Ada di kalangan pembaca di sini yang bercadang untuk ke Bintulu? Bintulu merupakan salah satu daerah di negeri Sarawak. Kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan, tidak dinafikan daerah ini seringkali penuh dengan pelancong.
Antara tempat yang sentiasa menjadi kunjungan ramai ialah semestinya taman negara di sini. Ada Taman Negara Similajau dan Taman Negara Niah. Selain itu, pantai seperti Pantai Tanjung Bintulu juga merupakan antara tarikan utama di sini.
Anda masih tercari-cari tempat makan apa yang patut anda singgah di sekitar Bintulu? Jangan risau, kami ada senarainya! Senarai ini tidak mengikut ‘ranking’. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, teruskan membaca ya!
Alamat: Lot 193, Jalan Tun Ahmad Zaidi, Parkcity Commerce Square, 97000 Bintulu, Sarawak
Anda sukakan makanan laut? Jika ya, restoran ini wajib anda terjah! Ada pelbagai jenis makanan laut yang segar-segar yang disediakan di sini. Yang pasti, makanan di sini memang halal dan terbaik!
Ada udang, ketam, sotong, kerang dan aneka jenis ikan. Lauk-lauk ini akan dimasak mengikut kehendak pelanggan. Antara menu yang menjadi kegemaran ramai pelanggan di sini ialah Cheese Prawn, Salted Egg Squids dan Spicy Chilli Crab.
Harga yang ditawarkan juga berbaloi dengan kesegaran lauk yang disediakan. Lebih sesuai untuk anda singgah jika anda ingin makan beramai-ramai bersama keluarga mahupun sahabat handai.
Alamat:
Sebut sahaja tentang mi udang, pasti ada di kalangan pembaca yang sudah mula terliur, bukan? Itu baru mi udang biasa. Kalau mi udang galah yang boleh didapati di restoran Sajian Mas ini pula pasti boleh bikin anda kempunan!
Menu tersebut merupakan menu yang cukup terkenal di restoran ini. Harganya juga bergantung kepada berat udang. Menurut ramai, udang di sini memang segar dan saiznya memang besar. Kuah mi udang juga memang pekat!
Alamat: 97000 Bintulu, Sarawak
Penggemar makanan Barat wajib serbu restoran ini. Namakan sahaja menu-menu Barat yang popular, dari hidangan berat, pasta, burger ke salad, kebanyakanya ada di sini. Restoran ini juga kerap dijadikan ‘port’ lepak dek kerana ruang restoran yang besar dan luas.
Antara menu yang kerap dipesan pelanggan di sini ialah Beef Sizzling, Lamb Chop, Chicken Chop dan Spaghetti Carbonara. Walaupun ruang restorannya agak luas, seeloknya anda datang awal kerana restoran ini selalunya penuh dengan pelanggan.
Alamat: No. 2524, Fasa II, Kampung Assyakirin, 97000, Bintulu, Sarawak
Restoran ini ada menyajikan berbagai jenis menu. Dari menu tempatan, Barat ke Thai, semuanya ada. Makanan laut juga tidak terkecuali, memang boleh bikin rambang mata dek kerana menunya yang beraneka jenis!
Antara menu yang menjadi kegemaran ramai pengunjung di sini ialah mi bandung, Mi Kolok Hongkong, tomyam dan nasi anjung. Harganya juga berpatutan, berbaloi dengan keenakan yang dijanjikan.
Alamat: Assyakirin Commerce Square (Jalan Kidurong), 97000 Bintulu, Sarawak
Tidak dinafikan, makanan Indonesia memang tidak kurang enaknya, cukup kena dengan citarasa orang kita. Anda teringin untuk mencuba makanan Indonesia yang enak dan murah? Singgah sahaja di kafe Sri Kandi ini!
Antara menu yang popular di sini ialah nasi ayam penyet dan Mi Jawa. Selain itu, menu lain seperti nasi ayam Hainan dan maggie goreng juga turut disediakan di Sri Kandi Cafe ni.
Alamat: 97000 Bintulu, Sarawak
Kafe ini pasti akan menjad ‘port’ sarapan kegemaran anda. Menghidangka pelbagai jenis menu sarapan yang bukan sahaja enak, harganya juga murah.
Antara menu yang anda boleh cuba di sini ialah mi goreng Jawa, roti telur dan nasi lemak. Saiz hidangannya juga besar, jadi kami berani jamin yang akan meninggalkan kafe ini dalam keadaan perut kenyang.
Alamat: No. 82, Sample Park, Jalan Tun Hussein Onn, 97000 Bintulu, Sarawak
Burger pasti termasuk dalam senarai makanan kegemaran anda, bukan? Jika anda masih tercari-cari gerai burger mana yang patut anda terjah untuk mencuba berbagai jenis burger, singgah saja di AHZA Burger House.
Ada berbagai jenis burger yang dihidangkan di sini. Ada Mega Burger, Cheezy Burger, Twin Burger, XP Burger, Plain Burger dan banyak lagi. Burger yang laku keras di sini ialah Cheezy Burger. Jika anda penggemar keju, burger ini pasti cocok buat anda!
Alamat:
Siapa sahaja yang tidak suka nasi kukus, bukan? Tambahan pula jika berlaukkan ayam berempah, memang ‘kaw’! Jika anda teringin untuk mencuba menu kegemaran ramai ini, singgah sahaja di Cafe Che Minah Nasi Kukus Ayam Dara.
Selain ayam berempah, ada aneka lauk dan sayuran yang disediakan di sini. Nasi goreng juga turut dihidangkan, jadi pilih sahaja menu mana yang berkenan di hati.
Alamat: Kampung Baru 97000 Bintulu Sarawak
Satu lagi restoran yang menghidangkan makanan laut yang berbagai. Bukan sahaja mempunyai aneka menu yang sedap-sedap belaka, harganya juga berpatutan.
Anda pilih sahaja makanan laut kegemaran anda dan pesan sahaja cara masakannya. Harga untuk setiap menu bergantung kepada berat makanan laut itu sendiri. Menu lain seperti nasi goreng juga turut dihidangkan.
Alamat: No. 10, Jalan Sommerville, Sarawak, 97000 Bintulu
Roti canai dan teh tarik – satu kombinasi makanan dan minuman yang cukup digemari orang kita, tambah-tambah pula untuk waktu sarapan. Memang boleh membangkitkan ‘mood’ sesiapa sahaja!
Dua menu tersebut merupakan antara menu yang cukup laku di kafe Famous Mama ini. Selain itu, menu lain yang anda boleh cuba di sini ialah roti telur, kari kambing dan nasi lemak ayam. Pasti memikat!
Banyak juga tempat makan menarik yang boleh anda singgah di Bintulu ini. Bukan sahaja enak, malah berpatutan pula harga yang ditawarkan.
Kami mengesyorkan agar anda datang awal ke tempat-tempat makan yang kami senaraikan ini kerana dikhuatiri ruang restoran dan ruang parkir penuh dengan pelanggan. Jangan sampai terlepas peluang pula ya, selamat menjamu selera!