Hidangan bawal panas antara menu yang menjadi tarikan utama pengunjung ke Ustaz Bawal Panas. Gerai yang terletak di 899 Kopitiam Alor Setar menghidangkan menu bawal melalui kaedah set iaitu bersama kari ikan, sayuran serta sambal belacan.

Selain bawal, ikan lain turut disediakan ialah keli dan ikan kembong atau orang Kedah panggil ikan temenung. Set Ayam juga ada disini. Bagaimanapun, hidangan bawal menjadi menu paling popular di sini.

ustaz bawal panas

imej via Facebook

Istimewanya di sini, bawal yang sediakan bukan ‘ready made’, pelanggan perlu tunggu sebentar. Bawal akan digoreng terlebih dahulu, sebelum ia dihidangkan kepada pelanggan.

Bawal Goreng Panas Rapuh Trademark Ustaz Bawal Panas

Walaupun hidangan bawal goreng kini sudah menjadi kebiasaan dan mudah didapati di mana-mana gerai atau restoran di kawasan sekitar. Namun prinsip Ustaz Bawal Panas yang sentiasa memastikan hidangan berkualiti dan memenuhi cita rasa pelanggan menjadi keutamaan.

Bayangkan, isi ikan bawal yang panas bersama sambal belacan dan manis-manis kicap di dalam mulut anda. Sedapnya memang tidak terkata. Patut lah kenapa orang ramai datang ke sini untuk menikmati hidangan makan tengahari.

Terletak di belakang kompleks membeli belah popular di Alor Setar, Aman Central memudahkan orang datang ke mari. Ustaz Bawal Panas menghidangkan hidangan menepati cita rasa pelanggan.

ustaz bawal panas

Ada pelanggan komen keistimewaan serta kelazatan ikan yang digoreng, sambal belacan dan kari ikan di sini memang tiada tandingannya.

Gerai tersebut dibuka seawal pukul 11.30 pagi dan ditutup pada pukul 9 malam. Kiranya boleh datang untuk makan tengahari dan makan malam di sini.

Menariknya pelanggan di sini berbilang bangsa. Masing-masing datang untuk menikmati hidangan panas-panas di sini. Ada yang datang setelah puas bershopping di Aman Central.

Dengan harga yang berpatutan dan kedai yang bersih dan selesa pastinya menjadi tumpuan peminat bawal goreng panas. Paling penting ikan di sini segar-segar belaka.

Lokasi

Ustaz Bawal Panas

899 Kopitiam, Jln Pintu Sepuluh, Alor Setar. (belakang Aman Central)

Waktu niaga:

11:30am-9pm

Pertanyaan:

012-4111840

ustaz bawal panas

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.