng, 31350 Ipoh, Perak

Hotel Perdana Taiping

Jom berbuka puasa dengan Ramadhan@Perdana di Hotel Taiping Perdana yang diadakan bermula 3 Mac sehingga 30 Mac 2025. Harga memang berpatutan iaitu serendah RM77 sahaja untuk dewasa, RM66 untuk OKU dan warga emas dan RM55 untuk kanak-kanak dan warga emas.

Dapatkan harga promosi iaitu serendah RM60 sahaja, terhad hingga 9 Mac 2025. Kemudahan surau disediakan dengan selesa. Nak makan daging rentang tok dan gulai daging batang pisang yang sedap? Jom berbuka di Miker Signature.

Alamat: Lorong Koperasi 1, Kampung Jambu, 34000 Taiping, Perak

Hotel Seri Malaysia Taiping

Bermula dari 3 Mac hingga 29 Mac 2025, anda boleh menikmati buffet Ramadhan di Hotel Seri Malaysia Taiping. Jika berkesempatan, dapatkan harga promosi serendah RM50 sahaja, terhad sehingga 2 Mac ini! Menu utama yang disajikan ialah Kambing Bakar, Spicy Korean Fish dan Asam Pedas Daging Tetel, memang menyelerakan.

Alamat: Jln Sultan Mansor, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak

Hotel Grand Baron

Lokasi bufet Ramadan di Perak seterusnya ialah di Hotel Grand Baron yang bermula dari 3 Mac hingga 29 Mac 2025. Harga yang ditawarkan untuk dewasa ialah RM68, untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun pula sekadar RM58.

Jom dapatkan harga promosi serendah RM58 sahaja untuk dewasa, terhad sehingga 24 Feb ini! Dengan Citarasa Mendonia, pelbagai hidangan yang mengimbau masakan ibu ditawarkan buat pengunjung. Surau disediakan dengan selesa.

Alamat: 34000 Taiping, Perak

Novotel Taiping Perak

Berkonsepkan Citarasa Abang Dapur, pelbagai menu menarik menanti anda. Jika berkesempatan, dapatkan harga early bird serendah RM85 yang sah sehingga 2 Mac ini! Pakej buffet ini diadakan bermula 7 Mac sehingga 29 Mac 2025!

Alamat: No 1, Jalan Tupai, 34000 Taiping, Perak

Hotel Casuarina Meru

Berkonsepkan Syurga Rasa Ramadan, pelbagai menu tradisi yang boleh anda dapati dengan enak. Menu utama semestinya Kibas Panggang yang diperap dengan ramuan istimewa. Jika berkesempatan, dapatkan harga serendah RM80 sahaja untuk dewasa namun terhad sehingga 25 Februari ini!

Alamat:  No. 1-C, Jalan Meru Casuarina, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak

Bukit Merah Laketown Resort

Jom berbuka dengan tema Citarasa Muhibbah, Laketown Resort dengan pelbagai menu enak. Pakej buffet ini bermula 3 Mac sehingga 29 Mac 2025. Sambil menikmati juadah berbuka, anda akan disajikan dengan persembahan lagu. Surau disediakan dengan selesa buat pengunjung.

Alamat: Jalan Bukit Merah, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak

The Orient Star Resort Lumut

Bagi warga Lumut, anda boleh menikmati bufet Ramadan di The Orient Star Resort. Harga yang ditawarkan ialah RM78 untuk dewasa dan RM48 untuk warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta kanak-kanak berusia 6 hingga 11 tahun. Lakukan tempahan awal sebelum 3 Mac ini. Buffet Sajian Nostalgia ini bermula 5 Mac sehingga 26 Mac 2025.

Alamat: Lot 203 @, 366, Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut, Perak

Casuarina Kuala Kangsar

Jika anda membuat pembelian sebelum 28 Februari, harga istimewa akan anda perolehi iaitu serendah RM70 sahaja! Pakej bufet Ramadan ini akan berlangsung dari 3 Mac sehingga 28 Mac 2025 di Matahari Coffee House. Menu utama adalah kambing panggang. Sebarang pertanyaan mahupun tempahan, hubungi talian 05-770 2021.

Alamat: Jalan Bukit Kerajaan, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Sayong Resort Kuala Kangsar

Dengan tema Selera Melayu Citarasa Warisan, Sayong Resort Kuala Kangsar mengadakan bufet Ramadan bermula 3 Mac sehingga 30 Mac 2025 dari pukul 6.30 petang sehingga 9.30 malam. Beli sebelum 7 Mac ini dan dapatkan harga serendah RM40 untuk dewasa manakala RM270 untuk kanak-kanak.

Alamat: Persisiran Sayong, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Galasa Caldwell

Jom Gala Rasa Iftar di Galasa Caldwell, Ipoh yang bermula dari 6 Mac sehingga 29 Mac 2025. Dapatkan harga promosi serendah RM68 sahaja, terhad kepada 300 orang sebelum 5 Mac ini. Lebih jimat dan berbaloi.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah terjumpa destinasi buffet yang dicari? Sebenarnya memang banyak destinasi buffet di sini. Lebih menarik, ada juga yang masih menawarkan harga promosi. 

Jika anda sudah terjumpa destinasi buffet yang anda bakal serbu, lekas-lekaslah membuat tempahan sebelum terlambat. Selamat berbuka!

Selain artikel buffet berbuka puasa di sini, kami juga ada menulis artikel buffet berbuka puasa di negeri lain. Jemput baca jika anda bercadang ke sana.

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.