Jom kite lepak di kubor. Jangan risau kubor ni tidak seram uolss. Sebuah kedai makan unik di Johor Bahru. Apa yang special di kedai makan Warong Kubor ini?
Menu yang disediakan simple-simple sahaja. Tetapi apa yang penting ianya berkualiti dan kena pada harganya. Lagipun, kita bukannya nak makan yang pelik selalu bukan?
Antara menu disini adalah nasi lemak pandan berlauk. Lauk paling special adalah ‘siakap crispy’. Menu ‘Western Food’ juga disediakan di sini. Menu western yang boleh dipesan adalah Lamb chop dan Chicken chop.Jadi anda tidak perlu risau jika ingin ingin makan nasi berlauk dan Western Food serentak.
Jika anda mahu makan masakan Melayu berpadu dengan western pun boleh.Disini ada menyediakan nasi lemak chicken chop dan nasi lemak lamb chop.
Bagaimana pula dengan menu minuman. Minuman apa yang special di sini? Disini kami ingin beritahu. Warong ini ada menu minuman seperti sirap bandong soda,teh tiga layer,milo tabor,lemon breeze,rootbeer floats. Sememangnya menu minuman yang tiada di kubur lain-lain tau.
Alamat: Jalan Orkid Utama,Taman Orkid, Tampoi.
Waktu operasi : 7.30mlm hingga 12mlm,tutup setiap sabtu
Lebih banyak gambar di instagram @warongkubor dan facebook mereka Warong Kubor.