Mencari buffet hotel di Johor Bahru?
Orang JB, sudahkah anda membuat tempahan di destinasi buffet kegemaran anda? Atau anda masih kekeringan idea dalam mencari destinasi buffet yang menarik untuk anda nikmati bersama keluarga atau sahabat handai?
Jika ya, kami ada senarai destinasi buffet hotel terkini yang boleh anda singgah di JB. Ada 10 kesemuanya, dan semestinya terkini. Teruskan membaca!
Jom sertai buffet di Pulai Springs Resort yang bertemakan Fire Grill BBQ Buffet Dinner sepanjang Oktober sehingga Disember 2023. Namun buffet ini diadakan pada setiap Jumaat dan Sabtu sahaja bermula 6.30 pm hingga 9.30 pm.
Bukan hanya menu barbeku yang diketengahkan, malah ada juga aneka pasta, kari dan sebagainya. Menu adalah berbeza untuk setiap Jumaat dan Sabtu. Klik di sini untuk melihat kesemua menu yang ada.
Harga yang ditawarkan hanyalah RM 84.40 untuk dewasa manakala RM 42.20 untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Whatsapp +6016 733 2918 untuk membuat sebarang tempahan.
Alamat: 20km, Jalan Pontian Lama, 81110 Johor Bahru, Johor
Bermula 6 Oktober sehingga 28 Oktober, Sea Grille International Buffet Dinner akan diadakan bermula 6.30 pm hingga 10.00 pm.
Hanya RM 88 sahaja untuk dewasa manakala RM 50 untuk kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun serta warga emas. Apa yang menarik, anda akan mendapat 20% potongan harga untuk dewasa jika memakai pakaian berwarna pink.
Hubungi 07-267 8999 atau Whatsapp untuk sebarang tempahan atau pertanyaan. Jika berminat, anda perlu membuat tempahan 3 hari sebelum tarikh buffet yang anda mahu pergi.
Alamat: Jalan Sungai Chat, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor
Di hotel ini, mereka menawarkan 3 pakej buffet makan malam berbeza. Jika mahu menikmati pelbagai menu asia, pilih saja Asian Delight Buffet pada setiap Isnin hingga Khamis dengan hanya RM 48 untuk dewasa dan RM 29 untuk kanak-kanak.
Menu barat dengan tema Western Night Buffet pula diadakan pada setiap Jumaat. Harga bermula RM 39 untuk kanak-kanak dan RM 68 untuk dewasa. Pakej terakhir adalah Grill ‘N’ Chill BBQ Buffet Dinner untuk setiap Sabtu. Nak makan malam dengan aneka menu barbeku? Nikmatinya dengan kadar RM 88 untuk dewasa manakala RM 49 untuk kanak-kanak.
Setiap pakej buffet ini diadakan bermula 6.30 petang hingga 10.00 malam. Hubungi +60 16-713 4590 atau Whatsapp untuk sebarang pertanyaan mahupun tempahan. Klik di sini untuk melihat senarai menu.
Alamat: Jalan Impiana Senai Utama 2, Taman Impian Senai, 81400 Senai, Johor
Berada di Johor Bahru dan mencari pakej buffet di kawasana berdekatan? Datang sahaja ke Amari Johor Bahru dan nikmati pakej buffet yang sangat berbaloi!
Kenapa kami katakan berbaloi? Mana tidaknya, hanya RM 148 harga dewasa, RM 138 untuk warga emas dan RM 74 untuk kanak-kanak anda dapat menikmati pelbagai menu berasaskan makanan laut yang segar dan besar!
Semuanya dimasak dengan aneka jenis masakan termasuklah makanan Jepun, Chinese, Thai dan India. Pakej ini bermula 6.00 petang hingga 10.30 malam. Setiap pembelian 5 baucar, anda akan mendapat 1 baucar percuma. Hubungi 07 266 8888 untuk sebarang tempahan.
Alamat: 82C, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Salah satu hotel yang menawarkan pakej buffet untuk makan tengah hari adalah di hotel terkemuka ini. Buffet ini diadakan Makan Kitchen dengan menu utamanya adalah hidangan tempatan dan tradisi.
Menu utama adalah nasi kukus, nasi biryani gam, ayam golek, acar nenas dan sebagainya. Pelbagai kaunter makanan yang pasti membuat anda rambang mata untuk memilih termasuklah stesen rojak, mi, sambal, asam pedas dan pasta.
Kesemua menu anda boleh lihat di sini dan nikmatinya serendah RM 68 untuk dewasa manakala RM 34 untuk kanak-kanak. Namun buffet ini diadakan pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12.00 pm hingga 2.30 pm.
Alamat: 12, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Ini pula adalah buffet Hi Tea khas untuk anda yang berkelapangan di hujung minggu kerana diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula 12.00 pm hingga 3.00 pm.
Dine@EIGHT Restaurant mengadakan buffet Hi Tea bertemakan Feastful Weekend Buffet dengan menu yang diketengahkan adalah nasi lemak telur bungkus, stesen panini, stesen pasta, shawarma dan sebagainya.
Harga juga berpatutan iaitu RM 88 untuk dewasa, RM 68 untuk warga emas manakala RM 44 untuk kanak-kanak. Buat tempahan sekarang di talian +6011 3603 3163.
Alamat: Jalan Tun Abdul Razak, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Buffet hotel Johor Bahru seterusnya adalah buffet Hi Tea di Grand Paragon Hotel yang berlangsung pada setiap Sabtu bermula 12.30 pm sehingga 4.00 pm di Cafe Para Para.
Harga buffet sangat berpatutan dan mampu milik iaitu bermula RM 58 untuk dewasa dan RM 30 untuk kanak-kanak. Setiap pembelian 5 baucar, anda akan peroleh 1 baucar percuma.
Alamat: 18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor
Bertemakan Malaysia Flavour Fest, terdapat dua pakej buffet iaitu untuk makan tengah hari dan makan malam. Buffet makan tengah hari diadakan setiap hari bermula 12.00 pm hingga 2.30 pm.
Buffet makan malam pula bermula 6.30 pm sehingga 9.30 pm. Buffet malam diadakan setiap Khamis hingga Sabtu sahaja. Harga memang murah dan berpatutan iaitu RM 45 untuk dewasa, RM 35 untuk warga emas dan RM 25 untuk kanak-kanak.
Sebarang maklumat lanjut, hubungi +6016 710 0048, +6016 723 3558 atau 016-710 0073.
Alamat: 9R, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor
Lain pula di Opero Hotel yang menawarkan tiga pakej buffet iaitu dua buffet makan tengah hari dan satu buffet makan malam.
Executive Buffet Lunch bermula Isnin hingga Jumaat dari 12.30 pm hingga 2.30 pm. Hanya RM 88 untuk dewasa manakala RM 50 untuk kanak-kanak. Raikan hujung minggu anda dengan Weekend Roast Royale Buffet Lunch pada Sabtu dan Ahad dengan hanya RM 118 untuk dewasa dan RM 60 untuk kanak-kanak.
Flavours of the World Buffet Dinner pula diadakan pada setiap hari dari 6.30 pm hingga 10.00 pm. Untuk dewasa harganya RM 108 manakala kanak-kanak sekadar RM 60. Hubungi +6011 3680 0899 atau +6016 840 0899 untuk sebarang maklumat lanjut.
Alamat: 2, Jalan Southkey 1/2, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor
Satu lagi pilihan buffet untuk makan tengah hari dengan mewah tetapi harga yang sangat berbaloi, anda boleh dapatkannya di hotel St. Giles Southkey. Pakej buffet hanya RM 98 untuk dewasa manakala RM 49 untuk kanak-kanak.
Dengan harga ini, anda dapat menikmati lebih 200 menu menarik termasuklah menu istimewa iaitu Nasi Briyani, Abang Teh Tarik, Aiskrim Baskin Robbins dan Shawarma. Bagi penggemar makanan Jepun, Sashimi dan Sushi pun ada!
Buffet ini diadakan di Causeway Cafe pada setiap Sabtu dan Ahad, dari 12.30 pm hingga 3.00 pm. WhatsApp +6012-309 9762 untuk membuat tempahan.
Alamat: Mid Valley Southkey, 1, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor
Dah ada buffet hotel Johor Bahru yang berkenan? Nasihat kami, anda patut membuat tempahan pada tarikh yang lebih awal. Jika ada rezeki, berkemungkinan anda boleh mendapat harga promosi yang jauh lebih berbaloi. Selamat menjamu selera!
Mencari lokasi buffet di negeri lain? Klik sahaja pada pautan di bawah.