Langkau ke kandungan
Saji.my
Menu

10 Tempat Makan BEST di Skudai (WAJIB TERJAH!)

Skudai merupakan bandar universiti yang terletak di daerah Johor Bahru di Johor. Jika anda pernah terdengar tentang Universiti Teknologi Malaysia atau…

JohorDikemas kini 27 Jun 2019oleh Nurul Hani
Nasi ayam penyet dengan tempe dan tauhu goreng di Restoran Ateh Corner Skudai.

Skudai merupakan bandar universiti yang terletak di daerah Johor Bahru di Johor. Jika anda pernah terdengar tentang Universiti Teknologi Malaysia atau UTM, Skudai ialah kampus induk kepada universiti ini. Kepada pembaca yang bercadang untuk ke Skudai, adakah anda masih tercari-cari tempat makan menarik sekitar situ? Khususnya kepada pelajar UTM, pasti anda mencari tempat makan yang bukan sahaja enak, malah berpatutan harganya bukan? Berikut kami senaraikan 10 tempat makan yang anda wajib terjah sekitar Skudai. Semestinya sedap dan berpatutan harganya. Senarai ini tidak mengikut ‘ranking’,  jadi teruskan membaca ya!

#1 Restoran Ateh Corner Baru

Alamat: 105, Jalan Pendidikan 5, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 7 pagi - 2 pagi

nasi ayam penyet @ ateh corner

Imej via Foursquare

Sukakan ayam penyet? Restoran Ateh Corner Baru ini cukup terkenal dengan hidangan tersebut! Dihidangkan bersama tempe dan tauhu goreng, keistimewaan utama menu ini terletak pada sambalnya yang pedas namun masih sedap!

Chicken chop di Ateh Corner Baru

Imej via Foursquare

Bukan sahaja terkenal dengan hidangan Indonesia, hidangan Barat juga turut mendapat tempias yang sama. Hidangan Barat yang laku keras di sini ialah Chicken Chop dan Lamb Chop, bersaiz besar dan mengenyangkan. Selain itu, ada banyak lagi makanan yang berasaskan makanan laut disediakan di sini. Ada Udang Butter, Sotong Goreng Tepung, Ikan Pari Rebus dan Sambal Kerang, memang bikin kecur air liur!

#2 Restoran Asam Pedas & BBQ

Alamat: Jalan Pendidikan 4, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor Waktu Operasi: Setiap hari, 10.30 pagi - 11.30 malam

Asam pedas di Restoran Asam Pedas BBQ

Imej via Foursquare

Jika anda peminat tegar asam pedas, anda wajib serbu Restoran Asam Pedas & BBQ ini! Tidak perlau jauh-jauh sampai ke Melaka, di Skudai pun ada! Ada banyak jenis ikan yang dimasak asam pedas di sini, jadi pilih sahaja ikan yang anda gemari. Antara yang disediakan ialah ikan jenahak, ikan pari dan ikan merah.

Menu lain di Restoran Asam Pedas BBQ

Imej via Foursquare

Selain asam pedas, hidangan lain juga turut disediakan. Menu-menu yang kerap dipesan ialah ikan bakar, sotong goreng tepung dan sayur kailan ikan masin. Cukup sempurna untuk makan malam!

#3 Green Jade Vintage Cafe

Alamat: Jalan Kebudayaan 8, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 12 tengah hari - 7 malam Nama kafe ini mungkin kedengaran seperti ianya menghidangkan makanan Barat. Namun, sebenarnya Green Jade Vintage Cafe ini cukup dikenali dengan makanan Indonesia dan makanan tempatan!

Mi kari ayam penyet di Green Jade Vintage Cafe

Imej via Foursquare

Antara menu istimewa yang boleh anda cuba di sini ialah nasi ayam penyet dan mi kari. Kedua-dua menu ini merupakan antara menu yang terlaris di sini, kami berani jamin anda pasti akan menyukainya!

Cendol ABC di Green Jade Vintage Cafe

Imej via Foursquare

Selain itu, untuk minuman pula cendol dan ABC merupakan antara yang menjadi kegemaran ramai. Melihatnya dalam gambar sahaja sudah terliur, inikan merasainya sendiri.

#4 Restoran Bibik

Alamat: Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor Waktu Operasi: Setiap hari, 10.30 pagi - 11.30 malam Dari namanya sahaja anda boleh teka makanan apa yang terbaik di sini - semestinya makanan Indonesia!

Ayam penyet di Restoran Bibik

Imej via Foursquare

Makanan yang popular di sini ialah Ayam Penyet. Rata-rata pelanggan mencadangkan agar anda pesan sambal lebih untuk rasa yang lebih ‘kaw’! Harganya juga murah, hanya RM 5 sepinggan.

Pecel lele di Restoran Bibik

Imej via Foursquare

Bukan itu sahaja, Pecel Lele juga merupakan hidangan Indonesia yang cukup digilai di sini. Keistimewaan utama ini semestinya terletak pada sambalnya yang pedas.

#5 Restoran Che Mek

Alamat: 82, Jalan Kebudayaan 18, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor Waktu Operasi: Setiap hari, 5 petang - 1.40 pagi manakala Ahad 5 petang - 12 tengah malam Restoran ini sangat terkenal dengan servisnya yang cepat dan terbaik. Walaupun pelanggan ramai, pihak restoran cukup cekap dalam memastikan pesanan setiap pelanggan tidak mengambil masa yang terlalu lama. Bukan sahaja servis sahaja yang terbaik, makanan di sini juga turut dipuji. Hidangan yang kami cadangkan untuk anda cuba ialah tomyam, rasanya seakan-akan tomyam asli Thai.

Puyuh goreng kunyit di Restoran Che Mek

Imej via Foursquare

Hidangan lain di Restoran Che Mek

Imej via Foursquare

Hidangan lain seperti puyuh goreng, ikan bakar dan sotong goreng tepung juga tidak kurang hebatnya. Sate juga turut disediakan di sini, cukup beraneka!

#6 Kafe Warisan Noor

Alamat: 6, Jalan Kebudayaan 7, (Taman Universiti), 81300 Skudai, Johor Waktu Operasi: 24 jam Restoran ini sentiasa penuh dengan remaja yang selalunya di kalangan pelajar. Biasalah, jika dibuka 24 jam memang ramai akan memenuhi ruang restoran untuk sesi lepak, bukan?

Menu di Kafe Warisan Noor

Imej via Foursquare

Roti telur di Kafe Warisan Noor

Imej via Foursquare

Antara hidangan yang disediakan di Kafe Warisan Noor ialah mi kari, bakso, nasi lemak, ayam penyet dan nasi ayam. Selain itu, lontong juga boleh didapati di sini, enak rasanya!

#7 Restoran Anjung Desa

Alamat: Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 7 pagi - 4 petang

Hidangan tengah hari di Restoran Anjung Desa

Imej via Foursquare

Runsing kerana tidak tahu mahu makan tengah hari di mana? Singgah sahaja di Restoran Anjung Desa. Restoran ini ada menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk yang semestinya akan bikin anda rambang mata!

Mi goreng di Restoran Anjung Desa

Imej via Foursquare

Selain makan tengah hari, anda juga boleh bersarapan di sini. Restoran ini dibuka seawal jam 7 pagi, jadi sesuailah buat anda terutamanya yang di kalangan pelajar untuk bersarapan pada awal pagi.

#8 Al Hayfa Arabic Restaurant

Alamat: 63-01 & 64, 01, Jalan Pendidikan 4, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor Waktu Operasi:Setiap hari kecuali Isnin, 12 tengah hari - 11 malam Mengidam makanan Arab? Lekas terjah Al Hayfa Arabic Restaurant yang  menghidangkan aneka jenis makanan Arab ini!

Shislik lambchop kebab dengan nasi mandy di Al Hayfa

Imej via Facebook

Antara hidangan istimewa yang anda boleh cuba ialah Mandy Rice. Saiz hidangannya cukup besar, jika makan seorang pasti dijamin kenyang tak terhingga!

#9 Chamek Kopitiam

Alamat: Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor Waktu Operasi: Setiap hari, 11 pagi hingga 11 malam manakala Jumaat 11 pagi - 10.30 malam Restoran yang santai ini cukup sesuai jika anda ingin meluangkan masa bersama rakan-rakan atau keluarga. WiFi juga disediakan, bolehlah anda menyiapkan kerja sambil makan.

Menu di Chamek Kopitiam

Imej via Foursquare

Chamek Kopitiam menyajikan pelbagai jenis makanan, dari nasi goreng, roti bakar ke makanan Barat, semuanya disediakan. Kopi mereka juga turut disukai ramai, anda wajib cuba!

#10 Usop Sonto Corner

Alamat: 3671, Lorong Cempedak, Kampung Sinaran Baru, 81300 Skudai, Johor Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 8 pagi - 8 malam Cendawan goreng memang snek yang terbaik untuk dinikmati semasa makan petang, bukan? Jika anda teringin merasainya, singgah sahaja di warung Usop Sonto Corner!

Cendawan goreng di Usop Sonto Corner

Imej via Foursquare

Cendawan goreng merupakan hidangan paling banyak dipesan di sini. Saiz cendawannya memang besar, ianya juga rangup. Dicicah bersama sos, setiap kudapan pasti menyelerakan!

Sup cendawan di Usop Sonto Corner

Imej via Foursquare

Selain itu, sup cendawan juga turut disediakan di sini. Ramai pelanggan memuji hidangan yang bukan sahaja sedap, malah menyelerakan dan mengenyangkan ini.

Kesimpulan

Banyak juga tempat makan menarik sekitar Skudai ini. Kebanyakannya juga berdekatan dengan UTM, jadi mudahlah buat pembaca yang di kalangan pelajar untuk ke tempat-tempat yang kami senaraikan ini. Jangan tunggu lama-lama, lekas terjah ya! Anda juga digalakkan untuk datang awal kerana sesetengah restoran memang akan penuh dengan pelanggan. Selamat menjamu selera!