Selain mempunyai tempat yang menarik, makanan unik di Kuching juga wajib anda cuba. Jom kita terjah tempat makan menarik di Kuching 2024. Aih sudah terbayang di minda kami tentang keenakkan mi kolok.

Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia yang dipisahkan oleh Laut Cina Selatan dengan bumi semenanjung. Pemisahan secara geografi ini memberikan kesan kepada budaya, bahasa serta adat resam termasuklah juga kulinari.

Sungguhpun demikian perbezaan tersebut memberikan impak yang amat positif untuk saling memahami dan memberikan setiap individu pelbagai makanan untuk dirasai.

Kuching hanya mampu menggambarkan sebahagian kecil daripada ratusan budaya negeri Sarawak yang dibina oleh pelbagai etnik dan bangsa.

Malahan kini kebanjiran pendatang turut menambahkan lagi taburan populasi etnik dan kaum di Sarawak. Oleh itu, industry makanannya turut berkembang dan menawarkan begitu banyak pilihan. Bandaraya Kuching yang besar ini menghadirkan banyak sekali tempat makan yang baik.

Senarai ini akan memberikan tempat yang boleh dianggap yang terbaik walaupun masih banyak yang terbaik atau mungkin lebih baik.

Chubbs and Chill

Chubbs and Chill terkenal dengan pelbagai pilihan hidangan makanan barat yang sedap! Bukan sekadar viral, menu memang memenuhi citarasa ramai pengunjung dan harga ditawarkan juga berbaloi.

American Burger merupakan menu signature di Chubbs and Chill. Burger homemade yang dibuat memang crispy, juicy dan menyelerakan. Koren Spicy Burger dan Vegan Burger antara yang kini menjadi tumpuan. Jika mahukan menu best seller, kami cadangkan anda untuk memilih Me & You Plate, Dinner Gang, Self Love dan Chick Chill.

Alamat: No 64, Jalan, Carpenter St, 93000 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari (5.30 pm – 12.00 am)

Shichimi Ramen

Imej via Shachimi Ramen

Nak cuba makanan Jepun? Datang sahaja ke Plaza Merdeka Mall dan terus ke Shichimi Ramen. Shichimi Spicy Tender Breast dan Truffle Oil merupakan menu utama yang perlu dicuba! Tak cukup dengan itu, aneka set Bento ditawarkan dengan harga yang berpatutan. Ada Chicken Teriyaki, Chicken Katsu, Tori Karaage dan lain-lain!

Satu lagi menu istimewa yang sedap adalah Mentaiyaki Oyster kerana dihidangkan bersama cheese dan cendawan enoki. Pelbagai pilihan minuman yang menyegarkan untuk anda pilih seperti Pure Mango Juice, Lemonade Pink Lychee, Ice Matcha Latee dan lain-lain.

Alamat: 3rd floor, Plaza Merdeka, LG-61, Pearl Street, 93000 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am – 9.00 pm)

Kak Na Seafood

Imej via Kak Na Seafood

Sarawak turut terkenal dengan pelbagai hidangan laut dan anda boleh dapatkannya di salah satu restoran halal milik Muslim iaitu Kak Na Seafood. Mereka menawarkan aneka makanan tempatan dan Thai.

Pilihan makanan laut memang besar dan segar termasuklah ketam, kerang dan ikan. Tak tahu nak makan apa? Apa kata anda cuba Ikan Siakap Kerabu Mangga, Udang Galah Thai Chili, Ketam Masak Sos Telur mahupun Kerabu Sotong.

Sup Sea Cucumber antara yang terbaik dan digemari ramai. Anda pasti terkejut dengan harga yang ditawarkan kerana sememangnya murah dan berbaloi!

Alamat: Kak Na Seafood No 30, Topspot Kuching

Waktu operasi: Setiap hari (5.00 pm-10.00 pm)

NK Grill Kitchen

NK Grill Kitchen pula merupakan port makanan barat warga Kuching. Teringin nak makan tomahawk yang sedap, juicy dan lembut? Anda boleh dapatkannya di sini. Turut menjadi menu tumpuan adalah aneka pasta, chicken chop dan kambing bakar.

Alamat: Sublots No. 43, K.T.L.D. With The Alienation Of State Land Of Lot 69 K.T.L.D. And Auxiliary Road Reverse Section 65, 93050 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Rabu-Isnin (12.00 pm – 10.00 pm)

Little Thai

Alamat: Lot 413 Section 10 Rubber Road Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari (11.00 am-3.00 pm | 5.30 pm – 9.30 pm)

Berada di Kuching tetapi teringin untuk makan makanan Thai yang lazat? Jom ajak yang tersayang ke Little Thai, restoran halal yang berada di cawangan Satok dan Metrocity.

Tak sah jika ke restoran Thai jika tak makan tomyum. Di sini Tomyam Kung Cream memang memikat kerana lemak berkrim, pekat dan penuh dengan makanan laut dan sayurnya. Pesan juga bersama ayam pandan, sum thum Thai dan Stir Fried Holly Basil Chicken. Cukup dan lengkap hidangan bersama nasi panas.

Sudah cuba menu utama, cuba pula pemanis mulut iaitu pulut mangga dan Tum Tim Krob yang sangat berbaloi dicuba untuk menyegarkan tekak ketika cuaca panas.

Kopi O Corner

Alamat: No. 139B, Bangunan MARA, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 12 am

Kopi O Corner merupakan antara tempat makan di Kuching Sarawak yang menyediakan pelbagai menu tempatan yang pasti mampu menggamit selera sesiapa sahaja.

Imej via Foursquare

Restoran yang popular ini terkenal dengan menu-menu seperti mi Jawa sate, mi Kampua, laksa Sarawak, prata roll dan nasi lemak. Sangat sesuai dinikmati untuk sarapan pagi atau minum petang.

Serapi Corner

Alamat: ot 2051,No 231,Blok 283, Rich Commercial Centre, KNLD, Lorong Liu Shan Bang & Pekan Batu, 7, Kota Sentosa, 93250 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 11 pm

Serapi Corner merupakan antara restoran yang namanya menjadi sebutan ramai di Kuching. Ulasan pelanggan yang sentiasa positif jelas membuktinya yang restoran ini memang disenangi ramai.

Imej via Foursquare

Jenis hidangan yang disediakan di restoran ini ialah sajian tempatan. Nasi kerabu, mi kari, nasi dagang, mi kolok dan laksa Sarawak merupakan antara menu lazat yang disajikan.

Mee Kolok Pak Amit Cafe

Alamat : Lot 3108-3113, SL 3, Jalan Astana, Kuching

Mee Kolok adalah menu wajib di Sarawak. Kata orang, melawat Sarawak tanpa mencuba mee kolok bererti anda belum melawat Sarawak. Mee Kolok Pak Amit merupakan antara mee kolok terbaik dan yang paling popular di Kuching. Lokasinya mungkin sukar untuk dicari tetapi amat berbaloi untuk menikmatinya.

laksa sarawak

Imej:wanista

Mee kolok di sini menghadirkan kuah yang amat pekat dan sedap. Harganya juga amat murah dan berpatutan.

Mee kolok Pak Amit yang paling popular adalah mee kolok udang dengan udang bersaiz sederhana dan beberapa bahan sayuran dan sebagainya menjadikan hidangan ini adalah menu yang pasti dicuba.

Selain mee kolok, juga terdapat hidangan mee yang lain seperti mee jawa, mee rebus dan juga beberapa menu yang lain untuk memenuhi citarasa anda.

New Atmosferah Restaurant

Alamat: 5, Q5A, Kampung Kenyalang Park, 93300 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: 24 jam

Perut berkeroncong pada waktu tengah malam? Singgah sahaja menjamu selera di restoran Mamak ini – New Atmosferah Restaurant.

Terletak di Kampung Kenyalang Park, restoran ini menyajikan pelbagai jenis menu yang kena dengan tekak orang ramai.

Imej via Foursquare

Antaranya ialah roti canai, maggi goreng Mamak dan naan tandoori. Mereka juga ada menyajikan pizza yang tebal, jadi jangan lupa cuba!

Top Spot Foodcourt

Alamat : Taman Kereta (Jalan Green Hill), 93000 Kuching, Sarawak Malaysia

Kuching yang terkenal dengan pelbagai menu makanan laut ini mempunyai tempat makan yang paling sesuai untuk penggemar makanan laut. Top Spot Foodcourt ini merupakan medan selera yang terdiri daripada berbelas gerai yang menjual makanan laut.

Anda cuma perlu memilih gerai yang betul untuk memuaskan kelaparan anda. Namun begitu, menunya hampir sama dan kualitinya tidak begitu jauh berbeza.

Topspot Food Court
Topspot Food Court

Boleh dikatakan semua menu makanan laut terdapat di foodcourt ini dan anda boleh memesan apa saja menu kegemaran anda kerana harganya amat berpatutan. Ikan bakar yang terdiri daripada pelbagai jenis ikan, menu masakan ikan sehinggalah kepada masakan sotong, udang, ketam, kerang-kerangan malahan menu ayam dan daging juga boleh dipesan.

Terdapat juga menu ala carte seperti mee dan sebagainya untuk anda bersantai.Tempat ini dibuka bermula pada petang hari sehinggalah ke lewat malam.

Setiap malam, begitu ramai sekali pengunjung yang menjamu selera di sini terdiri daripada penduduk tempatan, pelancong dari luar malahan pelancong asing. Wajib datang ke Top Spot Food Court untuk penggemar masakan laut.

Bla Bla Bla Cafe

Alamat: 27, Jalan Tabuan, 93100 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari, 6 – 11.30 pm

Ingin menjamu selera di kafe yang berkonsepkan Bali di Kuching? Jika anda berada sekitar sini, singgah sahaja di Bla Bla Bla Cafe yang terletak di Jalan Tabuan ini.

Imej via Foursquare

Restoran ini menyediakan hidangan Barat dan Sarawak. Anda boleh cuba menu-menu seperti Midin, Nasi Goreng Nanas, Itik Peking dan Ayam Pandan.

My Village Barok

Alamat :Kampung Gersik, Kuching

My Village Barok ini merupakan salah satu lagi tempat makan tumpuan masyarakat di Kuching mahupun pengujung dari luar. Ianya begitu popular bukan sahaja kerana makanannya yang berkualiti, tetapi juga konsep ala-ala kampong yang diterapkannya.

Jika dahulu, anda perlu menaiki penambang untuk ke restoran ini dan ini juga salah satu keunikannya. Walaupun kini, terdapat jambatan yang dibina, keaslian restoran ini tetap terjaga dengan bangunannya yang dibina daripada kayu sepenuhnya. Suasananya amat mendamaikan sambil menikmati hidangan makanan laut yang enak.

My Village Barok
My Village Barok
My Village Barok

Restoran ini hanya dibuka pada sebelah malam. Pelbagai makanan yang enak disajikan tetapi antara keunikan yang menggambarkan jatidiri Sarawak adalah ‘manuk pansuh’ atau ayam dengan kuah sup yang dimasak di dalam buluh.

Isi ayam dengan herba dan sayuran yang dikeluarkan bersama-sama kuahnya dari buluh amat sedap untuk dinikmati ketika masih panas.

Orang luar yang ke Sarawak pastinya perlu mencuba menu ini selain daripada midin goreng belacan yang amat sedap. Terdapat juga umai udang iaitu udang mentah yang digaul bersama limau nipis serta cili padi yang amat-amat membuka selera.

Selain itu, banyak lagi menu makanan laut yang biasa yang boleh dipesan untuk dinikmati dalam suasana yang santai. Makan di sini menjadikan anda sedar anda berada di Sarawak.

Sepinang Sari Café & Restaurant

Alamat: Lot 206, Section II, Jalan Satok, 93400 Kuching

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali hari Selasa (5.30am – 1pm)

Satu lagi restoran yang wajib anda lawati untuk menikmati mi kolok ialah Sepinang Sari Cafe. Restoran yang terletak di Jalan Satok ini telah beroperasi lebih 20 tahun lalu.

Imej via Foursquare

Menu yang wajib anda cuba ialah mi kolok Haji Salleh. Ianya menggunakan resepi asli pemiliknya, jadi menu ini memang legend.

Ianya disajikan bersama daging, tendon atau ayam, mengikut citarasa pengunjung. Isinya yang lembut dan secukup rasa membuatkan ramai pelanggan ketagih dengannya.

RJ Ayam Penyet

Alamat : Lot 166 & 167 Bangunan Kelolong (Jln Nagor), Kuching, Sarawak 93400

Satu lagi menu yang popular di Sarawak adalah ayam penyet. Di Kuching, Raja Ayam Penyet menyajikan antara ayam penyet terbaik sesuai dengan namanya.

Melihat pada penampilan kedainya amat ringkas dan seolah-olah warung di tepi jalan, tetapi makanannya benar-benar menenggelamkan rupa kedainya.

RJ Ayam Penyet
RJ Ayam Penyet

Ayam penyet di kedai ini mempunyai gandingan komponen-komponen tersebut yang amat serasi dan sambalnya amat sedap. Ada pelanggan yang sanggup berulang kali ke sini kerana kesedapannya.

Jika anda mencari ayam penyet terbaik di Sarawak, carilah daripada Raja Ayam Penyet, pasti berbaloi merasainya.

ANC Burger

Alamat: DD 108, Lot Persiaran Bandar Baru Batu Kawah 1A, Bandar Baru Batu Kawah, 93250 Kuching

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 pm – 12 am

Mengidam makanan Barat dan burger? Di Bandar Baru Batu Kawah, restoran ANC Burger ada menyajikan hidangan tersebut.

Imej via Foursquare

Semestinya burger adalah menu yang terlaris di sini. Beef Burger, With Fries, Chicken Burger dan burger keju. Dagingnya dibuat sendiri, jadi kualitinya lebih baik.

Menu lain seperti Lamb Chop, Chic Beef Spicy Sries & Spaghetti dan bebola daging juga turut disediakan.

Dayang Salhah Kek Lapis Sarawak

Alamat : No 40, Kampung Gersik, Kuching

Setiap pengunjung yang meninggalkan Sarawak pasti akan sanggup mengheret pulang kek lapis Sarawak yang begitu popular di seluruh negara.

Kek Lapis Dayang Salhah yang terletak di Kampung Gersik ini adalah salah satu nama yang amat popular dan acapkali menjadi tumpuan pelancong dari luar.

Dayang Salhah Kek Lapis Sarawak
Dayang Salhah Kek Lapis Sarawak

Terdapat kek pelbagai perisa dan warna yang boleh dipilih. Ada yang dibuat dengan marjerin dan ada juga yang menggunakan mentega asli.

Selain kek lapis, terdapat juga kek batik yang konsepnya hampir sama walaupun proses pembuatannya amatlah rumit. Rasanya semestinya sedap. Untuk ke sini, anda perlu menaiki sampan.

Rumah Hijau Café

Alamat: Jalan Rubber, 93400 Kuching Sarawak

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (8am – 4pm, 6pm – 1030pm) Ditutup pada hari Jumaat

Ia terletak di tengah-tengah bandar Kuching. Gaya klasik adalah tarikan pandang pertama pelanggan yang datang ke sini. Anda boleh pilih sama ada mahu menjamu selera di dalam atau di luar restoran.

Dari luar sahaja, kami yakin anda pasti akan terpegun dengan gaya klasik kafe ini.

Ada penghawa dingin di sini agar anda boleh makan dengan selesa. Menunya adalah pelbagai. Dari timur sampai ke barat. Hidangan paling terkenal di sini ialah Nasi Ayam Penyet.

Mereka turut menyediakan pelbagai hidangan roti seperti roti canai dan roti bom berkeju. Oleh itu, tempat ini turut menjadi pilihan pelanggan untuk sarapan pagi.

Kak Bedah Cafe

Alamat: Ground Floor Lot 2344, Block 10, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Bormill Commercial Centre, 93400 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7.30 am – 10 pm manakala Sabtu 7.30 am – 5 pm

Mi kolok merupakan hidangan yang sangat terkenal di Sarawak. Buktinya, ada banyak gerai yang menyajikan menu ini di Kuching.

Imej via Foursquare

Salah satunya ialah Kak Bedah Cafe. Mi kolok di sini dikatakan istimewa kerana ianya bukan sahaja enak, malah asli.

Sambalnya yang pedas dan sedap juga menggandakan keenakan menu ini. Rugi jika anda tak cuba!

Dapur Kampung

Alamat: Kampung Bandarshah, 93400 Kuching

Waktu Operasi: Setiap hari (6pm – 1am)

Ruang makan yang santai menjadikan ia sesuai jika anda mahu lepak bersama kawan-kawan dan keluarga. Menurut para pelanggan, ia adalah restoran yang bagus untuk anda mahu mencuba makanan Indonesia.

Pelanggan dari Indonesia mencadangkan Iga Bakar Penyet sebagai menu yang anda harus cuba di sini. Walaupun begitu, mereka juga menyediakan menu lain seperti masakan barat. Layanan yang diberikan baik, makanan juga memuaskan hati dan harganya juga berpatutan.

Ia juga mempunyai kelebihan kerana dibuka sehingga awal pagi.

Warong Nusantara

Alamat: 23, 14, Jalan Bukit Mata Kuching, 93100 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: 24 jam

Selalunya restoran Mamak yang buka 24 jam, berlainan pula dengan restoran ini – kerana ianya juga turut dibuka 24 jam!

Imej via Foursquare

Restoran yang dimaksudkan ialah Warong Nusantara. Sajian tempatan merupakan jenis hidangan yang disajikan.

Antara yang boleh anda cuba ialah laksa Sarawak, nasi lemak, nasi kerabu dan roti canai. Harga makanan yang berpatutan juga merupakan satu bonus yang ditawarkan oleh restoran ini.

Mom’s Laksa Kopitiam

Alamat: Ground Floor, SL-2, Jalan Astana, Ave Astana, Petra Jaya, 93050 Kuching

Waktu Operasi: Setiap hari (5am – 430pm)

Tidak lengkap rasanya kalau ke Sarawak tetapi tidak mencuba laksa Sarawak. Jadi, anda mesti datang ke sini untuk mencuba Laksa Sarawak asli dari Sarawak.

Walaupun selalu sibuk sehingga sukar mendapatkan tempat meletak kereta, pelanggan tetap merasakan ia berbaloi kerana keenakan makanan terutamanya laksa yang disediakan.

Rata-rata pelanggan merasakan ia laksa terbaik di Kuching. Selain laksa, mereka juga ada menyediakan mee kolok dan mee jawa dalam menu mereka. Anda boleh datang pagi untuk bersarapan atau tengah hari untuk makan tengah hari.

Sharing Planet

Alamat: Lot 4126, Jalan Ensing, 93250 Kuching

Waktu Operasi: Setiap hari (5pm – 11pm)

Makanan ala Barat seperti Lamb Chop, Chicken Chop, French Fries, Mashed Potatoes dan sebagainya di sini disediakan dalam kuantiti yang besar. Khabarnya, itulah sebab mengapa ia dinamakan Sharing Planet.

Kuantiti makanan yang banyak membolehkan anda berkongsi makanan anda jika anda mahu. Harganya pula berpatutan. Suasana restoran juga selesa buat pelanggan. Pendek kata, semuanya memuaskan hati di Sharing Planet.

Kerana itulah, anda disyorkan untuk membuat tempahan awal pada waktu puncak terutama semasa cuti umum.

Al-Yemen Restaurant

Alamat: Sublot 16, Riveredge Commercial Centre, Jalan Merdeka,Kuching

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Makanan Arab merupakan jenis hidangan yang cukup popular di negara kita. Ianya kaya dengan pelbagai rempah yang menyedapkan hidangannya.

Antara tempat makan di Kuching yang menyajikan makanan Arab yang bukan sahaja enak, malah asli ialah Al-Yemen Restaurant.

Imej via Foursquare

Antara menu yang boleh dijamah ialah Shish Kebab, Arabic BBQ, Hummus Lamb, Falafel, Tabolah dan nasi Mandy. Saiz hidangan juga besar, jadi kekenyangan semestinya terjamin.

Cendol Mami

Alamat: 1, Q309, Taman Melati 2, 93050 Kuching

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (1030am – 6pm)

Pakar cendol – itulah yang disebut oleh sesetengah pelanggan dan dipersetujui oleh yang lain. Aisnya dikisar sehingga lembut. Ditambah pulut, santan, jagung dan durian.

Imej via Foursquare

Antara menu yang disediakan ialah bihun belacan, kerabu som tam, mee goreng dan juga keropok lekor. Jadi, ia sesuai untuk anda yang mahu makan dalam santai.

Suasana restoran seperti di rumah dan ditambah pula oleh layanan baik pemilik dan pekerjanya menjadikan Cendol Mami amat terkenal di Kuching.

Annuar BBQ Steamboat

Alamat: Jalan Persiaran Ban Hock, 93100 Kuching

Waktu Operasi: Setiap hari (6pm – 11pm)

Makan secara buffet di Annuar BBQ Steamboat. Ada pelbagai jenis makanan disediakan dari ayam kepada daging dan juga mee. Makan sebanyak mana yang anda mahu tapi anda perlu habiskan makanan anda.

Jika tidak, anda perlu membayar harga makanan yang tidak habis dimakan. Oleh itu, elakkan daripada membazir. Inilah yang cuba diterapkan oleh Annuar BBQ Steamboat.

Restoran ini seringkali dipenuhi pelanggan yang datang dari merata tempat. Pada hujung minggu, keadaannya lebih sibuk. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba masakan mereka jika berpeluang untuk berada di sini.

Sharing Downtown

Alamat: Lot 157, Section 47, Kuching

Waktu Operasi: Setiap hari (5pm – 1130pm)

Satu lagi restoran di Sarawak yang menggunakan perkataan ‘sharing’ atau berkongsi untuk nama mereka. Bagi ramai orang, ini merujuk kepada kuantiti makanan yang disediakan.

Restoran yang menghidangkan menu makanan Barat ini sangat bermurah hati dalam kuantiti makanan yang dihidangkan. Menurut pelanggan, anda mungkin tidak dapat menghabiskan makanan yang disediakan jika datang bersendirian.

Antara menu yang disyorkan ialah Sharing Mixed Grill, Chicken Chop, dan Grilled Fish. Mereka juga menyediakan kek dan brownies sebagai pencuci mulut. Ruang terbuka adalah gaya di restoran ini.

Ada muzik yang merehatkan semasa anda sedang makan bagi memberikan anda lebih ketenangan sepanjang menjamu selera.

The Coffee Clinic

Alamat: Lot 184, Ground Floor (Jalan, Jalan Song, Tun Jugah, 93350 Kuching, Sarawak

Watu Operasi: Setiap hari, 9 am – 11 pm

Antara port sarapan yang menarik sekitar Kuching ialah The Coffee Clinic. Kafe ini menyajikan kopi yang pelbagai dan dibru dengan sempurna.

Imej via Foursquare
Untuk makanan pula, kek krep di sini memang laku keras. Kek krep Horlick, karamel masin dan Melaka Nadeje merupakan antara yang terlaris.

The King’s Curry

Alamat: Lot 353, 354 & 355, Jalan Rumbia & Section 50, 93100 Kuching

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (1030am – 10pm), ditutup pada hari Isnin

Makanan citarasa India merupakan satu lagi tarikan di Kuching. The King’s Curry mendapat rating yang tinggi dari para pelanggannya. Antara menu yang boleh dicuba ialah Kings Murtabak dan Biryani Ayam.

Jangan lupa cuba juga roti Naan Keju dan Ayam Bakar. Menurut sesetengah pelanggan, murtabak dan roti Naan Keju mereka adalah yang terbaik boleh didapati di restoran ini.

Tempatnya cukup selesa untuk menjamu selera dan cukup santai untuk makan bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.

The Coffee Garden

Alamat: 03, Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak

Waktu operasi: Setiap hari, Isnin – Sabtu 8.30 am – 6 pm manakala Ahad 9 am – 6 pm

Mencari tempat makan hipster? Salah satu tempat makan yang boleh anda kunjungi ialah The Coffee Garden.

The Coffee Garden ini mempunyai konsep dekorasi ala-ala taman yang cukup cantik dan menenangkan jiwa. Jenis makanan yang disajikan ialah sajian Barat.

Aneka jenis makanan Barat yang disajikan  ialah pasta, pasta, burger, kentang dan kek. Kopi mereka juga sedap, anda wajib cuba!

Toko Daging

Alamat: Taman Mawar, Lorong Mawar 2, Kampung Gita, 93050 Petra Jaya, Kuching

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (7pm – 11pm)

Konsep kampung pada dekorasinya mungkin akan membuatkan ramai menyangka ia menyediakan masakan Melayu atau tempatan. Sebaliknya, mereka amat dikenali dengan keenakan masakan Baratnya.

Mereka cukup terkenal di kalangan masyarakat sekitar Kuching dan juga dari luar Kuching. Variasi hidangan terfiri daripada ayam, sosej, Meat Platter, Lamb Shoulder, Norwegian Salmon, daging dan keju. Daging yang lembut dan rasa kuah yang sedap memang menambah selera sesiapa sahaja yang datang.

Untuk meyakinkan keenakan hidangan mereka, Toko Daging pernah muncul di dalam akhbar dan paling menarik adalah pemiliknya pernah bekerja sebagai Chef di beberapa hotel terkemuka di Kuching.

Swee Kang Ais Kacang

Alamat: Jalan Kulas – Haji Taha Interchange, Kampung Bandarshah, 93400 Kuching

Waktu Operasi: Jumaat – Rabu (12pm – 630pm)

Kedai Swee Kang telah dibuka di Kuching sejak tahun 1953 bertentangan dengan Balai Bomba sebelum berpindah lokasi. Sehingga kini ia sering dipenuhi pelanggan terutama bermula tengah hari sehingga waktu petang.

Walaupun terpaksa menunggu agak lama pada waktu-waktu itu, para pelanggan merasakan ia berbaloi. Selain Ais Kacang yang membuatkan ramai orang sanggup beratur panjang bagi mendapatkannya, mereka juga turut menarik pelanggan dengan menu ringan yang lain seperti rojak.

Kedai Swee Kang ada membuka cawangan di Jalan Satok serta menggunakan lori untuk meniaga di sekitar Kuching. Namun, kualiti makanannya tetap bagus dan tidak berubah.

ANC Burger

Alamat: DD 108, Lot Persiaran Bandar Baru Batu Kawah 1A, Bandar Baru Batu Kawah, 93250 Kuching

Waktu Operasi: Setiap hari (5pm – 12am)

Homemade burger bukan sahaja terkenal di Semenanjung Malaysia, tapi di Sarawak juga. ANC Burger salah satunya. Malah, mereka yang datang dari Semenanjung turut mencari ANC Burger apabila datang ke Kuching.

Ada pelbagai pilihan burger dan Roti John. Antara pilihan pelanggan ialah Super Sampler Burger dan Roti John Lejen. Dekorasinya ringkas tapi menarik dan kelihatan santai. Pekerja pula melayan pelanggan dengan baik, menjadikan ANC Burger pilihan ramai di Kuching.

Shiok Restaurant Seafood

Alamat: ot 14461 SL 21 & 22, Pusat Komersial Swan, Jalan Matang Jaya, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak, Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 11 pm

Ini merupakan antara tempat makan di Kuching yang wajib anda terjah jika ingin menikmati makanan laut yang segar – Shiok Restaurant Seafood.

Imej via Foursquare

Kesegaran dan kualiti makanan laut yang baik memang tidak dinafikan lagi. Kepelbagaian jenis makanan laut juga merupakan antara punca restoran ini terkenal.

Jenis masakan juga boleh dipilih. Udang butter, sotong goreng tepung dan ikan akar merupakan antara menu yang wajib anda pesan.

Eek! Eat & Drink

Alamat: Kuching – Samarahan Highway, 94300 Kota Samarahan, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 8 pm

Ini merupakan kafe moden yang sering dikunjungi oleh para pelajar kerana lokasinya yang terletak berdekatan dengan pusat pengajian di situ – EEk! Eat & Drink.

Imej via Foursquare

Kafe ini menyajikan hidangan Barat yang berbagai pilihan. Salted Egg Chicken Burger, Chicken Chop, Duck Cranberry Alfredo dan Salmon Steak. Saiz hidangannya besar dan ianya juga lazat!

Shell Hauz

Alamat: Q309, Taman Fah Tah, 93050 Kuching, Sarawak

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 2 – 11 pm

Hidangan shell out merupakan jenis hidangan yang cukup digemari oleh orang kita. Aneka jenis makanan laut yang disajikan bersama nasi putih panas dan kuah yang secukup rasa – memang sedap!

Imej via Foursquare

Untuk menikmatinya, antara restoran di Kuching yang boleh anda kunjungi ialah restoran Shell Hauz. Ada pelbagai jenis set shell out yang boleh anda pilih. Makanan lautnya juga segar, sangat menarik.

Kesimpulan

Mencari tempat makan meanrik di Kuching bukanlah suatu pengalaman yang sukar jika anda tahu ke mana untuk ditujui. Malahan kepelbagaian makanan yang disajikan menjadikan anda akan ‘enjoy’ untuk mencuba dan memberikan cabaran baru kepada deria rasa anda.

Tempat Makan Menarik Lain

Selain tempat makan Kuching, kami juga menulis artikel tempat makan yang lain. Jangan lupa untuk share dan like jika anda sukakannya.

Penulis: Fahim Ahmad

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.