Mencari tempat makan di Tawau yang sedap?

Tawau merupakan bandar ketiga terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu dan Sandakan. Disebabkan ianya merupakan antara bandar terbesar, bandar ini semestinya kaya dengan tarikan pelancongan.

Jika anda merancang untuk bercuti di Tawau, pasti anda ingin makan sedap-sedap, bukan? Berikut kami senaraikan 8 tempat makan di Tawau buat anda. Teruskan membaca!

#1 Mee Tauhu Tawau

Alamat: Jalan Kubota, 91000 Tawau, Sabah

Waktu operasi: 24 jam

Jika anda tanyakan kepada penduduk di Tawau tentang hidangan yang terkenal di sini, pasti mereka akan sebut tentang Mee Tauhu. Restoran Mee Tauhu Tawau yang terletak di Jalan Kubota ini ada menyajikan hidangan tersebut.

tempat makan tawau mee tauhu

Imej via Foursquare

Bagi yang tidak pernah terdengar nama menu tersebut, mi tauhu merupakan mi goreng yang dinikmati bersama tauhu dan sambal. Berbeza dengan mi goreng yang biasa kita nikmati.

Rasanya semestinya lazat. Jika tidak, restoran ini semestinya tidak akan dibanjiri oleh jumlah pelanggan yang ramai setiap hari. Semua itu kerana mereka ketagih dengan kelazatannya!

#2 Sri Titingan Seafood & Steamboat

Alamat: 91000 Tawau, Sabah

Waktu operasi: Setiap hari, 11 am – 10.30 pm manakala Jumaat 3 – 10.30 pm

Ada penggemar makanan laut di sini? Tak perlu susah-susah ke Semporna untuk mencari port makanan laut yang sedap, kerana di Tawau pun ada.

tempat makan tawau

Imej via Instagram

Antara menu makanan laut yang wajib anda cuba ialah udang masak butter, siakap stim limau, ketam kam heong dan sotong goreng tepung. Harganya yang murah juga merupakan antara tarikan istimewa makanan laut di sini.

Bukan makanan laut sahaja, malah restoran Sri Titingan Seafood & Steamboat ini juga ada menyajikan steamboat. Banyak pilihan lauk yang boleh anda ambil, memang bikin rambang mata.

#3 House of Nasi Kuning Tawau Restoran Haji Tamrin

Alamat: 4188, Jalan Sim Hua Seng, 91000 Tawau, Sabah

Waktu operasi: Setiap hari, 6 am – 5 pm manakala Ahad 6 am – 2 pm

Nasi kuning juga merupakan antara menu yang wajib anda cuba jika singgah di Tawau, di samping mi tauhu. Bagi yang tertanya-tanya tentang rupa dan rasanya, anda wajib singgah di restoran House of Nasi Kuning Tawau Restoran Haji Tamrin ini.

tempat makan tawau

Imej via Instagram

Nasi kuning ini merupakan nasi yang dimasak dengan santan & kunyit. Gabungan kedua-dua bahan itu menjadikan warnanya kuning di samping rasanya yang berlemak.

Di restoran ini, nasi kuning ini biasanya dipesan bersama lauk seperti ikan tulai, daging masak merah, rendang ayam dan ikan tuna. Sangat sesuai dinikmati semasa sarapan mahupun makan tengah hari!

#4 Restoran Sri Keningau

Alamat: TB 4584 & 4585, Lorong Leitz 2,, Jalan Haji Karim, 91000 Tawau, Sabah

Waktu operasi: Setiap ari, 7 am – 7 pm

Mencari lokasi sarapan yang bukan sahaja enak, malah menawarkan berbagai pilihan? Singgah sahaja di Restoran Sri Keningau ini, anda pasti akan berpuas hati.

nasi dagang

Imej via Foursquare

Menu sarapan yang boleh didapati memang beraneka. Antaranya ialah roti canai, roti telur, nasi dagang, nasi lemak, mi goreng, lempeng dan roti bom. Sangat berbagai!

Menu untuk makan tengah hari juga turut disediakan. Nasi campur merupakan hidangan utamanya. Untuk lauk-pauk, lauk bergoreng, dibuat gulai atau masak lemak juga boleh didapati. Jika anda pencinta masakan kampung, anda pasti menggemarinya.

#5 Indo Cafe Tawau

Alamat: 542, Jln Bantu, Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Waktu operasi: Setiap hari, 10 am – 9 pm

Tekak anda mula mengidamkan makanan Indonesia? Tidak perlu terbang ke Indonesia pun, kerana restoran makanan Indonesia juga boleh didapati di Tawau – Indo Cafe Tawau!

tempat makan tawau

Imej via Foursquare

Restoran ini menyajikan makanan Indonesia yang bukan sahaja enak dan halal untuk dimakan, malah asli resepinya. Di samping makanan berat, pencuci mulut juga merupakan antara menu yang disediakan.

Pencuci mulut yang paling terkenal di sini ialah pisang goreng keju dan Mango Sago. Untuk makanan berat, anda boleh cuba Nasi Lalap yang sangat enak dimakan bersama Ayam Penyet.

#6 Wangi Chicken Rice

Alamat:  Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Waktu operasi: Setiap hari, 6.30 am- 9 pm

Nasi ayam merupakan menu yang sangat terkenal di negara kita. Jika sudah kekeringan idea tentang menu sarapan atau makan tengah hari yang ingin dinikmati, nasi ayam pasti menjadi pilihan anda, bukan?

wangi

Imej via Instagram

Untuk menikmati nasi ayam Hainan yang sedap, halal dan asli, singgah sahaja dan nikmatinya sendiri di restoran Wangi Chicken Rice. Seperti namanya, nasi ayam di sini bukan sahaja sedap, malah wangi aromanya.

Bagi makan malam pula, ada menu-menu lain yang disajikan di sini. Udang nestum, tauhu jepun dan udang masak butter merupakan antara hidangan yang boleh anda nikmati dengan penuh selera.

#7 Restoran Balikpapan

Alamat: Jalan Budi, Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Waktu operasi: Setiap hari, 9 am – 10 pm

Pernah terdengar tentang ikan bahulu atau ikan boulu tanpa tulang? Ianya merupakan menu yang sangat terkenal di Kota Kinabalu. Selain itu, anda juga boleh menikmati hidangan tersebut di Tawau.

tempat maan tawau

Imej via Foursquare

Rata-rata pelanggan yang pernah mencuba ikan boulu di Restoran Balikpapan ini mengakui yang ianya seenak ikan boulu di Kota Kinabalu. Isinya lembut dan segar, enak dicicah bersama sambal manado!

#8 Depot Makan 3 Sekawan

Alamat: 38, Jalan Haji Karim, Bandar Tawau, 91000 Tawau, Sabah

Waktu operasi: 24 jam

Restoran ini terletak di Hotel LA, jadi jika anda menetap di situ atau berada sekitarnya, singgah sahaja di restoran Depot Makan 3 Sekawan ini.

nasi lalap

Imej via Foursquare

Menu yang wajib dicuba jika anda singgah makan di sini ialah Ayam Penyet yang sangat sedap dinikmati bersama Nasi Lalap. Selain itu, menu lain seperti soto dan nasi lemak juga turut disediakan.

Kesimpulan

Bagaimana? Sudah jumpa tempat makan di Tawau yang anda ingin singgah? Perlu diingatkan supaya anda singgah di tempat makan ini pada waktu yang sesuai, takut terlepas peluang pula.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.