Bandar Sungai Petani kini terkenal dengan pelbagai restoran yang menjual dan mempunyai menu nasi arab. Antara yang terkenal dan sering disebut-sebut ialah Al Haura Arabic Kopitiam.

Walaupun banyak restoran nasi arab, disetiap restoran mempunyai keunikan dan keistimewaan masing-masing yang membezakan antara mereka serta menjadikan identiti restoran tersebut dikenali. Nasi arab juga sering disebut sebagai nasi arab mandy. Ia merupakan nasi yang dimasak dengan rempah (mandy). Ia disajikan bersama pelbagai jenis lauk seperti ayam kabshah, ayam mandy, kambing dan pelbagai lagi. Lebih kurang seperti nasi beriani tetapi mempunyai perbezaan dari segi resepi, rasa, rempah dan lain-lain lagi.

Al Haura Arabic Kopitiam

Jom kita lihat keistimewaan Al haura Arabic Kopitiam berbanding dengan restoran lain.

Nasi Arab Paling Best di Al Haura Arabic Kopitiam

Restoran ni baru sahaja di buka pada pertengahan 2015. Namun telah memikat hati pelanggan dan semakin popular dengan hidangan nasi arab nya di Sungai Petani.

Menu utama dan yang istimewa mestilah nasi arab alhaura. Anda boleh pilih kambing atau ayam atau nak campur kedua-duanya pun boleh..

Kalau anda nak tahu kambing dan ayam ni di bakar dan memang juicy. Anda boleh pilih nak makan dalam dulang atau pinggan pun boleh.

Jangan lupa untuk mencuba nasi Al Haura Delicious atau nasi pink.

Nasi Al Haura Delicious

Imej via Facebook

Nasi Al Haura Delicious menjadi menu pilihan ramai kerana..

1) Ayam dan kambing di perap dengan rempah ratus RED AAA resipi turun temurun membuatkan ia lembut dan JUICY.

2) NASI dari BERAS GRED AAA kurang kandungan kanji membuatkan makan begitu saja pon tangkap leleh

3) Air asam masam-masam manis dan pedas meletop.

4)Gulai ayam di masak dengan penuh rasa kasih sayang terasa kerisik memang menari-nari air liur

nasi pink

Selain itu terdapat juga menu special yang ala-ala western seperti cheken chop, lamb chop dan speghetti. Memang sedap dan potion pun besar-besar. Sepinggan boleh kongsi berdua.

Restoran ni dibahagikan dua bahagian. Satu untuk meja biasa dan ada satu bahagian lagi boleh makan bersila. Untuk kemudahan lain ada free wifi dan surau pun di sediakan.

Suasana restoran sangat bersih dan kemas dari segi peralatan makanan, meja, kerusi serta makanan.  Keadaan yang bersih ini menjadikan ia sangat selesa dan sesuai dijadikan tempat lepak orang ramai seperti pekerja-pekerja atau orang luar yang singgah untuk makan disini.

Info

Waktu beroperasi setiap hari bermula 12.00 petang – 12 malam.. hari Jumaat pukul 2.30 petang – 12.00 malam.

Lokasinya terletak di  Bandar Laguna Merbok. Tetapi kedai agak tersorok sedikit di antara deretan kedai. Jangan risau, kalau dah sampai Bandar Laguna Merbok tu pusing-pusing sikit mesti jumpa la.

Alamat penuh 32, LRG BLM 1/4, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah.

GPS 5.681404, 100.494444

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.