Pengaruh Korea bukan sekadar muzik dan filem. Malah makanan Korea juga kini menjadi pilihan. Memiliki 34 cawangan berkonsepkan buffet dan 12 cawangan berkonsep ala-carte ‘Hot Pot’, Seoul Garden merupakan peneraju restoran makanan berkonsepkan Korea.

Sebut sahaja hidangan yang hendak dimakan, sama ada udang, ketam, daging, ayam atau kambing serta lebih 150 hidangan lain, semuanya tersedia secara panas di depan mata tanpa had.

Masih tidak cukup lagi? Anda boleh ‘berkampung’ dan menikmati juadah di restoran ini sepanjang waktu operasi perniagaan setiap hari. Dari pukul 10 pagi dengan satu kadar harga hingga 10 malam.

Restoran ini memang sesuai bagi ‘kaki makan’ atau sekumpulan individu yang inginkan waktu tertentu untuk duduk semeja makan sambil berborak atau berbincang.

seoul garden restoran

Keistimewaan Seoul Garden

Itu keistimewaan hidangan bufet rebus (stimbot) dan panggang (gril), Seoul Garden. Restoran ini telah beroperasi sejak 2007 dan memperkenalkan makanan berkonsepkan ala Korea yang memenuhi selera dan citarasa rakyat Malaysia. Menariknya, restoran ini juga menyediakan daging perapan seperti daging perapan perisa kopi, spicy bulgogi, teriyaki dan pelbagai lagi.

Terdapat beberapa jenis sup yang boleh dipilih. Seperti Korean Kimchi Jijigae, Korean Super Kimchi Jijigae, Thai Tom Yam, Super Thai Tom Yam, Korean Ginseng dan herba Cina. Pengunjung juga boleh menikmati sos dan kicap istimewa dari Korea.

Seoul Garden

Imej via Suria

Selain itu, Seoul Garden menghidangkan nasi goreng, mi goreng, ayam goreng, popiah dan pelbagai lauk sampingan. Malah, nasi putih turut disediakan. Tidak ketinggalan, pelbagai pencuci mulut termasuk aiskrim, puding, buah-buahan dan pelbagai minuman sejuk dan panas.

seoul garden menu

Mungkin ramai tidak tahu, Seoul Garden juga mempunyai konsep ala-carte iaitu Seoul Garden HotPot yang memfokuskan menu-menu hidangan seperti Bibimbap, Hotpot, Hotplate dan banyak lagi.

Terbaharu, restoran ini meng­gunakan sistem infra merah dan ternyata lebih mesra pelanggan. Seoul Garden memberi kelebihan apabila mempunyai dua bahagian sup (stimbot) yang berbeza dan di tengah-tengahnya merupakan tempat untuk gril. Konsep ini lebih kontemporari dan memberikan lebih keselesaan kepada pelangan.

Dalam pada itu, 26 cawangan Seoul Garden telah pun menerima pengiktirafan pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Selain itu, Seoul Garden akan terus memberikan lebih tarikan kepada semua untuk terus berkunjung ke restoran kami tanpa rasa ragu-ragu.  Sehingga kini, telah pun mempunyai lebih daripada 70 buah restoran di tujuh buah negara.  Malaysia, Singapura, Philippines, Vietnam, Indonesia, Myanmar dan Brunei.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://www.seoulgarden.com.my

 

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.