Di manakah letaknya Ijok dan apa yang menarik di sana ?

Kalau anda hendak tahu, Ijok adalah pekan estet yang terletak di daerah Kuala Selangor. Biasanya Ijok ini menjadi lokasi persinggahan yang begitu popular di kalangan mereka yang menuju ke Kuala Selangor dan Teluk Intan.

Jika anda melalui kawasan Ijok ini, apa kata singgah dahulu di beberapa restoran yang menarik sebelum meneruskan perjalanan anda.

#1. Waks Shake

Waks Shake memang terkenal di kalangan masyarakat setempat. Sebut sahaja nama Waks Shake, pastinya ramai mengetahuinya.

Crazy Mix Combo @ Waks Shake

Imej via facebook

Restoran Waks Shake terkenal dengan masakan barat dan juga makanan tempatan. Ruang restoran agak besar dan luas membolehkan anda menjamu selera dengan selesa.

Nasi Lamb Chop @ Waks Shake

Imej via facebook

Antara menu – menu menarik yang wajib anda cuba adalah beef steak, chicken chop, chicken grill, lamb chop, meatball, spaghetti dan bermacam lagi. Saiz hidangan pun agak besar dan boleh dikongsi dengan rakan – rakan lain.

Alamat : Dewan Generasi Warisan, 45600 Ijok, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 3.00 petang hingga 11.30 malam setiap hari kecuali Ahad tutup

#2. Suke2 By Ko Café

Tiba sahaja di restoran ini, pastinya anda menyukainya kerana ia dihiasi dengan hiasan yang sesuai serta selesa. Malah, terasa santai tatkala berada di sini.

Mix Combo @ Suke2 by Ko Cafe

Imej via facebook

Restoran Suke2 By Ko Café ini sagat sesuai buat seisi keluarga. Ruang makannya yang besar dan selesa membuatkan ramai pelanggan dapat menjamu selera dengan tenang.

Nasi Beef @ Suke2 by Ko Cafe

Imej via facebook

Menu yang begitu popular di sini adalah chicken chop yang menjadi sebutan. Memang enak rasanya tambahan pula sosnya begitu padu rasanya.

Alamat : Lot 155(1C) Batu 4 Ijok, Lorong Hj Wardi, 45620 Batang Berjuntai, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 11.00 malam setiap hari kecuali Ahad tutup

#3. Restoran Mak Ngah

Satu lagi restoran yang menyajikan masakan barat yang sedap di kawasan Ijok ini. Bagi yang belum pernah mencuba makanan di Restoran Mak Ngah ini, wajib datang sebab makanan di sini memang best. Harga pun tidak terlalu mahal.

Nasi Ambeng @ Restoran Mak Ngah

Imej via facebook

Bukan sahaja terkenal dengan masakan barat yang sedap, restoran ini turut menyajikan sarapan pagi yang terdiri dari roti canai dan juga lempeng, namun kedua – dua menu ini hanya boleh dinikmati pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Anda boleh menikmati menu lain seperti lontong, nasi lemak, pecal, kuih muih dan banyak lagi lah.

Nasi Goreng Pataya @ Restoran Mak Ngah

Imej via facebook

Makan tengahari secara buffet disediakan dengan barisan lauk – pauk kampung yang memang menarik. Pilih sahaja gulai mana yang anda inginkan, ada kari daging, ikan, sambal udang, kerabu, ulam, sambal belacan, nasi ambeng dan banyak lagi. Minuman di sini adalah free refill, memang best lah kan.

Alamat : Jln Sejati 1, Kampung Ijok, 45700 Bukit Rotan, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.30 pagi hingga 6.00 petang setiap hari

#4. Mangga Nenen Ijok

Warung Mangga Nenen Ijok ini terletak di Kampung Harmoni. Suasana warung di kampung biarpun kecil namun sentiasa dikunjungi pelanggan.

Jus Mangga @ Mangga Nenen

Imej via facebook

Menu terbaik di sini sudah tentulah mangga nenen yang dipenuhi dengan potongan buah mangga yang begitu manis rasanya. Memang sedap dinikmati tatkala di musim panas, sangat menyegarkan.

Mee Rebus n Laksa @ Mangga Nenen

Imej via facebook

Selain mangga nenen, anda boleh menikmati ais milo tabur, banana vanilla, oden, nasi ayam, laksa, mee rebus, sosej special dan juga celup – celup. Biarpun menu ringkas tetapi tetap menjadi pujaan hati ramai.

Alamat : Lot 1539 Batu 28 Ijok Kampung Harmoni 45600 Bestari Jaya Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengah hari hingga 7.00 malam setiap hari kecuali Isnin tutup

#5. Kedai Makan Atok

Dari luar restoran, kelihatan replica bot sebagai hiasan. Begitu menarik perhatian ramai yang datang menjamu selera di sini.

Nasi Goreng @ Kedai Makan Atok

Imej via LouisDamian

Bagi anda yang ingin merasai masakan panas hasil tangkapan para nelayan darat, boleh cuba datang ke Kedai Makan Atok. Ia menyajikan masakan panas dan anda boleh menikmati sendiri rasa segar udang serta ikan tawar yang masih hidup yang dimasak mengikut menu pilihan anda.

Ada lobster, ikan haruan, belut dan bermacam lagi. Selain itu, anda juga boleh mencuba masakan barat yang pastinya enak juga.

Alamat : Jalan Sukarti 1, Kg Batu 4 Ijok off Jalan Besar Ijok, Bestari Jaya 46500 Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari kecuali Ahad tutup

#6. Restoran Aman Ijok

Penggemar makanan seafood dan juga western, boleh mencuba hidangan di sini. Rata – rata pelanggan yang pernah datang menjamu selera di sini sangat salute dengan hidangan di sini.

Nasi Goreng Paprik @ Restoran Aman Ijok

Imej via facebook

Anda boleh mencuba udang goreng cili, sotong goreng petai, siakap stim limau, puyuh masak pedas, nasi goreng dan pelbagai menu lain yang menarik. Selain itu, bagi yang lebih menggemari makanan western boleh juga mencuba chicken grill, lamb chop, burger, sosej tumbang dan bermacam lagi menu yang enak.

Lamb Chop @ Restoran Aman Ijok

Imej via facebook

Ada lokching yang special dari Siam, ada rasa manis, pedas dan masam. ABC dan aiskrim kelapa pun menarik untuk dicuba.

Alamat : No,23 – 25 Jalan IP Pusat Niaga Ijok Permai, Kampong Ijok, 45600 Kuala Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.30 tengahari hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#7. Azalea Maju Bistro

Azalea Maju Bistro menyajikan menu masakan yang pelbagai terdiri dari masakan Melayu, Jawa, Minang serta menu ala Thai. Menu sarapan pagi yang terdiri dari pelbagai jenis roti canai hanya bermula dari jam 6.30 pagi hingga 11.30 pagi dan menu ini disambung pada sebelah petang hingga ke malam iaitu dari jam 5.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari.

Nasi Goreng Lamb @ Azalea Maju Bistro

Imej via facebook

Menu lain yang terdapat di sini adalah nasi lemak ejo berlauk, roti bakar, sup tulang claypot, sup daging claypot, nasi ayam sado, koey teow sup, mee goreng mamak dan banyak lagi menu masakan panas yang boleh dicuba. Bagi makan tengahari pula sebanyak 60 jenis masakan melayu disediakan buat para pengunjung.

Sup Tulang @ Azalea Maju Bistro

Imej via facebook

Alamat:  No. 6 Jalan Ijok Permai 1 Pusat Niaga Ijok Permai, 45600, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka 24 jam sehari

#8. Forida Seafood

Restoran Forida Seafood menyajikan masakan asli dari Thailand. Ia terdiri dari tomyom kung, sup ekor, nasi goreng Thai, nasi goreng paprik, ikan stim asam boi dan bermacam lagi.

Nasi GorengTelur @ Forida Seafood

Imej via LouisDamian

Hidangan yang enak ini anda boleh nikmati mulai jam 3.00 petang hingga 3.00 malam setiap hari. Rasa masakan di sini cukup memuaskan para pelanggan yang datang menjamu selera.

Kerabu Sotong @ Forida Seafood

Imej via foursquare

Alamat : Jalan Kuala Selangor, Ijok, 45600 Bestari Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 3.00 petang hingga 3.00 pagi setiap hari

#9. Restoran Bulan Steamboat BBQ

Terasa nak makan steamboat? Apa kata kali ini cuba singgah di Restoran Bulan Tomyam dan rasailah keenakan serta kesegaran steamboat yang disediakan. Dengan hanya RM 25.00 untuk dewasa dan RM 10.00 untuk kanak – kanak bawah 12 tahun, anda boleh menikmatinya sepuas – sepuasnya.

Steamboat @ Restoran Bulan Steamboat

Imej via foursquare

Pilihan steamboat terdiri makanan laut segar seperti udang, sotong, ketam, kepah, kerang, lala, perapan daging yang terdiri dari daging lembu, kambing, ayam dan juga belut. Daging kambing kunyit dan juga blackpepper memang terbaik sekali rasanya.

Tomyam @ Restoran Bulan Steamboat

Imej via foursquare

Pilihan sayuran juga agak banyak seperti sawi, cendawan, sprout, bendi, brokoli and kangkong. Pilihan makanan lain juga agak banyak termasuk nasi kerabu, laksam, nasi goreng, bubur manis, aiskrim dan banyak lagi.

Alamat : Taman Koperasi Bena, 45000 Bestari Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai 4.00 petang hingga 2.00 pagi setiap hari

#10. Satay Korji

Kali ini nak share pula sate paling sedap, lembut dan terasa perapan satenya. Sate yang patut anda cuba adalah Satay Korji, memang asyik sekali rasanya.

Sate Ayam @ Satay Korji

Imej via facebook

Satenya lembut, kuah kacang pun pekat dan terbaik sekali. Ada rasa sedikit pedas, manis, masin dan masam, gabungan bahan rasa yang cukup padu. Lokasinya begitu mudah dicari iaitu terletak di persimpangan masuk Jalan Rose Batu 7 Ijok.

Bihun Sup @ Satay Korji

Imej via facebook

Antara pilihan sate yang ada di sini adalah sate ayam, daging dan juga kambing. Jangan lupa makan bersama nasi himpit juga. Selain itu, anda juga boleh menikmati menu lain seperti bihun sup daging, masakan panas dan juga ala Thai.

Alamat :Kampung Ijok, 45000 Bestari Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.30 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#11. Restoran Wak Rom

Reatoran Wak Rom menyediakan hidangan sarapan pagi dan makan tengahari sahaja. Waktu untuk sarapan pagi bermula dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 pagi dan seterusnya adalah waktu untuk makan tengahari.

Nasi Korek Ayam @ Restoran Wak Rom

Imej via facebook

Menu yang sedap dan menarik untuk dinikmati adalah soto, mee sup, nasi lemak, lontong, nasi ayam, lauk korek – korek, kuih muih tradisi seperti kole kacang, lopes, kuih lapis, seri muka dan bermacam – macam lagi.

Nasi Paprik @ Restoran Wak Rom

Imej via facebook

Alamat : 2, Jalan Berjuntai 3, Pekan Batang Berjuntai, 45600 Batang Berjuntai, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari kecuali Ahad tutup

#12. Ewan Seafood Corner

Kalau datang ke Ewan Seafood Corner ini pada waktu pagi, anda boleh menikmati nasi lemak berlauk dan juga roti canai. Manakala pada waktu tengahari pula anda boleh merasai pelbagai makanan tempatan dan masakan kampung yang begitu menyelerakan.

Sup Tulang @ Ewan Corner

Imej via KikiameliaDaud

Antara menu makan tengahari termasuklah gulai rebung, gulai nenas ikan masin, kari ikan, ayam, sambal sotong, udang, sayur campur, sambal belacan, ikan kering serta beberapa menu lain. Terdapat juga nasi ayam penyet di Ewan Seaffod Corner.

Mee Goreng @ Ewan Corner

Imej via azhanzaffuan

Restoran ini turut menyediakan pelbagai jenis menu masakan panas dan juga masakan ala Thai dan menu Barat yang  sememangnya enak serta digemari ramai.

Alamat : Ijok, 47000 Batang Berjuntai, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.30 pagi hingga 2.00 pagi setiap hari

#13. Restoran Korek – Korek

Sebenarnya restoran ini berasaskan kedai makan Siam. Jadi sudah tentulah menu di sini terdiri dari masakan panas ala Thai. Namun, yang lebih menjadi istimewa menu di sini adalah nama makanan yang unik dan lain dari yang lain.

Nasi Korek Seafood @ Nasi Korek Korek

Imej via facebook

Nama menu yang unik terpampang di papan tanda restoran. Antaranya yang boleh anda cuba adalah tomyam, sup ekor, nasi goreng Arina, nasi goreng Unisel, mee celup, nasi goreng Malaysia, nasi goreng Singapore dan pelbagai menu lain yang memang padu rasanya.

Nasi Ayam Kunyit @ Nasi Korek Korek

Imej via facebook

Alamat : 1-20, Jalan Bukit Badong, Taman Seri Berjuntai, 45600 Batang Berjuntai, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 1.00 pagi setiap hari

#14. Ribs Kitchen

Pelbagai menu ala carte atau set disediakan buat para tetamu. Masakan yang disediakan tidak mengecewakan, pastinya menepati selera anda.

Steak @ Ribs Kitchen

Imej via facebook

Jika datang menjamu selera di sini apa kata mencuba menu yang best – best seperti cucur udang, beef steak, nasi liwet, nasi goreng hitam, iga bakar, banana nugget, sup rusuk, chicken chop, chicken steak, cordon bleu, spaghetti, meatball, tempe mendoan, pisang bakar keju, banana nuget, pelbagai jenis kopi seperti espresso, latte, mocha dan lain – lain lagi.

Nasi Ayam Penyet @ Ribs Kitchen

Imej via facebook

Pastinya anda akan datang singgah menjamu selera di sini lagi.

Alamat : Jalan Ijoj Utama 5, Bestari Jaya, 45600 Ijok Selangor
Waktu Operasi : Dibuka  mulai jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari

#15. Restoran Arissa

Ingin rasai keenakan lempeng bersama sambal bilis yang enak di sekitar Ijok ? Datanglah ke Restoran Arissa kerana menu ini menjadi pilihan ramai. Enak dimakan pada bila – bila masa sahaja.

Mee Kari @ Restoran Arissa

Imej via facebook

Bagi anda yang sukakan bakso, ada bakso ayam, daging, perut dan tulang. Mee kari dan bihup sup juga antara menu pilihan. Biarpun di waktu malam, anda boleh juga menikmati hidangan nasi lemak ayam goreng yang begitu menyelerakan.

Sate @ Restoran Arissa

Imej via facebook

Masakan panas serta ala carte turut menjadi menu pilihan pada waktu malam.

Alamat : Ijok, 48020 Batang Berjuntai, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.00 pagi hingga 1.00 pagi setiap hari

#16. Kampung Western

Kampung Western menyediakan menu yang bukan kaleng – kaleng. Menunya menjadi perhatian dan permintaan ramai pelanggan.

Nasi Western @ Kampung Western

Imej via facebook

Anda boleh mencuba sendiri keenakan makanan di sini terutamanya menu masakan barat yang terdiri dari cheezy chicken chop, lamb chop, chicken chop, spaghetti, meatball dan juga burger. Masakan panas juga wajib anda cuba seperti nasi sweet and sour fish, mee kari, bihun sup, shellout dan bermacam lagi masakan panas lain.

Mee Kari @ Kampung Western

Imej via facebook

Alamat : Lot 170 Jln Haji Sharif 1 Batu 8 Ijok Batang Berjuntai, 45600 Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#17. Noza Café

Pada peringkat awal, café ini cumalah sebuah kafe mini dan galeri produk tempatan yang terdiri dari makan, wangian serta dessert seperti kek, donut serta coklat. Namun, perniagaannya telah diperbesarkan dan kini ia menjadi sebuah kafe yang lengkap dengan pelbagai menu seperti makanan dari Barat, Asia, burger serta milkshake.

Chicken Chop @ Noza Cafe

Imej via facebook

Hidangan utama di sini adalah chicken chopchicken chop  yang menjadi kegemaran ramai. Anda juga boleh menikmati menu lain seperti keropok lekor, mee goreng, spaghetti, nasi chicken chop, tomyam, pizza, sizzling, kek, waffle dan juga fish n chip.

Sizzling Mee @ Noza Cafe

Imej via facebook

Alamat : 65-G, Jalan Sejati 1, Taman Sejati, Ijok, 45600 Bestari Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11 pagi hingga 10.00 malam setiap hari kecuali Ahad tutup

#18. Mileseven Cafe

Para kaki pancing yang memang menjadi hobi sepanjang zaman, boleh datang memancing udang galah di kolam Mileseven ini. Berbaloi dapat udang galah yang segar dan besar saiznya.

Mee Bandung Udang @ Mileseven Cafe

Imej via facebook

Di kolam ini juga terdapat sebuah café yang menyajikan pelbagai menu berasaskan udang galah. Anda boleh menikmati nasi goreng udang galah dengan harga hanya RM 15.00 sahaja. Selain itu, ia juga boleh dimasak mengikut menu pilihan pelanggan.

Nasi Goreng Udang @ Mileseven Cafe

Imej via facebook

Antaranya gulai lemak udang galah, tomyam udang galah, mee goreng udang galah dan bermacam lagi yang anda boleh pilih. Harga memang berbaloi.

Alamat : Jalan Saga, 45000 Bestari Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari

#19. WaniZam Café

Jika anda inginkan suasana yang ceria dan santai sambil menjamu selera, boleh datang ke WaniZam Café. Di kafe ini terdapat kemudahan ber’karaoke’ disediakan buat para pelanggan yang ingin mendendangkan lagu sambil menunggu hidangan tiba.

Nasi Goreng Ayam @ WaniZam Cafe

Imej via facebook

Menyediakan pelbagai masakan panas seperti nasi goreng, tomyam, sup ekor, ikan masak masam manis, sayur campur, mee goreng dan bermacam lagi. Pastinya sambil makan anda akan terhibur dengan alunan lagu yang didendangkan.

Lala @ WaniZam Cafe

Imej via facebook

Alamat : Kedai No 1 Kg Bestari Jaya, Batang Berjuntai, 45600 Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 2.00 pagi setiap hari

#20. Friends & Family Restaurant

Restoran ini menyediakan pelbagai menu makan tengahari yang serba enak. Antaranya seperti asam pedas patin, rendang daging, ayam masak merah, ayam black pepper, nasi ayam dan lauk pauk lain yang semestinya sedap.

Nasi Ayam @ Friends N Family Restaurant

Imej via MBMG

Suasana restoran sangat selesa dan bersih membuatkan ramai yang singgah menjamu selera di sini. Pelanggan dapat menikmati makanan dengan tenang sambil meluangkan masa bersama teman tersayang.

Daging Rendang @ Friends N Family Restaurant

Imej via MBMG

Alamat : No 10-G, Jalan Ijok Utama 4, Taman Ijok Utama, 45620 Bestari Jaya, Selangor
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari

Kesimpulan

Biarpun Ijok antara kawasan yang jarang – jarang dilalui oleh orang ramai, namun ia sering dijadikan kawasan persinggahan sementara pengguna lebuhraya yang melalui kawasan ini. Ada yang berhenti seketika untuk berehat dan ada juga yang mencari tempat menjamu selera.

Siapa  kata Ijok tiada tempat makan yang menarik untuk dicuba. Singgah dulu baru anda tahu.

Penulis: Itawrah

Itawrah

Seorang yang rajin mencari tempat makan yang viral dan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.