7 Gerai Sate Sedap Di KL. # No. 3 Adalah Kesukaan Kami

Kepingan daging yang dipotong dan diperap dengan rempah sebelum dicucuk pada lidi sebelum dibakar, dicicah dengan kuah kacang dan dihidangkan bersama-sama dengan hirisan timun dan bawang, sate sudah semestinya makanan tradisi masyarakat Melayu yang mendapat tempat di hati pelbagai kaum.

Bau daging yang diperap dibakar memberikan aroma yang memikat selera. Maka kali ini, usaha menyenaraikan sate terbaik sampai ke Kuala Lumpur. Sate yang disenaraikan di sini mempunyai kriteria yang sama iaitu dihasilkan dengan rempah yang sedap.

Pilihan sate adalah serupa maka tiada banyak yang akan dibincangkan. Oleh itu pemilihan kali ini adalah berdasarkan pilihan ramai dari ulasan positif yang diberi dan menerangkan latar belakang secara umum. Hasilnya adalah seperti berikut.

 

#1 Pak Din Satay


Pak Din Satay
terletak di Jalan Gombak. Gerai dibuka bermula 6 petang sehingga 11:30 malam tetapi ditutup 2 minggu sekali setiap Ahad. Nombor untuk dihubungi adalah seperti yang kami kongsikan di atas.

Pak din satay

Oleh itu, jika anda berminat hendak membuat tempahan sama ada dalam jumlah yang kecil atau besar, hubungilah nombor yang tertera.

Pak Din Satay
juga boleh membakar sate di rumah anda sekiranya tempahan anda mencecah 1000 cucuk atau lebih. Harga yang dikenakan juga berbeza jika membakar di rumah iaitu 10 sen setiap cucuk.

Mengulas tentang sate di Pak Din Satay, tiada yang dapat dikatakan kecuali ‘sedap’. Itu adalah apa yang rata-rata disebut oleh pengunjung selain membandingkannya dengan beberapa tempat menjual sate di lokasi lain.

Walaupun agak sukar mendapatkan tempat untuk meletakkan kenderaan anda, tidak ramai yang mengeluh tentang hal tersebut. Pak Din Satay juga siap memasang kain rentang supaya pelanggan tidak meletakkan di kedai tom yam berhampiran kerana tidak diizinkan pemilik kedai tersebut.

Namun begitu, usah mengalah dengan hal ini kerana pengalaman mencuba sate milik Pak Din Satay pasti berbaloi.

 

#2 Sate Zainah Ismail


Sate Zainah Ismail
(Ismail Satay). Ada banyak ulasan di atas talian jika anda menaip nama sate ini. Rata-rata ulasan yang diberikan adalah amat positif.

Maka kami merasakan satu keperluan untuk meletakkan namanya di dalam senarai sate terbaik di Kuala Lumpur. Terletak di 3437, Jalan Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Satay Zainah Ismail berhampiran dengan mercu tanda seperti stesen minyak Esso dan Stesen LRT Damai.

sate zainah ismail

Jadi, jika tidak mahu memandu, boleh sahaja menaiki LRT dan berhenti di Stesen Damai. Mudah menemuinya bila sahaja anda keluar dari Stesen LRT tersebut. Jika masih menghadapi masalah mencarinya, jadikan pencarian anda menarik dengan mengikuti asap dari bumbung serta bau sate yang sedang dibakar.

Rempah yang diperap dan pilihan daging memberikan kekuatan kepada Sate Zainah Ismail. Maka, tidak mustahil jika ada yang tidak peduli bagaimana kuahnya atau hidangan sampingannya. Satenya terdiri daripada ayam, daging, hati ayam, dan juga perut lembu.

Setakat artikel ini ditaip, harga sate di sini adalah RM1 untuk satu cucuk. Hubungi 03-4256 9973 untuk sebarang tempahan.

 

#3 Satay Station

Ruang makan dengan hiasan dalaman serta berhawa dingin dan cara menghidang yang menarik, pastinya memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung selain dari tempat-tempat yang disenaraikan sebelum ini.

Maka, tidak mustahillah Satay Station juga menyediakan pakej perkahwinan yang boleh dilakukan di cawangan mereka. Satay Station mempunyai beberapa cawangan iaitu di Bandar Tun Razak, Shah Alam (Seksyen 9), Bandar Sri Permaisuri, Setiawangsa, Ampang Waterfront, dan Kampung Baru.

satay station

satay station

Sate ayam, sate daging, dan sate hati (campur pedal/jantung) adalah menu yang disediakan di Satay Station. Untuk menunggu giliran anda di sesetengah cawangan mereka mungkin akan mengambil masa yang lama kerana Satay Station sentiasa mempunyai pengunjung dalam jumlah yang ramai.

Satay Station dikenali dengan saiznya yang agak besar. Oleh itu harganya juga bersesuaian dengan saiz dan rasanya.

 

#4 Hj Senin Sate

Lokasinya adalah di Jalan SJ3, Batu Caves. Sate bersaiz besar, di sinilah tempatnya. Kuahnya juga boleh tahan.

Hj Senin Sate

Satay Hj. Senin terdiri daripada sate ayam, daging, perut, dan kambing. Gambar di atas menunjukkan harga sate oleh Hj. Senin Sate.

 

#5 Satay Zaini

Satay Zaini bukan sahaja telah muncul di rancangan terkenal, Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), malah mendapat pujian dari Chef terkemuka, Chef Wan serta selebriti yang lain seperti AC Mizal dan Adlin Aman Ramlie.

Satay Zaini
yang diasaskan oleh Haji Mohd Zaini Bin Ismail serta isteri, Harinson Ahmad sejak awal 80an adalah legasi kepada Majid Satay yang mencipta nama sebagai Raja Satay suatu ketika dahulu iaitu pada tahun 50an.

satay zaini

Oleh itu, bukanlah mengejutkan jika mereka masih membawa resepi turun-temurun yang sudah pun dikenali sehingga kini.

Satay Zaini menyediakan sate ayam, daging, hati ayam,kambing, dan perut yang dihidangkan bersama-sama nasi impit dan kuah kacang.

Satay Zaini terletak di alamat Jalan Kolam Ayer Lama, Ampang Jaya, 68000 Kuala Lumpur bertentangan dengan 7-Eleven. Cawangan lain Satay Zaini adalah di Jalan 7/7D, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor. Manakala cawangan mereka di Kajang terletak di Jalan Saujana, Sungai Ramal Dalam.

Satay Zaini dibuka selama 7 hari seminggu bermula jam 6:30 petang sehingga 11:30 malam. Meletakkan kenderaan bukan masalah kerana ada tempat meletakkan kenderaan selain boleh meletakkan kereta di tepi jalan berhampiran.

Hubungi 013-3693934 untuk tempahan termasuk tempahan untuk majlis-majlis di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

 

#6 Kamaruddin Satay

Gerai ini terleak di 213 Jalan Tuanku Abdul Rahman. Pertama kali mengetahui tentang Kamaruddin Satay adalah melalui pembacaan kami di laporan akhbar atas talian oleh The Star.

Kamaruddin Satay menambah seri Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sudah pun dikenali dengan nasi kandarnya.

Terletak di sebuah kedai kop, Capitol Café yang sudah wujud sejak 1956, Kamaruddin Satay hanya 10 minit perjalanan daripada Stesen Rapid KL LRT. Kamaruddin Satay menyediakan pilihan sate asas iaitu ayam dan daging yang seperti kebanyakan sate lain akan dihidangkan bersama-sama dengan kuah kacang dan nasi impit.

Lebih menarik, Kamaruddin Satay yang mempertahankan resepi masyarakat Jawa sejak turun-temurun ini dikatakan mampu menjual sate hampir 2000 cucuk dalam masa 3 jam!

 

#7 Aji-Don Alley

Warong Aji-Don Alley terletak di E-0-16, Block E, Plaza Damas, No. 60 Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.

aji don alley

Ayam dan daging adalah sebahagian pilihan sate di Aji-Don Alley. Ia bukan sahaja berjaya menarik minat pelanggan tempatan, malah pelanggan dari luar negara juga. Ulasan dari TripAdvisor membuktikannya.

Selain sate dan menu yang lain yang tidak kurang hebatnya, pelanggan juga rata-rata amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan serta suasana kedai yang bersih dan selesa.

Warung Ajo-Don Alley juga terkenal dengan tauhu bakar dan popianya serta beberapa jenis mi seperti mi rebus, mi bandung dan kuey teow Penang sekiranya anda mahukan sampingan buat sate anda.

Kredit gambar Foursquare, Openrice

 
 

Artikel Menarik Lain

Pendapat Anda?

2 Comments

  1. Onizuka
    • Onizuka

Add Comment