25 Jenis Nasi Goreng Yang Popular dan Digemari Ramai
Mencari idea untuk jenis nasi goreng yang ingin dipesan? Nasi goreng merupakan makanan yang sinonim dengan orang Asia, tambahan pula untuk orang kita.…

Mencari idea untuk jenis nasi goreng yang ingin dipesan?
Nasi goreng merupakan makanan yang sinonim dengan orang Asia, tambahan pula untuk orang kita.
Adakah anda penggemar nasi goreng? Jika ya, anda wajib tahu jenis nasi goreng. Jadi, berikut kami senaraikan 25 jenis nasi goreng untuk anda. Teruskan membaca!
#1 Nasi Goreng Biasa
Nasi goreng ini selalunya merupakan antara jenis nasi goreng yang paling murah harganya.

Imej via daily groceries
Ianya menyajikan nasi goreng tanpa isi ayam atau daging. Walaupun kelihatan biasa sahaja, ianya masih secukup rasa.
#2 Nasi Goreng Cina
Ini merupakan antara makanan Cina yang cukup digemari ramai orang - nasi goreng Cina.

Imej via Ajinomoto Malaysia
Nasi goreng ini mempunyai telur hancur dan kadangkala isi ayam dan udang juga turut disajikan. Pengunaan bawang putih yang cukup menyumbang kepada kelazatannya.
#3 Nasi Goreng Kampung
Anda pasti biasa memesan nasi goreng ini jika ke kedai makan, bukan?

Imej via Facebook
Nasi goreng kampung merupakan nasi goreng yang disajikan bersama ikan bilis yang digoreng rangup. Sayur kangkung merupakan sayur yang kerap ditambah dalam menu ini.
#4 Nasi Goreng Belacan
Sukakan belacan? Inilah antara nasi goreng yang wajib anda pesan - nasi goreng belacan.

Imej via Aneka Resepi Nasi
Nasi goreng belacan ini kelihatan sama seperti nasi goreng biasa, namun penambahan belacan sebagai bahannya memantapkan lagi hidangan tersebut.
#5 Nasi Goreng Cili Padi
Jika anda merupakan peminat makanan pedas, nasi goreng yang seharusnya anda nikmati ialah nasi goreng cili padi.

Imej via Daily Makan
Ianya menggunakan beberapa tangkai cili padi yang menguatkan rasa nasi goreng biasa. Lebih enak dinikmati bersama telur mata!
#6 Nasi Goreng Seafood
Makanan laut merupakan jenis makanan yang kena dengan citarasa ramai.

Imej via Foursquare
Buat pencinta makanan laut, nasi goreng seafood ini merupakan jenis nasi goreng yang wajib anda cuba. Ianya selalunya menyajikan nasi goreng biasa bersama udang dan sotong.
#7 Nasi Goreng Ikan Masin
Nasi goreng ikan masin merupakan antara nasi goreng yang paling popular di negara kita.

Imej via 10best
Ianya menyajikan nasi goreng biasa bersama ikan masin yang digoreng dan dihancurkan atau dipotong kecil. Semakin banyak ikan masin yang digunakan, semakin padu hidangan ini!
#8 Nasi Goreng Tomyam
Tomyam merupakan hidangan Thai yang sangat digemari orang kita. Jika dibuat nasi goreng, keenakkannya memang berganda.

Imej via FriedChillies
Nasi goreng tomyam merupakan nasi goreng biasa yang dicampurkan bersama pes tomyam dan isi ayam. Rasa masam dan masin yang secukup rasa merupakan antara punca ianya begitu lazat.
#9 Nasi Goreng USA
Namanya nasi goreng USA, namun ianya bukanlah nasi goreng ala Amerika.

Imej via Phoenixhillna
USA di sini bermaksud udang, sotong dan ayam yang merupakan bahan asas untuk nasi goreng ini. Kadangkala, telur mata dan daging masak merah juga turut menjadi lauk utamanya.
#10 Nasi Goreng Paprik
Nasi goreng paprik atau nasi goreng phat prik merupakan nasi goreng yang disajikan bersama masakan Thai iaitu phat prik.

Imej via Resepi Bonda
Paprik ayam dan paprik daging merupakan jenis paprik yang kerap dipesan. Dimakan pula bersama nasi goreng, pasti lebih menyelerakan!
#11 Nasi Goreng Ayam
Nasi goreng ayam ini bukan nasi goreng ayam yang isinya dipotong kecil, jadi jangan keliru.

Imej via Instagram
Ianya merupakan nasi goreng yang disajikan bersama ayam goreng yang digoreng dan dicincang. Ianya juga turut disajikan bersama sayur seperti kobis.
#12 Nasi Goreng Daging Merah
Daging masak merah atau aroi mak khrab merupakan hidangan Thai yang sangat disukai orang kita.

Imej via Facebook
Hidangan ini turut dinikmati bersama nasi goreng yang dikenali dengan nama nasi goreng daging merah. Gabungan sajian Thai dan tempatan ini sememangya kena dengan citarasa ramai.
#13 Nasi Goreng Cendawan
Nasi goreng cendawan merupakan nasi goreng biasa yang disajikan bersama cendawan tiram atau shitake dan kadangkala, isi ayam.

Imej via Raudhah
Walaupun kelihatan biasa sahaja, penggunaan cendawan sebagai bahan utamanya membuatkan hidangan ini lebih lazat.
#14 Nasi Goreng Pattaya
Nasi goreng pattaya adalah hidangan nasi goreng yang dibuat dengan menutup atau membungkus nasi goreng ayam dalam telur goreng nipis atau telur dadar.

Imej via murnidiscovery
Satu fakta menarik tentang nasi goreng ini - walaupun namanya nasi goreng pattaya, ianya dikatakan berasal dari Malaysia.
#15 Nasi Goreng Sardin
Sardin bukan sahaja enak dibuat roti, malah ianya juga sesuai dibuat nasi goreng.

Imej via Cookpad
Nasi goreng sardin ini mengenyangkan dan sesuai dijadikan menu sarapan atau menu sahur.
#16 Nasi Goreng Petai
Petai merupakan sejenis sayuran yang kerap digunakan dalam masakan orang kita. Ini termasuklah juga dalam nasi goreng.

Imej via Aku Sis Lin
Nasi goreng petai menyajikan petai bersama ikan bilis yang digoreng rangup. Kerangupan petai dan ikan bilis pasti akan buat anda ketagih!
#17 Nasi Goreng Nanas
Jenis nasi goreng ini iaitu nasi goreng nanas merupakan nasi goreng yang terkenal di Thailand.

Imej via Women Online Magazine
Ianya menyajikan nasi goreng bersama makanan laut seperti udang dan sotong atau telur hancur di dalam kulit nanas, sangat lazat dan kreatif!
#18 Nasi Goreng Ladna
Selalunya kita terdengar nama kuey teow ladna, namun pernahkah anda terdengar atau mencuba nasi goreng ladna?

Imej via Pinterest
Konsepnya sama sahaja sepeti kuey teow ladna, namun kali ini ianya diganti dengan nasi goreng. Sedap dan sangat mengeyangkan!
#19 Nasi Goreng Udang
Satu lagi jenis nasi goreng yang wajib dicuba oleh pencinta makanan laut ialah nasi goreng udang.

Imej via phoenixhillna
Ianya menyajikan nasi goreng biasa bersama udang. Lebih banyak dan segar udang yang disajikan, lebih mantap hidangannya!
#20 Nasi Goreng Ikan Rebus
Mempunyai lebihan isi ikan rebus? Apa kata anda gunakannya untuk membuat nasi goreng ikan rebus?

Imej via Facebook
Nasi goreng ikan rebus ini juga sesuai dijadikan menu sarapan. Ringkas, namun tetap lazat!
#21 Nasi Goreng Mentega
Sukakan nasi goreng yang rasanya berlemak? Cubalah nasi goreng mentega ini, pasti kena dengan citarasa anda.

Imej via Sayidah Napisah
Ianya menggunakan mentega berbanding minyak masak dan disebabkan itulah rasa nasi goreng ini lebih berlemak.
#22 Nasi Goreng Dabai
Nasi goreng dabai ini merupakan nasi goreng tradisi orang Sarawak.

Imej via Petite Foodie
Ianya menggunakan buah dabai yang merupakan buah eksotik di Sarawak sebagai bahan utamanya. Anda pasti teringin untuk mencubanya, bukan?
#23 Nasi Goreng Cili Kering
Nasi goreng cili kering ini merupakan jenis nasi goreng yang ringkas dan mudah untuk disediakan.

Imej via Pinterest
Menggunakan cili kering sebagai bahan utama, ianya juga sesuai dijadikan bekalan untuk ke sekolah atau tempat kerja.
#24 Nasi Goreng Tuhau
Tadi kita bercakap tentang nasi goreng Sarawak, kali ini kita cuba nasi goreng Sabah pula.

Imej via Facebook
Nasi goreng tuhau ini merupakan nasi goreng Sabah yang menggunakan jeruk tuhau sebagai bahan utamanya. Jika berkesempatan ke Sabah, anda wajib cuba hidangan yang sedap ini.
#25 Nasi Goreng Kerabu
Sukakan kerabu? Apa kata anda cuba atau pesan nasi goreng kerabu yang enak dan segar ini?

Imej via KaloriMakanan
Ianya menggunakan kerabu sebagai bahan utamanya yang kemudiannya digaulkan dengan nasi goreng. Bukan sahaja sedap, malah menyihatkan!
Kesimpulan
Bagaimana? Sudah jumpa jenis nasi goreng yang ingin anda cuba? Atau rambang mata kerana semuanya bikin anda kecur air liur?
Tidak mengapa, cuba sahaja satu-persatu, kerana setiap jenis yang disenaraikan ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Selamat mencuba!
Artikel Menarik Lain
Mencari artikel lain untuk dibaca? Klik sahaja pada pautan di bawah.
