Kesibukan bekerja memang memenatkan, terutamanya jika anda bekerja sepanjang hari. Bagi yang menetap di KL, adakah anda masih tercari-cari restoran manakah yang cocok untuk anda singgah pada waktu rehat atau sesudah anda bekerja? Teruskan membaca, kami tahu restoran apa yang patut anda terjah!

Trust Issue KL

Imej via Foursquare

Restoran Trust Issue KL yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur ini baharu sahaja beroperasi sekitar tahun 2016. Namun, sambutan yang diterima ramai memang cukup menggalakkan! Agak-agak apa yang istimewa di restoran Trust Issue KL ini ya?

aglio olio ayam percik @ trust issue KL

Imej via Foursquare

Aglio Olio Ayam Percik, Gabungan Unik dan Mengenyangkan

Anda pernah terdengar tentang Aglio Olio dan Ayam Percik, tapi pernahkah anda dengar tentang gabungan kedua-duanya? Kedengaran unik, bukan? Restoran Trust Issue KL ada menghidangkan menu itu!

Hasil gabungan masakan Asia Tenggara dan Itali ini cukup menjadi! Pastanya cukup lembut dan kenyal. Dihidangkan bersapa ayam perciknya yang berempah dan besar saiznya, menu ini sememangnya mengenyangkan!

Butter Rice with Ayam Pandan @ Trust Issue KL

Imej via Foursquare

Butter Rice With Ayam Pandan, Menu Paling Digilai Ramai

Menu Butter Rice With Ayam Pandan ini merupakan antara menu yang ‘laku keras’ di restoran Trust Issue KL. Rata-rata pelanggan juga acap kali memesan menu ini dan ramai juga menggemarinya.

Nasi ‘butter’ yang dihidangkan cukup lembut dan berlemak, cukup enak dimakan bersama ayam pandan yang berempah dan harum aromanya. Dilengkapi dengan keropok ikan yang rangup, kami yakin anda pasti akan jatuh cinta dengan menu ini setelah merasainya!

Smoked Duck Aglio Olio @ Trust Issue KL

Imej via Foursquare

Smoked Duck Aglio Olio, Isi Daging yang Lembut dan Menyelerakan

Tidak dinafikan, restoran Trust Issue KL ini cukup terkenal dengan hidangan pasta iaitu aglio olio. Smoked Duck Aglio Olio merupakan salah satu hidangan pasta yang turut digilai ramai!

Yang istimewa tentang menu ini ialah isi daging itik yang dipanggang ini cukup lembut dan berempah, cukup sesuai untuk penggemar makanan pedas. Saiz hidangannya juga agak besar, cukup mengenyangkan dan menyelerakan!

Braised Chicken Burger with Mozarella Cheese @ Trust Issue KL

Imej via Foursquare

Braised Chicken Burger with Mozarella Cheese, Burger Ayam Bukan Biasa-Biasa

Melihat gambarnya sahaja sudah terliur, inikan pula merasainya sendiri! Menu ini baru sahaja diperkenalkan beberapa bulan yang lepas, namun sambutan yang diterima cukup menggalakkan.

Keistimewaan utama menu ini ialah dagingnya buatan sendiri dan bukan diproses, jadi rasanya lebih sedap! Keju mozarella yang menyaluti daging juga banyak. Dilengkapi bersama kentang goreng, tidak hairanlah menu ini boleh bikin sesiapa sahaja yang merasainya ketagih!

Sizzling Brownies @ Trust Issue KL

Imej via Instagram

Banyak Lagi

Menu utamanya sahaja cukup memikat, inikan pula pencuci mulutnya! Antara pencuci mulut yang paling laris di restoran Trust Issue KL ialah Sizzling Brownies.

Brownies coklat yang dihidangkan bersama aiskrim vanila di atasnya ini cukup manis dan unik. Ianya selalunya disajikan bersama secawan coklat panas yang akan dituang di atas brownies, yang menjadikan ia cair dan banjir dengan coklat, memang padu!

mango cheesecake @ trust issue kl

Imej via Foursquare

Pencuci mulut seterusnya ialah kek keju kegemaran ramai – Mango Cheesecake! Kek viral ini juga merupakan menu yang digemari ramai pelanggan di restoran Trust Issue KL. Krim keju yang tebal, rasa mangga yang segar, tidak hairanlah ianya begitu digemari!

churros @ trust issue kl

Imej via Foursquare

Bagi yang ingin menikmati makanan ringan, kami cadangkan anda cuba Churros di sini! Terdapat tiga sos berbeza yang boleh anda pilih iaitu Nutella Chocolate, Salted Caramel dan Butterscotch, memang berbagai!

Kami yakin anda pasti sudah mula tertarik untuk menerjah restoran Trust Issue KL ini, bukan? Restoran ini terletak di Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur dan beroperasi setiap hari. Jadi, lekas terjah sebelum terlepas peluang ya!

Penulis: Nurul Hani Muhamad Sabri

Nurul Hani Muhamad Sabri

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.