Restoran Village View bukanlah merupakan sebuah restoran yang terletak di sebuah kampong, namun ia terletak di pekan kecil iaitu di Bangi.

Dekorasi restoran ini adalah sangat ringkas dan berkonsep ala – ala kampong dengan dinding – dinding  restoran terdiri dari kayu – kayan.

Sebagai menjadi tarikan kanak – kanak, terdapat sebuah kolam ikan kecil yang dihuni oleh pelbagai ikan kap yang berwarna – warni.

Para pelanggan boleh memberi makan kepada ikan – ikan tersebut dengan makanan ikan yang dijual di kaunter dengan harga RM 1 sepeket.

Namun, pelanggan adalah di larang membuang sisa makanan atau memberi ikan makan dengan makanan selain makanan ikan yang dijual.

Dikhuatiri kolam ikan menjadi kotor dan menjejaskan kesihatan ikan – ikan tersebut.

Ketam Sedap Village View

Imej via facebook

Macam – Macam Menu Ada

Restoran ini menyediakan pelbagai menu hidangan seperti masakan ala Thai, roti canai, makanan Barat dan banyak lagi.

Anda boleh mencuba tomyam ayamnya yang sedap dan pekat serta rasa yang begitu menyelerakan.

Saiz satu hidangan adalah agak besar dan boleh dimakan oleh dua orang pelanggan.

Tomyam Village View

Imej via facebook

Ayam goreng pandan, ayam goreng mamit, ikan kukus asam boi, telur bistik serta pelbagai masakan panas yang boleh anda cuba.

Masakan di sini tidak akan mengecewakan anda. Harganya pula adalah sangat berpatutan memandangkan satu hidangan boleh dimakan untuk dua orang.

Sudah tentu ia berbaloi serta menjimatkan, bukan ?

Nasi Goreng Sedap

Imej via facebook

Pelbagai Kemudahan Disediakan

Restoran ini mempunyai tempat letak kereta yang luas. Selain itu, terdapat surau kecil disediakan buat para pelanggan.

Tandas juga terletak di sebelah tepi restoran.

Pelanggan juga boleh memilih untuk duduk di ruang gazebo yang disediakan.

Saiz yang besar untuk ruang ini memberi keselesaan kepada para pengguna.

Pekerja di restoran ini agak ramai dan anda tidak perlu menunggu lama untuk memesan makanan.

Malah, pesanan anda juga akan disediakan dalam tempoh waktu yang sangat singkat.

Para pekerja di sini mengenakan baju T-Shirt seragam memudahkan para pelanggan mengenal krew restoran untuk membuat pesanan.

Hidangan makanan Barat di restoran ini juga agak sempurna dengan rempah ratusnya yang terasa begitu asli.

Lamb Chop Sedap

Imej via 1000saturasa

Anda boleh mencuba sizzling lamb chopnya yang juga begitu enak dengan sos lada hitamnya yang menusuk kalbu.

Restoran ini mula beroperasi pada jam 12.00 tengahari sehingga jam 12.00 malam setiap hari.

Semasa bulan Ramadhan, Village View turut menyediakan hidangan untuk muslimin dan muslimat berbuka puasa di sini secara ala – carte.

Pelanggan juga boleh memilih pakej set makanan dengan harga yang sangat berbaloi.

Lauk pauk juga disediakan panas – panas buat para pelanggan yang ingin berbuka puasa di sini.

Walaubagaimanapun, semasa di bulan Ramadhan, anda perlu membuat tempahan meja lebih awal kerana restoran ini sentiasa penuh sewaktu bulan Ramadhan.

Alamat : Jalan Saujana, Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor

Penulis: Harwati Rukari

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.