Sebut sahaja Padang Besar, pastinya ramai yang tahu lokasi tempat ini. Ia terletak di negeri Perlis dan merupakan sebuah pecan kecil yang bersempadan dengan Songkla serta memiliki tarikan yang tersendiri dan sangat popular untuk mereka yang gemar membeli belah.
Pelbagai jenis barangan boleh anda beli di Arked Niaga yang terletak di sini. Ada bermacam barangan kraftangan, periuk belanga, bunga – bunga plastik, baju dan bermacam lagi.
Setelah penat membeli belah, pastinya perut pun terasa lapar. Begitu banyak kedai makan yang enak di kawasan sekitar. Malah, terdapat menu dari Thailand sangat popular dan mendapat permintaan ramai.
Kedai Kak Yah Nakhon seakan bunyi Siam nama kedainya. Pelbagai menu menarik perhatian ramai, lebih – lebih lagi yang tengah kelaparan.
Imej via facebook
Antara menu yang best untuk dicuba adalah pulut ayam yang cukup berbeza. Jika di tempat lain kita biasanya menemui pulut mangga atau pulut durian, tetapi di Padang Besar anda akan banyak menjumpai pulut ayam.
Imej via foursquare
Pelbagai jenis sup yang enak di sini seperti mee sup, bihun sup, moi sup, masakan panas, tomyam dan banyak lagi.
Alamat : 02100 Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari
Pulut ayam di kedai Mak Teh Pulut Ayam begitu berbeza. Tekstur pulutnya begitu lembut dan juga lemak. Ayam yang disajikan pula terasa garing, ditambah pula bawang goreng yang rangup serta sos Thai yang sangat sesuai dimakan bersama.
Imej via facebook
Selain pulut ayam, terdapat juga nasi campur, nasi ayam, masakan panas, kerabu maggi, kuetiaw sup, laksa Perlis, laksa lemak, tomyam dan bermacam lagi.
Imej via facebook
Sebagai penutup hidangan, anda boleh memesan pulut mangga atau pulut durian sebagai sajian terakhir.
Alamat : 02100 Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari (kecuali Selasa dan Rabu tutup)
Jika tiba di Padang Besar pada waktu pagi, boleh lah anda bersarapan dahulu di sini sebelum meneruskan aktiviti membeli belah. Sambil menunggu kedai di Arked memulakan perniagaan, boleh menanti di sini sambal menikmati hidangan roti bakar, roti canai, nasi lemak dan bermacam lagi.
Imej via faizalfaiez
Sekiranya tidak mahu pening kepala mencari tempat makan semasa tengahari, boleh juga ke Restoran Seri Kenyalang Utara ini dan mencuba nasi campur. Lauk pauk begitu banyak sekali.
Imej via faizalfaeiz
Masakan panas pula memang banyak pilihan. Char kuetiawnya juga sedap. Anda juga boleh mencuba makanan Barat yang sangat menarik di sini.
Alamat : 02100 Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 malam setiap hari (kecuali Ahad tutup)
Mee Mee Authentic Thai menyajikan menu daging bakar Chiang Mai yang begitu popular. Tempat lain jarang menyajikan daging bakar ini, dengan harga RM 8.00 anda boleh menikmati sepinggan kecil daging bakar. Boleh juga memesan nasi daging atau diratah begitu sahaja.
Imej via foursquare
Pilihan tomyam samada tomyam biasa, tomyam putih atau tomyam namsai memberi rasa yang berbeza. Kengsom yang enak boleh dinikmati bersama ikan, udang, tulang atau telur cha om.
Imej via foursquare
Sup tulang Thai atau tomsep juga boleh membuatkan anda terangkat setelah mencubanya. Somtam pun sedap juga. Pulut mangga dan pulut ayam juga boleh dinikmati sebagai hidangan yang terakhir sekali.
Alamat : Jalan Kawasan Perindustrian Padang Besar, Taman Kastam 2, 02100 Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 2 petang hingga 10.00 malam setiap hari (kecuali Isnin tutup)
Restoran Balqis Ikan Bakar ini dibuka untuk makan tengahari. Walau bagaimana pun, ia dibuka seawal jam 10.00 pagi bagi membolehkan pelanggan menjamu selera agak awal.
Imej via nizamzura
Masakan kampung menjadi hidangan utama di sini. Pelbagai jenis gulai – gulai kampung, kari daging, ayam kampung, ikan bakar, kerabu, sambal, ulam – ulaman dan banyak lagi.
Imej via ntahler
Sebaik sahaja ia dibuka, restoran ini sering diserbu oleh orang ramai kerana tidak sabar menjamu selera di sini.
Alamat : No 3, Gerai MPK, Taman Singgahsana, Padang Besar Utara, 02100 Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari (kecuali Isnin tutup)
Nak makan sup selepas penat membeli belah, singgah dulu di Restorarn D’ Chempaka ini. Sup yang tersedia begitu banyak dan terdiri dari sup sayur, ayam, cendawan, ekor, daging dan tulang. Manakala tomyamnya pula terdiri dari tomyam ayam, daging dan tomyam campur.
Imej via facebook
Kengsom sangat popular di sebelah utara, makanya anda juga boleh mencuba kengsom udang, ikan atau ayam. Ikan pula boleh dimasak dengan pelbagai jenis dan pilihan antaranya stim limau, tiga rasa, masam manis, masak halia dan banyak lagi.
Imej via facebook
Anda boleh memesan menu ala carte ataupun hidangan set yang lebih jimat.
Alamat : Padang Besar, 02100 Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari
Memang selera kampung betul di sini, Caen Selera Kampung dan Tomyam menyajikan pelbagai lauk pauk, sambal belacan, ulam – ulaman, serta pelbagai menu yang menjadi kesukaan ramai. Ada ikan masin, telur masin, gulai batang pisang, ikan bakar dan banyak lagi.
Imej via facebook
Tomyam kelapa yang terdapat di sini memang padu dan meletop rasanya. Terasa kemanisan air kelapa yang bercampur dengan bahan – bahan tomyam sangat memberi kepuasan sebenar rasa tomyam.
Imej via facebook
Sambil menjamu selera anda boleh juga mencuci kereta kerana terdapat sebuah car wash di sini. Kereta bersih, perut pun kenyang.
Alamat : Jalan Kangar – Padang Besar, Padang Besar, 02100 Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari
Kedai Kak Yam menjadi tumpuan ramai terutamanya di waktu tengahari. Bagi anda yang ingin menjamu selera di sini pada hari Jumaat, tidak disarankan untuk pergi selepas solat Jumaat kerana ia akan padat dengan pelanggan yang ramai.
Imej via emaaiyka
Kedai Kak Yam ini kebanyakannya berasaskan menu sup. Namun, supnya bukan sup biasa tetapi memiliki rasa yang unik dan sedap.
Imej via hakimalberlisi
Anda juga boleh mencuba kuetiaw gulung, kuetiaw kecil, moi sup dan banyak lagi. Makan di sini pastinya anda terhibur dengan keramahan Kak Yam yang sentiasa melayani para pelanggan yang datang makan di kedainya.
Alamat : Felcra Lubuk Sireh, 02100 Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 5.00 petang setiap hari
Sukar mendapatkan menu belangkas di sekitar Padang Besar ini. Namun, di Teratai Putih Restaurant, belangkas antara hidangan yang begitu unik serta rare, namun tetap mendapat permintaan pelanggan.
Imej via facebook
Menyajikan masakan panas ala Thai seperti tomyam antara menu utama di sini. Kuahnya yang pekat, lemak, masam dan pedas sangat sesuai dengan tekak orang Asia.
Imej via facebook
Daging bakar juga begitu lembut dan terasa perapannya. Kengsom pula sememangnya memiliki rasa yang tersendiri.
Alamat : No 2, Jalan Teratai, Kampung Kolam, 02000 Padang Besar Utara, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 10.00 malam setiap hari
Perkhidmatan yang diberikan memang boleh dipuji, cepat, pantas serta mesra pelanggan. Ramai yang datang makan di sini begitu selesa dengan layanan perkhidmatan yang diberikan.
Imej via facebook
Harga makanan sangat berbaloi dengan makanan yang ditempah. Banyak makanan terdiri dari seafood yang sangat menggoda.
Imej via facebook
Terdapat ketam masam manis, udang harimau goring butter, perut lembu goreng, tomyam udang, daging merah, ayam masak kunyit, bawal taucu, kerabu suhun, sup ekor, telur dadar dan banyak lagi.
Pada bulan Ramadhan pula, terdapat juga set buffet berbuka puasa dengan harga yang begitu berpatutan.
Alamat : 90240 Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.30 pagi hingga 11.00 malam setiap hari
Nasi komok berwarna kuning, dimasak menggunakan beberapa bahan sebagai penyedap. Ayam gorengnya pula agak rangup dan lembut di dalam.
Imej via facebook
Selain nasi komok, terdapat pulut ayam yang istimewa, tomyam, sup, nasi phatkaphau, nasi bersama ikan bakar / ayam bakar / lain – lain. Sup berbagai jenis juuga mendapat tempat di sini.
Imej via facebook
Selain itu terdapat menu maggi, mee goreng, bihun goreng dan kuetiaw goreng yang dimasak panas serta dapat membangkitkan selera. Pada waktu pagi sarapan paling popular adalah moi sup dan juga kuih – muih.
Alamat : 02100 Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari (kecuali Sabtu dan Ahad tutup)
The Station Self Service Restaurant antara satu –satunya kedai makan yang terdapat di stesen KTM Padang Besar ini. Sambil menanti tren yang datang, boleh menjamu selera di sini terlebih dahulu. Jimat masa, malah dapat berehat seketika.
Imej via masaakiyajima
Pelbagai jenis makanan bermasak disediakan. Lauk pauk juga banyak dan panas – panas lagi. Harga pula sangatlah berpatutan dan banyak pilihan.
Imej via wymanwong
Alamat : Padang Besar, 062100 Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari
Warung Puncak Nasi Gulai Itik ini terletak di hadapan ladang tebu yang agak luas terbentang. Dari kejauhan, anda boleh melihat papan tanda Nasi Gulai Itik ini berharga RM 2.00 sahaja.
Imej via facebook
Pasti terbuntang biji mata tatkala terlihat iklan seperti ini. Namun, ia bukannya sekadar iklan, tetapi ianya kenyataan.
Imej via foursquare
Nasi gulai itik yang disajikan di sini Cuma berharga RM 2.00 dan cukup berbaloi dengan rasa yang sedap serta saiz hidangannya juga sangat sesuai. Terdapat pelbagai jenis gulai lain seperti gulai ayam, gulai ikan dan banyak lagi.
Alamat : Berhadapan Ladang Tebu 02100 Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari
Restoran makanan Barat ini sentiasa dipenuhi orang ramai, termasuklah warga tempatan dan juga pelancong luar. Dekorasi ala hipster nya sangat ringkas dan kemas.
Imej via facebook
Bukan sahaja anak muda gemar menjamu selera di sini, malah orang dewasa juga suka menghabiskan masa dan menikmati hidangan di sini. Ternyata menu yang disajikan untuk para pelanggan menepati jangkaan pelanggan.
Imej via facebook
Sedap dan harganya pula begitu bertepatan. Terdapat pasta, lamb chop dan chicken chop yang enak serta ayam goreng crispy yang murah hanya berharga RM 1 untuk seketul ayam.
Alamat : 29, 7, Padang Besar, 02100 Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga jam 2.00 pagi setiap hari
Anda yang tidak pernah mencuba Laksa Thai atau Laksa Siam boleh mencubanya di sini. Memiliki rasa yang unik di samping ulam – ulaman timun, taugeh mentah serta petai belalang, memang unik sekali. Rasa pedas serta lemak pastinya membuka selera.
Imej via foursquare
Pulut ayam sudah tentu cukup terkenal di sini. Malah, menjadi sebutan dan igauan pelanggan yang pernah datang merasainya. Ayamnya rangup dan garing, bawang goreng pula harum, serta sos cilinya yang memberi rasa pedas dan pulutnya lembut tetapi tetap gebu.
Imej via foursquare
Selain makanan, minuman juga berbagai jenis di sini. Ada coconut shake, kopi pelbagai jenis, teh hijau dan bermacam lagi. Pulut durian juga sememangnya enak sekali.
Alamat : No. 3, Gerai Pasar MPK, Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari
Restoran P Seven, antara restoran roti canai yang selalu menjadi tumpuan. Pelbagai roti canai, murtabak, malah terdapat roti dol bersama kuah dan susu yang sangat digemari oleh kanak – kanak.
Imej via facebook
Jika sudah bosan dengan nasi campur biasa, apa kata cuba pula nasi sayuran campur bersama ayam Hainan. Nasi Arab Mendi pun ada dengan harga di bawah RM 10.00 sahaja untuk satu set hidangan.
Imej via facebook
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba nasi Mendi kambing atau daging. Sangat berbaloi makan di sini.
Alamat : S3-G-29, Uniciti Alam, Jalan Sungai Chuchuh, Mukim, 02100 Padang Besar, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka 24 jam sehari
Sangat menarik menu di Warung Istana Kasih Noor Kak Zah ini. Terdiri dari pelbagai jenis roti canai biasa, roti banjir telur, roti sardin, roti kawen dan pelbagai jenis roti lagi.
Imej via facebook
Nasi lemak di sini juga cukup terasa lemaknya, sambal bilisnya pula secukup rasa manis dan masin. Gabungan yang padu dan mantap. Kuetiaw kerang, nasi ayam, bihun sup, laksa serta roti arab antara yang popular.
Imej via facebook
Menyediakan pelbagai menu bermula dari sarapan pagi, tengahari dan juga malam pastinya memudahkan pelanggan menjamu selera di sini. Ruang makan yang besar dan selesa boleh memuatkan sehingga 94 orang pelanggan pada satu – satu masa.
Alamat : 29 A Jalan Padang Besar (U) 02100 Padang Besar Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari
Kesimpulan
Pastinya anda tidak akan kelaparan tatkala membeli belah di Arked Padang Besar ini. Jika lapar, boleh sahaja ke restoran yang berdekatan untuk menjamu selera, sambil turut membasahi tekak yang sedang kehausan.