Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan sebuah institusi pengajian awam yang terletak di pekan Sintok ini menawarkan pelbagai bidang pengajian buat para pelajar sepenuh masa dan separuh masa. Bagi pelajar yang mendapat tawaran belajar di UUM, anda sangatlah istimewa kerana di sini memiliki pelbagai kemudahan dan keindahan alam semulajadi yang damai.

Setiap kolej juga disediakan kafetaria untuk para pelajar menjamu selera. Jadi, tidak perlu risau dan tidak perlu keluar dari kolej untuk mendapatkan makanan. Di sini terdapat beberapa buah kafe yang boleh anda cuba di sekitar UUM.

#1. Kachi Mall

Kachi Mall ini terletak di Bukit Kachi berhampiran dewan penginapan pelajar luar kampus. Ia merupakan medan selera yang menyediakan makanan kepada para pelajar yang menginap di Dewan Penginapan Pelajar Bank Rakyat dan juga Dewan Penginapan Pelajar SME Bank.

Nasi Kerabu @Bukit Kachi

Imej via sintoknews

Terdapat pelbagai gerai makanan di sini yang menyediakan pelbagai menu terdiri dari masakan panas ala carte, nasi tomato, nasi campur, nasi kerabu, masakan barat, masakan Cina dan India serta gerai minuman.

Suasana persekitaran Kachi Mall ini begitu nyaman dan selesa. Malah, kebersihan di sekitar kawasan ini begitu bersih.

Nasi Dagang @Bukit Kachi

Imej via sintoknews

Pelajar yang datang menjamu selera di sini pastinya merasa begitu tenang. Harga makanan juga begitu murah sesuai untuk para pelajar.

Alamat : Bukit Kachi, Sintok, 06010 Changlun, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam setiap hari

#2. Famila Café @ Red House

Kafe ini bernama Famila Café turut dikenali dengan nama Red House Café. Ini kerana bangunan café berwarna merah, maka ia turut dikenali sebagai Red House dan sangat terkenal di dalam kampus UUM.

Nasi Arab @Red House

Imej via facebook

Menjelang tengahari, café ini mendapat sambutan ramai di mana para pelajar dan juga pensyarah dari luar negara menjamu selera di sini. Kehadiran pensyarah luar negara kerana kafe ini menyajikan pelbagai hidangan yang menepati selera para pelanggannya.

Nasi Ayam @Red House

Imej via facebook

Selain makanan Melayu, terdapat menu seperti makanan Arab, makanan Afrika, makanan Pakistan dan bermacam lagi. Keunikan serta kepelbagaian menu ini membolehkan warga asing menikmati hidangan negara asal mereka. Malah, rakyat tempatan juga boleh mencuba hidangan masyarakat luar di sini.

Alamat: Universiti Utara Malaysia, 06100 Sintok, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali Jumaat dibuka mulai 9.00 pagi hingga 5.00 petang

#3. Cafe SME 

Dewan Penginapan Pelajar (DPP) SME Bank terletak di Laluan D iaitu di Bukit Kachi. Di DPP SME Bank turut memiliki sebuah kafe. Ia menawarkan pelbagai jenis hidangan pagi, tengahari dan malam.

Chicken Chop @SME Cafe

Imej via sintoknews

Antara menu yang boleh anda nikmati di sini adalah nasi lemak kukus, roti canai, mee kari, nasi ayam dan juga masakan panas. Roti canai yang terdapat di sini juga begitu menarik kerana selain roti kosong, ia juga menyajikan roti telur, roti planta, roti jagung dan banyak lagi.

Nasi Goreng @SME Cafe

Imej via sintoknews

Dekorasi kafe ini begitu unik, cantik serta teratur dan bertemakan putih dan biru. Kelihatan sangat kemas dan tenang di kafe ini. Para pelajar begitu menggemari menu roti canai terutama pada waktu malam.

Alamat: DPP SME Bank, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#4. Medan Selera EON

Medan Selera EON berada di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) EON yang terletak di Laluan B. Medan selera ini menawarkan pelbagai jenis menu yang dapat memenuhi permintaan para pelanggan yang terdiri dari pelajar UUM.

Nasi Ayam @ DPP Eon

Imej via foursquare

Menu paling best dekat sini adalah nasi lemak yang dilengkapi telur goreng, ayam goreng serta sambal ikan bilis. Tidak terlalu pedas dan sesuai buat semua. Terdapat juga menu lain seperti makanan Barat yang memang menyelerakan.

Meatball @ DPP Eon

Imej via foursquare

Harga makanan di sini juga sangat murah dan menjadi tumpuan ramai.

Alamat: DPP EON, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 12.00 malam setiap hari

#5. Yasmeen

Bagi pelajar UUM yang menggemari nasi kandar tidak perlu keluar dari kampus untuk menikmatinya. Ini kerana terdapat sebuah restoran nasi kandar di sini yang dikenali sebagai Yasmeen.

Nasi Kandar @Yasmeen Restaurant

Imej via foursquare

Ia terletak di sebelah Lego dan telah memulakan perniagaan sejak tahun 2012 lagi. Yasmeen menawarkan pelbagai lauk pauk yang dapat membuka selera pelajar. Paling top di sini adalah ayam madunya yang memang best.

Mee Goreng @Yasmeen Restaurant

Imej via foursquare

Selain itu, menu lain yang boleh anda nikmati adalah kari ayam, ikan, sotong, telur serta pelbagai sayur goreng. Anda juga boleh memesan masakan panas di sini terutamanya maggi goreng memang sangat digemari.

Alamat: Restoran Yasmeen, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari

#6. DPP Petronas

Para pelajar yang menginap di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Petronas ini boleh mencuba pelbagai hidangan di kafetaria yang disediakan. Sudah tentu ianya menyediakan pelbagai menu untuk dinikmati seperti nasi lemak, roti canai, nasi campur, tomyam dan sebagainya.

Kuetiaw @DPP Petronas

Imej via facebook

Bagi anda yang tidak tahu untuk makan apa pada waktu pagi, anda boleh mencuba roti canainya yang lembut dan garing, bersama kuah dalnya yang pekat serta enak sekali. Menjelang tengahari bolehlah anda mencuba nasi campurnya yang mempunyai pelbagai lauk.

Nasi Tomyam @DPP Petronas

Imej via facebook

Anda juga boleh mencuba menu tomyamnya yang begitu sedap, begitu terasa masam dan lemak tomyam yang disediakan. Malah, hirupan tomyam ke mulut anda pastinya memikat hati.

Alamat: DPP Petronas, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#7. DPP MISC

Kafetaria di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) MISC ini sangat menjadi tumpuan ramai pada waktu tengahari. Ini kerana lauk – pauk yang disediakan begitu banyak serta enak sekali.

Bihun Sup @DPP MISC

Imej via foursquare

Sehinggakan ramai pensyarah sanggup datang dan menjamu selera di sini. Yang paling laku keras di sini adalah cendawan goreng tepungnya yang rangup di luar, lembut di dalam.

Nasi Ayam @DPP MISC

Imej via foursquare

Harga makanan pula adalah standard pelajar, membuatkan ramai menjamu selera di sini.

Alamat : DPP MISC, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam setiap hari

#8. Pusat Islam

Sebuah kafe yang terdapat di Pusat Islam ini menawarkan tempat makan yang agak sejuk dan selera kerana memiliki alat pendingin hawa. Bagi anda yang ingin keselesaan untuk menjamu selera terutama di waktu tengahari yang panas, di sinilah tempat yang paling sesuai.

Mee Udang @Pusat Islam

Imej via sheilainspire

Ramai yang berkunjung ke sini kerana tidak mahu menjamu selera dalam keadaan tidak selesa. Bukan itu sahaja, lauk pauk yang disediakan juga agak banyak, malah harganya juga agak murah.

ABC @Kafe Pusat Islam

Imej via foursquare

Bukan sahaja pelajar gemar menjamu selera di sini, kalangan pesyarah UUM juga turut datang ke sini untuk menikmati hidangan tengahari.

Alamat : Pusat Islam Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari (kecuali Jumaat dan Sabtu tutup)

#9. University Inn

Sesekali pekena nasi Arab memang best. Untuk anda yang ingin mencuba, datanglah ke University Inn kerana terdapat nasi Arab yang sedap di sini.

Daging Kicap @Univerity Inn

Imej via facebook

Nasinya bersaiz agak panjang, ayam serta kentang yang disajikan bersama agak banyak dan sesuai dengan saiz hidangan orang Arab.

Ayam Goreng @University Inn

Imej via facebook

Harganya pula begitu murah sekitar RM 6.00 sepinggan, sangat berpatutan dengan saiz dan kualiti hidangan. Jus buah yang disediakan begitu segar, rasailah keenakan jus mangga yang sedap dan lemak manis.

Kedai makan ini terletak berhampiran dengan masjid di UUM, merupakan lokasi strategik bagi menarik orang ramai singgah makan di sini setelah menunaikan kewajipan solat.

Alamat: Persiaran Perdana, 06010 Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#10. Lego

Lego terletak di lokasi yang begitu strategik iaitu di tengah – tengah laluan DKG menuju perpustakaan. Merupakan medan selera para pelajar menjelang tengahari kerana ia berada tidak jauh dari dewan kuliah. Pelajar yang berada di dewan kuliah berhampiran tidak perlu berjalan jauh untuk menjamu selera.

Lontong @Lego

Imej via foursquare

Di Lego ini terdapat pelbagai gerai yang menyajikan menu yang berbeza seperti nasi ayam, nasi lemak, nasi campur, masakan ala carte dan banyak lagi. Menu paling mendapat sambutan adalah menu ala carte yang terdiri dari nasi goreng, bihun goreng dan mee goreng.

Mee Rebus @ Lego

Imej via foursquare

Para pelajar sanggup beratur panjang untuk mendapatkan menu ala carte kerana harganya murah dan cukup mengenyangkan. Sebagai seorang pelajar kenalah berjimat cermat kan ?

Alamat : Lego Cafe, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#11. Restoran Tasik UUM

Sambil menikmati hidangan yang dipesan, sambil mata memandang keindahan tasik yang terdapat berhampiran restoran ini. Pastinya anda merasa begitu tenang ketika makan di Restoran Tasik UUM.

Set Talam @ Restoran Tasik

Imej via facebook

Harga minuman di sini cumalah RM 1.00 sahaja dan anda boleh mendapat secawan kopi dengan hanya RM 0.15 sen. Cukup murah bukan ?

ABC @Restoran Tasik

Imej via facebook

Menu yang terdapat di sini terdiri dari sate, roti canai, nasi lemak, masakan panas Ala Thai, nasi campur, masakan Barat, char kuetiaw, mango shake dan juga ABC.

Alamat : Jalan Tasik Mas, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 12.00 malam

#12. SiR Café & Co

Seiring nama café yang digunakan, SiR Café & Co menawarkan pelbagai hidangan makanan Barat di sini. Ramai yang datang menjamu selera di sini memilih hidangan burger sebagai pilihan. Hidangannya ringkas namun memiliki keenakan yang tiada tandingan.

Burger @SiR Cafe

Imej via facebook

Selain burger, terdapat spaghetti, wedges, lamb chop, chicken chop dan banyak lagi menu menarik. Nasi lemak juga turut tersedia di sini. Terdapat ice blended, kopi dan juga jus buah – buahan disediakan buat para pelanggan.

Nasi Lemak @SiR Cafe

Imej via facebook

Café ini menampilkan dekorasi yang ringkas dan menarik untuk para pengunjung menjamu selera.

Alamat : Lot VM 07, Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia, 06010, Sisiran Sintok 1, 06050 Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari (kecuali cuti umum tutup)

#13. Alumni Junction

Alumni Junction terdiri dari beberapa buah gerai yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman di sini. Anda boleh melihat begitu banyak menu yang dijual di sini.

Mee Kuah @Alumni Junction

Imej via facebook

Kebanyakan menu masakan panas disediakan buat para pelajar yang menjamu selera. Antara menu yang terdapat di sini adalah seperti nasi goreng, mee goreng, kuetiaw goreng, mee kuah, nasi ayam, nasi campur, nasi biryani, nasi ayam kunyit dan banyak lagi.

Char Kue Teow @Alumni Junction

Imej via facebook

Harga makanan di Alumni Junction ini sangat berpatutan dan mampu dibeli oleh pelajar.

Alamat : Alumni Junction Cafe, Universiti Utara Malaysia
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari

#14. Café Kita

Café Kita memiliki ruang makan yang agak ringkas tetapi memiliki keunikan yang tersendiri. Ia turut menyediakan ruang bacaan bagi pelanggan yang gemar membaca sambil menikmati hidangan di sini.

Dim Sum @ Cafe Kita

Imej via foursquare

Menu di sini terdiri dari makanan ringkas namun mengenyangkan antaranya dim sum, sandwich gemok, burger, spaghetti, sate kebab, pelbagai jenis pau, roti bakar dan telur separuh masak. Selain makanan, minuman juga disediakan seperti pelbagai jenis milkshake yang terdiri dari oreo, vanilla, coklat, tiramisu, latte, cappuccino, green tea, minuman panas serta yogurt yang menyelerakan.

Dim Sum @ Cafe Kita

Imej via foursquare

Alamat : Bangunan Ekonomi (UUM-COB), 06050 Changlun, Kedah
Waktu Operasi : Mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari (kecuali Jumaat dan Sabtu)

#15. Restoran Manager’s Coffee

Restoran Manager’s Coffee merupakan rangkaian perniagaan kopi yang menghidangkan pelbagai jenis kopi asli serta menu – menu lain yang popular dengan   harga yang sangat berpatutan. Ia dibuka atas kerjasama pihak UUM dengan syarikat Manager’s Coffee Sdn Bhd sebagai salah satu pendapatan sampingan buat UUM.

Coffee @Managers Coffee

Imej via facebook

Kewujudan Restoran Manager’s Coffee ini membolehkan para pelajar mendapat latihan dari restoran ini di samping menjana pendapatan kepada UUM. Selain kopi, menu lain yang boleh anda cuba di sini adalah makanan seperti nasi goreng, burger, chicken chop, spaghetti, kek, sandwich, mee goreng sintok, kuetiaw goreng, cucur udang special, wedges, sup berkrim, ayam percik Chef Wan dan sebagainya.

Oblong @Managers Coffee

Imej via facebook

Restoran ini juga kelihatan begitu simple dengan dekorasinya yang tidak terlalu meriah atau padat. Malah, dekorasinya sedap mata memandang dan begitu selesa.

Alamat : Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#16. Fandhaal International Café

Café ini menawarkan pelbagai menu antarabangsa terutamanya dari negara Timur Tengah. Anda boleh menikmati pelbagai hidangan nasi Arab yang istimewa di sini.

Nasi Arab @Fandhaal International Cafe

Imej via facebook

Selain nasi Arab, terdapat hidangan seperti kebab, samosa, sup kambing, pelbagai jenis manisan dan banyak lagi. Pelanggan yang datang makan di sini juga terdiri dari pelbagai kaum. Memang meriah restoran ini.

oti Nan @Fandhaal International Cafe

Imej via facebook

Café ini juga mengenakan harga yang sangat berpatutan, tambahan pula saiz hidangannya juga begitu memuaskan hati.

Alamat : Varsity Mall, UUM Sintok, 06050 Kedah
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 malam setiap hari

Kesimpulan

Begitu banyak kafetaria diwujudkan di dalam kawasan UUM ini. Ia membolehkan para pelajar menjamu selera dengan mudah, malah boleh bertukar – tukar selera dengan mengunjungi segenap kafetaria yang ada di sekitar UUM.

Dari segi harga makanan, ia akan terus dipantau oleh pihak pengurusan UUM supaya harga yang dikenakan kepada para pelajar adalah munasabah dan murah. Para pelajar juga tidak akan dibebani dengan harga makanan yang tinggi.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .