Mencari tempat makan best di Sabak Bernam? Jom baca artikel ini kerana kami kongsikan 12 tempat makan yang best dan sedap di sini!
Sabak Bernam kini merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan para pelancong, tak kira dalam mahupun luar negara. Mana tidaknya, kini lebih banyak kawasan rekreasi dan pelancongan yang ada di kawasan sekitar yang sesuai untuk seisi keluarga.
Seiring dengan itu, tempat makan best juga banyak di sini. Sekinchan dan Sungai Besar antara tempat yang menjadi pilihan kami kali ini. Ada juga yang pernah viral dengan keenakannya. Ini pilihan tempat yang boleh anda kunjungi untuk mengisi perut.
Alamat: No 4, Gerai PLB Pantai Batu 23, Sungai Nibong, 45400 Sekinchan, Selangor.
Waktu operasi: Selasa – Khamis (1:00pm – 9:00pm) | Jumaat (3:00pm – 10:00pm) | Sabtu & Ahad (1:00pm – 10:00pm)
Bukan di Kelantan dan Terengganu sahaja anda boleh dapatkan aneka celup tepung yang sedap, kini anda boleh rasai keenakan menu ini di Sekinchan. Sambil makan anda boleh layan permandangan laut yang meluas.
Kalau rasa tak berbaloi pilih satu-satu jenis, pesan sahaja Set Talam Lambak yang didatangkan bersama selambak udang, ikan dan sotong celup tepung serta percuma dua nasi putih dan tomyam padu! Hidangan yang sesuai untuk 2 hingga 4 pax ini hanya RM 50 sahaja. Berbaloi bukan?
Nama kedai pun selambak, sudah tentu saiz hidangan juga selambak. Yang penting, tekstur celup tepung memang mengiurkan dengan kerangupannya.
Alamat: Kampung Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu operasi: 11.00 am-10.00 pm
Lajak sedikit ke Sungai Besar, di sini lebih banyak pilihan menu dan rata-rata merupakan menu untuk makan tengah hari yang terdiri daripada ikan bakar, makanan laut dan masakan tradisi.
Ikan dan makanan laut memang segar dan besar. Nak makanan yang unik dan luar biasa? Jangan risau kerana di sini ada lobster, mentarang, arnab, rusa dan sebagainya.
Menu yang menjadi kesukaan ramai adalah mi udang dan chili butter mussels. Jika mahu makan naso, apa kata cuba mentarang masak lemak, ikan patin pais tempoyak, udang lipan dried chili dan ikan merah stim nyonya. Di sini juga anda boleh layan view yang menarik.
Alamat: Parit 7 1/2 Timur Jalan Baru, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu operasi: Khamis-Isnin (3.00 pm-10.00 pm)
Juga terletak di Sungai Besar, Burger Stop Western & Grill merupakan port makanan western terbaik di sini. Pelbagai pilihan burger, pasta, meatball dan sebagainya yang pasti membuatkan ramai rambang mata untuk memilihnya.
Nak view yang cantik, datanglah pada waktu petang bermula 3.00 petang kerana pengunjung akan disajikan dengan permandangan sawah padi meluas dan menghijau. Jika datang dalam kelompok yang ramai, apa kata pesan hidangan dalam bentuk set keluarga kerana lebih jimat dan berbaloi!
Dengar cerita, set mushroom soup, Salmon Grill White Sauce dan Sambal Grilled Chicken Chop antara menu yang tidak mengecewakan. Pilihan air juga menjadi kegemaran ramai termasuklah Yogurt Rosemango, Air Selangor dan Jus Oren.
Alamat: Jalan Terusan Utama, 45300 Sungai Besar, Selangor
Waktu operasi: Sabtu-Rabu (12.30 sehingga habis)
Gerai Rojak Shamal atau dikenali sebagai Shamal Rojak Mee terletak lebih kurang 10 hingga 13 minit dari tempat makan best di Sabak Bernam di atas. Nampak macam gerai biasa sahaja, namun tahukah anda ramai yang menggelarnya sebagai rojak dan cendol terbaik di Sungai Besar.
Kedai rojak ini juga terletak bersebelahan sawah padi. Sambil makan bolehlah layan permandangan cantik sambil ditiup angin sepoi bahasa. Setelah penat berjalan di tengah panas terik, sejukkan tekak pula dengan cendol dan ais kacang. Portion rojak mi memang mengenyangkan!
Alamat: Bagan Nakhoda Omar, Sabak, Selangor
Waktu operasi: Selasa – Ahad (11.00 am-7.00 pm)
Mee Udang Pantai BNO atau Pantai Bagan Nakhoda Omar menjadi port mee udang ramai pengunjung tempatan dan luar setempat yang mencari tempat makan best di Sabak Bernam. Satu portion memang penuh dan dibanjiri dengan udang yang segar dan besar. Sekali makan pasti buat anda tersandar.
Selain mi udang, makanan berasaskan udang yang lain juga menjadi pilihan ramai seperti laksa udang, nasi goreng udang dan bihun sup udang. Kemanisan udang tersebut menandakan udangnya memang segar!
Alamat: Jalan Tali Air 4, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu operasi: Sabtu & Ahad (10.00 am-5.00 pm)
Jika tadi anda boleh makan sambil melihat permandangan sawah yang luas terbentang, lain pula di Sekinchan Coconut Farm di mana anda makan dikelilingi pokok kelapa. Terdapat pelbagai pilihan makanan yang boleh anda pilih kerana terdiri daripada beberapa gerai kecil.
Ada gerai mi segera, laksa, oden, jajan dan sebagainya. Paling penting semestinya air kelapa yang segar dan pekat. Rainbow Cheese Toast, Nasi Ayam Geprek, Kerabu Maggie, Coconut Shake dan Oden menjadi pilihan ramai.
Tempat makan luas, bersih dan selesa.Namun perlu ingat bahawa kedai makan hanya dibuka pada hujung minggu. Hanya satu tempat, anda boleh mencuba pelbagai menu enak yang terdiri daripada menu berat hinggalah pencuci mulut.
Alamat: Parit 3 1/5 Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor
Waktu operasi: Rabu-Isnin (11.30 am-7.00 pm)
Laman Tebu Aidil menjadi port makan terdekat di Sekinchan. Di sini pula pengunjung boleh makan dikelilingi pokok tebu. Ruang makan banyak dan selesa. Kecantikan tempat ini membuatkan ramai yang tidak melepaskan peluang bergambar di segenap sudut. Laman Aidil juga bersebelahan dengan sawah padi.
Konsep makan di sini juga sama seperti Coconut Farm yang terdiri daripada beberapa gerai dengan menu yang berbeza. Chicken Wings antara menu yang banyak dicari oleh pengunjung! Tak lupa juga laksa, mi kari dan kuih-muih yang lain.
Dah datang ke sini, rugi jika tak cuba air tebu yang segar dari ladang. Tekak pasti segar dengan menikmati air ini lagi-lagi setelah penat bersiar-siar di kawasan berdekatan.
Alamat: Lot 10679a, Jalan Lama Kuala Selangor, Kampung Sungai Haji Dorani, 45400 Sungai Besar, Selangor
Waktu operasi: Sabtu-Ahad (12.30 pm-9.30 pm)
Mencari tempat makan best di Sabak Bernam terutama di Sekinchan yang menawarkan pelbagai menu berasaskan sup sedap? Jom ajak keluarga mahupun rakan untuk makan di Warung Changkat Corner Pokok untuk makan soto dan sup ceker! Rasa sup memang sedap kerana terasa rempah supnya dan tidak terlampau berminyak. Nasi ayam dan pecal antara menu lain yang turut menjadi pilihan pengunjung.
Alamat: Sungai Nipah, LOT 341, Jalan Kasawari Peket 60 Dalam, Kampung Sungai Haji Dorani, 45300 Sungai Besar, Selangor
Jika teringin makan roti canai, datanglah ke Canai Kambing Liena yang terletak di Kampung Sungai Haji Dorani. Warung ini menjadi tumpuan ramai kerana menyajikan roti canai bersama kari kambing. Roti canai yang dihidangkan sangat lembut dan rangup. Gandingan bersama kari kambing pekat memang mengiurkan dan paling penting kambingnya tidak hamis.
Kalau tak cukup untuk sarapan, pesan sekali bersama nasi lemak goreng kunyit. Air nira dan tebu merupakan pilihan minuman digemari ramai. Memang segar tekak apabila meminumnya.
Alamat: Kampung Batu 23, Pasir Panjang, 45400 Sekinchan, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (4.30 pm-11.00 pm)
Terletak di Pasir Panjang, siapa sangka ada kedai yang menjual makanan barat yang sedap di kawasan kampung. Apa yang lebih menarik, setiap menu ditawarkan dengan harga yang sangat murah walaupun rasanya setaraf di kedai-kedai mewah.
Cuba chicken chop dan nasi goreng chicken chop sudah cukup membuatkan anda tersandar kerana portion yang dihidangkan juga mengenyangkan. Dengar cerita, bakso dan nasi ayam penyet juga menjadi pilihan ramai. Nak tahu sedap atau tak, jom ke Joe Chicken Chop!
Alamat: 19, Jalan Tebedu, Pekan Sabak Bernam, 45200 Sabak Bernam, Selangor
Waktu operasi: Selasa – Ahad (8.00 am-5.00 pm)
Jom lajak sedikit perjalanan anda ke Sabak Bernam untuk merasai keenakan sebenar cempedak goreng. Gerai ini pernah tular di media sosial, dari menjual di gerai bawah pokok hinggalah ada kedai sendiri di Jalan Tebedu.
Ternyata bukan sekadar viral, rasanya memang tidak mengecewakan. Anda dapat makan cempedak goreng yang masih panas dan rangup. Selain cempedak goreng, jangan lupa juba aneka celup tepung yang sedap seperti sotong, ikan dan udang.
Tak cukup dengan itu, pelbagai jenis nasi lemak dan masakan panas turut ditawarkan buat pengunjung. Ice blended, buah-buahan celup serta pemanis mulut yang lain tidak menghampakan.
Alamat: Bagan Sekinchan
Waktu operasi: Khamis-Selasa (5.00 pm-10.00 pm)
Bukan sekadar gerai kecil, gerai ini menjual aneka sate yang sedap, murah dan sangat berbaloi. Bukan sate ayam sahaja yang ada, malam sate daging tenderloin dan sate kambing yang masing-masing dijual dengan hanya RM 1.30 dan RM 1.90 untuk satu cucuk. Berbaloi atau memang sangat berbaloi?
Nak lebih jimat, apa kata pesan dalam bentuk set yang bermula RM 48, khas untuk 2 hingga 4 orang hidangannya. Set ini disertakan 20 cucuk sate ayam, 20 cucuk sate daging tenderloin dan 3 pcs ketupat.
Dalam senarai 12 tempat makan best di Sabak Bernam di atas, pasti ada yang mencari tumpuan anda. Sesekali cuba makanan viral pasti tidak menyesal.
Jom ajak pasangan, keluarga mahupun rakan-rakan untuk turut mencuba menu-menu terbaik di atas. Selamat bercuti dan selamat menjamu selera!
Kami juga ada berkongsikan pelbagai tempat makan menarik yang lain di Selangor seperti tempat makan best di Bangi, tempat makan best di Klang dan Roti Canai Pelangi.