Mencari tempat makan best di Perlis?
Jangan pandang Perlis sebelah mata, kerana ada banyak tempat makan menarik di Perlis boleh anda serbu dan cuba ketika berada di sini. Nah kami kongsikan senarai tempat makan Perlis yang berada dalam cadangan kami.
Tidak kisahlah sama ada anda peminat masakan Melayu ataupun Western. Pasti berbaloi dengan pilihan yang disenaraikan ini. Bagi kami, jika ke sini, tentulah menu masakan Melayu yang wajib anda cuba.
Alamat: No.Pt 5969, Kampung Batu Tandiap, Seberang Ramai, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Waktu operasi: Selasa-Ahad (5.00 pm-11.00 pm)
Umar Seafood & Grill antara port makan malam yang terkenal dan sedap di Kuala Perlis. Pelbagai kemudahan disediakan termasuklah parkir yang luas, kawasan untuk kanak-kanak bermain dan tandas. Ruang makan sangat selesa dan anda boleh menikmati makanan sambil melihat pemandangan indah laut.
Makanan laut yang disediakan besar dan segar belaka. Antara menu yang perlu anda cuba semestinya udang lipan, udang butter, ketam kam heong, ayam buttermilk dan sebagainya. Tak lupa juga menu istimewa siput sedut kari hijau, kerabu mangga ayam, ikan bakar dan enoki goreng. Makan bersama nasi panas pasti bertambah!
Jika anda datang pada belah petang, anda boleh menaiki bot, mengambil angin di kawasan berdekatan. Terdapatt pakej yang berbaloi disediakan oleh pihak kedai.
Alamat: Kg Bohor Janggus, 01000 Kangar, Perlis
Waktu operasi: Selasa-Ahad (7.00 am-12.00 pm)
Mahukan port sarapan yang lain daripada yang lain? Jom singgah ke Warung Tepi Sawah yang berada di Kangar. Sambil menikmati sarapan, anda disajikan dengan pemandangan sawah padi yang luas terbentang. Sambil itu, dapatlah hirup udara yang segar.
Salah satu sebab anda perlu datang ke sini kerana mereka menawarkan pelbagai menu sarapan termasuklah kuih muih. Harga memang berbaloi. Anda digalakkan untuk datang awal kerana parkir agak sukar dan jauh dari bandar.
Datang ke sini, anda wajib cuba cucur udang, roti telor goyang, teh tarik buih dan nasi lemak.Yang penting, jangan lupa cuba Peknga iaitu menu yang wajib dicuba jika ke Perlis.
Alamat: Complex Aked Niaga Padang Besar, 7, Padang Besar, 02100 Padang Besar, Perlis
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-6.00 pm)
Jika anda berada di Padang Besar dan mencari tempat makan sedap pada waktu siang, apa kata anda ke Border Kitchen. Border Kitchen terkenal dengan pelbagai menu Thai yang lazat. Selepas penat membeli-belah, datang ke sini untuk mengisi kekosongan perut.
Berada di Kompleks Arked Niaga Padang Besar, konsep makanan di Border Kichen adalah layan diri di mana kiosk-kiosk dengan pelbagai menu disediakan. Ada daging bakar, dim sum, kerabu maggie, lokching dan lain-lain.
Apa yang menarik, setiap pukul 6.00 petang, tawaran beli satu percuma satu ditawarkan untuk pengunjung namun terhad untuk minuman sahaja. Aiskrim kelapa antara yang menjadi tumpuan di sini.
Alamat: Jalan Pengkalan Asam, Kampung Pengkalan Asam, 01000 Kangar, Perlis
Waktu operasi: Jumaat-Rabu (5.00 pm-1.00 am)
Mencari port makan dan healing dalam satu masa? Block Caife menawarkan suasana yang berbeza dan menenangkan untuk pengunjung. Pengunjung boleh memilih untuk makan di dalam atau luar cafe.
Tak tahu nak pesan apa? Cuba Nachos Blockout, Sandwich Tuna, Mushroom Soup mahupun Waffle Fries pasti tidak mengecewakan. Pelbagai pilihan pasta juga ada buat pengunjung yang mahukan menu yang lebih kenyang. Bagi pilihan minuman juga istimewa seperti Caramel Macchiato, Buttercream Latte Peach Lime dan Matcha Latte.
Alamat: Lot 843, Jalan Wang Ulu, 01000 Kangar, Perlis
Waktu operasi: Khamis-Selasa (8.00 am-10.00 am | 5.30 pm – 1.30 pm)
Terletak di Kangar, Saadiah Cafe antara tempat makan best di Perlis yang menjadi pilihan ramai. Kedai memang mudah diakses iaitu sebelum UNIMAP dan berada di tepi jalan sahaja. Pengunjung boleh makan di tengah-tengah sawah dengan view yang memukau. Nak ootd pasti puas!
Untuk menu sarapan pagi, anda perlu cuba menu klasik iaitu ubi kayu rebus yang dihidangkan bersama pisang, kelapa dan gula merah. Urap Jagung, Pulut Ikan Kering dan Roti Tisu Pandan juga memang layan dimakan untuk sarapan.
Nasi Goreng Bonda, Fish & Chip, Lamb Chop, Cheesy Chicken Chop dan Shellout antara menu yang laris pada waktu petang. Bagi pilihan minuman memang unik dan sedap. Ada air Rainbow, JDT. Kopi O Gula Merah dan Hot Latte yang pasti menyegarkan badan anda.
Alamat: 512, Jalan Kaki Bukit, Kampung Batu Dua, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Ahad – Jumaat (8am – 6pm), ditutup pada hari Sabtu
Asas menu mereka ialah masakan Melayu atau lauk-pauk kampung. Apa yang istimewa di sini ialah ikan bakar, ayam bakar, daging bakar serta ulam-ulaman yang segar.
Imej via Foursquare
Pelanggan selalu rambang mata dengan pilihan makanan yang banyak di sini terutama pada waktu tengah hari semasa lauk-pauk dihidangkan panas bagi pilihan pelanggan. Pemiliknya pula peramah dan mesra pelanggan.
Bagi mereka yang mahu mengadakan majlis, boleh berurusan dengan Restoran Sarang Burung untuk perkhidmatan katering.
Alamat: Medan Sri Pulai, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (10 am – 4.30 pm), ditutup pada hari Jumaat
Restoran Anjung Keli pernah muncul dalam akhbar dalam talian, mStar. Penulisnya tertarik dengan lebih 12 jenis sambal dan air asam, berpuluh jenis ulam-ulaman, dan berbelas jenis kerabu.
Imej via Foursquare
Mereka juga menyediakan ikan bakar daripada pelbagai jenis ikan, ayam bakar, daging bakar, perut bakar dan paru bakar. Inilah sebenarnya tarikan utama pelanggan yang datang dari pelbagai negeri untuk ke sini.
Restoran yang bersih dan selesa melengkapkan lagi kelebihan sedia ada pada restoran ini. Servisnya juga baik, memang patut dipuji!
Alamat: 5, Jalan Sena Indah, Taman Sena Indah, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pm – 12 am
Jika anda sukakan makanan Barat, restoran Chortiez & Co ada menyajikan sajian Barat yang bukan sahaja enak dan berbagai, malah unik menunya.
Imej via Foursquare
Restoran ini terkenal dengan hidangan berat seperti stik dan burger. Menu yang satu-satunya boleh didapati di sini ialah Burger Tengkolok.
Lamb Chop mereka juga turut mencuri perhatian ramai. Sos lada hitam buatan sendiri mempunyai rasa yang pedas dan kena dengan citarasa ramai.
Alamat: Kampung Kersik, Mata Ayer, 02500 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Sabtu – Khamis (1130am – 4pm), ditutup pada hari Jumaat
Satu lagi restoran makanan kampung yang ada di Perlis. Sebagaimana dua restoran sebelum ini, Restoran Pokok Sawa turut menghidangkan pelbagai jenis lauk-pauk termasuk ikan keli bakar.
Ia bukan sebarang kerana ikan keli bakar mereka ini selalu menjadi perbualan pelanggan. Selain itu, anda juga boleh cuba masak lemaknya.
Disebabkan kualiti makanan yang bagus, restoran ini sering dipenuhi pelanggan pada waktu tengah hari. Jadi, lebih selamat untuk anda datang awal sebelum kehabisan makanan.
Usah risau mengenai harganya kerana ia tidak mahal tapi berpatutan dengan keenakkan yang dijanjikan.
Alamat: No. 9 & 10, Kompleks Perniagaan Masjid, Persiaran Tuanku Syed Putra, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Isnin – Khamis (530pm – 11pm), Jumaat – Sabtu (6pm – 1130pm), Ditutup pada hari Ahad
Mai Café ialah kopitiam yang menyediakan pelbagai hidangan Barat. Oleh itu, menu isitimewa yang menjadi pilihan pelanggan mereka termasuk Chicken Chop, Cheezy Chicken, Grilled Beef Steak, Chichken Grilled, Mixed Grilled, Mushroom Soup, dan Fried Fish.
Pelanggan juga menyukai Pegaga Tonic mereka iaitu antara menu minuman yang ada. Mai Café juga menambah menu baru iaitu pelbagai jenis Nasi Arab. Kopitiam ini sering dikunjungi pelajar universiti dan golongan belia.
Ini mungkin disebabkan oleh dekorasinya yang ringkas tetapi menarik, santai, bersih, selesa bersama hidangan dalam kuantiti yang besar pada harga yang berpatutan.
Alamat: 69, jalan, Kampung Padang Behor, 01000 Kangar
Waktu Operasi: Ahad – Jumaat (9am – 5pm), ditutup pada hari Sabtu
Imej via Foursquare
Anda pernah terdengar tentang Restoran Kuali Hangat? Restoran yang terletak di Jalan Padang Behor di Kangar ini cukup terkenal dengan masakan kampung dan lauk yang beraneka jenis.
Rata-rata pelanggan mengakui keenakan lauk-pauk di sini! Terlalu banyak lauk di sini yang boleh anda pilih yang berasaskan masakan kampung.
Seperti namanya, restoran ini cukup terkenal dengan menu gulai yang dimasak dalam beberapa buah kuali besar panas-panas. Dari situlah ia mendapat nama ‘Kuali Hangat’, sangat menarik!
Alamat: 02000 Kuala Perlis, Perlis
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (530pm – 1130pm), ditutup pada hari Isnin
Ruang makan terbuka memberikan rasa santai kepada para pelanggan. Ini ditambah pula dengan lokasinya yang berhampiran jeti dan lautan. “A” untuk lokasi dan suasananya. Cuba Butter Prawn dan pilihan ikan bakar mereka.
Gandingkan ia juga dengan petai bakar jika anda sukakan petai. Makanan laut seperti ikan, ketam dan sotong yang segar disediakan dengan harga yang berpatutan.
Walaupun begitu, sesetengah pelanggan merasakan harganya agak mahal berbanding beberapa restoran yang menyediakan menu serupa.
Alamat: Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Selasa – Jumaat (12pm – 1030pm), Sabtu – Ahad (4pm – 1030pm), Ditutup pada hari Isnin
Kek dan biskut ada disediakan di Hannah’s Cookies. Tapi, bukan itu menu utama mereka. Pelanggan datang ke sini untuk makanan barat seperti chicken chop, burger dan pasta .
Anda boleh memilih sama ada mahu duduk di dalam restoran iaitu ruang berbumbung dan berhawa dingin atau di luar dengan berbumbungkan langit dan berhawa segar. Ketika jumlah pelanggan ramai, anda terpaksa menunggu agak lama untuk mendapatkan tempat duduk atau untuk mendapatkan hidangan anda.
Jangan lupa mengingatkan pelayan mengenai makanan yang belum anda perolehi jika anda masih belum menerimanya selepas 30 minit.
Alamat: Depan Sekolah Rendah Kayang Bohor Lateh (jalan lama ke Kuala Perlis)
Waktu Operasi: Setiap hari, 7.30 am – 7.30 pm
Mi Zdin merupakan tempat makan di Perlis yang menyediakan mi rebus. Hidangan ini memang terkenal sekitar situ dan anda boleh mencubanya di restoran Mi Zdin.
Imej via Foursquare
Kuahnya yang secukup rasa dan sedap membuatkan ramai pelanggan sentiasa memesan menu ini.
Pasembor daging mereka juga turut mendapat sambutan. Rugi jika anda singgah ke sini namun tidak mencuba pasembor.
Alamat: Jalan Raja Syed Saffi, Kampung Jarak, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Khamis – Selasa (6pm – 12am), ditutup pada hari Rabu
Siapa yang melihat burger yang dihidangkan di sini, pasti terliur dan mahu mencuba. Dan siapa yang sudah mencubanya pasti berpuas hati dengan isi dan sosnya yang meriah di antara dua roti.
Jika tidak mahu burger (yang saya pasti merupakan kerugian untuk anda), cuba makanan barat yang lain seperti Chicken Chop, Cheese Meatball, dan Spaghetti.
Mereka juga tidak melupakan hidangan tempatan yang paling terkenal iaitu nasi lemak. Gaya hipster sebagai hiasan dalaman cukup sesuai untuk bersantai bersama rakan dan ahli keluarga. Harga juga amat berpatutan.
Alamat: Pekan Kuala Perlis, 02000 Kuala Perlis, Perlis
Waktu Operasi: Setiap hari, 9.30 am – 11 pm
Pernah terdengar tentang cucur ketam? Hidangan ini boleh anda nikmati jika anda singgah di Restoran Nelayan.
Imej via Foursquare
Restoran Nelayan menyediakan masakan tempatan seperti ikan bakar, kari, laksa Kuala Perlis, pasembor, cucur udang, sotong tepung dan yang paling best – cucur ketam.
Untuk makan malam, ada pelbagai jenis ikan yang boleh anda nikmati. Ikan jenahak, ikan siakap, ikan keli – semuanya ada. Cara masakan juga boleh dipilih, namun lebih berganda keenakkannya jika ia dibakar.
Alamat: Jalan Kampung Pondok, Kampung Pondok, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9am – 5pm), ditutup pada hari Ahad
Mereka yang suka makan nasi campur dicadangkan untuk datang makan di sini. Ada pelbagai masakan kampung atau lauk-pauk masakan Melayu dan ulam-ulaman segar yang disediakan.
Boleh rambang mata hendak memilihnya. Semua ini pada harga yang berpatutan. Anda juga boleh menjimatkan kos minuman kerana ia diberikan secara percuma.
Waktu tengah hari menyaksikan begitu ramai pelanggan yang makan di sini. Jadi, jika anda terlewat, mungkin mereka sudah kehabisan lauk-pauk.
Alamat: Kampung Padang Behor, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (5pm – 2am), ditutup pada hari Isnin
Lokasinya berhampiran dengan Restoran Anjung Keli. Ia menyediakan hidangan tempatan dan barat. Namun, keistimewaan dan pilihan para pelanggan pastinya yong tau foo.
Apa yang menarik adalah kuahnya merupakan ciptaan mereka sendiri. Turut ada di sini adalah pencuci mulut seperti Air Batu Campur dan Laicikang.
Selain itu, anda juga boleh mencuba sate. Suasana santai pula menjadikan restoran ini amat sesuai untuk melepak atau berehat bersama ahli keluarga.
Alamat: Kampung Telok, 02000 Kuala Perlis
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (930am – 7pm), ditutup pada hari Isnin
Ia berbeza sedikit dengan restoran lain di mana anda perlu ke kaunter untuk membuat tempahan. Anda akan menerima nombor. Kemudian, tunggu sehingga nombor anda dipanggil.
Ramai berpendapat ini antara lokasi terbaik bagi mendapatkan daging bakar. Malah ia pernah muncul dalam sebuah rancangan makan-makan di Astro. Dagingnya yang lembut dan cukup rasa, paling enak dimakan bersama-sama dengan nasi dan sambal.
Harganya pula berpatutan walaupun anda boleh mengisi semula atau menambah nasi dan air berulang-kali. Ini merupakan destinasi yang anda perlu pergi jika berada di Perlis.
Alamat: Kampung Bukit Lagi, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 pm – 12 am
Nama restoran Hameed Nasi Kandar ini sudah tidak perlu kami perkenalkan lagi. Ianya merupakan restoran yang sangat popular, tambahan pula di negeri Utara.
Imej via Foursquare
Salah satu cawangannya terletak di Kangar. Restoran ini menyajikan lauk-pauk yang berbagai untuk dinikmati bersama nasi kandar.
Anda boleh cuba ayam goreng mereka. Lebih enak dinikmati setelah digoreng panas bersama kuah banjir yang cukup lazat.
Alamat: 02700 Sanglang, Perlis
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (1pm – 730pm), ditutup pada hari Isnin
Makan dan minum di restoran yang dikelilingi pohon Nipah memang suatu pengalaman yang jarang-jarang dirasai. Aman dan tenang, berangin dalam pemandangan ladang yang indah.
Dikatakan masakannya bukanlah yang terbaik tapi anda pasti tidak mahu melepaskan air nira nipah dan rojak buahnya. Air nira nipah, terutamanya, paling disyorkan oleh para pelanggan.
Selain itu, mereka juga menyediakan masakan tempatan yang lain seperti bihun sup, mi rebus, pulut udang dan laksa. Ramai yang sanggup datang ke sini walaupun lokasinya agak jauh dari jalan utama kerana keunikannya. Harganya juga lebih murah berbanding tempat lain.
Alamat: Kampung Hutan Lembah, 02500 Kangar
Waktu Operasi: Rabu – Ahad (10am – 9pm), ditutup pada hari Isnin dan Selasa
Rating yang tinggi diberikan kepada warung kecil ini. Ini kerana menu utamanya iaitu kueytiaw sup Thai dan pulut ayamnya sememangnya sedap. Harganya pula sangat murah.
Pemiliknya yang beberapa kali mengalami kegagalan dalam percubaan perniagaan makanan, akhirnya menemui resepi terbaik yang kekal disukai ramai sehingga kini.
Jadi, biasanya memang ada ramai pelanggan di sini. Adakalanya anda terpaksa menunggu agak lama kerana jumlah pelanggan yang ramai. Tapi, percayalah. Apa yang anda perolehi berbaloi dengan masa yang dihabiskan untuk menunggu itu.
Alamat: Persiaran Jubli Emas, Kampung Jejawi, 01000 Kangar
Waktu Operasi: Setiap hari (530am – 1pm)
Wajib minum air halianya! Dikatakan bahawa ia yang asli dan terkenal sejak tahun 1976. Tapi anda datang ke sini bukan untuk minum sahaja.
Anda mesti cuba Nasi Kandar dan paling bagus jika anda boleh bersarapan di sini. Kalau Nasi Kandar bukan pilihan anda, masih ada banyak lagi pilihan masakan Melayu yang anda pasti suka seperti mee rebus. mee kari, laksa dan banyak kuih-muih.
Oh, mereka juga ada Roti Arab. Menu yang pelbagai inilah yang menarik ramai pelanggan ke sini. Jika ini membuka selera anda, jemput datang ke Al-Sagoff Corner yang terletak berdekatan dengan Masjid Muhammad, Jejawi.
Alamat: No.28, Jalan 4, Kompleks Tok Arau, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi: Selasa – Sabtu (7am – 12pm, 430pm – 12am), Isnin (430pm – 12am)
Kalau anda mahu capati, jemput ke Capati Arau. Ia paling terkenal di sini. Harganya juga tidak mahal menjadi tarikan ramai yang suka bersarapan di Capati Arau.
Apa lagi bila capatinya yang lembut digandingkan bersama kari. Memang sedap! Roti-rotinya yang lain juga sama hebatnya.
Tapi, bagi anda yang tidak mahu capati, anda masih boleh makan makanan lain yang turut disediakan di sini seperti pelbagai mee dan nasi. Pada waktu malam pula, mereka menyediakan masakan Thai yang tidak kurang hebatnya.
Alamat: Jalan Kawasan Perindustrian Padang Besar, Taman Kastam 2, 02100 Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 2 – 10 pm
Nama pun authentic, semestinya makanan Thai yang disajikan di restoran Mee Mee Authentic Thai ini asli.
Imej via Foursquare
Restoran ini menyajikan hidangan Thai seperti Daging Bakar ala Thai yang cukup sedap dicicah bersama sos Thai. Dagingnya juga diakar dengan baik dan kualiti cukup bagus.
Menu lain yang boleh dicuba termasuklah tomyam ayam, tomyam seafood dan kengsom ikan. Dijamin enak tak terkata!
Alamat: Jalan, Persiaran Jubli Emas, Taman Pekeliling, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa dan Ahad, 5 pm – 12 am
Satu lagi restoran di Perlis yang menyajikan makanan Barat ialah Bossku House. Terletak di Kangar, restoran ini menyajikan hidangan yang beraneka.
Imej via Foursquare
Antara yang boleh anda cuba ialah Grilled Lamb, Beef Burger dan Pasta Carbonara. Mixed Platter pula hidangan talam yang menyajikan pelbagai makanan Barat dalam satu set – sangat berbaloi!
Alamat: 26, Jalan Raja Syed Saffi Kampung Bintong, 01000 Kangar
Waktu Operasi: Khamis – Selasa (7am – 2am) ditutup pada hari Rabu
Jika anda mencari restoran di Kangar, besar kemungkinan penduduk tempatan akan mengesyorkan anda untuk makan di Capati Labu Sayung.
Ini kerana capatinya dikenali sangat sedap tidak kira anda menikmatinya sebagai sarapan atau pun makan malam. Oleh itu, ia mula dipenuhi seawal pagi semasa ramai sibuk mencari sarapan.
Jangan lupa juga gulai panasnya. Ia menu yang sering disebut-sebut di samping capati.
Alamat: Galeri 28, 6/8 Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar
Waktu Operasi: Setiap hari 12pm – 1130pm
Ini cawangan yang lain selain di Arau dan beberapa lagi lokasi di Kedah. Mereka menyediakan menu yang diantaranya adalah steak, pizza, pasta dan beberapa menu tempatan seperti Nasi Lemak, Nasi Goreng Ayam Paprik, dan Royal Chicken Percik.
Kenapa pelanggan menyukainya? Suasana restoran sangat selesa dan menarik. Sesetengahnya mengatakan keadaannya membuatkan mereka berasa seperti berada di dalam rumah.
Kopi, kek, dan menu yang lain, semuanya bagus. Walaupun harganya agak mahal tetapi pelanggan merasakan ia berbaloi. Jadi ia dipilih sebagai tempat untuk melepak bersama rakan-rakan.
Alamat: 11 Jalan Pengkalan, Taman Pengkalan Indah, 01000 Kangar
Waktu Operasi: Isnin – Sabtu (9am – 330pm), ditutup pada hari Ahad
Banyak pilihan makanan kampung atau nasi campur di Kangar. Ini salah satunya. Menunya pelbagai dengan harga yang murah. Makanan yang dihidangkan pula sering mendapat pujian.
Jadi, pelanggan merumuskan restoran ini sebagai “sedap dan murah”. Layanan yang baik, ruang restoran yang luas, keadaan yang bersih dan selesa – semua ini merupakan poin penting tambahan yang meletakkan restoran ini dalam senarai antara restoran paling popular.
Alamat: Arau, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi: Setiap hari, 1 – 10 pm manakala Jumaat 2.30 – 10 pm
Restoran Big Tas’Tea ini mempunyai banyak cawangan di negara kita. Restoran yang menyajikan masakan yang Barat ini boleh dikatakan terkenal di kalangan pencinta makanan Barat.
Imej via Foursquare
Menu-menu yang boleh anda pesan jika ke sini ialah Spaghetti Carbonara, Swedish Meatball, Lasagna, Spicy Korean Chicken dan Chicken Roaster.
Untuk minuman, mereka terkenal dengan minuman teh boba dan kopi. Pencuci mulut juga turut disajikan dini, memang berbagai!
Alamat: Kampung Bintong, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Setiap hari, 5.30 pm – 12 am
Sukakan ikan bakar? Salah satu tempat makan di Perlis yang boleh anda terjah untuk menikmati hidangan yang enak ini ialah Restoran Ikan Bakar Perlis Qaseh.
Imej via Facebook
Restoran ini menyajikan hidangan berkonsepkan maskaan tempatan. Ikan pari bakar, ikan jenahak bakar sambal, ikan siakap masam manis dan sotong goreng tepung merupakan hidangan yang menjadi rebutan.
Alamat: No.2 Jalan Tekukur Taman Kangar, Kangar, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 12 – 6 pm
Teringin untuk menikmati hidangan fine dining di Kangar? Jika berkesempatan, singgah sahaja di restoran Al Syuq Palace Cafe & Catering.
Ianya merupakan restoran fine dining pertama di Perlis. restoran ini menyajikan sajian Timur Tengah dan Barat.
Imej via Foursquare
Menu-menu yang boleh dinikmati ialah Nasi Kabsah Kambing, Aglio Olio, Grilled Salmon with Pasta dan Nasi Arab.
Alamat: No 62B, Kampung Teluk Kacang, Jalan Raja Syed Saffi, Kangar, Perlis
Waku Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 6 pm – 2 am
Ada peminat burger di sini? Jika ya, anda wajib kunjungi restoran Bangpon Cafe & Bistro yang terletak di Kangar ini.
Imej via Foursquare
Restoran ini menyajikan pelbagai jenis burger yang bersaiz besar. Bukan itu sahaja, anda boleh menggunakan burger ini sebagai ‘kek’ hari jadi untuk yang tersayang. Memang berbaloi!
Alamat: 02000 Kuala Perlis, Perlis
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Jumaat, 11 am – 8 pm
Kari merupakan jenis masakan yang sangat digemari oleh orang kita. Jika dimasak dengan sempurna dan kena dengan cara, ianya boleh bikin sesiapa sahaja ketagih.
Di Kuala Perlis, gerai Azrina Gulai Panas ini memang terkenal dengan hidangan kari. Ianya menggunakan bahan-bahan segar yang menggandakan lagi kenakkan karinya.
Imej via Foursquare
Kari ikan merupakan menu yang laku keras di gerai ini. Kuah yang pekat serta aroma yang memikat bikin ramai pelanggan jatuh cinta dengan menu tersebut.
Alamat: LOT 4968,, Taman Ira, 01000 Kangar, Perlis
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 7 am – 2 pm
Mahu menjamu selera dengan menikmati makanan ala kedai Mamak? Jika berada sekitar Kangar, lekaslah singgah di restoran Noor Malabari.
Imej via Foursquare
Restoran ini menyediakan menu-menu seperi kari kepala ikan, nasi kandar Malabari, roti canai, gulai ayam kampung dan rendang Mamak. Terdengar namanya sudah bikin terliur, bayangkan kelazatannya. Rugi tak cuba!
Tempat makan sedap di Perlis yang mana menjadi pilihan anda? Jangan lupa komen, share dan like kami ya. Selain tempat makan di Perlis, kami juga ada menulis artikel tempat makan yang lain.