Bagi orang Kulim nama Restoran Pak Ya sering menjadi sebutan kaki makan. Ia bukan nama asing lagi di daerah ini apabila ia sering dipenuhi ‘kaki’ tegar nasi kandar setiap hari.

Restoran ini telah mula beroperasi sejak lebih dua tahun yang bermula di Taman Jelutong. Kini berpindah ke Taman Keranji dengan suasana lebih selesa untuk  pelanggan.

Perniagaan ini diuruskan oleh Pak Ya bersama tiga orang anaknya. Berkonsepkan ala nasi kandar itu mempunyai tujuh pilihan lauk pauk dengan lima kuah menjadi kegemaran pelanggan.

restoran nasi pak ya

Imej via Facebook

Lauk Pilihan di Restoran Nasi Pak Ya

Lauk pilihan di Restoran Pak Ya ialah ikan, ayam goreng, sotong, daging, sayur kobis dan bendi. Lima kuah kegemaran pelanggan yang selalu dicampur ke dalam nasi adalah kari ikan, sotong, ayam masak merah, masak kurma, dan kicap,

Bagi yang ingin rasakan kelainan boleh la cuba nasi kuning. Nasi kuning yang telah di adun sendiri dengan rempah ratus di Nasi Pak Ya.

Kebiasaannya dan paling laris di sini adalah nasi kuning berlauk ayam goreng. Pelanggan boleh menikmati Nasi Pak Ya semurah RM5 sepinggan iaitu nasi kuning berempah bersama ayam goreng.

Menu ini kebanyakannya menjadi kegilaan pelajar yang datang ke situ untuk menjamu selera pada waktu tengahari. Selalunya waktu tengahari paling ramai, sampai kena beratur.

Resipi Keluarga

restoran nasi pak ya kuah campur

Resipi nasi kandar ini dari arwah bapa Pak Ya. Ia setanding dengan nasi kandar yang lain, tetapi ini orang Melayu yang masak dan resepi juga dari orang Melayu.

Salah satu tarikan ke Restoran Nasi Pak Ya ialah layanan dari Pak Ya dan pekerjanya. Pelanggan pasti rasa selesa menikmati hidangan di sini. Mereka cukup mesra dengan pelanggan.

Mendapat A dalam penarafan kebersihan premis makanan oleh Majlis Perbandaran Kulim, anda tidak perlu was-was makan di sini. Kedai yang bersih dan selesa membuatkan anda pasti akan ulang kembali.

Restoran Nasi Pak Ya ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 7 malam sahaja.

Alamat : 24-24, Lorong Keranji 1, Taman Keranji 09000 Kulim

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.