Mencari kedai aiskrim di Lembah Klang?

Aiskrim merupakan hidangan pencuci mulut yang bukan sahaja manis, malah menyegarkan tekak.

Ianya juga sesuai dinikmati semasa cuaca panas, pasti memuaskan hati. Di Malaysia, kedai aiskrim sememangnya ada banyak di setiap daerah.

Lembah Klang merupakan antara kawasan yang popular untuk itu. Jadi, berikut kami senaraikan 11 kedai aiskrim di Lembah Klang yang best. Teruskan membaca!

#1 Crème De La Crème

Alamat: Ground Floor, 35G, Jalan SS21/60, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 am – 8 pm

Nama kedai aiskrim ini bermaksud ‘krim kepada krim’, jelas menunjukkan yang aiskrim yang ada di sini memang berkrim.

Bukan sahaja manis berkrim, malah aiskrim di sini juga buatan sendiri dan ada pelbagai perisa.

onde onde - creme de la creme kedai aiskrim lembah klang
Imej via Foursquare

Perisa terlaris yang boleh anda cuba ialah Onde-onde. Aiskrim Petit Gâteau ini rasanya berlemak. Sirap gula melakanya melengkapkan lagi kelazatan aiskrim ini!

#2 Piccoli Lotti Damansara Kim

Alamat: 45, Jalan SS 20/11, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Malaysia

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 12 – 7.30 pm

Mencari kafe yang menyajikan aiskrim yang sedap dan santai suasananya? Singgah sahaja di Piccoli Lotti yang terletak di Damansara Kim ini.

Pencuci mulut jenis gelato merupakan jenis utama di sini. Perisa yang disajikan juga cukup bervariasi.

gelato piiccoli lotti kedai aiskrim lembah klang
Imej via Foursquare

Antara perisa yang terbaik di sini ialah Crysanthemum, Peruvian Dark Chocolate, Pulut Tai Tai dan Durian. Beraneka selera, anda pasti suka!

#3 IDC Ice Creams Dream Cafe

Alamat: 30, Jalan SS 20/10, Damansara Kim, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 am – 7 pm

Kafe IDC ini memang terkenal dengan cara mereka menyajikan aiskrim. Ada yang dimakan begitu sahaja, ada juga yang dinikmati bersama hidangan lain.

Misalnya, mereka ada menyediakan Affogato, sejenis pencuci mulut Itali yang menyajikan gelato di atas espresso yang panas, memang sedap!

idc ice cream kedai aiskrim lembah klang
Imej via Foursquare

Selain itu, hidangan lain seperti apple crumble dan wafel juga turut disajikan bersama aiskrim mereka yang berbagai perisa.

#4 Softsrve

Alamat: 5, Jalan 21/11a, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 12.30 – 10 pm

Pernah cuba aiskrim soft serve? Jika belum, anda wajib singgah di Softsrve Ice Cream, Dessert & Balloon Bar yang terletak di Petaling Jaya ini.

Tarikan utama di kedai ini semestinya terletak pada keunikan hidangannya.

softsrve
Imej via Foursquare

Mereka menyajikan aiskrim soft serve bersama wafel. Anda juga boleh menikmati aiskrim tersebut di dalam kon, cukup versatil!

#5 Tsujiri Restaurant

Alamat:  No. 58, Jalan SS21/58, Damansara Uptown, 47400, Petaling Jaya, Selangor, 47400 Petaling Jaya

Gemarkan aiskrim matcha? Tsujiri Restaurant adalah kedai aiskrim di Lembah Klang yang pasti cocok dengan citarasa anda.

Tsujiri ini merupakan kedai aiskrim dari Kyoto, Jepun yang membuka cawangannya di Malaysia, jelas membuktikan popularitinya.

tsujiri malaysia
Imej via Foursquare

Antara jenis aiskrim matcha yang wajib anda nikmati ialah Houjicha & Matcha Soft Serve. Lembut dan manis!

#6 Fatbaby Ice Cream

Alamat: 7, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Rabu – Ahad, 12 – 8 pm

Berada sekitar Subang Jaya? Jika anda mengidamkan aiskrim, singgah sahaja di kedai aiskrim ini – Fatbaby Ice Cream.

fatbaby
Imej via Foursquare

Aiskrim buatan sendiri ini cukup enak dinikmati bersama wafel mereka yang melengkapi kelazatannya. Anda juga boleh pesan aiskrim tanpa wafel.

Salted Caramel, Coffee Crunch, Coconut Candy, Chocolate dan Apple Crumble merupakan antara perisa menarik di sini.

#7 FROZEN Bangsar

Alamat: 6, Jalan Telawi 4, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 – 11 pm manakala Jumaat dan Sabtu 12 pm – 12 am

Bangsar memang kaya dengan tempat makan yang menarik, Salah satunya termasuklah kedai aiskrim.

frozen bangsar
Imej via Foursquare

FROZEN Bangsar adalah kedai aiskrim yang cukup popular di situ. Kedai aiskrim ini menyediakan aiskrim Australia buatan sendiri.

Perisa-perisa istimewa di sini ialah Intense Matcha, Musang King, Houjicha by Niko dan Bailey’s Chocolate Swirl.

#8 Waka Waka Gelato

Alamat: 24, Jalan 21/11b, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 1.30 – 6 pm

Satu lagi kedai aiskrim di Lembah Klang yang menyajikan gelato ialah Waka Waka Gelato yang terletak di Petaling Jaya.

Rata-rata pelanggan yang cuba gelato mereka mengakui yang gelato di sini persis gelato di Itali! Kedai ini sendiri menggunakan bahan premium untuk membuat gelato.

waka waka gelato
Imej via Instagram

Cookies & Caramel, Dark Chocolate, Lemon Poppy Seed dan Salted Gula Melaka merupakan antara perisa yang laku keras. Dijamin sedap tak terkira!

#9 DP Ice Cream Gula Apong Kg Baru

Alamat: Wilayah Persekutuan, 57B-4, Jalan Daud, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 1 – 10 pm

Tadi kami senaraikan aiskrim selera Barat, apa kata kali ini anda cuba aiskrim selera tempatan pula?

Aiskrim gula apong cukup mudah didapati di Lembah Klang. Salah satu kedai aiskrim yang menyajikannya ialah DP Ice Cream Gula Apong Kg Baru.

aiskrim gula apong kg baru
Imej via Foursquare

Aiskrim ini jenis soft serve jadi ianya memang lembut. Rasa gula melaka yang manis dan berlemak telah bikin ramai orang ketagih dengannya.

#10 Rach Dessert & Ice Cream

Alamat: 44, Jalan USJ 10/1e, Taipan Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 1 – 11 pm

Di Subang Jaya, antara kedai aiskrim yang mencuri hati ramai ialah Rach Dessert & Ice Cream.

Aiskrim di sini disajikan bersama wafel yang lazat dan bersaiz besar, jadi ianya memang mengenyangkan.

rach
Imej via Foursquare

Selain itu, ianya juga turut disajikan berasingan di dalam cawan. Antara pilihan perisa yang terbaik ialah Butterscotch Pecan, Salted Caramel dan Oreo Ice Cream.

#11 Sangkaya Subang Jaya

Alamat: 5, Jalan SS 15/4b, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 12 pm – 12 am

Sangkaya merupakan kedai aiskrim yang sangat terkenal di negara kita. Salah satu cawangannya yang popular di Lembah Klang terletak di Subang Jaya.

sangkaya subang jaya
Imej via Foursquare

Aiskrim yang disediakan di sini ialah aiskrim kelapa. Rasanya yang segar, berlemak dan manis membuatkan ia sentiasa terjual laris. Rugi tak cuba!

Kesimpulan

Sudah jumpa kedai aiskrim di Lembah Klang yang ingin anda singgah? Semua kedai aiskrim yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi singgah sahaja satu-persatu.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.