Semua orang sibuk hari ini. Ada yang sibuk bekerja, ada yang sibuk di rumah menjalani rutin sebagai suri rumah tangga, dan sebagainya. Kadang kala waktu mencemburui kita sehingga tidak dapat meluangkan masa yang secukupnya dengan orang tersayang. Kebersamaan itu biasanya boleh ditemukan ketika makan bersama. Keluar hujung minggu untuk makan sambil menikmati panorama Kuala Lumpur suatu peluang yang cukup mengembirakan. Artikel ini kami akan menyenaraikan beberapa lokasi tempat makan rooftop di Kuala Lumpur yang cukup terkenal sebagai lokasi yang indah dengan pemandanganya waktu malam dan paginya.

#1 Envi Skydining

Image via [the food bunny]

Mendambakan makan malan romantik di atas bumbung? Envi Rooftop Skyding yang terletak di tingkat 36 Menara TA One inilah pilihan yang tepat. Anda akan disajikan dengan pemandangan berlatar belakangkan penoramik bandar dan Menara Berkembar Petronas.

Membawa menu menarik yang menjadi pilihan ramai iaitu Grilled Lamb Cutlets with Rosemary Sauce sebagai sajian ikonik, Envi Rooftop turut dikenali dengan layanannya yang bertaraf penerbangan kelas pertama!

Alamat: Menara TA One, 22, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (11 am – 3 pm, 5 pm – 12 am)

#2 Horizon Grill, Banyan Tree

Image via [banyantree]

Dari tingkat 38, kini kita beralih pula ke tingkat lebih tinggi iaitu tingkat 58 di Banyan Tree, Kuala Lumpur. Di mana lagi jika tidak di Horizon Grill, Banyan Tree. Restoran cukup indah dengan sajian yang sungguh eksklusif dari sarapan, makan tengah hari, sehinggalah menu makanan laut segar juga tidak ketinggalan untuk menjadi sebahagian dari santapan anda.

Bagi yang bercadang untuk menyambut ulang tahun perkahwinan dengan pasangan, di sini turut disediakan bilik peribadi untuk acara makan yang lebih peribadi tanpa gangguan.

Alamat: Level 58, Banyan Tree Kuala Lumpur, No. 2, Jalan Conlay, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan

Waktu operasi: Setiap hari (12 – 2.30 pm, 6 – 10 pm)

#3 Marini’s on 57

Image via [worldsbestbars]

Mengutamakan makanan Itali seperti Margherita Pizza, Calzone Pizza dan Diavola Pizza, Marini’s on 57 sentiasa dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat yang mahukan pengalaman berada di bar atas bumbung yang moden dan bergaya.

Dikenali dengan menu campuran koktel terbaiknya, pakar minuman mereka sudah banyak memenangi pelbagai jenis anugerah.

Alamat: Petronas, Level 57, Menara 3, Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (5 pm – 1.30/2 am)

#4 Stratosphere At The Roof

Image via [the roof]

Berpeluang makan sambil menikmati udara dan angin segar, jangan lupa ke Stratosphere At The Roof. Selain memenangi pelbagai anugerah restoran terbaik, Stratosphere juga sangat “perfect” sebagai lokasi untuk majlis perkahwinan, pertunjukan fesyen, majlis pelancaran produk, atau apa-apa parti yang sesuai.

Alamat: Sky Level, First Ave, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: Setiap hari (8 pm – 12 am)

#5 Cielo KL, Bukit Ceylon

Image via [cielokl]

Cielo KL adalah restoran dua tingkat yang bertemakan moden kontemporari. Duduk makan di sana, anda boleh menyaksikan pemandangan dari jarak dengan Menara TRX, KLCC, dan langit Kuala Lumpur.

Sebut mengenai hidangannya pula, ada banyak pilihan disediakan dari hidupan darat sehinggalah hidupan laut, meliputi semua negara. Dari French Oysters ke Japanese Akami tuna, dari Turbot ke Australian Black Angus Beef, ini pasti lazat sekali.

Alamat: 23-01, 1D, Vida, 1D, Jalan Ceylon, Bukit Ceylon, 50200 Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (6 pm – 12 am)

#6 Bintang Lounge & Restaurant

Image via [imbaztan]

Mengetengahkan sajian makanan-makanan Eropah, Bintang Lounge & Restaurant menyajikan pengalaman cukup menenangkan dari tingkat 18 untuk melihat panorama malam kotaraya Kuala Lumpur, KLCC, dan Menara KL.

Alamat: Level 18, No.35 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu operasi: Setiap hari (5 pm – 12 am)

#7 Canopy Lounge Rooftop Bar

Image via [eatigo]

Tempat makan rooftop di Kuala Lumpur seterusnya yang boleh anda kunjungi adalah Canopy Lounge Rooftop Bar. Bagi yang meminati makanan dan pencuci mulut tradisi indo-china ini adalah pilihan yang sungguh tepat sekali.

Alamat: 183, Jln Mayang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (3 pm – 3 am)

#8 Jann at Four Points, Chinatown

Image via [The yum list]

Sejarah Kuala Lumpur tidak akan pernah terwujud tanpa adanya Chinatown. Jann at Four Points membawa inspirasi tradisional, budaya tempatan, dan lagenda yang menjadikan Chinatowan sebagai destinasi warisan yang sangat luar biasa.

Alamat: 2, Jalan Balai Polis, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (4 pm – 12 am)

#9 D’Root Cafe @ Rooftop D’Majestic

Image via [D’ Root Cafe]

Apa yang menarik tentang D’Root Cafe sudah tentu pada pemandangan indah KL dengan kenikmatan makanan serendah RM17 sahaja! Percaya atau tidak? Tetapi itulah daya tarikan di D’Root Cafe yang ditawarkan mereka.

Bukan satu tetapi tiga pilihan tempat duduk boleh anda pilih. Anda boleh duduk di bahagian fresco, berdekatan dengan kolam, atau meja berayun.

Alamat: Traders Hotel, Kuala Lumpur Convention Centre, Stall 7, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi: Setiap hari (5 pm – 11/12 am)

#10 Gaia Rooftop

Image via [eat drink kl]

Ramai mungkin tidak tahu dalam Chinatowan ada satu kafe atas bumbung yang menyajikan pelbagai jenis burger. Dengan alunan muzik R&B dan Cantopop 80an dan 90an, ia akan membawa anda menghayati 20 tahun yang lalu.

Alamat: 10, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu operasi : Selasa – Ahad (4 pm – 9 pm)

Tengok-tengok juga tau, jangan lupa pergi. Walaupun dengan kesibukan kerja dan mengejar masa yang terhad setiap hari, setidaknya dengan mengunjungi tempat makan rooftop di Kuala Lumpur yang terbaik ini, kita dapat meninggalkan memori yang berharga kepada orang tersayang dan keluarga khususnya.

Artikel Menarik Lain:

Selain tempat makan rooftop di Kuala Lumpur ini, jangan ketinggalan untuk kunjungi tempat-tempat makan sedap lagi menarik seperti yang berikut:

Penulis: Hannani Juhari

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.