Mencari tempat makan best sekitar Bentong dan Janda Baik?
Kepada yang masih tercari-cari, jangan susah hati! Berikut kami senaraikan 9 tempat makan menarik sekitar Bentong dan Janda Baik yang boleh anda kunjungi.
Ada pelbagai jenis hidangan yang boleh anda temui, dari hidangan Barat ke tempatan, semuanya ada. Senarai ini juga tidak mengikut ‘ranking’, jadi teruskan membaca ya!
Alamat: Batu 2, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 7 pagi – 7 malam
Jangan terkejut jika kami katakan yang di Bentong, terdapat sebuah restoran lemang yang bukan sahaja terkenal di Pahang, malah di seluruh Malaysia!
Buktinya, rata-rata pelanggan yang singgah di sini datang dari pelbagai negeri. Restoran Lemang To’ki ini sangat mementingkan kualiti lemangnya, jadi tidak hairanlah lemangnya sangat digemari ramai.
Rasa lemangnya yang cukup enak dan berlemak, ditambah pula dengan rendang daging atau ayamnya yang tidak kurang hebatnya – satu gabungan yang cukup sempurna!
Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin dan Selasa, 11 pagi – 9 malam pada hari minggu manakala 9:30 pagi – 9 malam pada hujung minggu
Teringin untuk menghirup kopi yang hangat sambil menghirup udara yang segar? Singgah sahaja di Pinto Coffee, sebuah kafe yang cukup sesuai untuk mereka yang ingin menikmati makanan dan minuman sambil mencari ketenangan.
Untuk penggemar kopi, kami cadangkan supaya anda cuba French Press Coffee, Caramel Macchiato dan Avocado Ice-blended Coffee. Rasa kopi yang pekat dan aroma yang memikat memang bikin ramai ketagih!
Selain itu, pencuci mulut seperti kek, skon dan penkek juga turut disediakan. Jika anda datang bersarapan di sini, anda wajib cuba penkek mereka sambil menikmati pemandangan yang cukup cantik.
Alamat: 1, Batu 1, 4, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 5 petang – 12 tengah malam
Mengidam ikan bakar dan makanan laut? Restoran Ikan Bakar Sri Tanjong ini memang terkenal dengan kedua-dua hidangan tersebut!
Rata-rata pelanggan memuji ikan bakar yang dibakar dengan cukup sempurna. Ikan bakarnya memang segar dan setelah dibakar, isinya cukup ‘juicy’. Dimakan bersama sambal, sekali rasa pasti nak lagi!
Bukan sahaja ikan bakar, malah sotong bakar juga turut digilai ramai pelanggan di sini. Saiz sotong bakar juga agak besar, menjanjikan bukan sahaja keenakan malah kekenyangan yang teramat!
Alamat: 28700 Bentong, Pahang
Mahu menikmati nasi ayam yang bukan sahaja lazat, malah berpatutan harganya? Restoran Nasi Ayam Pak Hamid di Bentong ini pasti menepati citarasa anda.
Nasi ayam di sini bukan biasa-biasa sedapnya. Ayamnya yang garing dan sambalnya yang pedas merupakan punca utama menu ini begitu disukai.
Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan juga murah – RM 5 sahaja sepinggan. Saiz hidangannya juga agak besar, jadi memang berbaloi jika anda makan nasi ayam di restoran Nasi Ayam Pak Hamid ini, kami berani jamin!
Alamat: 27797, Jalan Sumsum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Selasa, 8 pagi – 7 malam
Kafe ini bukan sahaja terkenal dengan makanannya, malah konsep dekor tradisionalnya juga turut dipuji ramai. Suasana di sini juga nyaman, sangat sesuai buat anda yang ingin bersantai.
Hidangan yang disajikan di Kopi n Kraf ini berasaskan makanan tempatan dan Indonesia. Antara yang anda boleh cuba ialah Chicken Kuzi, Indonesian Soto & Bakso, Nasi Ayam Penyet dan banyak lagi.
Ramai pelanggan mencadangkan menu Kuzi Curry yang dikatakan cukup enak dimakan bersama roti. Cukup sesuai dinikmati untuk makan petang!
Alamat: 1960, Jalan Ah Peng, 28700 Bentong, Pahang
Waktu Operasi: 24 jam
Restoran Tawakal ini mula beroperasi sejak tahun 1990 lagi! Walaupun sudah hampir 30 tahun beroperasi, restoran ini merupakan antara restoran yang kerap dikunjungi pelanggan di Bentong.
Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis hidangan – ada hidangan tempatan, Barat, Thailand dan juga Mamak. Antara hidangan yang cukup popular di sini ialah Lamb Chop dan murtabak, dijamin lazat!
Alamat: Kedai No 14, MEDAN SELERA, 28700 Bentong Town, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari, 6 ;etang hingga 12 tengah malam
Walaupun restoran ini baharu sahaja beroperasi sekitar tahun 2012, namun sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.
Deen Burger Bakar tidak menyediakan burger yang biasa-biasa. Jika dilihat, saiz burger bakar di sini memang besar. Jika makan seorang, pasti kenyang tak terhingga!
Antara burger bakar yang disediakan ialah burger Musa Ayam, Musa Daging dan yang paling unik, burger UFO yang dihidangkan bersama Onion Ring di atas burgernya!
Alamat: Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 11 pagi – 11 malam
Jika anda teringin untuk menikmati makanan Barat, lekaslah terjah Nero Bianco Deli yang terletak di Kampung Janda Baik ini!
Antara menunya ialah Fish & Chip, Garlic Bread, Lasagna, Beef Steak dan banyak lagi! Suasana restoran juga cukup santai, sangat sesuai untuk anda yang ingin makan sambil meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan.
Alamat: Kampung Baru, 210, Jalan Tengku Ampuan Fatimah, Kampung Baru, 28700 Bentong, Pahang
Waktu Operasi: Setiap hari, 5.30 petang – 11 malam
Restoran ini mula beroperasi secara kecil-kecilan pada tahun 1993. Kini, ianya merupakan antara sate yang paling ‘top’ di Bentong – Satay Warisan Pak Chu!
Antara sate yang dihidangkan ialah sate daging dan yang paling istimewa, sate ayam. Daging ayamnya lembut namun rangup di luar, pasti lebih enak dimakan bersama kuah satenya yang istimewa!
Jadi, tempat makan mana yang anda mahu serbu dahulu? Pasti ada pembaca yang sudah rambang mata dan memasang niat untuk ke tempat-tempat yang kami senaraikan, bukan?
Jangan berlengah lagi, singgah lekas sebelum rugi! Anda juga digalakkan untuk datang awal supaya tidak berebut ruang parkir dan ruang dalam restoran di kemudian hari. Selamat menjamu selera!