Pernah tak anda yang dalam perjalanan ke negeri Pantai Timur rasa lapar dan nak berhenti singgah makan, tapi tak tahu di mana ?

Apa kata singgah di sekitar Raub terlebih dahulu, sebab ada banyak makanan sedap – sedap di sini. Menu makanan Diraja pun ada kalau anda nak cuba. Rugi kalau tak rasai sendiri keenakan dan keunikan masakan negeri Pahang ini.

#1. Stall Dapur Western

Makanan di Stall Dapur Western ni bukan biashe – biashe tau ! Biarpun nama restoran ini macam biasa saja, namun menu yang disediakan sangatlah superb.

Chicken Grill @ Dapur Western

Imej via facebook

Keliru tak tahu yang mana satu untuk dicuba ? Apa kata cuba beef steak nya yang begitu lembut, tak liat dan mudah dipotong. Masuk sahaja ke dalam mulut, terasa daging masih berjus. Harga pula taklah terlalu mahal.

Chicken Grill @ Dapur Western

Imej via facebook

Bagi yang menggemari masakan panas, tomyam di sini memang sedap. Cukup terasa masam dan pedasnya. Tak rugi makan tomyam di sini, try dulu baru tahu.

Alamat : Taman Amalina Lestari, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari

#2. Restoran Ratu Rasa

Sebut nama restoran pun kita boleh agak pasti ada sesuatu yang istimewa di sini. Kalau anda nak tahu, di restoran ini lah terdapat menu makanan Diraja Pahang iaitu nasi keduli @ kebuli. Pasti anda tidak pernah mendengar nama menu ini kan ?

Patin Tempoyak @ Restoran Ratu Rasa

Imej via facebook

Nasinya seakan nasi beriani tetapi menggunakan rempah yang berbeza. Di sini juga terdapat tempoyak patin yang sangat mengliurkan, sambal hitam, mee sup, rendang opor, menu makanan barat, mee kari, roti jala jala, pulut dengan  rendang dan banyak lagi.

Nasi Kerabu Kuning @ Restoran Ratu Rasa

Imej via facebook

Pada waktu pagi, anda juga boleh menikmati pelbagai jenis roti canai di sini antaranya roti boom, roti planta, roti kawin, roti sardin dan juga nasi lemak. Pencuci mulut yang terdapat di sini adalah pudding Diraja yang sememangnya enak sekali rasanya.

Alamat : 38, Bangunan UMNO, Jalan Dato’ Abdullah, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang kecuali Rabu tutup

#3. Restoran Along

Kawasan restoran agak luas, memudahkan pelanggan yang datang meletakkan kereta dengan mudah. Pelayan restoran juga mesra dan pesanan turut disediakan dengan pantas.

Roti Canai @ Restoran Along

Imej via dicksp8jr

Apa yang anda boleh nikmati di Restoran Along ini? Ada nasi lemak dengan sambal yang sedap, nasinya lembut dan gebu. Roti canai yang disediakan juga lembut dan garing enak dimakan bersama kuah dal yang pekat.

Colek @ Restoran Along

Imej via JB

Petang – petang kalau makan colek pun sedap juga di sini. Kalau tengahari nasi ayam ada juga. Masakan panas ala Tomyam pada sebelah malam memang mengliurkan.

Alamat : Kampung Pintu Padang, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#4. Restoran Mualaf Raub

Jika di bandar – bandar besar, restoran Chinese Muslim sangat mudah di dapati berbanding daerah – daerah kecil seperti di Raub. Namun, anda yang berada di Raub kini boleh menikmati hidangan masakan Cina muslim di Restoran Mualaf Raub.

Tauhu 3 Cendawan @ Restoran Mualaf

Imej via facebook

Pelbagai menu yang jarang – jarang ditemui di restoran lain iaitu seperti nasi ayam Shezwan, taufu steam, ketam cili, sotong keladi, patin kicap, udang telur masin, kambing black pepper dan bermacam lagi. Harga pula agak murah berbanding di restoran lain.

Ikan Masam Manis @ Restoran Mualaf

Imej via facebook

Sesekali menukar selera, apa salahnya. Kan?

Alamat : No. 1, Taman Bistari Jalan Tras, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.30 pagi hingga 3.00 petang dan 6.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari

#5. Restoran Pak Engku King

Suasana di Restoran Pak Engku King ini memang berbeza. Ibarat sedang berada di sebuah kampung yang begitu indah untuk menjamu selera.

Sup @ Restoran Pak Engku King

Imej via facebook

Makanan di sini memang terbaik menunya. Antara yang boleh anda cuba adalah nasi arab Pak Engku, nasi goreng special Mak Engku, ikan masak Pak Engku,  sup kambing, ayam golek, kerabu maggi seafood, maggi goreng, ayam kampung masak halia / pedas / kicap, chicken chop, lamb chop dan banyak lagi yang menarik.

Kerabu Maggi @ Restoran Pak Engku King

Imej via facebook

Jangan lupa juga teh hijau nya sedap dan boleh menghilangkan kehausan anda. Murtabak daging juga sangat awesome !

Alamat : KM 6, Taman Gali Tengah, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 2.00 pagi setiap hari

#6. Sarpino’s Bistro

Sarpino’s Bistro menyediakan pelbagai jenis pizza dengan topping berbeza. Rotinya yang lembut menjadikan ia digemari oleh semua lapisan masyarakat.

Pizza @ Saffino's Bistro

Imej via facebook

Selain pizza anda juga boleh mencuba lasagne, chicken wing, salad, egg pizza, nasi claypot, bingsu dan juga laksa Sarawak (Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad). Restoran ini juga selalu membuat tawaran harga pizza dengan kadar buy one free one.

Bingsu @ Saffino's Bistro

Imej via facebook

Alamat : No. 45, Pusat Perdagangan Raub, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

#7. Anak Raub Corner

Masakan kampung tradisional Pahang menjadi menu utama di sini. Anda boleh menikmati gulai tempoyak patin, asamrong, sambal hitam dan banyak lagi.

Tomyam Seafood @ Anak Raub Corner

Imej via facebook

Menu makan pagi memang terbaik apabila restoran ini turut menyediakan roti canai pelbagai jenis seperti roti canai biasa, roti telur, roti telur cheese, roti boom, roti sardin, roti planta, roti pisang dan bermacam lagi. Enak pula dimakan bersama kuah kari dan sambal sardin. Nasi lemak paru juga turut menjadi permintaan ramai setiap hari.

Nasi Goreng USA @ Anak Raub Corner

Imej via facebook

Malam – malam pula anda boleh makan sate di sini, sambil menunggu tomyam kelapa yang memang mengasyikkan rasanya. Sotong celup tepung, kerang rebus, sup tulang, ikan kukus dan sebagainya menjadi pilihan ramai. Jangan lupa untuk mencuba teh tarik gula kabong yang tiada tandingannya.

Alamat : 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 1.00 pagi setiap hari kecuali Ahad tutup

#8. Azmi Steam Tempoyak

Kalau anda tercari – cari tempoyak patin yang sedap serta tiada tandingan, datanglah menjamu selera di Azmi Steam Tempoyak. Patin tempoyak yang disajikan di sini memiliki keunikan yang tersendiri.

Tempoyak Kukus @ Azmi Tempoyak Stim

Imej via facebook

Tempoyak yang digunakan untuk membuat gulai dihasilkan sendiri, ini menjadikan masakannya lebih mantap dan padu rasanya. Cara  memasak yang menggunakan kaedah mengukus pula memberi rasa cukup berbeza, ikan patin dikukus bersama kuah tempoyak.

Daging Bakar @ Azmi Tempoyak Stim

Imej via facebook

Ikan lain yang turut dijadikan sajian adalah ikan tilapia, kerai, kelah dan juga ikan tenggelan dan hanya ikan segar digunakan. Selain itu juga anda boleh menikmati hidangan sambal udang galah, sotong goreng tepung, ketam masak cili dan beberapa menu lain lagi.

Alamat : Lot 1001, Pusat Perniagaan Raub Jalan Tras, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : 11 pagi hingga 12 pagi (setiap hari) kecuali Jumaat dari jam 5 petang 

#9. Planet cendol

Apabila tibanya musim panas, minuman yang sejuk pastinya begitu menyegarkan. Lagi best jika dapat makan cendol di kala cuaca terik kan ?

Cendol @ Planet Cendol

Imej via facebook

Apa kata kali ini anda datang ke Planet Cendol dan rasai sendiri keenakan serta kelemakan cendol yang dihidangkan. Anda boleh mencuba cendol biasa, cendol jagung, cendol pulut dan juga cendol tapai. Memang menyegarkan tekak anda dibuatnya.

Tomyam @ Planet Cendol

Imej via facebook

Jika anda lapar, boleh juga membuat pesanan makanan seperti masakan panas, tomyam, ikan kukus, nasi goreng, mee goreng dan sebagainya. Nasi lemak bungkus daun pisang juga turut tersedia untuk dinikmati sambil makan cendol.

Alamat :Taman Amalina Lestari, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 3.00 petang hingga 11.30 malam setiap hari

#10. M’dan Ayam Goreng

M’dan Ayam Goreng semestinya menyediakan menu berasaskan ayam goreng. Anda boleh menikmati ayam goreng ala KFC yang rangup, garing dan sedikit berperisa. Setiap set hidangan ayam goreng disajikan bersama kentang goreng dan juga coleslaw.

Ayam Goreng @ M'Dan Ayam Goreng

Imej via facebook

Selain itu, terdapat juga nasi ayam dan nasi ayam chicken chop. Anda juga boleh menikmati masakan panas ala Thai juga seperti tomyam, paprika, kerabu maggi, siakap stim limau, kerabu seafood, kueteow kungfu, nasi goreng USA, nasi goreng ayam dan bermacam lagi.

Chicken Chop @ M'Dan Ayam Goreng

Imej via facebook

Alamat : No 44, Jalan Lestari 1, Taman Amalina Lestari, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#11. Restoran Raub Perdana Cafe Tomyam Corner

Sepantas 15 minit, menu yang anda pesan pasti siap dihidangkan untuk dinikmati. Memang pantas dan gerenti puas hati dengan rasa masakannya. Bermacam menu menari seperti sup tulang, tomyam, ayam masak merah, ayam kungpao, paprika, mee sizzling, sayur goreng dan bermacam lagi.

Maggi Ketam @ Tomyam Corner

Imej via facebook

Minuman pula yang paling popular adalah air jagung perdana, yang cukup lemak dan rasanya yang begitu umpph ! Selain itu, terdapat beberapa minuman lain yang juga special iaitu air 3 in love tea, 3 in love coffee, ros special, I jus boi dan juga barli madu.

Nasi Maxico @ Tomyam Corner

Imej via facebook

Alamat : No 17A’17B Bandar Raub Perdana, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 malam setiap hari

#12. Ikan Bakar Sri Tanjong 2 Raub

Apabila anda tiba di restoran Ikan Bakar Sri Tanjong 2 Raub ini, jangan gusar tentang parking kereta kerana ia menyediakan tempat letak kereta yang agak luas. Tapi pastikan parking dengan betul ya !

Western Food @ Ikan Bakar Sri Tanjong

Imej via facebook

Jarang menu ini muncul di restoran masakan panas. Mee hailam nama diberi, rasanya indah tidak terperi, rasa sekali pasti nak lagi. Peminat – peminat ikan bakar, jangan lepaskan keenakan ikan bakar di sini.

Tomyam @ Ikan Bakar Sri Tanjong

Imej via facebook

Anda juga boleh menikmati makanan barat yang memang terbaik dan sedap. Chicken chopnya garing di luar, lembut di dalam. Sos yang dimakan bersama pun memang sedap.

Alamat :No 43, Jalan Lestari 17, Taman Amalina Lestari, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 malam setiap hari

#13. Restoran Sri Malinja

Restoran Sri Malinja terletak di sebelah jalan utama sahaja. Mudah ditemui dan dari jauh pun dah boleh nampak. Pagi – pagi anda boleh bersarapan di sini.

Nasi Goreng @ Restoran Malinja

Imej via facebook

Roti canai boomnya memang menakjubkan, sedap dan lemak rasanya. Boleh juga anda mencuba roti bakaq teloq ketaq katanya, memang marvellous. Terdapat juga nasi lemak di pagi hari untuk santapan ramai.

Nasi Sotong Goreng @ Restoran Malinja

Imej via facebook

Bagi yang datang di waktu tengahari, bolehlah mencuba ikan bakarnya yang dimasak panas, nasi ayam, nasi ayam kampung, sambal gesek, masakan tradisi orang Pahang dan bermacam lagi. Sup ekor dan gulai ikan patin memang sedap. Menjelang malam hari, anda boleh menikmati masakan panas di sini. Datang awal, takut – takut restoran penuh pula.

Alamat : No 1 Gerai MUIP, Jalan Lipis, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari kecuali Rabu tutup

#14. Satay Pak Harun

Tahukah anda di Raub ini terdapat sate Obama. Mesti tak percaya kan ? Sate Obama yang menjadi sebutan ini sebenarnya adalah Satay Pak Harun.

Sate Daging @ Satay Pak Harun

Imej via facebook

Lebih 35 tahun menjalankan perniagaan, sate Pak Harun telah menjadi pilihan untuk dihidangkan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang – sidang Kemuncak Berkaitan pada 21 November 2015 di mana Malaysia telah menjadi tuan rumah ketika itu.

Sate @ Satay Pak Harun

Imej via facebook

Satay Pak Harun berada di hadapan Hospital Raub dan pernah diperkenalkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak suatu tika dahulu oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Alamat : No. 4, Gerai Majlis, Jalan Tengku Abdul Samad, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.30 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari kecuali Ahad tutup

#15. Restoran Hanis Husna

Lokasi restoran ini yang terletak di bangunan LKNP memudahkan orang ramai datang menjamu selera seawal 7.30 pagi lagi. Ada yang datang untuk menikmati nasi lemak, roti canai dan kuih muih tradisi.

Mee Bandung @ Restoran Hanis Husna

Imej via rosleejumaat

Yang paling best sudah tentulah sewaktu makan tengahari kerana patin tempoyaknya merupakan hidangan utama di sini. Memang mengliurkan serta aroma tempoyaknya cukup menusuk kalbu.

Nasi Campur @ Restoran Hanis Husna

Imej via facebook

Pada waktu malam pula, masakan panas ala Thai menjadi santapan pelanggan yang datang. Jangan lupa mencuba tomyam serta sup tulangnya yang memang best !

Alamat : No 8, Bangunan LKNP, Jalan Padang 8, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#16. Maat’am Nasi Arab

Kalau sudah bosan makan tempoyak patin, apa kata ubah selera anda pula.Bukan lauk pauk kampung atau tempatan, tetapi kali ini makan nasi Arab pula.

Nasi Arab @ Maat'am Nasi Arab

Imej via facebook

Menu di Maat’am Nasi Arab ini sudah tentunya menyajikan menu – menu dari negara Timur Tengah yang cukup mempersonakan. Butiran nasinya yang panjang serta lembut sudah tentu membuka selera.

Ayam Panggang @ Maat'am Nasi Arab

Imej via facebook

Ditambah pula dihidangkan bersama kambing atau ayam yang masing – masing memiliki keunikan rasa yang tersendiri. Maat’am Nasi Arab antara restoran yang begitu popular di pekan Raub ini.

Alamat : Jalan Cheroh – Batu Malim, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang setiap kecuali Ahad tutup

#17. Restoran Mai Shah D’Sempalit

Restoran ini terletak di Kampung Sempalit, Raub Pahang. Memiliki kawasan restoran yang agak luas serta menyediakan ruang parkir yang begitu selesa. Malah, restoran ini sentiasa mengekalkan kebersihan restoran pada tahap maksimum bagi keselesaan pelanggan.

Tilapia Steam Halia @ Restoran Mai Shah D'Sempalit

Imej via facebook

Terdapat pelbagai pilihan seafood serta ikan segar laut dan air tawar dan menu pula terpulang kepada anda. Anda juga boleh mencuba menu lain seperti ikan bakar Portugis, sup ketam power, ketam blackpepper, udang butter dan bermacam lagi.
Lamb Grill @ Restoran Mai Shah D'Sempalit

Imej via facebook

Selain itu, terdapat juga menu western seperti lamb grill, burger dan juga chicken chop.

Alamat : Kampung Melayu Sempalit, Raub 27600
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 malam setiap hari

#18. Cendol Durian Oreo

Dari jauh anda boleh nampak papan tanda warung ini, Cendol Durian Oreo. Agak – agak di Kuala Lumpur ada tak cendol durian oreo ? Rasanya macam tidak ada.

Cendol Durian @ Cendol Durian Oreo

Imej via facebook

Singgah di warung ini hanya menu cendol sahaja yang ada. Pelbagai jenis cendol iaitu cendol biasa, cendol oreo, cendol nangka dan juga cendol musang king berharga RM 15 (dua ulas durian). Cendol yang disediakan memiliki rasa lemak santan dan manis gula Melaka yang begitu seimbang.

Imej via facebook

Oh ya, makanan Barat seperti chicken chop sizzling juga anda boleh nikmati di sini selain nasi ala kak wok.

Alamat : Jalan Raub Bentong, 28700 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari

#19. Ayam Penyet 202

Tiada menu lain selain ayam penyet di sini. Restoran ini dikenali dengan nama Ayam Penyet 202 begitu membuka selera ramai kerana ayam dan sambalnya yang pedas meletop.

Nasi Ayam Penyet @ Ayam Penyet 202

Imej via facebook

Setiap hidangan nasi ayam penyet disajikan bersama set yang terdiri dari nasi putih, sayur kobis, timun, tempe, tauhu dan juga sambal. Set nasi yang terdapat di sini adalah set ayam penyet, set kembung dan set lele. Kesemua set nasi bersekali minuman iaitu samada sirap atau teh o ais.

Lele Penyet @ Ayam Penyet 202

Imej via facebook

Alamat : 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari

#20. Kopitiam Malaya

Nasi lemak di waktu pagi memang sedap tak terperi rasanya, tambahan pula perut tengah lapar kan ? Sebenarnya nasi lemak di kopitiam ini tidak hanya dimakan waktu pagi, tetapi boleh dimakan pada bila – bila masa sahaja.

Nasi Kerabu @ Malaya Kopitiam

Imej via facebook

Selain itu terdapat nasi kerabu, roti canai, roti bakar dan  bermacam lagi menu. Namun, pada tengahari anda boleh memilih hidangan set nasi dengan harga yang begitu berpatutan. Antara menu yang tersedia pada waktu tengahari adalah nasi putih bersama keli berlada, kobis lemak putih dan air sirap, set nasi ayam cincang dan air sirap dan juga nasi ayam kari bersama sayur dan air sirap.

Udang Butter @ Kopitiam Malaya

Imej via facebook

Anda boleh merasai sendiri mee kungfu, hokkien mee, tomyam, chicken chop, jenahak 3 rasa, siakap bakar, ketam black pepper, asam pedas pasri serta pencuci mulut yang enak sekali.

Alamat : 64, Jalan Tun Razak, 27600 Raub, Pahang
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari

Kesimpulan

Memang banyak rupanya tempat makan yang best – best di sekitar Raub ini. Pasti anda tidak menyangka kan ? Kalau dah tahu di mana tempat makan yang best, jangan lupa singgah nanti !

Rugi kalau anda tak cuba, lebih – lebih tempoyak patin lah ! Selamat menjamu selera.

Penulis: Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.