Post ini didedikasikan untuk peminat ayam goreng Korea iaitu ayam goreng Yangnyeom yang pedas dan rangup. Kadang-kadang sampai teringat-ingat akan rasanya yang lazat sampai nak repeat banyak kali.

Kami senaraikan 10 tempat yang anda wajib pergi untuk cuba ayam goreng Korea yang tengah ‘top’ sekarang ni.

1. KYOCHON

Kyochon

Imej dari lobakmerah.com

Franchise ayam goreng ini memang cukup terkenal bagi peminat Korean fried chicken. Ayam goreng ini dimasak dengan ramuan istimewa dari Korea dengan pilihan lima menu iaitu soya bawang putih, perisa cili merah yang paling popular, perisa madu dan isi ayam goreng dengan sos pilihan Jambalaya atau honey mustard. Antara outlet yang terdekat di KL termasuk di One Utama, Pavillion dan Sunway Pyramid.

Alamat : LG 311, Lower Ground Floor, No1, Persiaran Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

2. KFRY

Imej dari Instagram Kfry

Jarang jika anda ke sini terus dapat tempat duduk. Biasanya kena ambil nombor dulu sebab restoran ini sentiasa padat dengan pelanggan. Menu yang menarik hati pelanggan untuk kembali semestinya cheesy fried chicken bumbuk iaitu hidangan ayam goreng berperisa dengan kentang goreng dan keju cair. Korean fried chicken yang didatangkan dengan pelbagai perisa seperti garlic soy sauce, spicy yangnyeom dan honey butter pasti memikat selera anda.

Alamat : Aras G-26, IOI City Mall, 62502 Putrajaya

Waktu Operasi : 11.30 pagi hingga 10.30 pagi

3. SWEETREE

Sweetree

Imej dari Instagram

Peminat makanan Korea wajib datang ke sini. Ayam goreng Korea pedas dan diperap istimewa menanti anda. Nak makan dengan keju cair pun ada! Ia juga menawarkan banyak lagi makanan Korea seperti kalbi, kimbab, toppokki, bibimbap dan macam-macam lagi. Makanan western dan pencuci mulut bingsoo dan aneka kek pun ada. Memang rugi kalau tak cuba dekat sini.

Alamat : Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi : Isnin hingga Sabtu : 11.00 pagi hingga 12.00 malam,

Ahad : 12.00 tengah hari hingga 11.00 malam. Ditutup setiap Selasa

4. NANDA CHICKEN

Nanda Chicken

Imej dari vkeong.com

Walaupun kedai ini turut menghidangkan ayam goreng Korea yang tidak kurang hebatnya, namun ramai yang rekomen untuk mencuba snow cheese chicken iaitu ayam goreng ‘boneless’ yang dihidangkan dengan keju leleh. Spicy fried chicken dan crispy soy sauce chicken juga sering mendapat permintaan tinggi oleh pelanggan.

Jangan lupa berkunjung ke sini dengan rakan atau keluarga kerana portion makanan yang diberikan agak besar dan sesuai untuk dikongsi.

Alamat : 11, Jalan Solaris 2, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 3.30 petang hingga 12.30malam

5. EID

Eid

Imej dari Instagram

Restoran halal yang dahulunya terletak di Itaewon kini membuka cawangan di Malaysia. Dimiliki oleh mualaf Korea, ia bukan sahaja menghidangkan ayam goreng perap, ikan goreng perap pun ada. Sajian Korea asli yang lain juga boleh dicuba seperti bulgogi, bibimbap dan penkek.

Alamat :No 8-19-01, Ground Floor, Jalan Medan Pusat Bandar 7A,                                                                                    Bangi Central, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi : 11.00 pagi hingga 11.30 malam

6. CHIR CHIR

Chir Chir

Imej dari malaysianflavours.com

Pernah tengok Kdrama My Love From The Star? Drama tersebut telah mempopularkan francais restoran ayam goreng ini. Ayam goreng lazat dengan sos perapan istimewa khas dari Korea kini boleh dinikmati di Pavilion. Antara menu wajib cuba di sini termasuk Crispy Fried Chicken dengan pilihan original atau spicy serta ayam goreng berperisa bawang putih, madu dan ayam panggang BBQ. Hidangan Chir Chir Mi Chir iaitu kombinasi spaghetti sos krim dengan ayam goreng pedas dan Spicy Seafood Soup juga mendapat sambutan hangat oleh pelanggan.

Alamat : Lot 1.108.00, Aras 1, Pavillion Elite, Pavillion Kuala Lumpur, 168, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

7. 4FINGERS

4fingers

Imej dari Instagram 4fingers

Francais restoran dari Singapura kini membuka beberapa cawangan di mall seperti KLCC, Nu Sentral dan Mid Valley. Ayamnya cukup rangup dan disalut dengan sos bawang putih atau sos pedas yang diperbuat daripada ramuan semulajadi tanpa penggunaan MSG. Anda juga boleh memesan nasi untuk dimakan bersama ayam. Burger dan makanan laut yang digoreng tepung seperti sotong dan udang pun ada!

Alamat : LOT F15, Aras 2 Signature Food Court,Suria KLCC, 50300, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

8. BBQ CHICKEN

BBq Chicken

Imej dari Instagram

Restoran ini antara yang mempunyai menu perisa ayam yang terbanyak iaitu 11 jenis. Antaranya ialah Jerk BBQ Chicken, Korean Charboiled Chicken, dan Gangjeong Chicken. Makanan lain seperti pizza, nasi goreng dan hidangan Korea seperti kimchi jjigae juga tersedia untuk dipesan.

Alamat : D1.14, Plaza Pantai, Off Jalan Pantai Baru, Bangsar Trade Centre
59200, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Isnin hingga Jumaat : 10.00 pagi hingga 7.00 malam

Sabtu : 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Ditutup setiap Ahad

 

9. PELICANA CHICKEN

Pelicana Chicken

Imej dari thegardennom.wordpress.com

Dihidangkan dengan pilihan lima perisa iaitu original crunchy, original peli, spring onion peli, dan charcoal BBQ peli, anda pasti dapat merasai perbezaannya dengan ayam goreng lain. Portion yang ditawarkan juga cukup besar dan sesuai dinikmati bersama rakan dan keluarga.

Alamat : T 23A, Atria Shopping Gallery, Jalan SS22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

10. HYO-SUN KOREAN FRIED CHICKEN

Hyosun

Imej dari Instagram

Hidangan ‘signature’ di Hyosun Korean Friend Chicken termasuklah Honey Fried Chicken, Spicy dan Crispy. Ayam goreng tanpa tulang yang disalut tepung dengan beras juga memberi kelainan dan patut dicuba. ‘Street food’ Korea lain seperti mandu, dan pajeon turut dihidangkan untuk santapan pelanggan.

Alamat : Lot No. 152A, Aras Satu, The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam

 

Kini lebih banyak lagi restoran untuk anda boleh pergi untuk menikmati ayam goreng Korea yang pedas dan rangup. Dah alang-alang ke restoran Korea, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa Korea lain yang turut dihidangkan di sana!

Penulis: Nazirah Hassan

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.