Sungai Buloh merupakan kawasan yang sibuk dan banyak tempat menarik untuk dilawati. Jadi, banyak kedai makan boleh ditemui di sini, sesuai dengan jumlah penduduk dan pelancong yang datang ke sini.

Anda bercadang untuk berkunjung ke Sungai Buloh? Masih tercari—cari tempat makan mana yang menarik yang patut anda lawati? Berikut adalah 11 kedai makan terpilih untuk anda kunjungi dan cuba masakan mereka, teruskan membaca ya!

#1 Warung Kita

Nasi Mmanggey @ Warung Kita
Imej via Foursquare

Nasi Mmanggey iaitu nasi kukus dengan lauk adalah satu daripada tiga jenis makanan yang dihidangkan di Warung Kita. Selain sedap, populariti Nasi Mmanggey tinggi mungkin kerana namanya yang unik dan jarang ditemui di mana-mana.

Selain Nasi Mmanggey, Warung Kita turut menghidangkan Nasi Belauk dan Nasi Lemak Ikan Tongkol. Semua makanan ini boleh digandingkan dengan pilihan minuman berasaskan kelapa seperti coconut shake dan ABC.

Untuk maklumat, ia merupakan warung layan diri di mana anda perlu ke kaunter untuk memesan makanan dan minuman. Harga makanannya pula murah iaitu RM4.50 sahaja sepinggan manakala RM3 sehingga RM3.50 untuk minuman.

Alamat: 95, Jalan Kusta, Kampung Melayu Batu 13, 47000 Sg. Buloh

Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 7 pagi hingga 7 malam

#2 Sate Sri Subang

Sate Sri Subang
Imej via Foursquare

Sate Sri Subang menyediakan hidangan sate dengan isi yang banyak, rasa yang sedap bersama-sama nasi impit yang lembut. Bagi sebahagian pelanggan, ini adalah sate terbaik di Selangor. Kerana rasanya yang sedap inilah ramai pelanggan yang datang berkali-kali.

Mi Bandung @ Sate Sri Subang
Imej via Foursquare

Pilihan lain pelanggan yang datang ke sini ialah mee bandung. Kedua-duanya adalah pilihan utama pelanggan walaupun Sate Sri Subang sebenarnya mempunyai hidangan yang lain juga dalam menu mereka.

Alamat: Jalan Kuang, Kampung Cempedak, 47000 Sg. Buloh

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, bermula dari jam 5:30 petang hingga 11 malam

#3 Plonxbox

Ini gerai makan paling cun untuk makan tengah hari. Papan tandanya berwarna hitam dengan tulisan Plonxbox berwarna putih yang mudah dilihat oleh pelanggan. Makanan mereka dhidangkan di i dalam kotak cantik dengan kata-kata menarik di dalamnya.

menu @ plonxbox
Imej via Foursquare

Ada empat set Nasi Wow Kaw Kaw Bakar yang menjadi pilihan ramai iaitu set ayam bakar, daging bakar, kambing bakar, dan ikan bakar. Mereka juga ada pelbagai jenis air minuman yang sedap sebagai gandingan kepada set Nasi Wow Kaw Kaw.

Alamat: Lot 447, Jalan Perusahaan 2, Bandar Baru Sg. Buloh, 47000 Sg. Buloh

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, bermula dari jam 10:30 pagi hingga 3:30 petang

#4 Food Jam

Suasana restoran cukup selesa untuk makan bersama keluarga dan rakan-rakan. Kalau anda suka spageti, salmon dan makanan barat yang lain, jemput nikmatinya di sini. Keistimewaan mereka adalah empat set Food Jam yang terdiri daripada Normal, Special, King, dan Queen.

Menu @ Food Jam
Imej via Foursquare

Dengan harga bermula RM35 sehingga RM70 untuk set ini, anda menerima sepinggan besar campuran spageti dan bahan-bahan lain seperti bebola daging, sup dan daging mengikut jenis set.

Rata-rata pelanggan bersetuju yang Food Jam menyediakan makanan sedap dalam kuantiti yang bagus pada harga mampu. Mereka juga merasakan ini restoran makanan barat terbaik di Subang dengan layanan mesra terbaik kepada pelanggan.

Alamat: 35, Jalan BRP ¼, Bukit Rahman Putra, 47000 Sg. Buloh

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Ahad, bermula dari jam 12 tengahari hingga 3 petang, dibuka semula pada jam 6:30 petang hingga 11:30 malam

#5 Nasi Kukus Tonggek

Tahu tak Nasi Kukus Tonggek yang femes dengan Sotong King dan lauk-lauk yang pedas ini?

Nasi Kukus Tonggek ni famous juga . amai artis dah review Nasi Kukus Tonggek ni macam Khairul Aming,Shaheizy Sam,Ruhainies. Sekarang ini dah ada 30 cawangan. Kalau nak pekena nasi kukus yang pedas-pedas padu dengan sotong semua boleh try kat sini. Sebab kedai ini bukan ada satu lauk sahaja. Ada banyak lauk boleh pilih.

Alamat: Pop A Wheelie – No 1 Nalan LGSB 1/3 off jalan hospital Pusat Komersial LGSB sungai buloh, 47000 Sungai Buloh

Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam setiap hari

#5 Lot 91 Café

Kafe ini menarik kerana bertemakan kabin kontena merah dan biru. Di dalamnya pula bersih dan selesa lalu menjadikan ia pilihan keluarga menjamu selera. Menu Lot 91 Cafe adalah pelbagai – dari tempatan sampai ke Barat.

Menu @ Lot 91 Cafe
Imej via Foursquare

Jadi di sini ada nasi lemak, mee rebus, soto, lontong, roti canai, spageti, chicken chop dan lamb grill. Makanan barat berharga serendah RM10. Pelanggan-pelanggan yang datang ke sini selalu memuji masakan mereka terutama masakan Melayu aslinya.

Alamat: Lot 91, Kampung Melayu, Batu 13, 47000 Sg. Buloh

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, bermula dari 7 pagi hingga 11 pagi dan dibuka semula pada jam 6:30 petang hingga 10 malam. Manakala hari Ahad pula dibuka dari jam 7 pagi hingga 11 pagi

#6 Isman Steak

Menu @ Isman Steak
Imej via Foursquare

Ini satu lagi kedai makanan Barat yang ada ramai peminat. Steak dan pasta menjadi menu utama mereka. Tapi bila anda tengok menu mereka, mereka menyediakan banyak jenis masakan berasaskan ayam, daging, kambing, ikan, dan sup.

Turut berada dalam menu juga adalah beraneka burger. Sebahagian makanan turut disuaikan dengan citarasa tempatan seperti menambah nasi dalam hidangan. Ruang makannya ringkas dan bersih, makanannya sedap, dan harganya juga berpatutan, anda wajib serbu!

Alamat: No. 4G, Jalan Bidara 6/3, Saujana Utama 3, Sg. Buloh

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, bermula dari jam 4 pagi hingga 11 malam

#7 D’ Marmalade Café

D’Marmalade Cafe sebenarnya ada dua lagi cawangan yang mana kedua-duanya berada di Perak. Makanan tempatan dan barat adalah apa yang ada di dalam menu mereka. Bagi ramai pelanggan, kafe ini amat sesuai untuk melepak.

Laksa Goreng @ D' Marmelade Cafe
Imej via Foursquare

Susah hendak memilih makanan yang mana paling menyerlah kerana secara keseluruhannya, pelanggan memuji apa jua hidangan yang mereka pesan. Antara makanan yang digemari ramai ialah laksa goreng, dijamin terbaik rasanya!

Alamat: No.6G, Jalan Bidara 8, SU Mall, Saujana Utama, Sg. Buloh

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam

#8 Laksa Hut

Laksa Utara @ Laksa Hut
Imej via Foursquare

Namanya jelas menunjukkan yang ini mungkin khas untuk peminat laksa. Restoran ini juga menjual makanan lain seperti nasi lemak, mee kari dan char kuetiau ketam. Bagi peminat laksa, mereka pasti tahu yang Laksa Hut memang memberikan rasa laksa utara asli kepada mereka.

Kalau mahukan sesuatu yang baru, cuba minta laksa telur sarang. Pilih sama ada laksa atau makanan lain dalam menu mereka, semuanya sedap-sedap. Restoran yang bersih, kemas dan selesa ini turut menyediakan kemudahan surau bagi pelanggan beragama Islam.

Alamat: 39, Jalan Dataran Villa Putra 1, Dataran Villa Putra, Sg. Buloh

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari bermula dari jam 12:30 tengahari hingga 11 malam, manakala untuk hari Sabtu bermula dari jam 4 petang hingga 11 malam. Untuk Ahad pula dibuka dari jam 2 petang hingga 11 malam

#9 Rasa Malaya Café

Rasa Malaya Cafe menampilkan gaya retro dalam hiasan dalaman kafe mereka. Ini dirasakan sesuai dengan nama mereka. Tapi makanan yang mereka hidangkan adalah tempatan dan barat. Jadi, anda ada pelbagai pilihan di sini dan bukan masakan tempatan sahaja.

Kambing Bujang Lapok @ Rasa Malaya Cafe
Imej via Foursquare

Apa yang menarik ialah hampir semua nama hidangan di sini diambil daripada cerita Tan Sri P. Ramlee. Jadi anda ada hidangan seperti Steak Labu-labi, Ayam Madu Tiga, dan Kambing Bujang Lapok. Menarik, bukan?

Alamat: 29, Jalan BRP 1/5, Bukit Rahman Putra, 47000 Sg. Buloh

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, bermula dari jam 12 tengahari hingga 10 malam

#10 Gerai Pakcik Malik D’Pokok

Laksa @ Gerai Pakcik Malik D'Pokok
Imej via Foursquare
Tauhu Sumbat @ Gerai Pakcik Malik D'Pokok
Imej via Foursquare

Gerai ini terletak betul-betul di sebelah jejantas dan di bawah pokok yang rendang. Ia juga berdekatan dengan kilang Yamaha, Pasaraya SC, dan Hospital Sungai Buloh. Laksa, mee rebus, mee goreng, roti jala dan tauhu sumbat adalah sebahagian daripada menu mereka.

Tapi, pelanggan yang datang ke sini biasanya adalah kerana mereka hendak makan laksa. Rata-rata bersetuju yang masakan di gerai ini sedap. Apa lagi jika anda gandingkan hidangan anda dengan air kelapa.

Tambah menarik lagi, mereka juga ada menjual cekodok dan cucur udang. Jadi, ramai pelanggan suka makan di sini kerana masakan yang dirasakan amat dekat dengan masakan di rumah.

Alamat: Kampung Melayu, Bt 13, 68100 Sg. Buloh

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad bermula dari jam 11 pagi hingga 6 petang

#11 Kedai Makan Brother Z

Kedai Makan Brother Z terkenal bukan sahaja kerana masakannya yang sedap tapi juga kerana harganya yang murah. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kedai makan dengan harga yang rendah tanpa mengurangkan kualiti masakan adalah pilihan ramai.

Kedai Makan Brother Z yang merupakan gerai tepi jalan menghidangkan banyak masakan Melayu atau tempatan seperti nasi ayam bakar, nasi lemak, tom yam puyuh, dan aneka nasi goreng.

Nasi Lemak @ Brother Z
Imej via Foursquare

Kata orang, kepakaran mereka adalah nasi lemak. Ini kerana mereka mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam menjual nasi lemak. Pelanggan juga memuji ayam goreng dan menyamakannya dengan ayam goreng restoran antarabangsa.

Alamat: Jalan Kuang, Kampung Cempedak, 47000 Sungai Buloh, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari bermula dari jam 11 pagi hingga 1 pagi

Beraneka betul tempat makan yang menarik sekitar Sungai Buloh ini, bukan? Kami yakin pasti ada di antara pembaca yang sudah mula memasang niat untuk menerjah tempat-tempat makan yang kami senaraikan ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera ya!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.