Resepi tepung bestari sememangnya tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Tepung goreng serbaguna ini menjadi pilihan ramai kerana salutan tepungnya yang dapat memberikan keragupan kepada setiap masakan yang bergoreng. Disebabkan itu, ramai yang mula menggunakan tepung ini untuk menggoreng ayam, udang, sotong dan sayur.
Disebabkan pengguna tepung ini ramai, jenama tepung Bestari telah mengeluarkan pelbagai jenis tepung yang sesuai digunakan untuk menggoreng ayam, gading, ikan dan banyak lagi. Antara tepung bestari yang biasa digunakan adalah tepung bestari pedas, original dan tepung ayam goreng garlic. Terdapat pelbagai resepi tepung Bestari yang dapat anda cuba di sini.
Siapa yang tidak suka dengan hidangan ayam goreng yang rangup? Bagi mereka yang suka dengan ayam goreng KFC, anda pastinya akan suka dengan resepi yang dikongsi oleh Azlina Ina di laman facebook miliknya. Hidangan ayam goreng yang pastinya menjadi kegemaran anak-anak anda.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1)Bancuh tepung bestari bersama air masak dan telur. (Pastikan kuantiti tepung mengikut jumlah ayam yang hendak diperap)
2)Perap ayam dengan tepung bestari selama setengah jam.
3)Sediakan tepung bestari untuk disalutkan dengan ayam yang telah diperap tadi.
4)Ambil ayam yang diperap tadi dan masukkan ke tepung kering. Gaul rata.
5)Sediakan mangkuk dan isi bekas dengan air sejuk dan letak penapis.
6)Masukkan ayam yang bersalut tepung tadi kedalam dan rendam ayam selama 2 saat.
7)Angkat ayam yang direndam tadi dan toskan .
8)Masuk semula ayam yang direndam ke dalam tepung kering dan gaulkan (pastikan tepung disalut dengan banyak)
9)Panaskan minyak ke dalam periuk. (untuk pastikan minyak tidak hangit)
10)Goreng ayam hingga garing dan toskan.
11)Hidangkan ayam ke dalam pinggan dan siap! Selamat mencuba
Siapa yang tidak tahu dengan roti sosej viral ini. Anda pastinya akan suka dengan resepi kali ini yang dikongsi oleh Wo-aini ini. Resepi yang sangat mudah dan sedap. Rasa roti yang lembut dengan cheese tarik menjadikan corndog ini sangat disukai kanak-kanak. Jom tengok resepi di bawah.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1)Ambil sosej dan potong kepada 2 atau 3 bahagian mengikut citarasa masing-masing.
2)Potong mozzarella cheese berbentuk memanjang atau dadu.
3)Cucuk sosej selang seli dengan cheese di lidi sate.
4)Lenyek roti menggunakan doh roll sehingga roti leper.
5)Ambil roti yang telah dileperkan dan gulungkan dengan sesej dan cheese yang telah dicucuk dengan lidi tadi.
6)Bancuh tepung bestari menggunakan air secukupnya.
7)Gunakan tepung yang telah dibancuh tadi sebagai gam dan sapukan dibahagian roti yang terbuka.
8)Ulang proses 5 dan 7 sehingga sosej habis.
9)Bancuh tepung bestari di dalam cawan. Pastikan bancuhan tepung tidak terlalu pekat atau cair.
10)Celupkan roti yang telah siap tadi ke dalam cawan yang dibancuh dengan tepung bestari. Pastikan roti disalut rata.
11)Sediakan serbuk roti dan gulingkan roti yang telah dicelup dengan tepung ke atas serbuk roti.
12)Sediakan kuali dan panaskan minyak.
13)Pastikan minyak panas sebelum menggoreng corndog. Goreng menggunakan api perlahan.
14)Goreng sehingga roti bertukar kuning keemasan sebelum diangkat.
15)Toskan dan hidangkan ke dalam pinggan.
16)Letakkan sos ke dalam pinggan bersama mayonis. Selamat mencuba!
Rahsia sotong celup tepung yang rangup menggunakan tepung bestari. Sotong rangup bersama isi sotong yang lembut pastinya menaikkan nafsu makan anda. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Elisa Rose di laman facebook.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1)Basuh sotong sehingga bersih dan potong bulat-bulat. Toskan.
2)Sediakan mangkuk dan masukkan tepung ubi, tepung jagung, tepung bestari, garam dan serbuk lada hitam. Gaul sebati.
3)Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
4)Ambil sotong yang telah ditos tadi dan masukkan ke dalam telur.
5)Golekkan sotong yang bersalut telur ke dalam tepung yang telah dicampur tadi.
6)Ulang proses 4 dan 5 sehingga sotong habis.
7)Sediakan kuali dan panaskan minyak. Pastikan minyak panas sebelum masukkan sotong.
8)Goreng sotong sehingga garing dengan menggunakan api perlahan.
9)Tosakan dan hidangkan sotong ke dalam pinggan. Siap!
Menu minum petang yang sememangnya menaikkan selera anda. Lagi sedap kalua tambahkan banyak sayur. Bakwan rangup yang dihidangkan bersama sos cili. Pasti menjadi kegemaran anak anda. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Auni Page di laman facebook miliknya.
Sos Pencicah:
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1)Tumbuk lumat lada merah, bawang putih dan gula pasir.
2)Campurkan dengan 4 sudu cili sos dan 4 sudu air panas.
3)Kacau rata dan hidangkan ke dalam mangkuk.
Bahan-bahan:
Bahan A
Bahan B
Cara Penyediaan:
1)Bancuh bahan A dengan air ais. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
2)Masukkan bahan B dan gaul sehingga rata.
3)Sediakan kuali dan panaskan minyak.
4)Goreng menggunakan minyak banyak.
5)Pastikan minyak betul-betul panas dan masukkan bakwan ke dalam minyak. Gunakan sudu besar untuk mengukur kuantiti adunan.
6)Masukkan adunan nipis dan goreng sehingga garing.
7)Toskan dan hidangkan ke dalam pinggan. Hidangkan bakwan bersama sos pencicah. Siap!
Resepi kali ini menggunakan bahan-bahan yang sangat mudah untuk didapati. Rasanya pula memang sangat sedap. Jom tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya mengikut resepi yang dikongsi oleh Ita Nor di laman facebook.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1)Salutkan udang ke dalam tepung bestari. Ketepikan.
2)Sediakan kuali dan panaskan minyak. Goreng udang dengan api sederhana.
3)Pastikan udang digoreng sehingga udang berubah warna oren.
4)Cairkan mentega ke dalam kuali.
5)Masukkan bawang putih dan tumis sehingga naik bau.
6)Masukkan cili yang telah dipotong dan kacau sebati.
7)Masukkan daun kari dan kacau sehingga layu.
8)Masukkan serbuk telur masin dan kacau sehingga sebati.
9)Masukkan susu sejat dan kacau sebati. Biar mendidih.
10)Masukkan udang dan kacau sedingga udang disalut rata.
11)Hidangkan ke dalam pinggan dan siap.
Bagi mereka yang nak habiskan roti tu, apa kata anda cuba resepi jejari roti ni. Resepi ringkas menggunakan tepung bestari ini dikongsi oleh Zaleha Yusof di laman facebook. Boleh buat resepi minum petang sekali tau.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1)Potong roti menjadi jejari kecil.
2)Sediakan bancuhan tepung basah dan kering. Asingkan. (jika menggunakan tepung bestari, tidak perlu tambahkan telur ke dalam bancuhan)
3)Masukkan roti ke dalam tepung basah. Gaul sebati.
4)Angkat roti dan masukkan ke dalam tepung kering. Gaul rata.
5)Ulang proses 3 dan 4 sehingga roti habis.
6)Sediakan kuali dan panaskan minyak.
7)Goreng sehingga roti bertukar menjadi warna perang.
8)Angkat dan tos minyak pada tisu dapur.
9)Susun roti ke dalam pinggan dan hidangkan bersama dengan sos. Siap!
Kalau biasa kita dengar ayam salted egg je, kali ni resepi salted egg cheese baby lobster. Resepi kali ini dikongsi oleh Mori Said di laman facebook. Peminat makanan laut pastinya akan suka dengan sos creamy cheese ditambah dengan rasa manis daging lobster. Jom tengok resepi di bawah.
Bahan-bahan:
Baby Lobster:
Bahan Kuah:
Cara Penyediaan:
1)Bersihkan baby lobster dan belahkan badannya.
2)Gaul baby loster dengan telur putih, tepung jagung dan serbuk kari ikan.
3)Sediakan kuali dan panaskan minyak. Goreng baby lobster sehingga berubah warna.
4)Tosakan dan ketepikan.
Cara Penyediaan Kuah:
1)Tumiskan bahan yang di kisar bersama daun kari sehingga wangi dan sedikit garing.
2)Masukkan susu cair, serbuk telur masin dan biarkan sehingga mendidih.
3)Masukkan pula cheese dan biarkan cair.
4)Akhir sekali masukkan lobster yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga rata.
5)Biarkan sebentar, sehingga bahan tadi menyerap ke dalam daging lobster.
6)Matikan api dan hidangkan ke dalam mangkuk. Selamat mencuba!
Pening fikir menu apa nak masak untuk makan tengah hari? Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Alya Mikayla di laman facebook ini. Resepi mudah dan sedap dinikmati bersama dengan nasi putih. Memang tak muak dan menaikkan selera makan anda.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1)Potong dadu isi ayam dan gaul bersama tepung bestari.
2)Sediakan kuali dan panaskan minyak.
3)Setelah minyak panas, goreng isi ayam yang telah digaul bersama tepung bestari.
4)Goreng sehingga isi ayam bertukar warna keemas an. Ketepikan.
5)Gunting cili kering dan belah cilia pi kepada 2 bahagian.
6)Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih, cili kering yang digunting, cili api yg dibelah 2 dan daun kari.
7)Goreng sehingga bahan-bahan layu dan masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit kicap manis.
8)Tambah air sedikit jika terlalu kering. Kacau rata.
9)Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata.
10)Hidangkan ke dalam mangkuk dan siap!
Resepi mudah dan sedap untuk pegaga crispy. Bagi mereka yang inginkan kudap-kudap sihat dan sedap, apa kata cuba resepi yang dikongsi oleh Hazlina Hj Aziz. Pegaga bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah dapat memberikan kesan kepada kecantikan. Jom tengok resepi di bawah.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1)Basuh pegaga sehingga bersih dan tos.
2)Gaul pegaga yang masih basah dengan tepung bestari sehingga rata.
3)Spray sedikit minyak untuk nampak kekuningan dan garing.
4)Sediakan air fryer dan setkan suhu 200’c dan bakar selama 13 minit.
5)Masukkan pegaga ke dalam bekas. Selamat mencuba.
Anda yang suka makan kentang tu, mesti akan suka dengan resepi kali ini. Kalau biasa beli kentang kecil-kecil je, buat sendiri boleh makan yang besar. Resepi yang dikongsi kali ini sama seperti wedges KFC. Memang berbaloi untuk dicuba. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Cikbie di laman facebook.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1)Basuh kentang sehingga bersih dan potong mengikut citarasa anda.
2)Rebus sekejap bersama kiub ayam dan garam.
3)Toskan kentang dan biarkan sehingga kentang sejuk dan kurang basah.
4)Gaul kentang dalam tepung bestari spicy sehingga rata.
5)Susun kentang dalam dulang supaya senang nak packing.
6)Packing kentang dalam plastik supaya senang untuk ambil bila perlu.
7)Sejuk bekukan semalaman. Esoknya dah boleh goreng. (Lagi lama dalam peti lagi sedap)
8)Sediakan kuali dan panaskan minyak.
9)Setelah minyak panas, goreng kentang sehingga garing.
10)Bancuhkan serbuk cheese cheezy wedges dan hidang ke dalam mangkuk.
11)Letakkan kentang yang telah siap digoreng ke dalam pinggan dan hidangkan bersama sos cheezy. Siap untuk dimakan!
Siapa kata nak makan ikan celup tepung kena pergi Terengganu je? Jom tengok resepi ikan celup tepung yang dikongsi oleh Pieka Rose di laman facebook. Ikan rangup dengan isi yang lembut dan manis. Memang menyelerakan.
Bahan-bahan:
Cara Peenyediaan:
1)Sediakan mangkuk dan masukkan garam, kunyit dan perap ikan selama setengah jam.
2)Pecahkan telur dan gaul sebati.
3)Celupkan ikan ke dalam telur dan tepung bestari.
4)Sediakan kuali dan panaskan minyak.
5)Goreng ikan dengan api perlahan. Toskan.
6)Susun ikan ke dalam pinggan dan hidangkan dengan sos thai. Siap!
Rasa cendawan yang rangup di luar dan lembut di dalam. Kali ni resepi dikongsi oleh Eyda Rania di laman facebook miliknya. Jom tengok resepi ringkas dan sedap ini. Boleh makan untuk kudap-kudap dan makan bersama dengan nasi.
Bahan-bahan:
Cara Penyediaan:
1)Basuh cendawan sehingga bersih dan toskan.
2)Sediakan mangkuk dan masukkan tepung jagung, tepung beras dan tepung bestari. Kacau rata.
3)Celup cendawan ke dalam tepung dan ketepikan.
4)Sediakan kuali dan panaskan minyak.
5)Pastikan minyak panas sebelum menggoreng cendawan. Goreng dengan menggunakan api perlahan.
6)Letakkan cendawan yang siap digoreng ke dalam pinggan dan hidangkan bersama sos. Selamat mencuba!
Selain dari resepi tepung Bestari, kami juga ada menulis mengenai pelbagai resepi masakan lain yang pastinya menarik untuk anda lihat. Selamat mencuba!