Urban Daybreak ialah kafe artisan bergaya yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur. Mereka menyediakan hidangan sarapan pagi dan tengah hari berkonsepkan masakan asli Australia. Bukan saja santapannya lazat, malahan dekorasi hidangan juga menarik dan kreatif.

Gambar dan hidangan makanan serta suasana kafe ini boleh dijadikan konten untuk anda berkongsi di Instagram atau sosial media anda. Harus diingatkan kepada muslim, terdapat makanan yang tidak halal di sini tetapi anda boleh bertanya kepada staf terlebih dahulu jika tidak pasti.

urban daybreak
Imej via [theyum]

Suasana Kafe Urban Daybreak Santai Dan Minimalis

Bahagian dalam kafe Urban DayBreak terlihat minimalis dan simple, namun kemas dan cantik pabila mata memandang. Di belakang kaunter kerja pula terdapat dekorasi rak buku yang elegan.

Suasananya selesa, tenang dan santai. Mungkin sesuai untuk anda datang berehat sambil membaca buku atau melakukan kerja bersama laptop di sini. Namun, tidak sesuai jika datang terlalu ramai kerana saiz kafenya tidak terlalu besar.

urban daybreak
Imej via [theyum]

MENU UTAMA DI KAFE URBAN DAYBREAK

Makanan utama di Urban DayBreak menjanjikan makanan atau masakan bertema Australia yang akan membuatkan anda terliur dengan hanya melihatnya.

 Hidangan utama yang disajikan di sini adalah seperti The Hungry Burger, Fillet O Fish, Crackling On Salmon, Creamless Carbonara dan lain-lain lagi. Manakala Signature Dish pula Urban Really Big Breakfast, Scramble Trouble, The Real Breakfast Sandwich, The Perfect Omelette dan sebagainya.

urban daybreak
Imej via [google]

Urban Daybreak mempunyai pelbagai jenis pilihan minuman, tidak kira sama ada anda mahu bebas tenusu atau kafein atau gula. Namun yang terkenal di sini semestinya adalah kopi. Pelbagai variasi kopi pahit atau manis yang disediakan. 

Antara sajian kopi yang disediakan di sini adalah Espresso, Cappuccino, Cafe Mocha, Cafe Latte, Long Black, Macchiato dan macam-macam lagi kopi bermacam rasa. Manakala handcrafted coffee pula ada Matcha Latte, Honey Latte, Hazelnut Divinity, Mint Mocha Latte dan banyak lagi pilihan.

urband daybreak
Imej via [google]

MENU LAIN DI KAFE URBAN DAYBREAK

Sekiranya anda bukan peminat kopi, masih ada pilihan minuman yang lain. Antara yang terbaik di kafe ini adalah organik teh mereka. Terdapat bermacam variasi teh semisal Earl Grey Blue Flower, Moroccan Mint, Chamomile, Milk Oolong dan lain-lain. Yogurt dan Smoothies macam Pink Berry, Easy Mango, Peach Pie pun ada. 

Di samping itu, ada disajikan menu sampingan manisan dan waffle seperti Fried Chicken Waffle, Cinnamon French Toast, Signature French Toast, Continental Croissant, Smookies.

urban daybreak
Imej via [google]

Ingin rasai ketenangan dan suasana premium, anda boleh datang ke Urban DayBreak. Selain di Kuala Lumpur, mereka juga mempunyai cawangan di Pulau Pinang. Sangat menarik untuk dikunjungi!

Lokasi:11, Jalan Telawi 5, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: (7.30 am – 4.45 pm)
No Telefon: 03-23030172

Penulis: Rina

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.