3 Tempat Makan Best Nasi Kandar Di KL

Hari ini kami ingin kongsikan 3 tempat makan nasi kandar best di kl yang patut anda cuba. Mungkin anda sudah pernah makan. Tetapi kalau yang belum, pasti ianya menjadi antara destinasi tempat makan yang patut anda cuba. Tempat makan ini adalah antara tempat makan yang patut dicuba untuk yang kaki makan seperti kami. Tempat makan best di kl.

 
 

Restoran Ibramsha Nasi Kandar

Letaknya di Jalan Tunku Abdul Rahman. Bertentangan dengan SSF Creative Lifestyle Hub.  Jadi kalau memang tujuan untuk membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman, tempat ini adalah cadangan untuk berhenti menjamu selera. Memang ala-ala seperti nasi kandar di Pulau Pinang. Sesuai untuk sesiapa yang mengindam nasi kandar Pulau Pinang.

Apa yang menarik di sini?

  • Teh tarik dan roti canainya patut dicuba
  • Kari kicap
  • Kari ikan bawal

 

nasi-kandar-ibramsha

Sedapnya kuah campur


 
nasi-kandar-ibramsha-1

Hadapan kedai


 
nasi-kandar-ibramsha-3

Antara lauk-pauk


 
nasi-kandar-ibramsha-4

Roti canai yang menyelerakan


 
 
 

Mohd Yaseen Nasi Kandar

Selain nasi kandar oleh Ibramsha, anda boleh juga mencuba nasi kandar oleh Mohd Yaseen Nasi Kandar. Terletaknya juga di Jalan Tunku Abdul Rahman. Untuk lebih tepat lagi di 351 & 353 Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur 50100. Antara tempat makan kegemaran orang yang bekerja di sini.

Ramai yang mengatakan kedai ini adalah antara tempat makan nasi kandar yang meanrik di kl. Apa yang perlu dicuba?

  • Ayam kicapnya
  • Sotong masak pedas

 

nasi-kandar-yassen

Sotong masak pedas


 
nasi-kandar-yassen-1

Antara lauk yang ada


 
nasi-kandar-yassen-2

Ramai yang beratur


 
nasi-kandar-yassen-4

Lauk kegemaran kami


 
 
 

Restoran Kudu Bin Abdul

Restoran ini adalah antara pesaing ketat Retoran Kandar Yaseen. Terletak juga di Jalan Tunku Abdul Rahman. Ini alamatnya. No. 335, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur 50100. Tidak jauh sahaja daripada Nasi Kandar Yaseen. Ramai mencadangkan ayam sambal bawangnya adalah sebagai menu wajib yang perlu diambil.

Kalau anda ke sini, adalah dicadangkan untuk sampai sebelum pukul 1. Kalau tidak, beratur panjang jawabnya. Tetapi kalau terpaksa beratur panjang, apa salahnya kerana ianya sangat berbaloi. Bandung sodanya juga patut dicuba.

Apa yang perlu dicuba?

  • Soda bandung
  • Ayam sambal bawang

 

nasi-kandar-kudu

Hadapan kedai


 
nasi-kandar-kudu-1

Ayam sambal bawang


 
nasi-kandar-kudu-2

Kuah pekat


 
nasi-kandar-kudu-3

Datang lambat, panjang jawabnya


 
nasi-kandar-kudu-4

Soda bandung


 
 

Semua kedai makan best di KL untuk nasi kandar terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman. Jadi, apabila ke sana, jangan tidak singgah pula, rugi nanti. Ada yang pernah makan antara kedai di atas? Apa pendapat komen anda?

 
 
 

Kredit gambar : Foursquare

Pendapat Anda?

Penaja

One Response

  1. Haris

Add Comment