Tercari-cari tempat makan sate di Lembah Klang?

Lembah Klang merangkumi pelbagai kawasan sekitar KL dan Selangor yang mempunyai banyak tarikan. Tempat makan di sini juga ada berbagai genre. Sebut sahaja apa yang anda mahu, pasti akan jumpa di sekitar sini.

Ini termasuklah dengan tempat makan sate yang semestinya Halal dan lazat. Untuk itu, berikut kami senaraikan 14 tempat makan sate di Lembah Klang. Teruskan membaca!

#1 Satay Sri Melaka Lembah Keramat

Alamat: No 1 Gerai MPAJ, Jalan AU 5, 54200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 4:30 pm – 12:30 am

Satay Sri Melaka merupakan antara kedai sate yang menjadi buruan ramai pencinta sate. Bukan sahaja dari KL, malah pengunjung luar juga turut menggemari sate di sini, memang kuat pengaruhnya.

sate lembah klang satay sri melaka
Imej via Foursquare

Untuk secucuk sate, anda akan dapat daging yang bersaiz besar dan sangat lembut pada harga yang sangat murah, sekitar RM 1 sahaja. Kuah kacang juga menggandakan lagi keenakan sate yang disediakan.

#2 Pak Din Satay

Alamat: 121, Jalan Gombak, Gombak Setia, 53000 Kuala Lumpur, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 5 – 8 pm

Kedai sate yang menawarkan pelbagai pilihan sate pasti merupakan satu bonus kepada penggemarnya. Untuk menikmati sate yang beraneka jenis, singgah sahaja di Pak Din Satay yang bertempat di Jalan Gombak.

pak din satay sate lembah klang
Imej via Foursquare

Antara jenis sate yang disediakan ialah sate kambing, daging, ayam, hati dan perut. Bukan sahaja berbagai, malah kualiti daging yang digunakan juga mendapat pujian yang tidak putus-putus.

#3 Restoran Sate Kajang Hj Samuri (Taman Melati)

Alamat: 7G, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, 53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin – Khamis 11:30 am – 10:30 pm, Jumaat – Sabtu 11:30 am –11 pm

Nama Restoran Sate Kajang Hj Samuri ini pasti sudah tidak asing lagi buat anda. Tambahan pula jika anda merupakan peminat tegar sate, pasti anda tahu yang restoran ini mempunyai pelbagai cawangan.

sate kajang haji samuri
Imej via Foursquare

Salah satunya terletak di Taman Melati Utama. Keistimewaan utama sate di restoran ini terletak kepada daging yang diperap dengan begitu sempurna, menjadikan rasanya cukup lazat, teksturnya garing di luar dan lembut isinya.

Jenis sate yang disediakan ialah sate daging, sate kambing, sate hati, sate perut dan banyak lagi. Makanan berat juga boleh dinikmati jika anda singgah di sini.

#4 Satay Station Kampung Pandan

Alamat:  55, Jalan Pandan Kemajuan A, Kampung Pandan Dalam, 55100 Kuala Lumpur, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12:30 – 11 pm

Dari luar sahaja, kami yakin anda pasti akan terpegun dengan rekabentuk kedai Satay Station Kampung Pandan Ini. Konsep tradisional yang diterapkan untuk dekorasinya menjadikan restoran ini tempat yang sesuai untuk bersantai.

satay station sate lembah klang
Imej via Foursquare

Semestinya sate merupakan sajian yang terlaris di sini. Anda boleh memesan sate hati, sate ayam dan sate daging. Kuah kacang yang disajikan juga mempunyai rasa manis namun tidak terlampau. Yang penting, ianya secukup rasa dan dijamin lazat.

#5 Sate Zainah Ismail

Alamat: 1077, Lorong Kiri 20, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 5 – 10 pm

Dari rupanya sahaja anda boleh tahu yang daging sate di sini memang juicy. Aroma satenya sendiri boleh buat sesiapa sahaja terliur, bayangkan kelazatannya sendiri. Pasti boleh buat sesiapa sahaja ketagih.

sate zainah
Imej via Foursquare

Sate hati, sate perut, sate kambing dan sate ayam merupakan antara jenis sate yang menjadi buruan ramai. Nasi impitnya juga dikatakan lembut, sangat sedap dinikmati bersama kuah kacangnya yang cukup padu.

#6 Satay Hut

Alamat: Satay Hut Jalan Besar, Taman Mahsuri Indah, 45500 Tanjong Karang, Selangor

Sesetengah kedai sate kadangkala menyajikan sate yang bersaiz kecil atau sederhana sahaja. Hal ini semestinya membuatkan ramai frust, namun anda tidak akan menghadapi masalah sebegini jika anda singgah di Satay Hut.

satay hut
Imej via Foursquare

Hal ini kerana restoran ini memang terkenal dengan saiz sate yang besar. Walaupun anda cuma memesan sate bersaiz sederhana, anda pasti akan berpuas hati dengan ketebalan daging yang disajikan.

#7 Zaini Satay

Alamat: Stall No. 5, (Opposite 7, 11, Jalan Kerja Ayer Lama, Ampang Jaya, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: Khamis – Selasa, 4 – 11 pm

‘Antara sate yang paling sedap di Malaysia’ – ini merupakan antara komen positif yang diberikan oleh pelanggan tetap Zaini Satay. Tidak dinafikan, kedai sate ini sememangnya merupakan kedai sate yang paling popular di Ampang.

sate zaini
Imej via Foursquare

Mula beroperasi sejak awal 1980-an, keistimewaan utama Zaini Satay terletak kepada penggunaan daging yang segar dan berkualiti tinggi. Sate ayam, sate daging dan sate kambing di sini merupakan antara menu terhangat, rugi jika tak cuba!

#8 Sate Kajang Retro (Cawangan Subang)

Alamat: NO.19-G, Jalan Usj Sentral 3, Usj sentral, 47600 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 7 am – 11 pm

Sate yang lebih banyak isi daripada lemaknya pasti menjadi kegemaran anda, bukan? Untuk menikmati sate sebegitu, antara kedai sate yang boleh anda terjah ialah Sate Kajang Retro (Cawangan Subang).

satay kajang
Imej via Foursquare

Walaupun saiz sate di sini besar, namun harga yang ditawarkan bagi secucuk sate memang cukup murah – sekitar RM 1 sahaja. Jenis sate yang disediakan termasuklah sate ayam, daging, perut dan kambing.

Jangan lupa untuk cuba ketupatnya juga, ianya cukup enak dinikmati bersama kuah kacangnya yang cukup rasa manis dan pedas. Sememangnya kuah kacang kegemaran ramai pelanggan tetapnya!

#9 Willy Satay

Alamat: Jalan Ramal 1, Taman Ramal Indah, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 8 pm

Willy Satay – nama restoran sate yang cukup tersohor bukan sahaja di Kajang, malah di seluruh Malaysia. Walaupun sudah lama beroperasi, restoran ini kekal terkenal sebagai antara tempat makan sate yang terbaik di negara kita.

satay willy
Imej via Foursquare

Bukti populariti restoran ini terserlah apabila sate yang disajikan sentiasa terjual laris. Sate kambing, daging dan ayam merupakan jenis-jenis sate yang digilai ramai peminat Willy Satay. Juicy, lembut dan semestinya sedap!

#10 Satay Warisan

Alamat: 2, Jalan PJU 8/5g, Bu 6, 47820 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 3 – 8 pm

Restoran Satay Warisan mempunyai pelbagai cawangan dan ini termasuklah di Petaling Jaya. Bukan sahaja terkenal dengan sate, malah nasi lemak mereka juga turut terjual dengan begitu laris.

warisan satay
Imej via Foursquare

Sate yang disediakan mempunyai tekstur yang garing di luar dan aromanya juga memang harum. Jenis-jenis yang boleh anda nikmati ialah sate daging, ayam dan kambing.

#11 Warung Sate Bu Leha

Alamat: Jalan Mawar, Kampung Sungai Kayu Ara, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Khamis, Isnin – Jumaat 5 – 8 pm, Sabtu – Ahad 11 am – 8 pm

Teringin untuk menikmati sate selera Indonesia yang bukan sahaja sedap dan Halal, malah asli? Lekaslah singgah di Warung Sate Bu Leha jika anda berada sekitar Petaling Jaya.

warung sate bu leha
Imej via Foursquare

Sate di sini kaya dengan rasa rempah yang kena dengan citarasa ramai. Anda boleh cuba sate lembu, kambing dan ayam yang cukup lembut isinya. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan, sekitar RM 1 untuk secucuk sate.

#12 Sate Famili

Alamat: Jalan Meranti Putih 1/KU10, 41050 Klang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu, 10 am – 7 pm

Di Klang, nama restoran Sate Famili ini pasti sudah biasa didengari oleh penduduk tempatan. Ianya merupakan antara tempat makan sate yang sangat terkenal sekitar sini.

sate famili
Imej via Foursquare

Jenis sate yang berbagai serta kualiti daging yang terjamin merupakan antara keistimewaan utama restoran ini. Disebabkan kualiti dagingnya yang tinggi, semestinya sate di sini sedap dan lembut isinya.

Kuah kacangnya juga tidak kurang hebatnya. Ianya mempunyai rasa pedas dan manis yang seimbang. Jangan lupa untuk menikmati nasi impitnya sekali, pasti puas hati.

#13 Hakimi Sate Kajang

Alamat: Kampung Dato Abu Bakar Baginda, 43000 Kajang, Selangor

Waktu Operasi: Khamis – Selasa 4.30 – 8 pm, Rabu 8 am – 8 pm

Hakimi Sate Kajang merupakan salah satu tempat makan sate di Lembah Klang yang wajib anda kunjungi jika anda ingin menikmati sate yang bukan sahaja menjanjikan kelazatan, malah kekenyangan yang tidak terhingga.

hakimi sate kajang
Imej via Foursquare

Hal ini diakui oleh kebanyakan pengunjungnya kerana saiz sate di sini memang besar. 10 cucuk pun boleh buat anda kenyang dan puas hati, sehinggakan ada yang ingin tapau sate yang disajikan.

Sate yang juicy dagingnya ini memang mantap apabila dinikmati bersama kuah kacangnya yang secukup rasa dan mempunyai tekstur yang halus.

#14 Sate Minang Pak Yat Paya Jaras

Alamat: lot, 2986, Jalan Kuala Selangor, Kampung Paya Jaras Tengah, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 8 pm

Pernah mencuba sate Minang? Sate Minang atau sate Padang ini selalunya disajikan dengan kuah kuning yang mempunyai rasa yang sedikit pedas dan tekstur kuahnya seperti bubur.

Imej via Foursquare

Jika anda berada sekitar Sungai Buloh, anda wajib singgah di Sate Minang Pak Yat Paya Jeras untuk mencuba sate Minang yang bukan sahaja menyelerakan, malah asli resepinya.

Sate yang dibakar dengan arang kayu ini didatangkan dengan pelbagai jenis. Antaranya ialah sate hati, limpa, paru, daging dan ayam yang diperap dengan rempah khas.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan sate di Lembah Klang yang ingin anda lawati? Semua tempat makan yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi singgah sahaja satu-persatu jika berpeluang.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.