Mencari tempat makan lobster di Lembah Klang?

Lembah Klang mempunyai banyak tempat makan yang berlainan genre. Dari masakan kampung, hidangan Barat, sajian Asia ke makanan laut, semuanya ada. Sebut sahaja apa yang terlintas di minda, pasti boleh dicari.

Ini termasuklah dengan tempat makan lobster. Untuk itu, berikut kami senaraikan 12 tempat makan lobster di Lembah Klang untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Unique Seafood @ PJ23

Alamat: LOT 9B-3, Jalan Kemajuan 12/18, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Sabtu 11 am – 2:30 pm, 5:30 – 10:30 pm dan Ahad 11.30 am – 2.30 pm, 5.30 – 10.30 pm

Dari namanya sahaja anda pasti boleh teka yang restoran ini menyajikan makanan laut. Ianya bukan sahaja berbagai, malah segar-segar.

tempat makan lobster  lembah klang - lobster sashimi @ unique seafood 23
Imej via Instagram

Antara makanan laut yang menjadi pilihan ramai ialah udang galah. Anda boleh cuba Lobster Sashimi, Lobster Dimsum, Lobster Yee Mee, Lobster Soup dan Lobster Chinese Style. Berbagai dan semestinya enak!

Rata-rata pelanggan yang menikmati udang galah di restoran ini mengakui yang udang galah mereka memang segar dan berkualiti tinggi. Isinya lembut dan baunya juga tidak hanyir.

#2 Kay’s Steak & Lobster (Putra Heights, Subang Jaya)

Alamat: 12A, Jalan Putra Mahkota 7/6b, Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, Sabtu – Khamis 12 – 10 pm, Ahad 4 – 10 pm

Bagi pencinta stik dan udang galah, ini merupakan antara tempat makan yang wajib anda serbu untuk menikmati hidangan berkualiti tinggi – Kay’s Steak & Lobster. Restoran ini terletak di Putra Heights, Subang Jaya.

“Udang galah yang lembut isinya, memang nikmat” – ini merupakan antara ulasan yang ditinggalkan oleh pengunjung di sini. Jelas membuktikan yang udang galah di restoran ini memang digilai.

kay's steak lobster - tempat makan lobster lembah klang
Imej via Foursquare

Anda boleh cuba Lobster Roll dan Garlic Butter Lobster yang merupakan antara hidangan terlaris di sini. Sos garlic butter di sini juga turut dipuji. Enak, bekrim dan hidangannya juga bersaiz besar.

#3 Southern Rock Seafood

Alamat: 32-36, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 11 am – 10 pm

Berada sekitar Bangsar? Southern Rock Seafood ini merupakan antara tempat makan lobster di Lembah Klang yang namanya disebut-sebut oleh pencita makanan laut.

Restoran yang beroperasi sejak tahun 2008 ini menyajikan beraneka jenis hidangan berasaskan udang galah. Salah satu jenis udang galah yang digunakan ialah jenis Boston hidup.

southern rock seafood - tempat makan lobster lembah klang
Imej via Foursquare

Lobster Bisque, Lobster Spaghetti, Lobster Thermidor, Grilled Lobster dan Steamed Lobster merupakan antara sajian yang terbaik di sini. Saiz udang galahnya juga agak besar, semestinya menjanjikan kekenyangan dan kepuasan!

#4 One Seafood Restaurant

Alamat: 118, Bukit Bintang St, Imbi, 50200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 11:30 am – 3 pm, 6 – 8 pm

Ingin menikmati udang galah hidup? Bagi penggemar udang galah, pengalaman merasai udang galah hidup ini semestinya lebih memuaskan hati, bukan? Untuk itu, singgah sahaja di One Seafood Restaurant.

one seafood restaurant - tempat makan lobster lembah klang
Imej via Foursquare

Ketam dan udang galah di sini memang bersaiz besar dan ini diakui oleh pelanggan-pelanggannya sendiri. Seekor udang galah di sini boleh dinikmati oleh 3-4 orang dan beratnya sekitar 1.5 kg.

Untuk jenisnya, Boston Lobster, Australian Lobster dan Sabah Lobster merupakan antara jenis yang disediakan. Anda boleh menikmati jenis hidangan seperti Sashimi, Salted Egg, Cheese dan Deep Fried With Dried Chili. Sangat berbagai!

#5 Caffeinees (Kampung Pandan)

Alamat:  16, Jalan Kampung Pandan, Kelab Golf di Raja Selangor, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari, 10 am – 10 pm

Caffeiness – kami yakin pasti kebanyakan pembaca yang menggemari udang galah pernah terdengar nama restoran ini. Ianya merupakan antara tempat makan udang galah yang cukup tersohor sekitar KL.

caffeiness kl - tempat makan lobster lembah klang
Imej via Foursquare

Poached Lobster with Garlic Sauce, Lobster Mountain dan Cheese Baked Lobster merupakan antara hidangan yang laku keras. Udang galah di sini dikatakan bersaiz besar dan sangat segar, memang berkualiti tinggi.

#6 Fierce Curry House

Alamat:  16, Jalan Kemuja, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 12 – 10 pm

Ingin mencuba sajian India yang asli? Jika anda berada sekitar Bangsar, Fierce Curry House merupakan antara restoran yang tepat untuk memuaskan craving anda terhadap udang galah dan makanan India.

fierce curry house lobster
Imej via Foursquare

Mereka menyajikan hidangan seperti Lobster Tandoori dan Lobster Briyani yang sangat istimewa. Bukan sahaja cara masakan, malah kualiti udang galah yang disajikan juga turut dibanjiri dengan pujian. Rugi jika tak cuba!

#7 Moon’s Kitchen

Alamat: Putra Heights, 42A, Jalan Putra Mahkota 7/6a, Putra Point Commercial Centre, 47650 Subang Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Rabu – Isnin, 4 – 10 pm

Moon’s Kitchen merupakan antara steak house di Subang Jaya yang boleh dikatakan legend, kerana mereka beroperasi sejak lebih 20 tahun yang lalu. Selain stik, udang galah di sini juga turut mencuri tumpuan ramai.

moon's kitchen lobster thermidor
Imej via Instagram

Kesegaran udang galah di sini juga tidak dinafikan lagi. Ianya enak dinikmati begitu sahaja walaupun tanpa sebarang kuah atau sos, jelas membuktikan kesegaran dan kualitinya yang cemerlang.

Lobster Thermidor dan Lobster Garlic Butter merupakan antara hidangan berasaskan udang galah yang menjadi kegemaran pelanggan. Sos yang disajikan juga tidak kurang hebatnya, kami yakin anda pasti akan ketagih dengannya.

#8 Ocean Hauz

Alamat: Persiaran Bangi, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, hari minggu 4:30 – 8 pm dan hujung minggu 12:30 – 8 pm

Bagi pembaca yang berada sekitar Bandar Baru Bangi, anda boleh serbu restoran Ocen Hauz. Terletak di Seksyen 8, restoran ini menyajikan makanan laut yang dijamin segar.

Restoran ini menyediakan menu yang mengkhusukan kepada hidangan jenis shell out. Ada pelbagai jenis set yang boleh anda pilih, dan antara set yang ditawarkan ada menyediakan udang galah.

ocean hauz bangi
Imej via Foursquare

Semua set yang ditawarkan di sini didatangkan dengan udang galah. Anda juga boleh menambah udang galah yang anda mahukan, antata yang terkenal di sini ialah udang galah Boston. Bersaiz besar dan cukup segar!

#9 Just Seafood

Alamat: 2, Jalan PJU 5/9, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, Ahad – Khamis 11 am – 10 pm, Jumaat – Sabtu 11 am – 10:30 pm

Mahu menikmati nasi lemak udang galah? Jika anda berada di Sunway Giza Mall, alang-alang singgah sahaja menjamu selera di Just Seafood untuk menikmati sajian istimewa tersebut.

just seafood nasi lemak lobster
Imej via Foursquare

Isi udang galah ada dicampurkan dengan keju, jadi rasa lemak berkrimnya pasti akan buat anda jatuh cinta. Isi yang segar dan lembut serta nasi lemak yang sudah sedia sedap memang buat ramai pelanggan ketagih, anda wajib cuba!

#10 Lobbee – Thai Connection

Alamat: G-28, Empire Damansara, Jalan PJU 8/8, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: Ahad – Jumaat, 11 am -8 pm

Sajian Thai adalah jenis hidangan yang kena dengan citarasa orang kita. Tambahan pula untuk makanan laut, memang digilai ramai. Berada sekitar Petaling Jaya? Ini antara restoran makanan Thai yang wajib anda singgah – Lobbee.

lobbee thai connection
Imej via Foursquare

Lobster Combo merupakan jenis hidangan yang patut anda pesan. Ianya menyajikan udang galah Boston bersama bihun Tomyam yang cukup padu. Kuahnya memang secukup rasa dan aromanya juga harum, sangat menarik!

#11 Ombak Kitchen

Alamat: 5.G.01, D’Vida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, Isnin – Jumaat 12 – 10:30 pm manakala Sabtu – Ahad 12 pm – 12 am

Satu lagi restoran shell out yang menyajikan udang galah ialah Ombak Kitchen. Terletak di Bukit Jelutong, restoran ini merupakan antara port shell out yang sangat popular sekitar sini.

ombak kitchen
Imej via Instagram

Kebanyakan set yang disajikan ada menyediakan baby lobster. Bagi yang ingin mencuba udang galah bersaiz besar seperi Canadian Lobster dan Rock Lobster, anda boleh mencuba set Combo 4 atau Combo 8. Dijamin memuaskan hati!

Untuk menu sampingan, anda juga boleh mencuba Lobster Thermidor. Ianya memang kaya dengan keju yang tidak memuakkan, malah mengenyangkan dan berkrim.

#12 South Sea Seafood

Alamat: 229, Jalan Dua A, U 5, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari, 11.30 am – 11 pm

South Sea Seafood yang terletak di Shah Alam ini merupakan antara restoran makanan laut yang paling popular di Lembah Klang. Ianya menyajikan pelbagai jenis makanan laut yang segar dan hidup.

sashimi lobster south sea seafood shah alam
Imej via Instagram

Antaranya ialah udang galah. Jenis udang galah seperti Australian Lobster, Sabah Lobster dan Sri Lanka Lobster merupakan antara yang ada di sini. Anda juga boleh melihat sendiri udang galah hidup di restoran ini.

Cara masakan juga boleh diminta semasa memesan makanan. Sashimi Lobster dan Lobster Cheese merupakan antara menu yang laku keras.

Kesimpulan

Sudah jumpa tempat makan lobster di Lembah Klang yang ingin anda lawati? Semua tempat makan yang kami senaraikan ini memang terbaik, jadi singgah sahaja satu-persatu jika berpeluang.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda dalam mencari tempat makan yang sedap. Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan dan di media sosial. Selamat menjamu selera!

Artikel Menarik Lain

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.