Sebagai rakyat Malaysia, siapa yang tidak kenal dengan mercu tanda kebanggaan kita semua iaitu Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Melihatnya dari bawah sahaja sudah membuatkan mata kita terpegun, kaki tidak mampu untuk bergerak dari tempat berdiri, manakala tangan sibuk mengambil foto dan kenangan. Fuh, memang satu perasaan yang amat sukar digambarkan! Apatah lagi jika dapat kunjungi tempat makan view KLCC yang hebat itu, sudah tentu ia memberi memori yang cukup berharga bersama orang yang tersayang.
Buat yang mencari tempat makan view KLCC untuk makan malam bersama kekasih hati, atau keluarga, ini kami kongsikan 10 lokasi yang boleh anda datangi. Untuk tahu lebih lanjut, teruskan pembacaan sehingga ke penghujung.
Atmosphere 360 nama unik ini diambil dari keunikan restoran tersebut yang mampu untuk berputar sebanyak 360 darjah mengikut kelajuan bumi berputar. Mereka yang makan di situ pada waktu siang terasa cantik dan kagum dengan kemegahan menara KLCC yang menjadi panorama di tepi tingkap. Namun, makan di Atmosphere 360 pada waktu malam adalah pengalaman yang sangat menakjubkan dengan lampu-lampu neon warna warni menghiasi bangunan di ibu kota dan suasana nyaman seakan-akan terapung di udara, ianya mampu mengoncang keterujaan sesiapa sahaja.
Sebut sahaja set makanan apa yang anda mahukan. Lunch buffet? Hi-tea Buffet? Dinner buffet atau pencuci mulut pasti ada disajikan dengan aneka hidangan lazat dan menjilat jari.
Lokasi: TH02, Menara Kuala Lumpur, 2, Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (12 pm – 10.00 pm)
Siapa yang suka makan sambil mencabar diri “tergantung” di tempat tinggi? Dinner in the Sky Malaysia adalah pilihan yang tepat untuk anda cuba sendiri. Berada 50 meter dari tanah sambil menikmati masakan dari chef bertaraf 5 bintang memang memuaskan sekali!
Berkonsepkan flying dinner table, restoran terapung ini mampu untuk tergantung kerana menggunakan bantuan dari kren. Tetapi jangan risau kerana keselamatan amat diutamakan bagi semua pengunjung.
Lokasi: 231, Bukit Bintang St, Kuala Lumpur, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi: Selasa – Ahad (5 pm – 10/11.30 pm)
Tempat makan view KLCC seterusnya adalah Thirty 8 Restaurant. Lokasi restoran cukup strategi dengan berada di tingkat 38 menghadap bangunan pencakar langit Menara Berkembar Petronas, ianya sesuai untuk menjadi tempat meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak.
Lokasi: Grand Hyatt Kuala Lumpur, 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (7 am – 11 pm)
Sekiranya anda mencari tempat makan view KLCC yang menyajikan anda pengalaman luar biasa, Roofino Skydining adalah jawapannya! 9 daripada 10 orang yang pernah merasakan sendiri berada di sini, pasti akan datang lagi untuk kedua kalinya.
Masakan tidak, Roofino Skydining membolehkan pengunjung melihat pemandangan bandar yang sangat menakjubkan dari tingkat 34. Dinding kaca dari lantai ke silingnya membuatkan anda seolah-olah berada di dalam rumah kaca!
Bukan setakat itu sahaja, berkunjung di Roofino Skydining juga seperti anda menjelajah ke seluruh dunia kerana sajian yang di hidangkan bervariasi dari pelbagai negara.
Lokasi: 338, Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (4 pm – 12 am)
Diinspirasikan dari kehidupan penuh ber-style di ibu kota KL, Wet® Deck tampil dengan kombinasi harmoninya yang di luar jangkaan sebagai sebuah lokasi tempat makan terkenal dan port lepak anak muda.
Berada di tingkat 12, sudah tentu memberikan pemandangan dan panorama malam yang sungguh mengasyikkan bagi pengunjung yang datang untuk merehatkan mata dan menjamu selera.
Lokasi: Level 12, W, 121, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (10 am – 12 am)
Sebagai pemenang anugerah restoran atas bumbung yang paling tercantik dengan pemandangan Kuala Lumpur, Sabayon at EQ mempunyai kelainan yang tersendiri untuk membezakannya dari yang lain.
Sabayon terletak di tingkat paling tinggi iaitu tingkat 51 dengan panorama Menara Berkembar Petronas paling jelas dan dekat di Malaysia. Menjadikan hidangan kontemporari Eropah sebagai sajian utama, aneka hidangan di Sabayon menjadi santapan untuk semua peringkat umur.
Lokasi: Level 51, EQ, Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (5 pm – 10 pm)
Penggemar makanan Jepun, sila hadir! Dengan kepakaran chef yang arif dalam masakan Jepun yang autentik, tentunya Nobu Kuala Lumpur adalah destinasinya. Sambil makan sushi dan miso, anda juga tidak ketinggalan untuk menjeling ke dinding kaca untuk melihat keindahan KLCC dari dekat.
Lokasi: L4A-05, Level 4A Shoppes at Four Seasons Place Kuala Lumpur No, 145, Jln Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (12/2 pm , 6-10.30 pm)
Penggemar makanan Itali, sila hadir! Pasta dan pizza buatan sendiri dengan campuran hidangan tradisi masyarakat Itali boleh anda dapatkan di Strato at Troika Sky Dining. Strato memberikan anda kombinasi pengalaman yang cukup menguntungkan dengan sajian yang lazat, minuman yang segar, dan keeratan hubungan antara kawan dan keluarga.
Boun appetito!
Lokasi: Level 23A Tower B, The Troika, 19, Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (5 pm – 12 am)
Troika Sky Dining membawa inspirasi dari bangunan Norman Foster yang sangat ikonik iaitu “The Troika”. Dengan panorama KLCC serta seluruh Kuala Lumpur, tempat makan view KLCC ini tidak ketinggalan juah dengan yang lain.
Lokasi: Level 23A Tower B, The Troika, 19, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (5 pm – 12 am)
Terkenal dengan gelaran “Rumah Steak”, Marble 8 terus menyajikan hidangan yang tidak mudah dilupakan oleh pengunjungnya.
Lokasi: Level 56, Menara 3 Petronas, Persiaran KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari (12 – 3 pm, 6 pm – 12 am)
Teruju betul dengan senarai tempat makan view KLCC di atas tadi. Apa tunggu lagi, jomlah ajak keluarga, rakan-rakan atau orang tersayang cuba sendiri pengalaman berada di salah satu lokasi tersebut. Dijamin tidak rugi. Ia akan menjadi memori indah untuk diabadikan dalam hidup anda sepanjang masa.
Selain tempat makan dengan view menarik di KLCC ini, jangan ketinggalan untuk kunjungi tempat-tempat makan sedap lagi menarik seperti yang berikut: