,

Senarai Tempat Makan BEST Di Kuala Selangor KENA Pergi

untie Kopitiam Kuala Selangor

Kuala Selangor terkenal dengan kunang-kunangnya. Malah, senarai di sini pun diperolehi kebanyakannya daripada mereka yang dalam perjalanan pergi atau pulang dari melihat serangga bercahaya itu.

Berikut disenaraikan 7 tempat makan best di Kuala Selangor dan menarik untuk anda pergi sebelum atau selepas lawatan anda:

 

#1 Aroma Ikan Bakar

Jalan Pantai Jeram, 45800 Kuala Selangor

Aroma Ikan Bakar Kuala Selangor
Aroma Ikan Bakar

Imej via Foursquare

Aroma Ikan Bakar bukan nama yang asing. Ada banyak komen mengenainya. Ia lokasi makanan laut yang dikenali ramai. Lebih-lebih lagi kedudukannaya yang berhadapan dengan laut, akan memikat hati pengunjung yang ingin makan sambil melihat matahari terbenam.

Seperti biasa, waktu malam atau waktu makan malam adalah waktu paling sibuk. Kerana itu, layanan kepada pelanggan agak terkesan. Begitu juga dengan mutu makanan. Waktu siang seperti selepas waktu makan tengah hari adalah waktu terbaik kerana anda tidak perlu berebut meja dan menunggu lama.

 

#2 Restoran D’ Coral Kuala Selangor

Lot PT 85, Jalan Bagan, 45000 Kuala Selangor

Restoran D’ Coral Kuala Selangor

Imej via Foursquare

Restoran D’ Coral merupakan sebuah restoran makanan laut yang terkenal dengan kesegaran dan harga berpatutan di samping pemandangan yang cantik. Anda pasti akan terpikat dengan sungai yang mengalir di belakangnya, jambatan Kuala Selangor dan rumah api Kuala Selangor selepas anda melihat kunang-kunang.

Antara menu di sini ialah ketam telur masin, ikan masak stim lemon, dan udang mentega. Mereka menyediakan wifi bagi mereka yang perlu melayari internet atau bermedia sosial. Pelayan juga menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

 

#3 Azee

No. 53-G, Jalan PUJ 3/9, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300, Kuala Selangor

Namanya mudah – Azee. Jika Kuala Selangor terkenal dengan masakan makanan laut, Azee dikenali dengan masakan Melayu. Azee bukan sahaja mendapat komen positif daripada rakyat tempatan, malah dari luar negara juga. Bagi mereka, makanan di Azee amat berbaloi dengan wang mereka.

Pelanggan mendapat tempahan makanan mereka dalam jangka masa yang agak pantas. Walaupun begitu, ada komen negatif mengatakan yang ada pekerjanya tidak mampu bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan baik. Suasananya amat selesa dengan sentuhan moden.

Mereka yang berminat untuk membuat majlis seperti majlis Hari Lahir juga boleh mengadakannya di sini.

 

#4 Restoran Satay Hut Tanjong Karang

Jalan Tanjong Karang, 45000 Kuala Selangor

Restoran Satay Hut

Imej via Foursquare

Kalau selalu anda makan sate biasa yang bersaiz kecil, apa kata cuba makan sate di sini yang saiznya jauh lebih besar? Restoran Satay Hut terkenal dengan sate mereka yang mempunyai dua saiz pilihan iaitu biasa dan besar.

Selain sate, mereka juga ada masakan lain seperti mi bandung. Jika anda hendak ke Sekinchan untuk melihat kunang-kunang, anda akan melepasi restoran ini. Biasanya mereka ada ramai pelanggan hampir pada setiap masa terutama jam 8 hingga 9 malam.

Oleh itu, mereka ada ramai pelayan. Jangan risau mengenai tempat letak kereta kerana mereka mempunyai tempat letak kereta yang boleh memuatkan kira-kira 27 buah kereta pada satu-satu masa. Ada juga tempat lain di mana anda boleh meletakkan kereta anda. sebelum itu, diingatkan bahawa tiada penghawa dingin di sini.

 

#5 Auntie Kopitiam Kuala Selangor

C-3, Jalan Sultan Ibrahim, 45000 Kuala Selangor

untie Kopitiam Kuala Selangor

Imej via Foursquare

Apa yang menarik di kopitiam ialah suasananya yang ringkas, bersih dan selesa. Sebagaimana kopitiam yang lain, di sini anda boleh temui makanan Malaysia dengan kombinasi pelbagai kaum. Jadi, anda akan temui nasi lemak, mi kari, sandwich, kuih-muih dan pelbagai lagi menu masakan tempatan.

Nasi lemaknya adalah antara yang paling diminati pengunjung. Namun, kuantiti makanan dalam pinggan adalah tidak begitu banyak. Oleh itu, bagi sesetengah orang, ia agak mahal.

Anda boleh singgah bersarapan di sini sebelum memulakan aktiviti anda bersama alam di Kuala Selangor. Bagi yang memerlukan internet, wifi ada disediakan di sini.

 

#6 Mak Engku Steamboat & Grill

No.2 Jalan Bendahara 1, 45000 Kuala Selangor

ak Engku Steamboat & Grill

Imej via Foursquare

Restoran ini mempunyai hiasan yang kemas dengan suasana yang amat selesa. Ia amat sesuai jika anda bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Rasa masakannya tidaklah jauh berbeza dengan yang lain apalagi di Kuala Selangor ada beberapa tempat yang menyediakan hidangan serupa dengannya.

Jadi, kelebihannya adalah pada layanan pelanggan dan harganya yang berpatutan. Anda perlu membuat tempahan tempat lebih awal jika anda datang pada waktu puncak. Jika tidak, terpaksalah anda berdiri menunggu giliran untuk makan.

Mak Engku Steamboat & Grill dibuka dari hari Selasa sehingga Ahad bermula 11 pagi sehingga 11 malam.

 

#7 RS Café

Bandar Baru, 45000 Kuala Selangor

RS Cafe Kuala Selangor

Imej via Facebook

Jika kebiasaannya restoran di Kuala Selangor dikenali dengan makanan lautnya, berlainan pula dengan RS Café. RS Café dikenali kerana masakan asam pedasnya yang disediakan di dalam claypot.

Selain itu, mereka juga menyediakan masakan ala barat di sini. Dekorasi kedai juga ringkas dengan gaya jiwa muda masa kini. Layanan pekerja di café juga adalah baik.

RS Cafe boleh dijadikan tempat makan dengan citarasa berbeza jika anda mahukan kelainan kerana kekerapan makan makanan laut di Kuala Selangor.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Pendapat Anda?

restoran mee ketam

10 Tempat Makan Shah Alam Wajib Pergi

kek batik

Resepi Kek Batik Cheese VIRAL Patut Anda Cuba