Mencari tempat berbuka puasa yang menarik di Johor Bahru untuk Ramadan kali ini? Kami cadangkan anda untuk berbuka bersama yang tersayang di Zaituna Restaurant مطعم زيتونة.

Walaupun lokasi restoran terletak di Taman Tasek, Johor Bahru, namun kali ini mereka mengadakan buffet Ramadan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. Buffet Ramadan oleh Zaituna Restaurant akan bermula pada 25 Mac sehingga 21 April 2023, dari 6.00 petang sehingga 9.00 malam.

Bertemakan True Arabian Buffet, pengunjung berpeluang berbuka puasa dengan menu berlainan dari kebiasaan dimana kebanyakan menu utama adalah makanan Arab. Terdapat lebih 55 jenis menu enak menanti anda. Pasti rambang mata untuk memilihnya.

Antara menu istimewa yang pasti menepati citarasa anda adalah Nasi Arab Ayam, Kambing BBQ dan Nasi Arab Seafood. Mereka juga tidak ketinggalan untuk menyajikan makanan Arab yang viral iaitu pelbagai jenis Kunafa dan Baklava.

Aneka hidangan dari pembuka selera, menu utama hinggalah pemanis mulut. Buah-buah dan kuih-muih Arab juga boleh dimakan tanpa had!

Salah satu faktor dalam mencari tempat berbuka yang menarik dan selesa adalah tempat solat. Jangan risau, di sini ada ruang solat yang selesa buat pengunjung. Jadi pengunjung tidak perlu tergesa-gesa untuk menunaikan solat selepas mahupun sebelum berbuka.

Harga buffet Ramadan di Zaituna Restaurant adalah serendah RM 79 untuk dewasa manakala RM 39 untuk kanak-kanak berumur 6 tahun hingga 12 tahun. Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah, mereka dapat makan dengan percuma.

Berita baik buat mereka yang mencari tempat berbuka puasa untuk kumpulan besar, Zaituna Restaurant akan memberikan diskaun istimewa buat yang datang secara berkumpulan atau korporat.

Tak cukup dengan itu, setiap pembelian 10 pax buffet akan mendapat 1 pax percuma. Tawaran lebih berbaloi tau!

Warga JB pasti ramai yang sedia maklum dengan keenakan menu arab yang disediakan oleh Zaituna Restaurant. Rugi jika tak cuba.

Tunggu apa lagi? Jom buat tempahan berbuka puasa bersama Zaituna Restaurant yang akan diadakan di Persada Johor. Bukan sahaja ada pelbagai menu enak dan unik, malah harga yang ditawarkan berbaloi dan mampu milik.

No telefon: 07 213 3577

Whatsapp: Zaituna Restaurant I | Zaituna Restaurant II

Info: Zaituna Restaurant

Lokasi: Persada Johor International Convention Centre, Jalan Abdullah Ibrahim, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Penulis: Nur Syafiqah

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.