Bagi yang datang ke Arau ini dengan pelbagai urusan, luangkan sedikit masa berjalan – jalan di sekitar pekan Arau. Biarpun ianya hanyalah pekan kecil, namun memiliki keunikan yang tersendiri.
Tanpa ada sedari, Arau juga telah mengalami banyak perubahan dari segi pembangunan dan sebagainya. Jika berada di Arau dan tidak tahu hendak makan di mana, artikel ini berkongsi tempat makan yang menarik untuk anda cuba.
Restoran ini merupakan restoran mamak tetapi turut menyajikan menu masakan panas ala Thai. Menu paling menarik dan menjadi menu tarikan di sini adalah capati dan ianya begitu lembut dan tidak liat. Capati di sini enak dimakan bersama susu pekat manis, kari sardin dan daging.
Selain itu, bagi menu lain yang turut menjadi permintaan adalah tomyam, kerabu maggi, mee sup, masakan panas dan banyak lagi menu Thai dan juga menu utara disajikan. Hidangan pencuci mulut seperti pulut mangga dan serawa durian sentiasa menjadi rebutan.
Alamat : Capati Arau Perlis, 01000, Arau, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari
Sarapan pagi, makan tengahari dan juga makan malam merupakan hidangan yang disajikan di restoran ini. Seawal jam 9.00 pagi ianya mula beroperasi.
Suasana restoran begitu selera untuk pelanggan menjamu selera. Sebelah pagi bolehlah anda menikmati nasi lemak, nasi ulam, kuih muih dan sebagainya. Kalau tengahari paling menarik adalah kari ikan yang pekat dan sedap merupakan menu yang mesti cuba di sini.
Alamat : Arau, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari
Tiada menu lain selain nasi ayam di sini. NAZ Nasi Ayam Madu memberi kelainan dari segi rasanya yang tak mungkin sama di restoran lain.
Ayamnya diperap dengan madu dan bahan – bahan lain menjadikan ayamnya rasa juicy dan tidak terlalu kering. Nasinya pula begitu lembut dan terasa enaknya.
Alamat : RPA Arau, 02600, Arau, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari kecuali Rabu tutup
Siapa yang suka makan roti canai pagi – pagi boleh datang menjamu selera di sini. Roti canai mula disediakan pada jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Rotinya lembut di dalam tetapi garing di luar.
Selain roti canai di waktu pagi, nasi berlauk juga disajikan untuk santapan pagi. Pelbagai menu menjelang makan tengahari terdiri dari lauk pauk, nasi ayam, bihun sup dan banyak lagi.
Sate juga terdapat di sini dan seawal 6.30 petang anda sudah boleh mencubanya. Masakan panas lain yang terdiri dari menu masakan tempatan, masakan Cina dan ala Thai juga begitu menarik perhatian ramai terutamanya nasi goreng kampung dan kueteow kungfu memang superb.
Alamat : No 211, Jalan Pauh, Taman Muda Asas, 02600 Arau
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi 12.00 tengah malam setiap hari kecuali Sabtu tutup
Menyediakan masakan panas dan ala Thai, terutamanya tomyam sering menjadi permintaan ramai. Ikan bakar dan juga ikan kukus limau memang menjadi sebutan dan permintaan pelanggan.
Sup perut, sup ekor dan sup tulang juga tak kurang hebat rasanya. Rasanya cukup menyelerakan dan dapat memenuhi selera anda.
Alamat : Jalan Taman Bersatu, Arau, 26000 Arau, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 3.00 petang hingga 3.00 pagi setiap hari
Restoran ini menyediakan masakan Melayu serta masakan ala Thai dan juga makanan laut segar. Memandangkan Arau ini memiliki banyak sumber makanan laut segar, maka tidak hairanlah menu di sini menggunakan makanan laut segar.
Pelbagai menu boleh anda cuba di sini ikan siakap tiga rasa, tomyam kung, lala pedas, ketam masak cili, udang mentega dan banyak lagi. Kemanisan makanan laut segar yang digunakan begitu terasa kemanisannya.
Alamat :Kampung Ulu Pauh, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 3.00 petang hingga 2.00 pagi setiap hari
Terdapat pelbagai menu yang berasaskan mee, iaitu mee bandung, mee udang, mee rebus, mee ladna dan juga mee mamak ori. Air tangan chef yang memasak hidangan di restoran ini dengan sedap sesungguhnya membuatkan ramai datang kembali untuk menjamu selera di sini.
Selain menu berasaskan mee, terdapat menu lain yang memang best seperti pasembor dengan kuah yang pekat. Nasi Arab kambing juga memang padu rasanya. Nasi ayam kunyit, nasi goreng serta chicken chop pun sedap juga.
Alamat : No. 1-G, Plot 1, Jalan Arau-Kodiang, Taman Utara Fasa II, Mukim Arau, 02600 Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 3.00 petang hingga 11.00 malam setiap hari kecuali Ahad tutup
Yang menggemari laksa, di sinilah tempat yang sesuai untuk anda singgah untuk menikmati laksa dengan kuah yang pekat dan sedap. Cukup rasa ikan dan masam kuah pastinya membuka selera anda.
Selain laksa, ada juga bihup utara yang memang terkenal di utara ini. Ada juga menu masakan barat seperti meatball, spaghetti dan juga chicken chop. Waktu tengahari yang panas apa kata anda cuba bingsu dan ABC yang sedap dan menyegarkan di sini.
Alamat : Kampung Utan Kandis, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari
Lokasi restoran ini yang terletak bersebelahan jalan raya serta mempunyai pemandangan indah sawah padi begitu menenangkan pemandangan. Sambil menikmati pemandangan indah, di pagi hari ada nasi kerabu yang memang awesome.
Terdapat nasi bujang yang ringkas tetapi sedap. Masakan ala Thai juga memang menepati citarasa ramai. Sup Thai dan tomyam memang sedap. Masakan panas dan masakan barat memang menarik hati.
Pulut durian dan pulut mangga menjadi santapan pencuci mulut yang terakhir sekali setelah hidangan utama. Cendol mangga juga memberi kelainan tetapi masih menepati selera.
Alamat : 1, 176, Kampung Jelempok, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 12.00 tengahari hingga 2.00 pagi setiap hari
Restoran ini sering menjadi tumpuan ramai terutama pada waktu tenghari. Jika datang menjamu selera di sini pada waktu tengahari, diharapkan mempunyai sedikit kesabaran sambil menanti pesanan tiba.
Banyak menu makanan barat yang sedap untuk dicuba seperti Sweedish meatball, mash potato, chicken chop, lamb grill dan banyak lagi. Ice blended di sini juga begitu menarik sekali dan harganya juga begitu berpatutan, rasanya setanding di Starbucks, Chatime dan tempat lain.
Alamat : Arau, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 1.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari kecuali Jumaat dibuka pada jam 2.30 petang
Nasi kandar di restoran ini memang mengenyangkan. Harga pula sangat berpatutan dan gerenti puas hati makan di sini. Rasa makanan di sini pun sedap sekali.
Selain nasi kandar, terdapat nasi ayam, bihun sup, laksa, cendol, ABC, laicikang yang menyegarkan. Cendawan goreng di sini juga begitu rangup dan sesuai dijadikan snack tambahan.
Alamat : A4, Jalan Syed Hussain, Taman Seri Intan, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari
Setiap hari Restoran Singgah Rasa Utara ini memulakan perniagaan mulai jam 10.30 pagi. Anda boleh mencuba nasi kerabu dengan pelbagai lauk tambahan.
Menu makan tengahari begitu menarik dan banyak pilihan setiap hari. Anda juga boleh mencuba seperti kari daging, ikan bakar, gulai batang pisang dan banyak lagi. Terdapat juga laksa, nasi ayam, maggi ketam dan banyak lagi.
Masakan panas pada waktu malam begitu menarik untuk dinikmati seperti nasi goreng, nasi goreng pataya, spaghetti, french fries, daging bakar, locking dan banyak lagi.
Alamat : KM2.6, Tepi Masjid Ulu Pauh, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis, Ulu Pauh, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.30 pagi hingga 1.00 pagi setiap hari
Warung Bang Teh memang terkenal dengan pelbagai makanan yang enak dan gerenti puas hati jika makan di sini. Yang paling best di sini adalah pulut ayam yang jarang – jarang dapat dinikmati di tempat lain.
Pulut mangga nya juga sedap dan lemak, kerabu maggi nya pula secukup rasa. Kueteow sup ala Thai juga tidak kurang hebatnya. Ada ABC dan cendol yang memberi kesegaran tekak.
Rojak dan juga laksa juga boleh anda cuba sememangnya tidak mengecewakan para pelanggan.
Alamat : Lot 3569, Jalan Padang Nyu, Kampung Hutan Lembah, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam setiap hari kecuali Khamis dan Jumaat tutup
Char kuey teow Atok ni memang marvellous, rugi kalau tak cuba jika berada di sekitar Arau ini. Sudah lah sedap, harga pun sangat berpatutan, confirm berbaloi.
Anda boleh mencuba pelbagai jenis char kuey teow yang terdiri dari char kuey teow udang lipan, char kuey teow ketam dan char kuey teow biasa. Menu western dulang juga turut terdapat di sini yang terdiri dari lamb chop, chicken chop, sosej dan kentang goreng.
Alamat : No 1 Gerai UPD Guar Sanji, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.30 pagi hingga 12.30 pagi setiap hari kecuali Ahad tutup
Restoran Ana Muda yang terletak di pekan Arau ini menyediakan masakan panas dan ala Thai buat para pelanggan yang datang. Menu wajib cuba adalah tomyam kung yang memang menarik. Tidak ketinggalan sup tulang juga sedap sekali.
Bagi penggemar ikan, anda boleh mencuba kerabu ikan tiga rasa yang memberi rasa yang berbeza namun masih mengekalkan keenakan dan keunikan yang tersendiri. Sotong paprika juga enak sekali dimakan bersama nasi panas.
Alamat : Arau, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.00 petang hingga 2.00 pagi setiap hari kecuali Ahad tutup
Warung kecil ini menjual pelbagai jenis popiah yang terdiri dari popiah basah, popiah goreng biasa, popiah goreng sardin dan popiah goreng ayam dengan harga antara RM 3.00 hingga RM 6.00 sahaja. Anda boleh merasai sendiri keunikan popiah yang dijual kerana tidak terdapat popiah seperti ini ditempat lain.
Selain itu, anda juga mencuba pelbagai jenis mee rebus yang memang sedap dan sering menjadi santapan di waktu petang. Antara mee rebus yang terdapat di sini adalah mee rebus biasa, mee rebus tulang dan juga mee rebus perut.
Terdapat juga laksa dan rojak buah turut dijual di sini menjadikan warung ini sering dikunjungi ramai terutama di waktu petang.
Alamat : Pesiaran, Persiaran Jubli Emas, Arau, 02600 Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 1.00 petang hingga 6.00 petang setiap hari
Pastinya anda terpukau dengan keindahan sawah padi yang luas terbentang ketika singgah di warung nasi lemak Kak Zah ini. Tidak sukar untuk mencari warung ini kerana ianya terletak di tepi jalan sahaja.
Setiap pagi warung ini menjadi tumpuan ramai yang ingin mendapatkan nasi lemak Kak Zah yang sedap buat sarapan pagi. Sambalnya tidak begitu pedas, sehinggakan anak kecil juga menggemarinya.
Selain nasi lemak, warung ini menyediakan pelbagai jenis kuih – muih tradisional yang agak sukar kita nikmati lagi.
Alamat : R6, Kampung Hutan Arau, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 6.00 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari
Pelbagai menu Siam menjadi santapan pelanggan yang datang ke sini. Memang asli masakan yang disajikan kerana tukang masak berasal dari Thailand.
Daging bakar ala Danok dengan sos istimewa pastinya membuat anda kecur liur tatkala melihatnya. Tambahan pula, aroma daging bakar pastinya membuat anda teruja untuk menikmatinya.
Terdapat nasi ayam kunyit yang memang best, nasi air, mee celup, boat noodles, somtam, kueteow sup, pulut mangga, sate dan pulut ayam. Anda juga boleh mencuba puding sagu yang manis berlemak dan ABC dengan saiz yang agak besar.
Alamat : 141, R137, Arau, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 5.30 petang hingga 2.30 pagi setiap hari kecuali Rabu tutup
Warung Mek Siti Kantin KTM turut dikenali dengan nama nasi kerabu KTM Arau di kalangan masyarakat tempatan. Lokasi warung ini berhampiran dengan stesen keretapi Arau dan dari situlah ia mendapat nama.
Menu utama di sini merupakan menu dari negeri Pantai Timur yang terdiri dari nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, nasi berlauk dan banyak lagi. Nasi kerabunya enak kerana campuran bahan – bahannya adalah segar.
Selain itu, terdapat juga laksam, bihun sup dan juga laksa ada dijual di sini. Setiap hari warung ini sentiasa dipenuhi pelanggan biarpun lokasinya agak terceruk sedikit.
Alamat: Arau, 02600 Arau, Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari
Awe tomyam pada waktu siang ia menyajikan nasi ala kak wok yang disajikan dalam bungkusan kertas. Ayam gorengnya bersama kuah gulai cukup menyelerakan.
Menjelang waktu malam, restoran ini sentiasa dipenuhi ramai pelanggan yang rata – rata memesan menu tomyam dan masakan panas. Selain itu, mee celup juga boleh anda nikmati tanpa gusar.
Sekiranya tekak ingin sesuatu yang sejuk, ABC special boleh menjadi senarai pesanan anda sewaktu menjamu selera di sini. Rasa makanan di sini sememangnya terbaik dan berpatutan dengan harganya.
Alamat : Arau, 02600 Perlis
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari
Pelbagai makanan boleh anda nikmati di sekitar Arau ini. Yang pastinya anda akan dapat menikmati makanan yang sedap dengan harga yang cukup berbaloi.