Anda inginkan menikmati hidangan di dalam istana? The Ame Soeur yang terletak di Bukit Jalil  jawapannya. Hiasan dalamannya yang berkonsepkan sebuah istana mewah pada era Victoria sememangnya cukup cantik dan bergaya.

Pintu gerbang restoran yang dilatari rona emas dan diserikan dengan pokok-pokok menjalar. Itu sudah cukup membuatkan pengunjung te­ruja untuk melihat dekorasi dalamannya. Keseluruhan ruang restoran dilatari dengan dinding berkerawang mewah daripada rona emas.

Mengambil inspirasi dekorasi dari sebuah restoran di New York, Amerika Syarikat, idea tersebut lantas diterjemahkan pemilik restoran itu. Dekorasi serba mewah itu merupakan ilham dan idea pemilik sepenuhnya.

The Ame Soeur

Imej via Facebook

Dekorasi serba mewah restoran ini ialah daripada dekorasi istana lama di Perancis. Bagi membangkitkan lagi aura mewah pada premis itu, The Ame Soeur dipenuhi dengan lampu-lampu candelier hampir di setiap ruang makannya.

Biarpun dipenuhi lampu mewah itu, ruang restoran tidak langsung kelihatan sarat.

Dibuka secara rasmi pada tanggal 16 Disember 2017, The Ame Souer memang mudah mencuri tumpuan pengunjung kerana dekorasinya lain daripada yang lain.

Hidangan Mewah di The Ame Souer

Ame Soeur bermaksud soulmate dalam bahasa Perancis. Premis ini menyajikan menu masakan Perancis pada harga berpatutan. Antara menu yang menjadi pilihan adalah roasted stuffed chicken leg, fresh herb seafood shell spaghetti dan Norwegian salmon trout.

The Ame Soeur Fresh herb seafood shell spaghetti

Fresh herb seafood shell spaghetti merupakan resipi asli dan dimasak menggunakan spageti buatan sendiri. Norwegian Salmon Trout yang dihidangkan ini merupakan antara menu terlaris di The Ame Soeur.

The Ame Soeur Norwegian Salmon

Lokasi The Ame Souer

N3A Pusat Perdagangan Bandar Bukit Jalil, Jalan Persiaran Jalil 3

57000 Kuala Lumpur, Malaysia

03-2715 3285

The Ame Soeur dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 11 malam.

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka jalan cari tempat makan menarik.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.