Langkau ke kandungan
Saji.my
Menu

Warung Kak Eta, Syurga Lauk Pauk Makan Tengahari Perlis

Imej via [facebook] Warung Kak Eta menyediakan makanan tengahari yang mempunyai pelbagai jenis lauk pauk berkonsepkan kampung. Sekiranya anda mencari…

PerlisDikemas kini 6 November 2023oleh Rina
Pelbagai hidangan lauk pauk kampung di Warung Kak Eta Kuala Perlis
Waktu Operasi
Setiap hari: 8 pagi - 4.30 petang
Tempat Letak Kereta
Terletak di tepi jalan, tiada masalah untuk mencari tempat letak kereta
Lokasi
Warung Kak Eta, Kuala Perlis, PerlisKampung Terus Teritip, Jalan Kuala Perlis-sungai Bahru, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Papan tanda atau hadapan Warung Kak Eta

Imej via facebook

Warung Kak Eta menyediakan makanan tengahari yang mempunyai pelbagai jenis lauk pauk berkonsepkan kampung. Sekiranya anda mencari gerai makan pagi dan petang, Warung Kak Eta adalah pilihan terbaik di Perlis. Buat yang baru kali pertama datang ke sini, pasti akan teruja dengan menu yang disediakan. 

Warung Kak Eta pernah viral dengan masakan tengaharinya dan suasana kedai makannya yang santai. Ada juga pengunjung dari luar negeri turut datang menjamu selera di sini.

Suasana makan tengahari di Warung Kak Eta

Imej via anakpakcik

Selain menu sarapan yang mengenyangkan, anda juga boleh menikmati lauk pauk yang pelbagai jenis. Menu makanan Warung Kak Eta ini juga disediakan sesuai untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak.

Jom lihat antara hidangan makanan yang disediakan di sini.

Untuk pengetahuan anda, pelbagai jenis lauk pauk boleh dipilih untuk makan bersama nasi putih. Terdapat juga makanan lain seperti makanan laut dan goreng-gorengan. Pilih sahaja makanan mengikut citarasa anda. Nak ajak kawan-kawan makan dekat sini pun senang sebab banyak pilihan menu makanan.

Pelbagai lauk pilihan di Warung Kak Eta

Imej via facebook

Aneka Menu Pilihan Warung Kak Eta

Antara menu yang popular di sini adalah sotong goreng tepung, ketam celup tepung, ikan bakar gulai daging, kari telur mayong, gulai ikan telur mayong, ikan gerut bakar, sotong bakar, ikan keli bakar dan banyak lagi.

Hidangan menu pilihan Warung Kak Eta

Imej via facebook

Ramai juga yang memilih untuk menikmati sotong goreng tepung, ikan tiga rasa dan crispy baby crab. Aneka lauk pauk yang disediakan di sini sangat lazat dan membuatkan anda merasai keenakan masakan kampung.

Aneka lauk tradisional Warung Kak Eta

Imej via facebook

Kuantiti dan kualiti makanan yang dihidangkan mendapat pujian ramai pelanggan. Lauk pauk pilihan memang banyak, umpama syurga makanan bagi nasi campur! Memang patutlah ramai sangat yang suka makan tengah hari di sini.

Menu istimewa Warung Kak Eta

Imej via facebook

Selain makanan yang sangat lazat dan segar, pilihannya terlalu banyak dan harganya juga begitu berpatutan. Kalau datang makan di sini, tak boleh sekejap, kena duduk makan lama-lama sampai puas! Barulah dapat menikmati kelazatan lauk-lauk yang disediakan.

Kemudahan Warung Kak Eta

Restoran ini terletak di tepi jalan, tidak ada masalah untuk cari tempat letak kereta anda. Selain itu, meja makan dan tempat duduk juga banyak agak memudahkan. sekiranya datang beramai-ramai untuk makan tengahari pun boleh.

Ruang makan selesa Warung Kak Eta

Imej via anakpakcik

Harga setiap menu lauk pauk juga diletak siap supaya mudah anda rujuk ketika mengambil lauk. Jadi, senang untuk anda bajet nak ambil lauk yang mana. Apa-apapun, harganya sangat berpatutan. Memang berbaloi untuk makan apa sahaja disini.

Kemudahan tempat duduk Warung Kak Eta

Imej via facebook

Disarankan untuk datang awal kerana jika penuh, takut lauk pula cepat habis. Sekiranya anda mencari menu masakan selera kampung, Warung kak Eta ini sememangnya destinasi yang sesuai buat anda menjamu selera. 

Jom baca juga Zulyahya Steamboat Ipoh, Restoran Muhammad Chow Dan Kelate Kitchen KL.

Lokasi: Kampung Terus Teritip, Jalan Kuala Perlis-sungai Bahru, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Waktu Operasi: 8 pagi - 4.30 petang

No Telefon: 019-4813390