Anda pasti pernah terdengar tentang Tampin, salah sebuah kota di Negeri Sembilan. Ianya juga merupakan sebuah bandar yang terletak di antara sempadan Negeri Sembilan dan Negeri Melaka.
Jadi orang Negeri Sembilan dan Melaka pasti sudah terbiasa berkunjung ke sini, bukan? Jika anda masih tercari-cari tempat makan mana yang patut anda serbu di Tampin, kami ada senarainya. Jadi, teruskan membaca ya!
Nama restoran ini pasti kedengaran unik buat anda. Merupakan antara restoran yang agak popular sekitar Tampin, restoran Garuda Tomyam ini cukup digemari ramai pelanggan. Walaupun pada hari minggu, ada sahaja pelanggan yang memenuhi ruang restoran!
Terkenal dengan aneka tomyam dan masakan panas, antara menu yang cukup digilai di restoran Garuda Tomyam ini ialah Nasi Goreng Garuda. Wah, namanya sama unik dengan restorannya! Agak-agaknya menu ini dihidangkan bagaimana ya?
Menghidangkan udang goreng tepung, sayur cendawan, nasi goreng dan dilengkapi dengan sos yang pedas dan manis, kami yakin anda pasti akan menyukai hidang yang enak lagi mengenyangkan ini!
Alamat: 73000 Tampin, Negeri Sembilan
Teringin untuk mengubah citarasa makanan anda ke arah makanan Barat? Kami cadangkan anda cuba makanan Barat di restoran eLL Bistro ini. Restoran ini menyajikan makanan Barat yang terkenal dan enak. Yang pasti, memang kena dengan tekak!
Antara menu yang anda boleh cuba di restoran eLL Bistro ialah Cheezy Meatball Ell Bistro, Burger Bakar Ell Bistro, Chicken Chop Ell Bistro dan menu yang paling laku di sini iaitu Ell Dulang Ell Bistro.
Ell Dulang Ell Bistro merupakan hidangan yang menggabungkan Chicken Chop, Cheezy Meatball, kentang goreng, kentang putar dan ‘coleslaw’ dalam satu dulang. Saiznya besar, dijamin mengenyangkan dan sedap!
Alamat: 271, Jln Tampin-Gemas, Kampung Baru, 73000 Tampin, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Dibuka setiap hari bermula dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam
tradisional yang paling terkenal di negara kita, anda pasti sudah terfikirkan tentang nasi lemak, bukan? Jika anda teringin untuk mencuba nasi lemak yang enak, mengenyangkan dan murah, kami cadangkan anda serbu Man Corner!
Man Corner menghidangkan pelbagai jenis menu untuk masakan panas, semuanya ada! Antara menu yang cukup terkenal di restoran Man Corner ini ialah nasi lemak rendang ayam!
Rata-rata pelanggan yang mencuba nasi lemak rendang ayam di Man Corner mengatakan yang rasanya cukup ‘padu’. Kepedasannya yang tidak melampau dan baunya yang memikat menjadi punca utama menu ini begitu laku, anda wajib cuba!
Alamat: Gerai 1, Taman Rekreasi 73000, 73000, 73000 Tampin, Negeri Sembilan
Pernah terdengar tentang Chicken Grill yang dihidangkan bersama keju? Kedengaran unik, jadi bagi sesiapa yang tertanya bagaimana rasanya, anda boleh cuba menu ini sendiri di restoran Ababil Food yang terkenal dengan hidangan Barat ini!
Menu tersebut yang lebih dikenali dengan Combo Set 2 ini menyajikan Chicken Grill, Spaghetti Bolognese, Meatball dan sosej untuk hidangannya. Di atas Chicken Grill diletakkan sekeping keju yang melengkapkan rasanya, memang enak!
Selain itu, anda juga boleh mencuba menu-menu lain seperti Fish and Chip, Chicken Cheese Burger dan Set Meatball, kesemuanya enak-enak belaka. Pasti kena dengan citarasa anda terutamanya jika anda pencinta makanan Barat!
Alamat: 5885, Jalan Suria 4/2, Taman Gunung Mas, Jalan Suria 4/2, Taman Gunung Mas, 73000 Tampin, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Dibuka setiap hari, bermula dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam
Nama restoran nasi ayam ini cukup popular. Mana tidaknya, ianya mempunyai cawangan di beberapa negeri di negara kita, iaitu di Johor dan Melaka. Agak-agak apa yang membuatkan nasi ayam di sini begitu digemari ya?
Mungkin menu nasi ayam kedengaran biasa sahaja buat anda, tetapi jika anda mencubanya sendiri di Nasi Ayam Gemas Mustaffah, anda pasti akan merasakan yang ianya merupakan menu yang luar biasa sedapnya!
Nasi yang dihidangkan panas-panas cukup lembut, ayamnya pula digoreng dengan begitu baik sekali. Sup, kicap dan cili yang menjadi pelengkap hidangan juga memang sedap rasanya. Patutlah begitu ramai menyukainya, anda patut cuba!
Alamat: 73000 Tampin, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam
Selalunya menu sarapan yang kerap dipesan oleh orang kita ialah semestinya roti canai, bukan? Dihidangkan bersama kuah kari atau kuah dhal, tidak dinafikan menu ini mendapat tempat yang istimewa di hati ramai orang!
Ada penggemar roti canai di sini? Anda wajib cuba roti canai di Restoran Melati! Dikatakan antara roti canai yang terbaik di Tampin, roti canai di sini bukan sahaja enak, malah murah harganya!
Alamat: 2006, Jalan Besar, 73000 Tampin, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Dibuka setiap hari, bermula dari jam 7 pagi hingga 4:30 petang. Manakala untuk hari Jumaat pula dibuka dari jam 7 pagi hingga 12:30 tengahari
Satu lagi restoran di Tampin yang menghidangkan menu nasi ayam. Namun, bezanya ialah ayam untuk menu ini dipanggang dan bukannya digoreng! Bagi sesiapa yang tertanya-tanya bagaimanakah rasanya, kami berani jamin rasanya sama sahaja sedapnya!
Ayamnya dipanggang dengan begitu baik sekali, tidak terlalu hangit dan tidak pula lembik. Apabila dikenakan bersama nasi yang dibanjiri dengan sup yang panas dan dicicah bersama sambal dan kicap, memang ‘kaw’ rasanya!
Alamat: Jalan Indah, Kampung Baru, 73000 Tampin, Negeri Sembilan
Waktu operasi: Dibuka setiap hari kecuali Ahad, bermula dari jam 9:30 pagi hingga 6 petang
Banyak juga tempat makanan menarik yang ada di sekitar Tampin ini! Ada yang sudah mula rambang mata mahu serbu yang mana satu dulu ke?
Bagi yang sudah mula berkeroncong perut memikirkan aneka menu yang ada di pelbagai tempat makan yang kami senaraikan ini, lekas-lekaslah serbu mereka ya. Selamat menjamu selera!